Wednesday, July 30, 2008

MAJALAH KEGEMARAN SAYA

(entri ni aku tulis 2 bulan lepas tapi baru teringat nak publish… =))

Pengarah filem tersohor dunia, Akira Kurosawa pernah mendedahkan satu perkara yang pernah beliau pelajari ketika mula-mula menjinakkan diri dengan dunia perfileman. Perkara tersebut adalah bagaimana untuk menjadi pengarah filem yang hebat. Dan ketika beliau bertanya soalan itu kepada salah seorang guru tidak rasminya, dia mendapat satu jawapan yang ringkas, tapi mendalam.

Ada tiga langkah untuk menjadi pengarah yang hebat. Yang pertama, tulis skrip. Yang kedua, tulis skrip. Yang ketiga, tulis skrip.

Dan kini, setelah hampir seabad kenyataan itu dikeluarkan, aku membuat adaptasi baru dari itu. Bagaimana untuk menjadi manusia yang hebat? Ada tiga cara juga. Yang pertama, membaca. Kedua, membaca. Ketiga, membaca!

Jadi, dari itu, aku senaraikan majalah-majalah kesukaan aku, ada yang antaranya yang aku langgan setiap bulan dan ada antaranya kadangkala beli, kadangkala tidak. Tapi yang penting aku membaca dan darinya aku mengenal pelbagai jenis kelompok manusia yang unik dan pelbagai! Cukup untuk membahagiakan aku…

1) Off The Edge – Taglinenya dah menceritakan segalanya `arts for business person`. Dan aku langgan sebab ia pada harga mampu beli untuk aku beli.

2) Malaysia Tatler – Tempat aku mengenal Melayu yang lebih mat saleh daripada mat saleh. Tapi, satu hari nanti, aku nak jadi sebahagian daripada mereka dengan cara aku sendiri.

3) Glam – Majalah untuk mak datin yang macam aku (tak tahu speaking London).

4) Passion – Sama je macam Malaysia Tatler. Boleh la aku berangan sebelum tidur minum petang dengan Tan Sri Abdullah Ahmad, dinner dengan Dato Seri Idris Jala, main golf dengan Dato Seri Vincent Tan, menari dengan Datin Patricia Indot, tunang dengan Nadia SM Nasimudin, kahwin dengan… Fuh, bestnya…

5) KLue – Tempat aku mengenal dan menghafal nama-nama kelab malam sekitar ibu kota. Kadangkala pergi untuk hilangkan bosan untuk menghargai keindahan muzik (Muzik??? ye ke Azmir?? Macam tak percaya je)

6) Milenia Muslim – Kenapa la susah sangat nak jumpa majalah Malaysia macam ni??? TQ very much MP Communications!

7) SME – Banyak fakta menarik terutama tentang pasaran dan ekonomi Negara-negara Asia Tenggara dan Timur Tengah.

8) Dewan Budaya – Jarang sangat beli sebab… Entahlah…

9) Dewan Masyarakat – Pergolakan politik akan buat majalah ni lebih menarik!

10) Dewan Ekonomi – Tempat aku kumpul bahan dan pengetahuan nak jadi Menteri Kewangan! (dan pasti syarikat bapak aku akan dapat suku daripada projek kerajaan waktu tu. Wajib! Hahaha…)

11) Mangga – Aku merindui aksi tepi kolam renang dan fakta-fakta cinta artis wanita belasan tahun!!!!

12) Hai – Majalah hiburan paling murah aku jumpa! So, apa salahnya aku beli dan baca kan??? Cantiknya Agnes Monica…. =p

13) Sinema Malaysia – Aku baca sebab satu-satunya majalah filem Malaysia di Malaysia yang berBahasa Malaysia! (dan mungkin satu-satunya di dunia ketika ini!)

14) Siasah – Majalah paling aku suka secara peribadi. Tapi sayang, sempat keluar hanya tidak sampai setahun sebelum ditukar jadi tabloid politik.

15) Keluarga – Aku harap aku ada keluarga yang bahagia suatu hari nanti!

16) Maskulin – Aku teringin jugak nak jadi cover majalah ni macam Farid Kamil!! Hahaha!!! (apa salahnya berangan walaupun mustahil.. tak kena bayar pun..)

17) Mastika – Aku nak tahu macam macam mana sebuah majalah yang hampir ditutup beberapa tahun lalu kini dah jadi majalah paling laku di Malaysia (jualan hamper 160,000 naskah setiap bulan kalau tak salah aku)

18) IRemaja – sesuai untuk memangkin remaja sekolah dan menyedarkan mereka, banyak lagi benda berfaedah di dunia ni selain curi-curi hisap rokok..

19) New Man – cantik awek2 kat Malaysia ni ye…

20) Oxygen – Aku makin tertarik dengan fesyen walaupun aku langsung tak pandai berfesyen…Alangkah indahnya aku punya label aku sendiri suatu hari nanti..


Banyak lagi, tapi ni antara yang selalu aku beli dan ada setengah yang langgan. Tak perlu la aku tulis semua ya.. So, apa lagi…. Baca, baca, baca…


p/s: Kesian Kak Yong aku sebab bilik kat rumah dia dah penuh dengan buku-buku aku… Bila la aku nak ada rumah sendiri ya…

3 comments:

Anonymous said...

Majalah kegemaran saya pula adalah CLEO, Mina & Ujang!!~ =D Saya memilih CLEO sbb ia murah...iaitu rm5.60 senaskah (jika dibandingkn dgn majalah kcantikan yg lain...spt Female rm8 wlaupun ketebalannya lebih kurang sama). pemilihan majalah Mina pula sbb sy mmg suka style Jepun. Ujang lak sbb die dpt mhiburkan hati!!! Itulah review sy terhadap majalah2 yg sy suka...sekian!!! -tina- p/s: ok next...comment kt tajuk lain lak...hahahaha!~ =D

Kristal Media Group said...

tina, kamu juga sudah membaca blog gue ya... tq!

sedari dulu gue tahu kamu suka ujang & Cleo... tapi tak diketahui pula majalah Mina...

Mina ni majalah apa ya? Macam Jepun? Plz give me d info!!!!! Gue mahu cuba membaca.. =p hahahah

Anonymous said...

sy paling suka majalah glam, walaupun saya ni bukan mak2 datin.. cerita mak datin sendiri memang happening habes..haha