Monday, September 29, 2008

JAWAPAN KEPADA NASIR

Beberapa hari lepas sebelum aku balik kampung, waktu malam kat rumah aku kat Resak, aku melalak seorang diri menyanyi mengikut lagu-lagu yang aku pasang dari MP3 Player aku... Aku tau memang tak sedap pun... tapi ikut suka hati aku la..Hahaha... Aku sambung ke laptop Jijan dan sambung pulak ke amp speaker aku... Jadi aku pun melalak macam-macam lagu yang aku pasangkan masa tu... (termasuklah suara lecturer aku bagi kuliah yang aku rakam dalam kelas...)

Kemudian, aku pasang sebuah lagu rakyat dari Sabah, Sayang Kinabalu.. Aku pun ikut melalak lagu tu... Tiba-tiba kawan serumah aku, Nasir datang kat aku... Dia macam nak gelakkan aku layan lagu tu.. Dia kata boleh tak tukar lagu lain... Sebab dia kata lagu tu tak ada kualiti... Sebab kata dia, dalam lagu tu terlalu banyak nota muzik yang diulang-ulang... Terlalu banyak repetition melodi.. Seolah-olah dia nak kata komposer lagu ni tak ada idea dan ulang benda yang sama untuk menjadi sebuah lagu.. Atau mungkin dia nak kata komposer dia pemalas nak buat variasi melodi dalam lagu tu lalu dia ulang melodi yang sama dan hanya tukar lirik untuk jadikan satu lagu..

Masa tu sebenarnya aku nak jawab tapi disebabkan aku lebih layan nak melalak lagu tu, aku diam je dan terus layan lagu tu... Tapi di kesempatan ni, aku nak jelaskan sedikit perkara yang aku tahu pada Nasir untuk memungkin Nasir melihat situasi ini dengan lebih rasional.... Apa yang aku cakap ni tak semestinya betul... Aku pun tak pasti.. Tapi perkara inilah yang aku belajar kira-kira lima tahun yang lalu...

Untuk menjawab persoalan itu, izinkan aku merujuk kembali kepada sejarah muzik dunia yang bermula sejak hampir enam ratus tahun yang lalu bermula dari zaman Renaissance, Baroque, Classical, Romantic dan Moden. Aku melihat situasi komposer lagu tersebut mengulang melodi yang sama pada lagu tersebut bukanlah disebabkan dia tak tahu buat lagu, malas atau seorang yang tak pandai tentang muzik... Aku melihat perkara ini disebabkan sememangnya trend atau perkembangan muzik dunia yang bermula sejak dari peralihan zaman Romantic ke zaman Moden... Komposer itu hanya mengikut kehendak ciri-ciri yang ada pada lagu-lagu di zamannya... Salahkah dia mengikut trend zamannya.. (Soalan yang sama boleh ditukar kepada, Salahkah seseorang itu menghubungi rakannya melalui email..) Sebab itu trend zamannya... Semua tahu yang ciri-ciri muzik moden iaitu selepas Romantic Period adalah minimalis yang banyak unsur repetition...

Sesiapa yang mengikuti dan membaca perkembangan muzik akan menyedari bahawa, kemuculan zaman muzik Moden menggantikan Romantic Period sekitar seawal abad ke-20 sememangnya membawa pendekatan minimalis. Pendekatan minimalis ini termasuk kepada aplikasi elemen repetition yang digunakan dalam sesebuah ciptaan.. Kita tak boleh salahkan seseorang komposer apabila karyanya tidak relevan di zaman kita sebab dia mencipta mengikut zamannya... Samalah seperti kita tak boleh meminta Ozu mahupun Hussein Hanif mengetengahkan watak hero dalam filemnya sebagai seorang pakar komputer atau pakar biotech.. Mereka hanya menceritakan kisah zamannnya...

