Saturday, December 5, 2009

YAYASAN SINEMA MALAYSIA

Salam...

Sekian lama menyulam rindu, aku kembali... huhuhu...

Aku sentiasa percaya bahawa seni itu untuk masyarakat... Filem tiada maknanya jika ia tak memberi... Tak memberi sesuatu kepada masyarakat.... Memberi inspirasi.. Memberi pengajaran (dalam pelbagai pendekatan).. Memberi rasa... Memberi emosi.. Memberi jiwa.. Juga memberi kerja.. Memberi wang (tak boleh nafikan)... Huhuhu... Memberi makna kepada hidup... Memanusiakan manusia..

Filem & komuniti... Itu yang aku percaya.... Dan aku cuba mencari satu platform yang sesuai untuk melunaskannya... Mengikut kefahaman dan pengertian aku tanpa diskriminasi..

Dan aku harap ini adalah ruang dang peluangnya..


InsyaAllah... Amin.... Doakan aku.. Dan aku akan sentiasa mendoakan kalian kembali... Lewat doa dan bahasa di layar... =)

Tuesday, September 8, 2009

DIA... YANG DI HUJUNG SANA...

Usah dipandang gahnya Raja
Usah dijulang mulianya mahkota
Usah dilaung masyhurnya takhta
Kerana ini pasti lebih istimewa...


Biar si buta melihat indahnya rupa
Si pekak menikmati asyiknya nada
Si bisu menutur susun kata
Si mati bernafas bernyawa
Percayaku ini kan pasti lebih istimewa...


Yakin dan taat naluriku, ini kan pasti lebih istimewa...


Layaknya tiada dua...

Layaknya darah bonda...

Layaknya suara syurga..


Dia yang di hujung sana
Yang bernama cinta...




(Ratap rasa di rumah berbumbung tinggi di suatu malam yang penuh tanda tanya...)


07/09/09
Setiawangsa

Sunday, August 30, 2009

Projek Ombak: AKU, FILEM & KUALA LUMPUR

- In Progress-

Aku dah mula projek ni pertengahan tahun lepas, dalam medium dokumentari.. Tapi tergendala separuh jalan dan aku decide taknak teruskan atas sebab2 yang tertentu... (diganti dengan projek doku Aku, Bunga & Bintang.. )

Tapi, kali ini, aku nak mulakan semula projek ini, dengan medium dan pendekatan yang berbeza...

Ia bukan lagi dokumentari... Tak ada lagi shooting...

Nak tau apa dia, kalian harus tunggu.. hehehe...

Dan secara rasminya kau umumkan (macam gempak la pulak.. hahaha), aku mulakan Projek Ombak dengan tajuk AKU, FILEM & KUALA LUMPUR...

InsyaAllah, akan aku mulakan kerja2 suku ketiga atau penghujung tahun ini...

Dan aku ulangi ayat yg dah lama aku tak sebut/ tulis, doakan aku ya... =)




p/s; dah lama giler tak menulis... aku rasa mood blog aku dah hilang.. (aku mngidap facebook addict skarang.. hehehe)... Tapi, blog ini akan terus beroperasi... Cuma kekerapan new entry mungkin sgt jarang dan hanya tentang perkara penting sahaja.. hehehe.. peace...

Friday, July 31, 2009

GARUDA DI DADAKU


Ayo putra bangsa
harumkan negeri ini
kadikan kita bangga...

Jayalah negaraku
tanah air tercinta
Indonesia raya...

Garuda di dadaku
garuda kebanggaanku
ku yakin hari ini pasti menang...

Kobarkan semangatmu
tunjukkan keinginanmu
ku yakin hari ini pasti menang...


- Netral

Monday, July 27, 2009

PERGI

Yasmin Ahmad (1958-2009)

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu...

Hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari...

Kau pergi...
Pergi...

Sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia...


-Pete Teo/ Aizat

Saturday, July 25, 2009

OH, ANAK...

