Wednesday, July 30, 2008

KEMBALI KEPADA NORMAL

KEMBALI KEPADA NORMAL

“Walaupun ekor terlekat kat badan kita, biarkan ia tetap di belakang… Sebab mata harus terus memandang ke depan dan kaki harus terus melangkah”


Alhamdulillah… Aku akhirnya menemui diri aku kembali… Aku menemui hakikat… Dan aku menerimanya seadanya…

Yang lepas biarlah berlalu… Aku sudah menemui makna hakikat…

Dia tak pernah beri aku harapan… Berkali-kali dia ingatkan aku pasal tu! Tapi, kenapa keadaan begitu kejam kepada dia… Mungkin sebab aku… Dan aku harap aku boleh perbaiki keadaan dengan perbaiki diri aku sendiri…

Aku harap semua orang disekeliling aku juga menerima seadanya.. Ini bukan masa menuding jari mencari kesalahan sesiapa… Ini masa untuk kita kembali kepada normal… Dan menjadi manusia biasa seperti sebelumnya… Kembali girang gembira seperti dulu… Ini permintaan aku dan aku percaya juga keinginan untuk kita semua…Boleh kan?

Jadi, segalanya sudah selesai… Semua akan kembali seperti biasa… Kembali kepada normal…

So, mari kita raikan apa yang pernah kita pestakan suatu masa dahulu… Kembali ke landasan asal.. Kembali kepada normal… Yahoo!!! =)



p/s: M. Nasir kata “mari kita raikan cinta, tanpa cinta-Nya kita tiada”… Peace! =)

MAJALAH KEGEMARAN SAYA

(entri ni aku tulis 2 bulan lepas tapi baru teringat nak publish… =))

Pengarah filem tersohor dunia, Akira Kurosawa pernah mendedahkan satu perkara yang pernah beliau pelajari ketika mula-mula menjinakkan diri dengan dunia perfileman. Perkara tersebut adalah bagaimana untuk menjadi pengarah filem yang hebat. Dan ketika beliau bertanya soalan itu kepada salah seorang guru tidak rasminya, dia mendapat satu jawapan yang ringkas, tapi mendalam.

Ada tiga langkah untuk menjadi pengarah yang hebat. Yang pertama, tulis skrip. Yang kedua, tulis skrip. Yang ketiga, tulis skrip.

Dan kini, setelah hampir seabad kenyataan itu dikeluarkan, aku membuat adaptasi baru dari itu. Bagaimana untuk menjadi manusia yang hebat? Ada tiga cara juga. Yang pertama, membaca. Kedua, membaca. Ketiga, membaca!

Jadi, dari itu, aku senaraikan majalah-majalah kesukaan aku, ada yang antaranya yang aku langgan setiap bulan dan ada antaranya kadangkala beli, kadangkala tidak. Tapi yang penting aku membaca dan darinya aku mengenal pelbagai jenis kelompok manusia yang unik dan pelbagai! Cukup untuk membahagiakan aku…

1) Off The Edge – Taglinenya dah menceritakan segalanya `arts for business person`. Dan aku langgan sebab ia pada harga mampu beli untuk aku beli.

2) Malaysia Tatler – Tempat aku mengenal Melayu yang lebih mat saleh daripada mat saleh. Tapi, satu hari nanti, aku nak jadi sebahagian daripada mereka dengan cara aku sendiri.

3) Glam – Majalah untuk mak datin yang macam aku (tak tahu speaking London).

4) Passion – Sama je macam Malaysia Tatler. Boleh la aku berangan sebelum tidur minum petang dengan Tan Sri Abdullah Ahmad, dinner dengan Dato Seri Idris Jala, main golf dengan Dato Seri Vincent Tan, menari dengan Datin Patricia Indot, tunang dengan Nadia SM Nasimudin, kahwin dengan… Fuh, bestnya…

5) KLue – Tempat aku mengenal dan menghafal nama-nama kelab malam sekitar ibu kota. Kadangkala pergi untuk hilangkan bosan untuk menghargai keindahan muzik (Muzik??? ye ke Azmir?? Macam tak percaya je)

6) Milenia Muslim – Kenapa la susah sangat nak jumpa majalah Malaysia macam ni??? TQ very much MP Communications!

7) SME – Banyak fakta menarik terutama tentang pasaran dan ekonomi Negara-negara Asia Tenggara dan Timur Tengah.

8) Dewan Budaya – Jarang sangat beli sebab… Entahlah…

9) Dewan Masyarakat – Pergolakan politik akan buat majalah ni lebih menarik!

10) Dewan Ekonomi – Tempat aku kumpul bahan dan pengetahuan nak jadi Menteri Kewangan! (dan pasti syarikat bapak aku akan dapat suku daripada projek kerajaan waktu tu. Wajib! Hahaha…)

11) Mangga – Aku merindui aksi tepi kolam renang dan fakta-fakta cinta artis wanita belasan tahun!!!!

12) Hai – Majalah hiburan paling murah aku jumpa! So, apa salahnya aku beli dan baca kan??? Cantiknya Agnes Monica…. =p

13) Sinema Malaysia – Aku baca sebab satu-satunya majalah filem Malaysia di Malaysia yang berBahasa Malaysia! (dan mungkin satu-satunya di dunia ketika ini!)

14) Siasah – Majalah paling aku suka secara peribadi. Tapi sayang, sempat keluar hanya tidak sampai setahun sebelum ditukar jadi tabloid politik.

15) Keluarga – Aku harap aku ada keluarga yang bahagia suatu hari nanti!

16) Maskulin – Aku teringin jugak nak jadi cover majalah ni macam Farid Kamil!! Hahaha!!! (apa salahnya berangan walaupun mustahil.. tak kena bayar pun..)

17) Mastika – Aku nak tahu macam macam mana sebuah majalah yang hampir ditutup beberapa tahun lalu kini dah jadi majalah paling laku di Malaysia (jualan hamper 160,000 naskah setiap bulan kalau tak salah aku)

18) IRemaja – sesuai untuk memangkin remaja sekolah dan menyedarkan mereka, banyak lagi benda berfaedah di dunia ni selain curi-curi hisap rokok..

19) New Man – cantik awek2 kat Malaysia ni ye…

20) Oxygen – Aku makin tertarik dengan fesyen walaupun aku langsung tak pandai berfesyen…Alangkah indahnya aku punya label aku sendiri suatu hari nanti..


Banyak lagi, tapi ni antara yang selalu aku beli dan ada setengah yang langgan. Tak perlu la aku tulis semua ya.. So, apa lagi…. Baca, baca, baca…


p/s: Kesian Kak Yong aku sebab bilik kat rumah dia dah penuh dengan buku-buku aku… Bila la aku nak ada rumah sendiri ya…

KERTAS KERJA PROJEK MEGA

Pertama kali, aku belajar menulis surat rasmi, ketika aku berada di darjah empat kalau tak silap aku. Waktu tu, aku menulis surat kepada DBP bertanyakan tentang buku Teknologi Maklumat (waktu tu teknologi maklumat masih belum menjadi agenda besar negara). Selang beberapa minggu kemudian, aku terima surat balasan yang menyatakan buku tersebut telah habis dalam simpanan stok mereka. Waktu itu, aku sangat teruja! Dengan tulisan tangan yang sangat buruk (waktu tu aku belum ada mesin taip mahupun komputer), dengan ayat yang sangat keanak-anakan (maklumlah, budak umur 10 tahun yang baru belajar menulis), dan aku tulis atas kertas yang aku koyak daripada buku latihan sekolah aku. Namun, surat aku dibalas oleh sebuah organisasi besar dengan penuh formal, menggunakan kata ganti encik (yang membanggakan aku ketika itu) dan dihantar dengan surat berdaftar. Aku terfikir, penting juga ya surat daripada seorang budak kampung berusia 10 tahun kepada organisasi besar tersebut.

Pertama kali aku belajar membuat kertas kerja adalah ketika aku di tingkatan satu. Aku mencuri kertas kertas projek universiti kakak aku untuk dijadikan contoh (kertas kerja tersebut adalah untuk penilaian penajaan acara daripada DYMM Sultan Johor). Dari itu, setiap hari aku sentiasa menulis kertas kerja walaupun program dalam kertas kerja itu bukan untuk diwujudkan secara betul-betul. Sekadar hanya untuk memperbaiki kualiti penulisan kertas kerja aku.. Dalam sebulan, aku pasti aku menulis satu hingga tiga kertas kerja bagi pelbagai acara. Dari itu juga aku sedar kualiti sebuah kertas kerja kepada ketebalan atau kuantiti muka suratnya tetapi bagaimana ia mampu membuatkan pembaca memahami apa yang ingin kita laksanakan dengan jelas, padat, lengkap dan teararah. Tiada format yang tepat. Setiap projek harus dirangka formatnya bersesuaian agar memenuhi kriteria di atas.

Ya, ada yang tertanya-tanya mengapa aku bercerita tentang surat rasmi dan kertas kertas ni? Ya, ini kerana sudah menjadi lumrah bagi sesebuah projek, sebelum ia dilaksanakan, kita haruslah menyediakan kertas kerja dan surat maklumannya. Tambah-tambah lagi bagi sebuah projek mega yang besar skalanya.

Ya, dari hari-hari yang aku lalui sejak kebelangan ini, aku rasa seolah-olah aku sekarang ni sedang menjalan sebuah projek mega. Projek yang sangat besar!