Aku sendiri pernah mendengar satu lagu yang terkenal pada awal zaman moden yang mana lagu tersebut mempunyai hanya beberapa nota muzik yang diulang-ulang menjadi sebuah lagu yang indah.. Dan karya itu menjadi bahan kajian dan rujukan oleh sarjana dan ahli Muzik seluruh dunia ketika merujuk kepada perkembangan muzik di zamannya.. Kita tak seharusnya membandingkan lagu-lagu zaman ini dengan karya-karya (ahli muzik sangat sensitif dengan perbezaan diksi lagu (song) dan karya (piece)) Ludwig Van Bewethoven, Franz Joseph Haydn atau Wolfgang Amadeus Mozart yang dikatakan agung.. Perbezaan ini bukan disebabkan oleh kehebatan atau kepandaian komposer-komposer ini... Tetapi perbezaan ini disebabkan oleh perbezaan zaman dan trend ketika itu... Ketiga komposer di atas hidup pada awal dan pertengahan zaman Romantic yang begitu popular dengan pendekatan expressionisme. Pendekatan ini memberi ruang kepada mereka menghasilkan karya yang bersifat menyentuh hati kita.. Ini berbeza dengan pendekatan minimalis yang lebih mementingkan skala melodinya... Perkara yang sama akan berlaku sekiranya kita cuba membandingkan zaman Romantic dengan zaman Classical yang lebih formal, zaman Renaissance yang serba kekurangan material, mahupun dengan zaman Baroque yang mana muzik masih terlalu muda ketika itu...

Contoh yang mudah, sekiranya kita mengambil bidang teknologi sebagai contoh. Apabila Advanced Research Projects Agency, Amerika mencipta sebuah sistem jaringan yang dikenali Arpanet (yang kemudian dikenali sebgai internet) pada 1970, dia hanya mencipta berdasarkan keperluan bidang ketenteraan Amerika Syarikat ketika itu.. Tetapi apabila, ia tiba di zaman ini, ia menjadi alat multifungsi yang sangat penting dalam kehidupan manusia moden.. Kalau ia dibawa pula ke zaman abad ke-19, mungkin ia menjadi alat tidak berguna kerana ia tidak sesuai dengan keperluan manusia di zaman itu.. Tapi yang penting, ketika menciptanya, mereka tidak pernah memikirkan peranannya untuk zaman ini mahupun untuk zaman abad ke-19... Mereka hanya mencipta berdasarkan keperluan di zaman mereka...

Korang paham ke apa yang aku nak terangkan ni...Ntah la... Cuma aku harap korang paham la... tapu apapun, moral of the strory, apa yang penting adalah apresiasi... Apresiasi terhadap segala jenis muzik... Kata bijak pandai, “Understand the rule first before you break the rules”...

Korang jangan la terkejut sebab aku masih ingat fakta-fakta sejarah muzik ni walaupun aku mengetahuinya kira-kira lima tahun lalu... Bukan disebabkan aku macam lecturer aku, En Norman yang serba ingat hingga digelar `perpustakaan bergerak`... Aku ingat semula sebab semester ni aku ambik subjek Music & Society yang diajar Puan Sharifah Faezah yang very European... hehehe.. Jadin aku berkesempatan la nak ingat semula semua ni...

Dan korang terutama kawan-kawan aku jangan pulak hairan macam mana aku boleh mengetahui mengenai fakta-fakta sejarah muzik ni sejak lima tahun lepas sedangkan aku tak pernah ambik kelas muzik pun... Apa korang dah lupa yang aku pernah tangkap syok giler kat seorang minah budak muzik kat fakulti kira-kira lima tahun yang lalu... Bak kata orang, bila kita sayang kat seseorang, kita akan cuba sedaya upaya dan seboleh mungkin untuk memahami dirinya, termasuklah mengetahui dan memahami minatnya... Walaupun sayang aku tak sampai dengan dia, aku tak kisah sebab banyak ilmu tentang muzik dapat aku ketahui sepanjang aku cuba tackle dia dulu (pejam celik, dah lima tahun waktu tu berlalu ya.. =))Bila kita nak tackle seseorang, kita akan cuba belajar segala benda yang dia minat... Secara tak langsung, kita akan dapat ilmu baru yang tak pernah terlintas di kepala kita yang kita akan mempelajarinya...

Tapi, percayalah yang suatu masa dan suatu ketika, semua ilmu tu akan begitu berguna kepada kehidupan kita...

Dari menyanyangi seseorang, kepada memperoleh ilmu yang sangat berharga termasuklah ilmu di luar bidang ilmu kita.. Itulah aku kira sebagai nilai dan ganjaran yang paling berharga apabila kita menyayangi seseorang itu dengan ikhlas (walaupun kita tidak disayangi kembali... hahaha!) Itulah yang aku percaya sampai kini... Percayalah...



p/s; Kalu aku salah, tolong betulkan ya... =(

Wednesday, September 24, 2008

REPUBLIK SIAL

p/s; Sebagai menghormati permintaan seorang rakan, entri ni terpaksa aku delete... Tapi sengaja aku delete dengan cara begini, supaya aku akan tahu dan ingat, bahawa ia pernah wujud dan berlaku!!! =(

(tak salah kita hormat & dengar kata org lain kan... lgpun aku inginkan Azmir yg dulu... sebab aku percaya dunia ni akan aman tanpa maki hamun sebegitu.. mcm aku pernah cakap "Petua untuk sentiasa bahagia, apabila jumpa musuh kita, peluklah dia"... Zura marah betul bila aku cakap mcm tu... =( ntah la....)


********************
*******************
******* ***********
********** ****************
*********
******************
*********************

(yg dah pernah baca entri asal ni paham la apa aku mengomel ni kan... yg tak pernah baca buat2 paham je la... hehehe)

Tuesday, September 23, 2008

M.A.A.F.

Aku rasa, dalam hal ini, aku harus jadi manusia yang klise, streotaip, konvensional atau apa saja yang seumpamanya… memang setiap kali Aidilfitri datang, kemaafaan yang kita pinta dan berikan… Memang la kita harus meminta maaf dan memaafkan pada setiap masa, bukan hanya pada hari raya… Atau mungkin orang kata hari raya minta maaf, kemudian ulang lagi kesalahan yang sama.... Tapi, alang-alang raya menjelang, apa salahnya kita meraikan hari itu dengan bermaafan… Hari yang mulia diisi dengan perkara yang mulia… Betul tak?

Ok, cukup.. aku taknak mengomel banyak… Sebab entri ni aku tulis bukan untuk berkhutbah, tapi memang nak meminta maaf…

Aku nak minta maaf kepada semua yang mengenali aku… Tak kira keluarga, saudara, rakan-rakan, bakal rakan dan semua la yang pernah kenal aku…

Ratap dan sembah ampun buat jiwa-jiwa yang terasa atau terluka….

Aku minta maaf atas segala kesilapan, kesalahan, terlepas kata, terkasar bahasa, buruk laku, kurang ajar atau sebagainya…. Jujur aku katakan aku tidak pernah mahu jadi begitu… Mungkin aku sebagai manusia biasa yang tidak mampu menjadi begitu sempurna…

SELAMAT HARI RAYA!!! Maaf zahir & batin… Sorry, im not perfect person...




p/s : Maafkan aku tak mampu menjadi manusia yang sekuat, setabah dan sehebat yang kalian harapkan…

Monday, September 22, 2008

PENA AKU KEHABISAN DAKWAT

Mungkin ayat di atas boleh jadi alasan yang paling baik kenapa aku kurang menulis di blog sekarang... `Alasan` yang mampu legakan hati aku dan semua orang....

Hujung minggu lepas, seorang editor dari sebuah syarikat penerbitan gergasi tanah air hubungi aku. Dia tawarkan aku menulis novel untuk diterbitkan. Ini kali kedua wakil syarikat berkenaan tersebut hubungi aku untuk tawarkan menulis novel. Pertamanya pada awal tahun lalu. Dan ini juga kali kedua aku menolak dengan baik.

Dalam beberapa minggu ni, aku cuba menahan diri dari menulis. Termasuklah menulis dalam blog ni… Kalau ikut hati, memang aku nak menulis, tapi aku rasa ini bukan masa yang sesuai..

Ya, aku rasa ini bukan masa yang sesuai untuk aku menulis blog ni… Mujur kesibukan sedikit sebanyak mampu menghalang semangat menulis blog yang meluap-luap ni… Tapi... Ntah la....

Setiap yang berlaku ada hikmahnya (aku ulang lagi dialog drama Melayu ni)… Disebabkan satu kejadian besar dalam hidup aku beberapa bulan lalu, aku mula galak menulis blog… Dan dari hanya menulis untuk meluahkan kekacauan dan kecelaruan jiwa yang amat sangat (ya.. kesannya masih tak hilang hingga hari ini..), blog ni akhir membuahkan pelbagai peluang baru dalam hidup aku…. Melalui blog ni, aku kenal kenalan baru… Dari blog ni, aku ditawarkan beberapa tawaran menulis… Dari blog ini juga, membuka peluang untuk memungkinkan aku kembara jauh dari sini hujung tahun ni (aku belum berani cerita sebab belum confirm dari pihak ketiga.. kalau jadi nanti aku cerita)… Ya, hidup kita ni memang saling bertaut… Dari satu kejadian ke satu kejadian… Tidak kiralah kejadian yang menyenangkan atau menyakitkan…. Tapi percayalah, seperti kata drama Melayu, setiap yang berlaku ada hikmahnya… sebab tu aku sayang setiap moment dalam hidup aku… Bak kata Alexander Supertramp, “I just want be in the moment!!!” Tolonglah bagi ruang….