Aku rasa, aku macam sedang menjalankan projek mega iaitu merosakkan hidup aku sendiri... Aku rasa la... Tapi aku tak pasti... Mungkin juga... Sebab aku makin lupa kepada keutamaan hidup aku sendiri.. Aku asyik melakukan sesuatu yang tak patut aku lakukan.. Aku dah tak pentingkan perancangan hidup aku yang aku dah rangka sekian lama... Azmir, mana Azmir yang dulu??? Aduh, aku taknak semua ni... Tapi kenapa aku tak boleh buang??? Kenapa asyik nak ikut aku???? Aduh, beratnya kepala aku.... Aku dah benarkan perkara lain untuk mengganggu hidup aku!!!

Aku teringat lagi pada sebuah sajak pendek yang aku tulis tiga tahun lalu :

PROJEK MEGA; HIDUP
Dalam sebuah kehidupan
Merangka sebuah kerjasama; Persaudaraan...
Mengkaji sebuah pelaburan; Kepercayaan..
Mencapai sebuah kejayaan; Kedamaian...




P/S: pertama kali nampak (Julai ’05), pertama kali berhubung (dalam Friendster waktu subuh) (23/03/07), pertama sms (waktu malam di pantai linggi) (27/04/07), pertama kali sms dibalas (08/07/07), pertama kali berbual di telefon (tak lama sebab dia malu) (10/07/07), pertama kali terputus hubungan (disebabkan orang di selatan) (27/08/07), pertama kali sms + call semula (29/09/07), pertama kali begayut (07/10/07), pertama kali bagayut lebih lima jam (29/10/07), pertama kali jumpa (kat seksyen 9) (Dis `07), pertama kali gaduh (tak contact dua minggu) (Dis `07), pertama kali dia minta maaf (11/02/08), pertama kali gaduh depan orang ramai (kat bus stop seksyen 2.. malu siot..) (18/02/08), pertama kali keluar ke shah alam pukul 2 pagi cari ubat untuk orang demam (tanpa diketahui sesiapa termasuk dia) (01/03/08), pertama kali gaduh sebab seseorang (05/03/08), pertama kali keluar sambut hari jadi (10/04/08), pertama kali perang besar (tak jawab call hampir dua bulan) (April ’08), pertama kali dia telefon semula (15/06/08), pertama kali tengok wayang (26/07/08), pertama kali kirim surat (05/07/08), pertama kali jiwa kacau (06/07/08)...

Tradisi gaduh, maki, berbaik semula, bergaduh lagi, berbaik lagi dan seterusnya adalah rutin biasa dalam sistem putaran ini dah ia asyik ulang berulang. Sangat penat.. Tapi aku tetap bertahan.. Kenapa? Ntah la…

(dia tak pernah bagi aku harapan pun... banyak kali dia cakap & ingatkan aku pasal tu! tapi aku je saja nak malukan diri...)

Sunday, July 27, 2008

ADUH, BANGANG LAGI… (NTAH LA...)

Semalam, adik aku tanya, kenapa aku berubah.. Dia kata, aku makin panas baran… Tak macam dulu… Salah sikit nak marah… Sikit2 nak maki.. Aduh, macam mana dia boleh perasan???? Setahu aku, aku dah berlakon sebaik mungkin bila aku balik ke rumah kakak aku kat KL.. Ntah la...

Sehari sebelum tu, dia hampir buat aku menangis… Dia tanya kenapa aku lebih pentingkan kawan-kawan daripada adik sendiri??? Aku tak sanggup pandang muka dia... Kalau aku pandang, mesti aku dah menangis... (salah ke aku nangis untuk seorang adik?) Betul ke aku dah berubah??? Betul ke aku semakin derhaka??? Aduh...

Sehari sebelum itu lagi, aku terima satu panggilan yang sekali lagi menguji jiwa aku... Panggilan yang aku tak pernah sangka! Kenapa la dugaan datang bertimpa-timpa macam ni... Bagi la aku ruang untuk selesaikan masalah jiwa aku ni satu persatu...

Aku makin mengada-ngada la... Fokus aku terus melayang ke mana-mana... Ntah la...

Semenjak dua menjak ni, aku tengok kawan-kawan aku dah mula berani memberontak... Memberontak dengan cara sendiri.. Ada yang secara senyap, ada yang terang-terangan... Aku risau, adakah ini semua terinspirasi dari tulisan blog aku ni???? Aku harap sangat tidak!!! Risau jugak kalau itu yang berlaku... Ntah la...


(aku taktau nak tulis apa lagi... Ntah la...)

Seseorang yang rapat dengan seseorang beberapa bulan lalu bagi gelaran kat aku. Dr Know It All. Sebab bila dia tanya, mesti aku tau jawapannya... Tapi, sekarang seseorang yang lain yang rapat dengan seseorang yang lain beri gelaran baru pada aku, Mr Ntah La... Sebab bila di tanya apa-apapun, aku asyik jawab, ntah la... Hahaha.. Kontras kan?


p/s : Bak kata Jijan, “esok masih ada, tapi hari ini tetap palat!”

OPERASI MEMALUKAN DIRI!

Aku dah cakap, aku taknak ditemubual! Aku taknak kuar kat tv! Banyak kali aku cakap! Mulanya diorang cakap ok… Tapi bila hari jadi, aku dipaksa jugak! Penting sangat ke aku ni???

Pagi tadi, aku telah menjayakan satu operasi untuk memalukan diri aku sendiri… Aku ditemubual untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia berkenaan projek telemovie pertama aku…

Aku dah cakap, aku tak boleh bercakap dalam rancangan macam tu… Aku siap pakai selekeh ke RTM dengan niat nak hantar Azhar dan Tomok untuk temubual tu.. Tapi, bila sampai kat RTM, aku dipaksa jugak untuk ditemubual! Kononnya aku kena ganti pengarah @ Epul yang awal-awal dah melarikan diri! Pandai Epul ek melarikan diri…

Dah la kepala aku tengah berat giler sekarang ni… Nak berfikir pun susah… Tambah lagi beban ni… malam tadi dah la aku tidur sejam jer… (Ya Allah ya Tuhanku, kenapa la aku masih tak boleh tidur???)

Ingatkan pakaian selekeh aku boleh jadi alasan untuk tak boleh on-air… Tapi, aku kena pulak pakai pakaian yang disediakan oleh Jabatan Busana RTM. Dengan mekap pulak tu.. Serius, aku tak selesa!! Ini bukan aku!!!

So, terpaksa la aku membodohkan diri ditemubual dengan menjawab tapi kepala melayang ke tempat lain… Ramai la pulak kawan-kawan aku yang tengok RTM pagi tu… Aduh!!!

Akhirnya, operasi memalukan diri sendiri berjaya dilaksanakan dengan jayanya… Syabas buat Azmir yang telah memalukan dirinya di depan seluruh rakyat Malaysia.!

LAUT CHINA SELATAN : KEPADA KARANG, OMBAK & MATAHARI

Seperti yang aku bagitahu sebelum ini, aku akan berada di Kuching untuk seminggu mencari diri. InsyaAllah, aku akan mendarat pulang di LCCT pada 23 Ogos jam 3.15 petang.

Selepas itu, aku hanya ada rehat hanya sehari. Ini kerana aku akan bertolak pula ke Kuala Terengganu pada 25 Ogos. Kemungkinan besar aku akan berada di sana sehingga 29 Ogos. Lebih kurang lima hari..

Ya, aku ke sana untuk menyertai sebuah seminar berkaitan kesenian tradisional Gamelan. Terima kasih pada pihak fakulti yang sedia menanggung segala kos berkaitan untuk penyertaan aku ke seminar tersebut termasuklah yuran penyertaaanya. Sepatutnya, aku tak termasuk dalam senarai yang akan ke sana kerana ia hanya untuk sekumpulan pelajar lebih kurang 10 orang daripada program Teater yang mengambil tarian Gamelan sebagai kursus minor mereka. Tapi mujur permohonan aku untuk ..menyibuk.. diterima oleh Timbalan Dekan. Bila dia tanya mengapa aku nak ikut serta, aku menjawab dengan jawapan yang paling ilmiah “Entahlah….”. Hahaha!!! Pelik juga bagaimana aku diterima ikut serta dengan jawapan selamba sebegitu.. Hahaha!!!!

Macam aku cakap hari tu, sekarang ni aku akan sentiasa cari kesempatan untuk keluar daripada Lembah Kelang. Sebab, makin lama kat sini, aku makin hilang diri.. Entahlah… Tambah pula bila membayangkan Laut China Selatan yang terbentang luas menunggu kunjungan aku… Hahaha…Sejak kecil aku memang taksub dengan laut... Famili aku memang tahu, cara paling berkesan untuk aku bersetuju dengan mana-mana destinasi percutian keluarga, tempat itu harus ada pantai/laut… Tak tahu mengapa.. Tapi yang boleh aku cakap, aku memang terpesona dengan bunyi ombak.. Fuh! Layan beb…

Lagipun, dengan aku ikut serta dalam seminar ni, aku dapat melepaskan diri daripada menyertai sebuah lagi seminar yang sepatutnya wajib aku sertai. Ia berkaitan pengurusan warisan dan diadakan di Fakulti Senibina & Perancangan Ukur (FSPU) di kampus induk pada tarikh yang sama. Kalau ikutkan, memang seminar ni lebih sesuai dengan pengajian aku, tapi aku rasa ini bukan masa yang sesuai untuk sertai seminar ni. Sebabnya??? Tak perlulah orang lain tahu… =)

Sekarang aku tengah berfikir, selepas Kuala Terengganu, ke mana lagi nak pergi selepas ni…

Tiba-tiba aku teringat kepada lirik penuh puitis oleh Ebiet G Ade:

Sesampainya di laut…
Ku khabarkan semuanya…
Kepada karang…
Kepada ombak…
Kepada matahari..
Tetapi semua diam..
Tetapi semua bisu…
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit..