Kenapa ya aku tak mahu asyik menulis di sini… Entahlah.. Mungkin juga aku takut kalau orang akan mula cuak dan menyampah dengan tulisan-tulisan aku… Sebabnya setiap tulisan aku tidak dapat lari dengan perkara sama yang asyik berulang-ulang… Asyik perkara yang sama… Nanti banyak suara yang kata tulisan aku ni poyo, gelabah, jiwang dan sebagainya…

Tapi nak buat macam mana… Memang itu yang aku rasa aku mampu tulisan untuk ketika ini… Jadi, untuk mengelak lagi dikelaskan sedemikian, biarlah aku perlahankan dulu rentak menulis aku… Lagi kurang aku menulis, lagi kurang komen dan kata-kata orang… Lagi kurang mereka mengata, lagi kurang dosa mereka… Biarlah mereka menyambut Ramadhan ini dengan pahala yang membiak dan dosa yang semakin menghilang…




p/s : ayat bawah ni aku amik dari blog coffeeholic… aku suka… orang kata aku jiwang, I don’t care… yang aku tahu aku suka dan tolong benarkan aku jadi diri aku… tolonglah…
“Kalau Tuhan beri aku peluang untuk putarkan waktu, aku pilih untuk tidak mahu mengenali dia. Sebab aku benci bila perasaan tu ada. Sakit! Penat! Terseksa!”

Wednesday, September 10, 2008

ANALOGI JIWA KACAU: MENCARI DIRI KE PULAU BATAM

Banyak sangat yang aku nak tulis di sini… Terutamanya pasal pertembungan Timang Burung (Wan Salmah) & Symphony No 5 (Beethoven) yang begitu mengesan dalam hidup aku dalam beberapa minggu ni.. Begitu juga kisah pertemuan aku dengan kumpulan Wasabi, kumpulan dari Jepun yang bermain Gamelan Melayu yang aku temui di Kuala Terengganu tiga minggu lalu dan seorang konduktor orkestra klasik yang ditaja kerajaan Jepun untuk berkhidmat di Malaysia yang aku temui di Istana Budaya pada malam sambutan Merdeka yang lalu. Keduanya dari Jepun, tetapi berkelana ke negeri orang demi kecintaan pada muzik walaupun mereka memperjuangkan dua genre muzik yang jauh berbeza… Tapi, aku mungkin tak sempat nak cerita sekarang sebab kisahnya terlalu panjang…

Masa untuk aku menulis di blog semakin singkat sekarang ni.. Desakan tugas kuliah serta tugasan-tugasan hakiki hidup yang lain untuk mencari rezeki lebih menekan membuat aku terpaksa melupakannya seketika... Kalau pun menulis adalah untuk menyempurnakan beberapa skrip yang tertangguh … Aku hairan jugak, kenapa ketika jiwa aku sedang kacau, terlalu banyak yang aku ingin tulis dan ceritakan… Ia dah terjadi berkali-kali dalam hidup aku sejak lima tahun yang lalu… Tanpa perlu aku tanya, seorang pensyarah aku dah menwab soalan itu dalam kelasnya.. Katanya, ketika seseorang itu tidak tenang, dia akan selesa menulis dan terus menulis… Kerana menulis itu proses mencari diri…

Orang kata, pada waktu jiwa kita belum cukup kuat atau masih goyah, elakkan dari bersendiri… Beradalah dalam persekitaran yang ramai.. Kerana ketika bersendiri, jiwa kita akan lebih kacau… Bukan mahu menidakkan peranan rakan dan keluarga di sisi.. Tapi, setakat ini, buat masa dan ketika ini, bagi aku, bersendiri itu lebih baik..

Sama seperti kalau membandingkan kunjungan aku ke Kuching dan Kuala Terengganu beberapa minggu lalu… Seminggu aku di Kuching seorang diri… Seminggu berikutnya aku di Kuala Terengganu bersama lapan orang rakan sekelas.. Tak aku nafikan kedua-duanya memang menarik… Tapi sejujurnya, aku lebih gembira ketika di Kuching… Ya, walaupun ramai orang akan menimbulkan suasana lebih ceria.. Tapi, aku takut aku lemas dalam ramai… Seperti yang beberapa kali terjadi kepada ku semenjak dua menjak ni… Tak pasal-pasal orang yang ada kat sebelah aku pulak jadi mangsa… Kan lain jadinya nanti… (maaf sangat pada sesiapa yang kena.. Azmir memang semakin kurang ajar kini, tak diketahui sebabnya..) Bak kata seseorang, “yes, I’m smiling, but inside, I’m dying…”