So, Laut China Selatan, izinkan aku khabarkan ceritaku kepada karang, ombak dan matahari… Andai mereka tidak mengerti, biarlah aku seorang diri menatap dan mengkagumi langit indah ciptaan Tuhan… Sebagaimana indahnya hidup aku… =)



p/s: Ebiet G Ade memberikan kita penamat yang sungguh indah “Cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang…”

Tuesday, July 22, 2008

SUNGAI SARAWAK, AKU INGIN TENANG DI DADAMU…

Jiwangnya tajuk ni… Hahahaha…

Aku memang nak ke Jakarta pada asalnya.. Tapi bila aku hubungi beberapa kawan di sana, semuanya berada di luar kota.. Ikutkan hati, nak saja aku redah ke sana.. Macam masa aku ke Singapura dulu.. Tapi kata orang kalau ikut hati, kita mati… Aku sendiri tak pasti sejauh mana `panas`nya kota pencopet itu.. Dalam berani kononnya, takut jugak aku kalau aku pergi dan tidak kembali lagi...Hehehe... Walaupun aku baru je beli polisi insuran yang membolehkan emak bapak aku dapat RM100,000 kalau aku mati, takkan banyak tu je nilai nyawa aku... (Aku muda lagi... Tak kahwin lagi!!!) Hahahaha!!!

Jalan selamat, aku tukar pilihan.. Dalam negara sudah mencukupi… Janji objektif aku tercapai. Aku merancang pulak nak ke Tawau.. Kononnya kata orang, kawasan pedalaman di sana kaya dengan khazanah yang unik.. Tapi, aku risau pula, tak bosan ke aku nanti kalau pergi ke kawasan perkampungan sedangkan aku sendiri budak kampung... Nak menghayati khazanah budaya??? Aku rasa ini bukan masa yang sesuai untuk aku jadi sebegitu patriotik! Hahahaha....

Jadi, di kaunter tiket, aku tukar lagi... Akhirnya, 18 Ogos ni, aku akan terbang ke Kuching untuk seminggu. Tiket flight pukul 11.45 pagi dari LCCT.

Hotel? Entahlah... Tak apa, sampai di sana nanti aku boleh cari... Bukankah Kuching tu masih dalam Malaysia yang aman damai...Hehehe... Tak ada apa yang nak dirisaukan rasanya... Aku pergi bukan untuk melancong dengan sebegitu selesa... Di mana-mana saja aku boleh tidur.. Lagipun aku pergi seorang, bukannya bawak rombongan yang perlu perancangan rapi..

Aku periksa di internet, tak ada apa yang menarik sangat di Kuching ni.. Aku sendiri tak pasti apa yang aku nak buat di sana dalam seminggu tu.. Tapi, bak kata orang, jika kita tahu caranya, dari padang yang kosong, kita mampu bermain pelbagai permainan di dalamnnya.. Aku rasa mungkin aku mampu untuk menemui maklumat, ilmu dan sesuatu yang baru di sana... Setidaknya aku mampu menemui diri aku sendiri...

So, Sungai Sarawak, izinkan aku mencari di dasarmu… =)



p/s: Hujung tahun ni aku teringin nak ke Jepun...Bercuti sambil bekerja.. Tengah merisik-risik bantuan dari Japan Foundation dan beberapa pihak lain... Entahlah... Dapat ke tak... Ntah la... (Doakan aku ya!) peace... =)

Sunday, July 20, 2008

PERIHAL JAM TANGAN AKU

Aku ada satu jam tangan. Ya, jam tangan yang selalu aku pakai tu… Aku sangat sayang pada jam tangan ni sebab ia pemberian bapak aku!

Jam tangan aku memang sentiasa diawalkan 15 minit atau 10 minit.. Itu aku amalkan sejak aku sekolah menengah.. Sebabnya aku nak jadi macam Li Ka Shing, hartawan terkenal China... Atau mungkin mengikut budaya Jepun yang mementingkan masa... Atau mungkin aku tahu aku ni pemalas, jadi kena sentiasa awalkan masa supaya aku tak terlewat.. Mungkin...

Beberapa minggu lalu, ketika di kampung aku di Perak, tiba-tiba jam tangan aku putus sebab salah satu skrunya tercabut... Aduh... Aku memang tak selesa bila tak ada jam tangan... Sebab dari sekolah rendah bapak aku dah ajar untuk pakai jam tangan bila keluar dari rumah.. (kat sekolah rendah dulu aku famous sebab paling selalu tukar jam tangan... hehehe).. So, aku tak selesa bila keluar daripada rumah dengan tak pakai jam tangan... Tapi bila keluar dari rumah saja la... Bila kat rumah, aku tak selesa la pulak kalau pakai jam tangan... Tambah lagi bila tengah mandi, basuh pinggan atau apa-apa yang melibatkan air.. Takut jam tu rosak kot...

Sekembali saja ke Shah Alam, dan sebelum ke Melaka, aku pergi kedai jam... Pasang semula skru yang tercabut.. Yahoo!!!! Aku dah ada jam tangan kembali... Jam yang sentiasa mengingatkan aku tentang waktu!

Tapi, semalam, jam tangan aku buat hal lagi... Skru yang dipasang tiba-tiba terkeluar sedikit dari lubangnya... Dan dengan itu, skru tersebut telah menghalang klip pembuka jam tangan ni... Jadi, aku tak boleh tanggalkkan jam tangan ni dari tangan aku!!!!

Aku cuba betulkan skru tu dengan pisau (sebab aku takde pemutar skru sekecik itu) sampai adik aku ingat aku nak potong urat nadi aku!! Hahahaha.... Aku cuba jugak dengan beberapa gajet canggih yang lain... Kad, gunting, besi, kunci...Hahaha... Tapi, tak boleh jugak nak betulkan skru tu... Kena pergi kedai jam jugak... Tapi malasnya nak pergi... Tengah takde mood ni...

So, sementara nak tunggu aku ke kedai jam, biarlah jam ini melekat kat tangan aku buat beberapa hari ni... Aku makan, mandi, berlari (dah lama aku tak berlari), tidur, buat kerja... Jam ini akan sentiasa melekat pada aku (walau aku tak selesa sebenarnya)...

Korang rasa, macam mana aku nak tanggalkan jam tangan ni dari tangan aku. Sama ada aku perlu potong jam ni (tapi aku sayang) ataupun aku patut potong tangan aku (sanggup ke aku)? Susah juga bila terpaksa buat pilihan ya...

Tapi bagus juga jam tangan ni melekat kat tangan aku. Sebab jam tangan ni tak perlu janaan bateri. Dia berfungsi dengan denyut nadi. Maknanya, selalu nadi aku masih berdenyut, selagi itulah ia akan terus berfungsi menberitahu waktu kepada aku. Dan suatu hari nanti bila orang melihat jam ini sudah berhenti berdetik, makanya semua akan tahu yang aku telah mati!


p/s: Kadangkala, benda yang kita nak berada dekat dengan kita, tapi bila dah dekat dalam keadaan yang tak seperti kita mahukan, akan buat kita menyumpah seranah marahkan keadaan!

AKU JELES!

Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak benda yang aku nak jeles! Banyak!

Aku jeles bila teater Azhar masuk Festival Teater Malaysia…. Gempak siot!! Macam mana la mereka sanggup berkorban masa, tenaga, wang dan segalanya untuk sesuatu yang mereka minat… Dan akhirnya mereka berjaya buktikan apa yang mereka pilih itu adalah yang terbaik untuk mereka.. Aku belum tentu sanggup untuk buat pilihan sebegitu…

Aku jeles bila kawan aku dari Cyberjaya, Naza dah habis buat master dalam bidang knowledge technology. Sekarang dia dah masuk ke Pharmaniaga Berhad, sebuah syarikat gergasi perubatan tanah air (syarikat dengan modal berbayar RM100juta dan tersenarai dalam papan utama Bursa Malaysia). Khabarnya dia bakal diserap secara berperingkat sebagai eksekutif sebelum diberikan tanggungjawab sebagai pengurus di salah sebuah jabatan dalam syarikat korporat tersebut. Dan sekarang dia berkira-kira nak sambung PHDnya… Tak lama lagi kena panggil Dr la pulak…

Aku jeles jugak pada anak muda macam Zan Azlee (aku jemput dia untuk jadi panel Screen Talk kat fakulti kelmarin)… Dengan hanya kerja freelance, dia boleh duduk kat kondo mewah, pakai kereta yg smart (aku tak igt nama kereta tu), buat filem yang dia suka, dan mengembara ke luar negara setiap beberapa bulan untuk mencari pengalaman.. Itu impian aku untuk mengembara ke negara orang tapi ada saja penghalangnya. (Dalam masa terdekat, aku mesti sampai ke Indonesia. Cari pengalaman dan menenangkan diri. Itu azam aku.)

Banyak lagi yang aku jeles, tapi mungkin tak perlu untuk aku nyatakan.. Harapnya rasa jeles ni mampu memangkin aku untuk lebih berusaha untuk menjadi manusia lebih berguna dan memahami ketentuan Tuhan! (selain mengembara ke dunia orang..)


p/s : Banyak sangat yang aku nak jeles.. sampaikan yang aku tak patut jeles pun aku nak jeles jugak..


Seseorang bertanya, kenapa kita selalu tak dapat apa yang selalu kita mahukan? Aku tak tahu jawapanya… Tapi A. Samad Said pernah kata, “Segala yang dihasrat, tapi tak dapat, adalah nikmat yang paling padat!”.

Tuesday, July 15, 2008

WATASHI WA TEMAKI TO RAMUNE O TABEMASU

Watashi wa temaki to ramune o tabemasu… Ini salah satu ayat yang Sensei Sharina ajar dalam kelas Bahasa Jepun tadi… Dan ayat-ayat macam ni la yang menyesakkan lagi hidup aku... Hehehe... Bukan salah Sensei pun.. Tugas dia mengajar kan... Yang salah aku kot... Kenapa ayat ni menyesakkan hidup aku? Sebab maksudnya la.... Nak tahu apa maksudnya? Sekejap lagi aku bagitahu...

Dalam minggu ni banyak sangat aku nak tulis kat blog ni... Ada saja idea datang.. Mungkin sebab dalam masa-masa macam ni aku perlu ruang untuk aku berbual dengan diri sendiri... Dan blog ni la yang jadi tempatnya...

Aku teringin sangat nak menulis kisah retorik Setan dan Iblis yang berlaku kira-kira setahun lalu... Kisah tentang Setan yang sepatutnya taat kepada segala keputusan dan arahan Iblis (menurut Kamus Dewan) kini di zaman moden sudah berani melawan kata. Hahahaha.... Mungkin Setan juga mahu menurut jejak Iblis yang dibuang Allah setelah egonya tidak mahu menurut perintah Allah untuk tunduk sujud kepada Malaikat dahulu...

Aku jugak ingin sangat menulis tentang Haiku, sejenis kesusasteraan klasik dari Jepun. Dengan alunan rima yang sekata dan tetap (suku kata 5-7-5), ia seakan pantun tapi amat berbeza sifatnya. Siapa yang pernah mencuba pasti tahu perbezaannya. Mula dicipta hampir lima ratus tahun lalu tapi hanya diperkembangkan ke seluruh dunia sejak 100 tahun lalu. Aku kagum bila hanya dalam masa 1 abad, ia sudah berkembang dan menjadi salah satu kesusasteraan terkenal dan dipraktiskan penulis di seluruh dunia (Haiku kini diterima sebagai salah satu kesusateraan global).

Aku jugak teringin sangat nak menulis tentang tragedi Greek di zaman moden yang pernah aku cakap tak lama dulu...

Tapi.... aku rasa ini bukan masa yang sesuai untuk menulis semua itu. Banyak ruang dan sudut yang perlu dijaga...

Ya, bercakap soal ruang, banyak ruang dan peluang yang aku dapat sejak kebelakangan ni.. Alhamdulillah... Aku nak buat telemovie, aku dah dapat buat Gelanggang Impian (walaupun susah aku nak berbangga dengannya)... Aku nak tulis buku, aku dah dapat tawaran walaupun aku tolak sempat tak sempat nak kejar masa. Aku nak buat filem dokumentari, aku dah siap shooting Aku, Filem & Kuala Lumpur (walaupun masih belum mula editing yang sepatutnya mula dua minggu lepas… Jangan tanya mengapa!!)

Banyak kali aku cakap pada Epul, ada perkara besar yang aku ingin capai ketika usia aku 26 tahun dan 27 tahun (ya.. ruang masa tiga tahun dari sekarang itu amat singkat). Perkara yang bagi aku bukan penting sangat untuk dicapai dalam masa tersebut tapi perlu aku capai juga untuk setidaknya membolehkan aku dan keluarga aku mampu hidup dengan selesa selepas ini (dan diteruskan oleh keturunan seterusnya.. InsyaAllah...). Hadiah untuk mereka..(doakan aku..) Beberapa minggu lalu juga, aku dengan poyonya cakap pada Jijan (aku tak beritahu pada Ridset sebab dia hanya akan gelakkan aku.. hehehe..) takkan ada apa-apa perkara yang akan mampu untuk mengganggu gugat segala perancangan aku ke arah itu. Perancangan, pengurusan dan perlaksanaannya.

Ya, aku rasa sejak setahun lalu aku fokus ke arah itu. Aku rasa la... Sebab aku jarang kisah apa orang kata... Kawan-kawan aku pelik sebab bila ditanya, kerja aku tak pernah habis.... Apa la yang banyak sangat kerja tu kan... Tak apalah, tak semua yang kita buat kita kena bagitahu kat orang lain kan...

Ya, jarang aku bagi peluang kepada emosi aku mengganggu pengurusan hidup aku.. So, bila aku dah membenarkan sesuatu untuk melakukan `penggangguan tanpa niat` tersebut, mampu ke aku untuk menafikan betapa istimewanya kejadian itu dalam hidup aku? Entahlah...

Kesian jugak aku tengok Daus... Dalam keadaan dia yang masih bersedih (sabar ya Daus...), dia masih tak jemu cuba nak buat aku gelak... Dia suka main teka teki cari sebab nape aku mcm ni. Teruskan usaha murnimu mencuba Daus, kerna kau takkan dapat mendengar jawapannya dari mulut aku! hahaha... Beberapa kawan kelas aku yang baru kenal aku beberapa bulan ni selalu juga tanya kenapa aku lain macam… Biasanya aku senyum je bila diaorang tanya sambil jawab `nothing… Aku penat jer`… Ramai yang ingat aku putus cinta!!! Hahahaha…. Korang ni buat lawak antarabangsa ke apa…. Hahahaha!!!!! Korang buat aku ketawa besar la… Aku ni bercinta pun tidak, macam mana nak putus cinta??? Hahahahaha… =()

Mungkin cukup sekadar untuk aku cakapkan, sesuatu yang aku ingin sangat berada dekat dengannya kini sudah benar-benar dekat dengan aku… Cuma, dia dekat bukan dalam keadaan yang aku inginkan… Dan macam aku jawab pada kawan aku dari Cyberjaya (dia pun perasan aku jiwa kacau) yang datang jumpa aku tengah malam kelmarin “alaa… tak ade apa la... biasa la… masalah budak2 universiti…” =)

Ok, berbalik kepada ayat Bahasa Jepun yang akui pelajari tadi… Watashi wa temaki to ramune o tabemasu… Maksudnya sangat ringkas… “Saya sedang makan Temaki dan Ramune*”… Itu saja… Ringkas… Tapi boleh buat aku sasau… Hahaha…. kalu korang tak paham, buat2 je la paham ek…. Hahahaha =p


p/s: Kenapa la aku selalu langgar janji.... Aku dah janji taknak cakap pasal ni... tapi aku buat jugak... Aduh...


* temaki & ramune ialah dua jenis makanan Sushi

Monday, July 14, 2008

AKU SANGAT PENAT!!!

.....................................
..................................
.........................................
.......................................
.................................
..........aku penat...
tak larat nak tulis apa2... =)

Wednesday, July 9, 2008

BANGANG EPISOD TIGA (EPISOD AKHIR)

Semalam segalanya terjawab.. Jawapan yang aku cari selama ni terjawab.. Rupanya rasa bangang ni ada yang lebih berat menimpa orang lain... Setidaknya aku tidak perlu memikul tanggungjawab yang maha berat seperti mereka yang harus membuat keputusan.... Setidaknya aku hanya perlu menerima keputusan itu seadanya...

Rasa bersalah, nak marah, sedih... Semuanya ada... Rasa berat kepala dan tak sedap hati segalanya beransur reda setelah jawapan diketahui... Cuma masalah sekarang, bagaimana untuk melalui jawapan yang telah diketahui itu... Ia mungkin akan membuatkan aku tak selesa dengan hidup aku sendiri tapi aku harap dan yakin perlahan-lahan aku boleh mengawalnya... (inilah petanda bahawa Allah sangat sayang pada aku.. Dia sudi untuk menguji aku..)

Mahu atau tak, bangang ni pasti beri kesan kepada hidup aku. (sesiapa yang kenal aku akan tahu seserius mana penerimaan aku terhadap kejadian ini). Dan ia akan mengubah aktiviti seharian aku.. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh aku buat.. Setidaknya cara aku berfikir... Aku tak tahu berapa lama. Sebulan, satu semester, setahun atau.... Entahlah... Tapi harapnya cepatlah ia berakhir..

Aku perlu kembali meneruskan pengajian seperti biasa... Aku harap selepas ni aku boleh tidur seperti biasa selepas empat malam tak tidur (malam tadi tidur cuma satu jam.) Tidur memang hobi utama aku!! Hahaha....

Harap semua yang berada di sekeliling aku mampu ataupun setidaknya berusaha untuk berfikiran positif atas apa yang telah berlaku... Malam tadi berpuluh kali aku ulang ayat klise drama Melayu, ”setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya”..