InsyaAllah, seminggu selepas raya ni, 10 Oktober, aku nak ke Pulau Batam, Indonesia. InsyaAllah, mungkin untuk tiga hari (hajat nak lebih lama tapi jadual kelas padat sangat)..Kali ini memang aku nak ke negara orang.. Melihat perbezaan budaya dan sosio politiknya.. Aku ke Singapura beberapa bulan lalu… Beberapa tahun lalu, selama seminggu aku melawat Selatan Thai (Pattani & Yala).. Sempat jugak ke Masjid Kerisek, lokasi pertempuran berdarah antara rakyat Islam dan tentera Thailand yang berlaku hanya tidak sampai setahun selepas kunjungan aku itu.. So, kali ini pilihan antara Brunei atau Indonesia.. Kalau ikut hati memang nak ke Bali atau Jakarta, tapi memikirkan hari Raya yang bakal menjelang, pasti banyak kewangan yang diperlukan.. So, bajet terpaksa dipotong dan memilih lokasi paling dekat dan paling murah.. Pilihan terbaik adalah antara Pulau Bintan atau Pulau Batam.. Dan aku pilih Pulau Batam…

Kali ini, untuk lebih berjimat, aku takkan naik kapal terbang… Cadangan aku, lepas habis kelas, Jumaat malam, aku naik bas ke Johor Bahru… Sampai sana dalam subuh, kemudian naik feri dari terminal feri Zon Stulang Laut terus menuju ke jeti di Batam Centre (Kalau tak silap aku feri akan berhenti di beberapa persinggahan transit)…

Pulau Batam adalah antara pulau terbesar dalam kepulauan Riau… Berhampiran Pulau Batam terletak Pulau Bintan dan Pulau Penyengat, iaitu antara kawasan penting dalam pengkajian sejarah Melayu.. Aku pernah menyusuri kembara rancangan Jejak Bahasa di persekitaran kepulauan itu kira-kira hampir 10 tahun lalu di TV3.. Ya, kawasan tersebut terutama Pulau Penyengat adalah antara kawasan yang disebut-sebut sebagai kawasan permulaannya Bahasa Melayu yang kemudiannya berkembang dan terpisah oleh pecahan geografi politik menjadi pecahan mengikut negara-negara yang terbentuk di sekitarnya.

Tak banyak sangat yang aku tahu tentang pulau ini selain dikatakan antara kawasan percutian kadar murah yang sangat popular bagi warga Singapura memandang lokasinya sebagai tanah jajahan Indonesia paling hampir dengan republik Singa tersebut. Apapun, sekiranya kaki aku berjaya berjejak di tanahnya, mungkin akan membantu aku untuk lebih mendalami Melayu, bangsa yang berada dalam tubuh aku sejak 23 tahun lalu dan mungkin membantu aku lebih memahami diri.. Itu harapan dan juga cabaran.. Doakan semua rancangan aku menjadi ya…




p/s : Sekadar pengalaman untuk dikongsi.. Jika suatu hari nanti, muncul seseorang yang anda sayang (berlainan jantina tetapi bukan kekasih) dengan begitu kerap menghantar SMS kepada anda… setengah jam sekali atau sejam sekali telefon anda berbunyi.. dia bertanya pelbagai soalan menunjukkan keprihatinan... “Buat apa?”, “Dah makan?”, “Kat mana?”, "Dalam claz ke?", "blajar apa?", "makan apa?" (anda menjawabnya dgn penuh gembira) atau kadangkala apabila dia kehabisan soalan dan hanya menghantar pesanan sekadar “You…” yang mungkin dapat anda tafsirkan sebagai tanda dia sentiasa mengingati anda dalam hatinya… Dan sesekali mengejutkan anda bangun dari tidur untuk ke kelas atau bekerja, haruskah anda membuat andaian bahawa itu sebagai satu tanda harapan kasih sayangnya kepada anda untuk pergi lebih jauh… Jawapan aku, tidak!!! Mungkin dia hanya mahukan anda sebagai seorang sahabat baik yang memahami gundah hatinyanya...Hahaha... Dan jika anda bertanya kembali kepada aku kenapa aku jawab begitu, aku akan jawab kembali, `kerana itu pengalaman peribadi aku sendiri yang hanya baru aku lalui beberapa ketika yang lalu …` (so, jangan jadi org yg perasan ya.. hahaha) Peace! =)