Harap segalanya akan kembali seperti biasa!!!! =)



p/s: Mungkin ini catatan bangang aku yang terakhir.. Cukup... Aku taknak blog ni menambah beban bangang aku dan aku taknak ia akan mengganggu emosi orang lain... Aku dah jumpa jawapan yang aku cari... Sama ada suka atau tak, itulah jawapannya dan harus diterima seadanya.. Peace!!!

BANGANG EPISOD DUA

Semalam aku menambah koleksi bangang aku. Nak tukar tali jam, aku masuk kedai cermin mata! Nasib baik tak cakap lagi kat tokei kedai tu… Kalu tak, tak ke malu besar! Hahahah…

Hari ni hari ketiga semester bangang ni. Masuk kelas Jepun yang aku nyaris gagal semester lepas. Beberapa kali aku ketawa besar dek lawak-lawak budak kelas aku!!! Terima kasih la budak2 kelas aku yang gila2 terutama Daus yang mampu buat aku tergelak… (walaupun kadang2 tu gelak tak ikhlas.. hehehe… sori..)

Lepas kelas, pergi bank uruskan akaun sambil beberapa kawan aku ikut nak bukak akaun Maybank. Lepas tu, Arie belanja makan kat McD sebab dia baru bank in payment job dia masa cuti aritu…Alhamdulillah… Kenyang jugak aku… Semalam seharian aku tak makan apa-apa selain roti sardin yang aku beli kat kandang… Lapar tu memang lapar tapi… Susah nak cakap la kalau dah rasa bangang tu, nak buat apa pun tak jadi.

Berat giler kepala aku! Dah 3 hari asyik terjaga dari tidur.. Tidur awal.. Tapi sejam sekali terjaga… Dah tejaga susah giler pulak nak tidur… Aduh… Berapa kali rasa nak pitam…

Beberapa hari ni, aku keluar rumah seawal pukul tujuh lebih pagi… Nak duduk rumah pun buat apa sebab dah tak boleh tidur…So, habiskan masa dengan sarapan kat kedai ibu, baca surat khabar & lepak menunggu kelas pukul 9.30 pagi… Kalau la emak aku tahu aku bangun awal pagi macam ni, mesti dia seronok giler… Hahaha!…. So, kalau emak nak suruh bangun awal, bagi la rasa bangang sikit… Hahaha..

Tapi bangang tetap bangang… Aduh, kenapa la ko ni Azmir…



p/s : Aku penat sangat menanggung rasa bangang ni… Serius.. Sangat penat.. Tak larat dah ni… Tapi aku tak boleh nak buang…Sebab kepala aku ni bodoh sangat kot.. Tolong aku! Aku taktau nak marah siapa… So, aku marah diri aku sendiri la… Sampaikan diri aku sendiri dah penat dan tak larat nak marah2 kat aku!!! Aku dah tak larat, tak bermaya…. Bangang!!

RETORIK CINTA

Cinta itu menyusahkan aku!

Cinta itu membebankan aku!

Cinta itu racun!

Cinta merosakkan hidup aku!

Cinta buat aku jadi bebal!

Cinta itu membodohkan aku!


Tapi bagi aku, kalau namanya pun retorik, seperti mana retorik bahasa, ia pasti membawa konotasi yang pelbagai. Pasti ada double meaning dan reverse psychology di dalamnya.

Kerana, dalam hidup aku, aku masih perlukan cinta. Dan seperti yang aku sering katakan selama ini, aku hidup sekarang ni pun kerana cinta. Kata seorang pelawak, cinta itu umpama sebuah tandas. Walaupun busuk, kita tetap memerlukannya.


Dalam keadaan jiwa yang amat kacau sekarang ni, aku sepatutnya dah menjerit “Hidup ni tak adil!!!”. Tapi aku takkan kata begitu. Aku sangat hairan kenapa kebanyakan anak muda sekarang bila ada masalah sikit begitu mudahkan menjeritkan ayat itu sedangkan bukankah hidup ini anugerah terindah daripada Allah kepada kita hamba-Nya dan bukankah Allah itu Maha Adil sifatnya. Bukan hidup yang tak adil. Manusia dalam hidup tu (termasuk aku) yang tak adil. So, mari kita beramai-ramai mengubahnya “Manusia dalam hidup ni tak adil!!!”



p/s : Opss jap.. Aku dengar macam orang kat belakang kerusi aku ni menyindir aku. Tapi aku tak kenal dia. Dia pun tak kenal aku. Betul ke atau mainan perasaan aku je... Aduh, kenapa la kau ni Azmir... Nampak sangat jiwa kau tengah kacau... =(

Tuesday, July 8, 2008

LEGENDA CINTA NEGARA TIDAK BERNAMA

(Kisah Mitos Legenda Abad Ke-21)

Aku sebenarnya tak berminat sangat pada kisah-kisah mitos/ legenda/ sejarah dan sebagainya.. Aku akui keperluannya sebuah kisah sebegini dalam masyarakat sekarang menoleh kembali masa lampau dan mencermin diri melaluinya (meskipun ia hanya sebuah legenda mitos yang tidak sahih kewujudan dan kebenarannya). Tapi dah aku tak berapa minat nak buat macam mana (minat tu ada la tapi tak kuat). Tapi di waktu jiwa kacau ni, apa salah buat sesuatu yang aku tak minat kan.. Sebab waktu ni, buat benda yang aku minat atau pun tak minat, aku tak rasa apa pun... Aku rasa sama je: kosong.

Tapi sekarang aku nak ceritakan sebuah kisah mitos legenda sejarah berkaitan cinta yang tidak agung tapi cukup untuk memberi kesan yang sangat mendalam kepada setiap manusia. (Bak kata awek cun @ dia, tiada cinta atau persahabatan yang mampu merentasi dan melalui kehidupan kita tanpa meninggalkan kesan atau bekas dalam perasaan). Ini bukan kisah cinta 3 segi, bukan juga cinta terlarang, tapi… (sampai sekarang aku belum menemui terma yang sesuai untuk kisah cinta ni)

Sebuah kisah yang berlaku pada tahun 2098. Ketika itu, gerakan Revolusi Melayu Jagat baru sahaja berakhir yang menyaksikan bangsa Melayu menjadi bangsa paling dominan di dunia dengan jumlah penduduk hamir 64% daripada jumlah penduduk dunia dan ada di hampir 519 buah negara (ketika ini dunia mempunyai 715 buah negara semunya). Ketika itu, terdapat beberapa pecahan bangsa Melayu dari sudut agamanya. Antaranya Melayu Islam, Melayu Kristian, Melayu Taoisme, Melayu Saintology beberapa agama baru lain yang baru diasaskan (mungkin petanda akhir zaman!).

Dan kejadian ini berlaku di sebuah negara yang diberi nama Tidak Bernama. Negara ini juga tidak bersempadan. Tanpa penguatkuasaan undang-undang imegresen dan kastam, ia negara bebas untuk semua penghuni dunia untuk datang, melawat atau menetap di negaranya dengan syarat melakukan sekurang-kurangnya satu kerja amal sepanjang berada di Tidak Bernama. Selagi ia bernama manusia, maka sesuka hatilah dia boleh keluar masuk ke negara ini. Negara ini dihuni 26 juta penduduk tetap/ rakyat (negara ini tiada taraf warganegara) yang majoritinya beragama Islam. Identiti penduduk tetap ini boleh dikesan melalui pengesanan cahaya ultra dalm cip yang diletakkan ke dalam jam tangan mereka.

Seorang pemimpin bernama ar-Risalah yang dipilih rakyatnya untuk memerintah negara sejak empat dekad yang lalu. Setelah sekian lama pemerintah negara terdahulu memberi tumpuan kepada pertanian sebagai asas sumber ekonomi negara, ar-Risalah mengekalkan perkara tersebut dengan menambah satu dasar baru ke dalam sistem ekonominya bagi melengkapi sistem sedia ada. Dasar itu dikenali sebagai Dasar Roh Jagat yang memberikan penumpuan kepada pembangunan ekonomi berasaskan kasih sayang yang mana setiap kegiatan ekonomi haruslah mengutamakan ketelusan dan kejujuran. Dengan 99 langkah proaktif yang digariskan melalui dasar ini, kadar rasuah telah dapat dikurangkan hingga ke paras 1%, bilangan penjenayah dikurangkan pada kadar 90%, dan KDNK negara mencatat kenaikan 9050% daripada pemerintahan sebelumnya empat puluh tahun lalu. Anggota polis dan tentera seramai 750,000 orang telah diarahkan untuk menjadi pengasuh warga tua di seluruh negara melalui khidmat dari rumah ke rumah.

Sebaik sahaja menaiki tampuk pemerintahan, ar-Risalah telah mengumumkan pembekuan serta merta segala belanjawan untuk pembelian peralatan ketenteraan kerana beliau menganggap kelengkapan yang sedia ada sudah mencukupi. Dan segala peruntukan yang ada diagihkan kepada pendidikan, sumbangan untuk setiap majlis perkahwinan, menjaga kebajikan warga tua, dan penganjuran majlis-majlis yang menganjurkan kepada pengukuhan rasa kasih sesama rakyat. Dengan kadar pemilikan jet peribadi pada kadar nisbah 1 : 20 orang penduduk tetap, ar-Risalah menghadkan pesawat peribadi hanya boleh digunakan dengan kelulusan rasmi daripada kabinet dengan garis panduan tertentu. Tanpa kelulusan ini, rakyat dibenarkan menaiki kereta janaan air suling ataupun basikal.

Kabinet Tidak Bernama dengan ahli jemaah menteri seramai 100 orang juga tidak membenarkan rakyat-rakyat Tidak Bernama melanjutkan pengajian melebihi daripada peringkat sarjana muda. Mereka dihalang daripada menyambung pengajian ke peringkat sarjana, doktor falsafah mahupun sarjana tua (yang diperkenal dunia lima puluh tahun lalu) bagi mengelak lahirnya golongan cerdik pandai yang terlebih pandai dan akhirnya merosakkan diri (yang mengkaji falsafah keunggulan seni khat tapi lupa kepada alif ba ta).

Ar-Risalah juga mendapat pelbagai pengiktirafan dunia daripada pelbagai negara dan menjadi penasihat kepada beberapa negara maju mengenai pelan pembangunan kemanusiaan memandangkan situasi keganasan semakin melampau-lampau di seluruh dunia ketika itu. Antara negara-negara maju yang mendapat khidmat ar-Risalah adalah Ryukyu, Nigeria, Bostwana, Morocco, Chile dan Silent (negara yang terbentuk hasil perpecahan Amerika Syarikat kepada 14 buah negara pada tahun 2057).

Bagaimanapun, berbanding penduduk dunia di negara-negara lain, penduduk negara Tidak Bernama ini sangat istimewa. Mereka tidak pernah mementingkan kebendaan mahupun kekayaan. Dasar Roh Jagat yang diperkenalkan ar-Risalah sejak empat puluh tahun lalu mengubah keseluruhan sistem kehidupan penduduk negara ini untuk begitu menganggungkan kasih sayang.

(Semua di atas hanya pengenalan. Sekarang aku nak ceritakan mengenai kisah yang menjadi intipati utama cerita ini)

Dengan rentetan kisah negara yang panjang, tersebutlah kisah mengenai tiga orang anak muda di sebuah tempat yang dinamakan Gedung. Gedung adalah sebuah tempat yang menempatkan para penduduk Tidak Bernama yang berusia 18 hingga 25 tahun sementara menanti masa untuk dilepaskan hidup dalam masyarakat. Di Gedung, mereka diajar untuk memahami setiap petanda yang berlaku di sekeliling mereka.

Tiga anak muda ini, dua lelaki, seorang gadis seperti anak muda lainnya yang sedang berkira-kira memahami setiap petanda. Masing-masing mereka bernama Tuah, Mahmud dan Ledang. Mereka dibesarkan bersama. Dan diketahui bahawa Mahmud sememangnya menaruh hati pada Ledang. Mereka melalui segalanya bersama. Suka duka kehidupan di Gedung yang kadangkala mencabar dan kadangkala amat membosankan.

Sampai di suatu ketika, ketika Mahmud beriya-iya mahu mendapatkan Ledang menjadi pasangan sepanjang usianya, tiba-tiba….

(Sori, aku tak tahu nak habiskan macam mana… Sori sangat!!!) =(



p/s : Aku yang hidup pada 2008 tidak mampu untuk mentafsir apa-apa hikmahnya di sebalik kisah ini. Cuma aku harap anak cucu kita nanti yang hidup pada abad ke-22 mampu melakukannya kerana setiap kejadian yang diatur Allah itu memang memerlukan masa untuk difahami dan disyukuri.

Monday, July 7, 2008

SEMESTER PALING BANGANG

Aku jarang (atau tak pernah) nak menulis blog macam ni! Tapi di waktu macam ni apa aku peduli!

Semester baru! Semester ni tak macam semester-semester sebelumnya. Kalau semester lepas aku anggap semester paling aku banggakan walaupun dapat keputusan antara yang paling teruk sepanjang empat tahun di UiTM, tapi aku paling puas aku dengan kerja-kerja aku. Aku buat dengan sepenuh jiwa.

Tapi semester ni paling bangang! BANGANG!!!!

Tak pernah aku mulakan hari pertama semester dengan perasaan macam ni… Dan tambah membangangkan aku bila aku sendiri tak tahu apa yang menyebabkan kebangangan tu! Aku cuma boleh main teka-teki… Mencari apa sebenarnya yang buat aku rasa macam ni… Jiwa kacau!

Aku rasa aku tahu puncanya dari mana tapi itu hanya puncanya saja.. Apa pulak penyebabnya???? Bangang!

Serius aku tak sedap hati! Betul ke apa yang apa yang aku agak ni… Atau mainan perasan aku je. Entah! Serius entah! Kenapa aku tak sedap hati macam ni…

Kepala aku ni asyik nak berperasangka buruk pada orang lain… Jahatnya aku…

Buat apa serba tak kena… Nak bayar duit PTPTN aku pergi Bank Islam.. Bawak kereta boleh tak perasan pintu tak tutup rapat (nyaris melayang nyawa)… Nak cucuk duit kat mesin atm aku pegi cucuk kad pengalanan… Tak ke bodoh namanya tu…

Hari ni hari kedua semester dan pagi tadi aku mula masuk kelas pertama aku (kelas pertama semalam aku ponteng sebab ni la)… Kerja aku dalam kelas hanya buat-buat gelak bila buat pensyarah aku buat lawak (padahal aku dengar tak sampai 30% je sepanjang kelas)… Subjek Pengurusan Kewangan… Menarik juga kerana aku akan belajar pasal penajaan korporat, pengurusan risiko, pengecualian cukai hiburan, analisa kewangan semasa dan banyak lagi…

Tapi boleh ke keminatan (bak kata Dr Abu Hassan) dan kenikmatan (bak kata Hisahamudin Rais) aku terhadap perkara ni kekalkan semangat dan fokus aku pada studi sedangkan kelas pertama je aku dah hilang diri. Tiba-tiba je pensyarah aku tadi kata yang pengurus yang baik boleh kawal diri dan takkan bawa masalah luar ke dalam produksi (macam terkena kat aku je.. hahaha) Tapi apa aku peduli…!

Adik aku pesan beli pen drive dah dua hari tapi aku tak beli pun lagi sedangkan itu kerja yang boleh selesai tak sampai sejam…. Pergi Giant dan beli!

Kerja semakin bertimbun. Sepatutnya minggu ni aku kena uruskan hal di pejabat MARA pasal pembiayaan perniagaan untuk syarikat aku, siapkan skrip dokumentari aku yang dah tertangguh dua bulan, mulakan editing dokumentari, siapkan perancangan aktiviti untuk syarikat, uruskan akaun syarikat di bank, buat proposal baru untuk perancangan hujung tahun aku, bayar bil api air rumah, serta teruskan pengajian seperti biasa. Tapi semua jadi huru hara….

Tambah pula pagi tadi aku dapat khabar daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai yang salah satu daripada lima borang tender yang aku hantar ke RTM beberapa bulan lalu iaitu telemovie `Aidiladha Untuk Khairisyah` berkemungkinan akan diluluskan untuk siaran RTM. Diorang kata tak confirm lagi tapi berkemungkinan besar dan kemungkinan itu perlukan aku merangka dengan segera skrip dan rangka kerja produksinya…

Entahlah…
Dengan keadaan aku macam ni, mampu ke aku nak hadapi separuh kedua kehidupan aku untuk tahun ini mengikut perancangannya setelah separuh pertama 2008 amat berjalan lancar dan mengikut perancangan.

Aku tak sedap hati! Macam ada sesuatu! Tapi betul ke atau hanya mainan perasaan aku!

Entahlah… Itu je mampu aku cakap….


p/s : keadaan yang bangang atau aku yang bangang???? BANGANG!

Tuesday, July 1, 2008

AWEK CUN (dia), GEISHA & SUSHI KING

(Catatan Ringkas Jepun Untuk Dia)

Beberapa hari lalu, sekembali dari Perak dan dalam kesibukan menyempurnakan dokumentari aku yang pertama, Epul yang merupakan partner aku untuk dokumentari ini minta supaya penggambaran bercuti dua hari. Alasannya, dia nak ambik tawaran jadi cameraman video korporat dari Nazrul. “Mana boleh Epul, sebab nanti siapa nak jadi jurukamera aku?” itu yang aku nak cakap pada dia. Tapi belum sempat aku nak cakap, dia sambung lagi “shooting ni kat Melaka”. Aku tak jadi nak cakap apa yang aku nak cakap. Tapi aku cakap “Okey, tapi dengan syarat aku nak ikut!”.

Yes!!! Ini alasan terbaik aku untuk ke Melaka dan alasan terbaik juga kau nak pergi jumpa dia. Hahaha!!! (dalam hati terfikir jugak betapa tak profesionalnya aku, tapi apa aku peduli..)

Dan sepanjang jalan ke Melaka pada awal subuh keesokan harinya, aku berdua dalam kereta dengan Epul. Epul beberapa kali sempat lena. Dan ketika lenanya Epul, kepala aku serabut pikir pasal macam-macam.

Sebaik tiba di Melaka, aku hantar Epul ke MITC untuk shooting dan aku seterusnya ke bandar Melaka. Tepat jam 9 pagi. Walaupun aku tak tahu arah jalan, papan tanda amat membantu. Terima kasih MBMB atas kejayaan menyempurnakan tanggungjawab itu.

Perkara pertama, cari tempat membeli tiket tempat letak kereta. Selepas itu, aku mahu teruskan dengan apa yang telah aku rancang iaitu melawat setiap muzium dan galeri yang ada di kota Melaka ini. Kalau tak silap, ada hampir 30 buah kesemuanya. Sejak dari dulu, memang aku berhasrat melawat semua itu. Ya, aku setidaknya kagum ada sebuah negeri di Malaysia yang amat mengambil berat tentang soal warisan. Ya,meskipun syarikat aku pernah jadi mangsa penipuan urusniaga perniagaan dengan salah seorang pegawai tertinggi Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) beberapa tahun lalu, namun aku rasa tidak perlulah aku terlalu emosi untuk campurkan urusan peribadi itu dengan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan ini.

Namun, malang sekali. Kekaguman aku itu hanya sekejap. Sebaik membayar tiket RM3 dan memasuki kompleks Muzium Samudera, kekaguman itu bertukar menjadi sumpah seranah. “Ini ke yang dipanggil muzium???” Jika ini yang kita panggil sebagai muzium, gedung peradaban warisan bangsa kita dan dengan bangga kita jaja kepada jutaan pelancong asing yang berkunjung ke negara kita, alangkah malunya aku menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia. Aku tak pernah mengharap kita setanding dengan barisan galeri unggul di Perancis kerana aku tahu bagaimana tradisi muzium di sini. Namun, janganlah sampai muzium kita menjadi seperti sebuah lubang gelap yang hanya menambah tahap butanya orang kita terhadap warisan dan pengetahuan. Apresiasi orang kita terhadap muzium terlalu rendah jika nak dibandingkan dengan negara jiran Singapura dan aku rasa inilah salah satu penyebabnya. Muzium kita `kosong`! Artifaknya banyak, tapi kosong intipati dan pengertiannya. Apa gunanya jika bangunan muzium kita indah dan hebat seperti KLCC tapi isinya kosong seperti mengajak kita bersama katak tinggal di bawah tempurung. Jangan jadikan muzium hanya platform untuk menjadi simbol keprihatinan pemerintah kononnya mereka amat mengambil berat soal itu tetapi hakikatnya hanya propaganda politik semata-mata. Kalau itu yang berlaku, itu propaganda bodoh yang aku tak boleh terima! Kita takkan mampu jadi negara maju jika mentality tampuk tertinggi dan perkhidmatan awam kita masih di tahap negara membangun. Aku tahu, orang politik kena pandai berpolitik, harus pandai `main wayang` berpropaganda. Aku tahu dan menerima situasi itu seadanya sebab aku sendiri kadangkala ber`politik`. Namun, biarlah secara bijak. Menang dua-dua. Maruah bangsa terpelihara, kotak undi pun menang majoriti kepada kita. Kan itu lebih sempurna namanya.

Muzium harus menjadi dunia baru bagi setiap pengunjung. Aku mahu,apabila kau masuk ke sesebuah muzium, aku akan kagum dan menerima pelbagai maklumat, perasaan, pengertian dan pengajaran yang akan menjadi aku manusia lebih berguna dan lebih baik.Tidak kiralah lebih berpengetahuan, lebih patriotik, lebih menghargai, lebih kritis, lebih kritikal atau lebih kreatif. Setidaknya mampu memberi inspirasi untuk menggerakkan sesuatu. Tapi …. (tolong, aku taknak mengutuk lagi).

Cukup! Aku taknak teruskan niat aku nak melawat muzium-muzium lain. Aku takut nanti dosa aku bertambah menyumpah seranah negara dan bangsa sendiri.

Jadi, selepas itu, aku buat keputusan hanya untuk jalan-jalan sepanjang Sungai Melaka sambil merakam beberapa visual yang aku kira menarik dengan kamera video. Ketika itu,aku kembali memikir tentang si dia. Aku telefon beberapa kali tidak diangkat. Sah,mesti masih tidur!

Aku tiba-tiba terfikir yang dia suka dengan perkataan Geisha. Aku tak tahu kenapa. Mungkin kerana pengaruh kesukaannya kepada fesyen remaja Jepun yang telah menular menjadi budaya popular seluruh dunia hari ini (dengan potongan rambut dan wajah yang mirip Jepun lantaran dia ada darah campuran Cina). Geisha menurut pemahaman aku adalah pelayan sosial dalam sistem masyarakat Jepun. Ya, mereka adalah pelayan terlatih yang tidak boleh meluahkan sebarang bentuk ekpsresi terhadap perasaan mereka. Aku tak suka dengan pernyataan itu kerana bagi aku, setiap manusia punya perasaan dan berhak untuk meluahkannya dalam apa sekali bentukpun asalkan tidak menentang hukum agama dan budaya.

Dia bekerja sementara di Sushi King. Alasannya sebab dia suka makan Sushi. Sushi King, satu jenama dari Jepun yang kini diterima sebagai salah satu jenama yang sebati untuk masyarakat dunia. Ya, Jepun sememangnya terkenal dalam usaha memperlebarkan pembudayaan peradabannya ke seluruh dunia. Dan paling dekat dengan aku, beberapa penggiat filem yang aku kenal pernah mengikuti program penempatan selama enam bulan di Jepun dalam usaha mempelajari, mengetahui, memahami dan menyebarkan budaya Jepun ke negara ini. Aku rasa,mungkin pendekatan yang dikelolakan oleh Japan Foundation wajar dicontohi Malaysia. (Tak perlu pun berbelanja RM12juta untuk Titian Budaya ke Indonesia yang seolah hanya untuk mewajarkan pegawai kementerian bercuti ke sana).

Seni mampu membawa budaya ke sudut pandang yang lebih luas dan tidak pernah terfikir oleh pemikiran konvensional. Filem pasti tidak berkecuali. Mungkin FINAS boleh belajar daripada NHK tentang hal itu meskipun FINAS seharusnya lebih arif tentang hal itu. Dan jika mengikut pengertian yang diberikan oleh Prof Dr Wan Zawawi ketika aku berjumpa dia beberapa minggu yang lalu, aku dapat simpulkan bahawa Jepun telah berjaya mengekalkan budaya tradisinya dan menjadikannya sebagai budaya popular di seluruh dunia. Tak perlupun memasukan elemen kontemporari ataupun universal seperti mana yang sering dilakukan Malaysia untuk membawa produk seni ke luar negara (orang Malaysia memang suka berpesta). Dengan pendekatan yang sesuai, tak mustahil suatu hari nanti kita boleh menikmati budu asli sambil menonton persembahan Mak Yong di sebuah kafe di kaki lima bandar Osaka.

Tiba-tiba dia SMS aku bertanya aku di mana. Katanya dia tiada kereta nak datang jumpa aku sekarang. Mungkin sekejap lagi katanya. Dia kata nak ponteng kerja hari ini (aku kira itu bukan budaya masyarakat Jepun mahupun Sushi King. Hehe…). Dan aku, masih terfikir mengenai dia, geisha,Sushi King dan Jepun.

Hubungan Malaysia dan Jepun boleh dikatakan mempunyai hubung kait yang rapat. Bukan hanya soal penjajahan dalam Perang Dunia Kedua tapi lebih dari itu. Mungkin kerana pengaruh Jepun sebagai sebuah negara maju yang letakknya di Asia, maka kita merasakan keakraban itu tidak kira dari segi geografi mahupun budayanya. Aku tak pasti berapa jutaan nyawa di Malaysia yang dibesarkan hasil duit gaji ibu bapa mereka yang bekerja di kilang milik Jepun. Ya, amat akrab. Pembentukan peribadi aku sendiri sedikit sebanyak menerima pengaruh Jepun ketika kanak-kanak dahulu. Selain lagu-lagu rakyat, Opah aku yang membesarkan aku sering mendodoikan aku dengan lagu Jepun yang dipelajarinya ketika remaja. Ketika itu, iaitu ketika zaman pemerintahan Jepun, katanya setiap daripada penduduk Tanah Melayu wajib menyanyikan lagu kebangsaan Jepun dan belajar bahasa Jepun di sekolah (teringat pula pada result exam bahasa Jepun aku semester lepas yang nyaris gagal. Mampus la aku semester ni…)

Aku sempat menyelak kembali beberapa buah buku berkaitan politik antarabangsa dan hubungan diplomatik Asia Pasifik yang berada dalam rak buku aku (aku memang suka membeli buku namun jarang membacanya). Menyusuri perjalanan Kepuluan Ryukyu itu sepanjang hampir seabadnya lalu membuatkan aku yakin Jepun sebuah negara yang sangat pintar. Namun, pintar itu sendiri punya konotasi yang pelbagai, dan mungkin baik atau sebaliknya. Melaka (tempat aku berdiri ketika itu) dan Jepun punyai metafora yang besar dalam pengalaman penjajahan negara kita. Melaka menjadi lokasi perintis negara kita dijajah hampir lima abad yang lalu. Dan kehadiran Jepun ke Tanah Melayu adalah perintis kepada jalan kemerdekaan negara.

Tun Dr Mathathir sepanjang 22 tahun pemerintahannya pernah mengumumkan Dasar Pandang KeTimur. Sejujurnya, aku tidak mengetahui apa-apa mengenai dasar ini selain daripada keinginan Dr Mahathir agar rakyat Malaysia mampu mencontohi budaya dan etika masyarakat Jepun dalam bekerja. Adakah ia sebuah dasar bertulis yang cukup mendalam secara teknikalnya atau sekadar suatu retorik kepentingan membetulkan budaya masyarakat kita. Entahlah… Beberapa bulan lalu, aku ada membaca sebuah buku koleksi teks ucapan Tun Dr Mahathir yang antaranya terkandung teks ucapan beliau sempena perhimpunan belia Asia di Jepun pada tahun 1999. Beliau menegaskan, budaya dan etika kerja bukanlah hanya warisan keturunan tetapi ia mampu dipelajari dan beliau yakin rakyat Malaysia mampu melakukannya. Yang pasti,aku sendiri kurang tahu bagaimana budaya masyarakat Jepun itu sendiri selain hanya mampu menggambarkannya melalui pembacaan (mungkin untuk lebih memahamainya,aku perlu kahwin dengan gadis Jepun, atau gadis yang mempunyai iras-iras wajah Jepun. Hehehe..)

Aku melihat cubaan Jepun mengusai Tanah Melayu dalam Perang Dunia Kedua sebagai usaha dalam pembentukan Lingkaran Asia Raya amat memainkan peranan penting dalam proses mencapai kemerdekaan negara kita. Tanpa Jepun, selain pejuang-pejuang lain yang berhaluan kiri serta kedegilan sesetengah pemimpin dalam UMNO/ Perikatan yang cuba menentang arus, mungkin kita hari ini masih menjadi sebuah negara jajahan British.

Sejak sebelum Perang Dunia Kedua, Jepun sememangnya sebuah negara kuasa besar dalam peta dunia. Dari itu, dengan slogan `Asia Untuk Asia` dan `Lingkungan Kemakmuran Bersama Asia Timur`, Jepun berjaya mempengaruhi beberapa pemimpin Asia yang lain untuk bersama. Tindakannya menyerang Pearl Harbour sememangnya dilihat sebagai sebuah semangat yang cukup berani. Namun, tragedi ledakan atom di Hiroshima memusnahkan segalanya. (Baru sekejap tadi National Geography menayangkan detik-detik pengumuman menyerah kalah Jepun kepada Amerika Syarikat oleh Maharaja Jepun).

Dalam pada sering diperdengarkan oleh laungan ahli politik tentang kebangkitan Jepun dalam masa yang amat singkat selepas tragedi Hiroshima hingga menjadi negara maju pada hari ini, aku sering menerima pernyataan itu seadanya secara permukaan tanpa melihat secara teliti dan mendalam, bagaimana usaha pembangunan Jepun tersebut dilakukan(teringat lagu M. Nasir `Bangkit Dari Abu` yang mengisahkan legenda Timur Tengah mengenai burung Phoenix yang hidup semula daripada kematiannya dan menjadi lebih istimewa).

Kembali ke Melaka, kota kehebatan sejarah negara kita. Petang itu, seperti dirancang, aku jumpa dia. Tengok wayang, jalan-jalan, naik menara Taming Sari yang tinggi (tapi tak setinggi harapan aku. Hehehe..) Ya, perjumpaan aku dengan dia di Melaka membawa aku meneliti semula usaha baik pulih negara matahari terbit itu setelah ledakan atom Hiroshima. Selepas kekalahan dalam Perang Dunia Kedua, Jepun berasaskan Dotrin Yoshida telah melakukan rancangan pembangunan baru dengan menyerahkan segala kuasa berkaitan keselamatan dan pertahanan negaranya kepada Amerika Syarikat.

Oleh itu, tanpa perbelanjaan besar terhadap segala macam keperluan pertahanan negara, dan kegerunan negara lain kepada Jepun dek kerana dilindungi kuasa besar Amerika Syarikat, Jepun memberikan fokus kepada pembangunan ekonominya. (teringat pula pada kisah panas di Parlimen mengenai pembelian kapal selam, pesawat pejuang Sukhoi dan helikopter pengganti Nuri oleh Kementerian Pertahanan yang dikatakan tidak telus).

Sejak dari itu, Jepun sentiasa mengambil kesempatan dalam sebarang situasi seluruh dunia bagi memastikan usaha pembangunan ekonominya tercapai. Perang Korea dan Perang Vietnam turut memberi kelebihan kepada Jepun yang memiliki kemampuan teknologi dengan membekalkan segala keperluan bagi peperangan tersebut. Dengan itu, kekuatan ekonominya semakin kukuh. Ya, Jepun sebuah negara yang sentiasa mengambil peluang. Dan aku terfikir wajarkah kejujuran Jepun dalam setiap tindakannya dipertikai dan diragui. Meskipun Jepun muncul sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar selepas Amerika Syarikat pada 1990-an serta menjadi ahli pertubuhan negara maju G8, namun ia dilihat gagalnya membantu sebagai pembela ekonomi negara-negara Asia Pasifik dalam APEC meskipun itu aku lihat sebagai sumbangan terbesar yang boleh dan sepatutnya dimainkan oleh Jepun dalam pertubuhan itu. Jepun mengambil pendekatan membantu ekonomi negara Asia yang lain melalui bantuan kepada kerajaan-kerajaan bermasalah serta pelaburan asing dalam negara-negara tersebut yang seterusnya membantu pengukuhan penguasaan Jepun ke atas negara tersebut sedangkan Jepun sendiri mengamalkan dasar pintu tertutup kepada negara asing. Entahlah… Aku sendiri tak pasti kerana aku sendiri kurang arif tentang kira-kira ekonomi dan politik ini.

Jepun juga sentiasa mengelak dari sebarang perbalahan dan konflik politik antarabangsa. Jepun sebagai sebuah negara maju sepertimana yang dinyatakan oleh Unesco tidak pernah menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB. Jepun juga menghalang sebarang penghantaran tenteranya keluar negara bagi mengelak campur tangan dalam politik negara asing serta mengelak konflik. Mereka mahu kekal dalam status selamat.

Setelah kekuatan ekonomi mereka kukuh dan menjadi sebuah negara yang gah, Jepun dibawah pimpinan Hashimoto sudah berani menidakkan peranan Amerika Syarikat dalam hal keselamatan dan pertahanan negara Jepun. Pergeseran dengan Amerika Syarikat pada 1990-an dapat dilihat apabila Jepun sudah berani mengatakan tidak kepada Amerika Syarikat. Jepun juga mengusulkan permohonan untuk menjadi ahli Majlis Keselamatan namun ditolak. Aku tak pasti sebabnya. Tapi mungkin ada kaitan dengan prinsip yang diasaskan Dotrin Yoshida lebih setengah abadnya yang lalu.

Setelah memiliki keutuhan ekonomi hasul bantuan Amerika Syarikat, Jepun dilihat mahu keluar daripada hanya menjadi kuasa ekonomi dunia dan melangkah gagah menjadi menjadi kuasa politik dan kuasa ketenteraan dunia pula. Strategi Jepun dalam memperkukuhkan negaranya secara berperingkat memperlihat hasil yang baik meskipun ia seolah berpaling daripada etika atau moral ketelusan dalam hubungannya dengan negara asing. Sekali lagi aku ulangi perkataan yang sama, entahlah… Politik dan ekonomi dunia menjadi semakin complicated untuk seorang peminat filem seperti aku memahaminya.

Sebagai seorang peminat filem, aku melihat Jepun adalah sebuah industri filem yang paling berpotensi dari aspek pengurusan industrinya. Jika negara blok China yang lain seperti China, Korea dan Hong Kong hebat dengan pelbagai filem yang menembusi pasaran antarabangsa, namun bagi aku, itu hanyalah jika dinilai kepada produk filem itu sendiri. Aku tak yakin negara-negara itu juga mempunyai industri yang baik dan aku hanya menganggap ia hanya sebuah filem yang dibintangi pelakon mereka tetapi dibiayai dan dikendali oleh studio gergasi barat. Namun berbeza dengan Jepun yang mempunyai sistem industri itu sendiri. Jika aku seorang pelabur dalm bidang perfileman, dalam pasaran Asia, aku akan memilih Jepun kerana kemampanan dan keanjalan industrinya selain daripada benua Afrika dan utara Eropah yang mempunyai pasaran dan keterbukaan yang agak baik. Sepertimana yang telah aku simpulkan dalam sebuah tugasan ilmiah aku dalam semester lepas, status sebuah industri bukanlah hanya boleh dinilai melalui nilai wang urusniaganya tetapi haruslah mempunyai tatacara, gerak kerja, peraturan, panduan, polisi serta dasar yang jelas, terarah, bersepadu serta saling lengkap melengkapi.

Perjalanan ke Melaka yang tanpa diduga, bukan sahaja menemukan aku dengan dia (walaupun itu tujuan utama dan PALING utama. hehehe), tetapi juga membawa aku lebih memahami tetang sebuah negara yang jauh di timur itu. Meskipun tidak terlalu mendalam, setidaknya aku menemui sesuatu yang baru, menjadikan aku lebih kritis, membantu aku lebih kritikal dan mempertingkat pengetahuan aku tentang peradaban sebuah bangsa. Itu aku kira lebih bermakna daripada hanya memasuki sebuah lubang gelap yang digelar sebagai muzium di bandar Melaka.


p/s: Awek cun, jangan lupa bahawa ilmu itu penentu siapa kita! Jangan putus asa! (Dengan ilmulah rasa cinta membantu kita lebih memahami dunia dan makhluk di dalamnya…)