Bintang-bintang ke syurga
Pertama percaya
Dua tak putus asa
Tiga terus terima
Empat tak berubah-ubah...

Kelima rela berserah
Enam pentingkan yang sedia
Tujuh yang terpaling istimewa
Keikhlasanmu...

Kalau ada bendanya
Mesti ada namanya,
Kalau ada isinya
Mestilah ada bekasnya...

Perlahan-lahan makan anak, sayang
Jangan sampai tercekik
Paku seluruh alam...

Berhati-hati minum Sayang
Jangan sampai tersedak
Buih satu lautan...

Perlahan-lahan jalan Sayang
Jangan sampai tersandung
Bendul gunung impian...

Berhati-hati tatang alahai intan
Jangan sampai tertumpahkan
Setitis pun kasih sayang
(Kelak kau 'kan hidup dalam
Kekesalan berpanjangan)

Tiada petua kemenangan
Setanding ketaatan
Kepada Sang Pemilik
Kehendak dan ikhtiar
Rindumu yang sebenar...


- M. Nasir

Sunday, July 5, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG...

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu...

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa...

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita...

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita akan bertemu...

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan...

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu...


- Imran Ajmain

Wednesday, July 1, 2009

AKAN DATANG...





AKAN DATANG DI PAWAGAM HATI ANDA...
Julai 2009




p/s: hahahahaha.... =p tak bleh blah la... poyo & jiwang tahap melampau... hahahah =p

Wednesday, June 24, 2009

BABI BETUL LA SELSEMA BABI NI...

Aduh, akhirnya semalam Tan Sri VC (diulangi... TAN SRI... hahaha..) secara rasminya mengumumkan warga uitm dilarang keluar negara disebabkan wabak selsema babi (kalu nak cool, panggil H1N1.. kalu nak hot, panggil influenza A)...

Walaupun aku tetap aku ke Bali september ni (aku pegi personal kan.. takkan kaitan dgn uitm kan... =p) tapi aku frust jugak la dgn pengumuman tu...

Sebabnya, latihan praktikal aku kat Jakarta sepatutnya mula Disember ni sampai May 2010 (yg ni atas urusan rasmi uitm kan)... Nampaknya usaha penat lelah aku selama 3 bulan ni untuk merancang program aku selama 5 bulan tu mcm semakin kabur...

Walaupun masih lama, dan larangan tu pun tak pasti sama ada akan berlarutan sampai waktu nanti, aku rasa aku sendiri yg harus decide sekarang jugak... Sama ada aku nak pegi atau tak...

Sebabnya, aku ni jenis mudah kecewa... Aku takut, nanti bila aku dah mind set otak aku yg aku akan praktikal kat sana, tiba-tiba dah dekat nak g, diorg tak kasi pulak.. Tak ke kecewa giler aku nanti... So, kalu decide awal2 yg aku tak g sana, aku dah boleh mind set otak aku semula... Dan boleh la buat perancangan lain.. (Nak bt prancangan pun, kena amik masa kan.. praktikal tu dah makian dekat..)

Maklumlah, aku ni kan manusia yg hidup dgn perancangan... Utk praktikal ni, bulan Mac aritu dah aku dah bt perancangan dan deal dengan syarikat kat sana yg aku akan praktikal tu apa yg aku akan bt sepanjang tempoh tu sejak dari tiga bulan lalu... Dan semuanya dah berjalan lancar... Kami setuju yg sepanjang tempoh tu, aku akan menggembara backpacker mengelilingi pulau jawa... Ke 10 buah kota di pulau jawa... dari jakarta hingga ke banyuwangi (rujuk peta... kalau nak la, kalu taknak, ikut suka ati.. =p) sebelum naik bot menyeberangi ke bali dan lombok... Akan tinggal selama 2 minggu di setiap kota, tinggal di kos (kalu tak paham maksudnya, cari sendiri.. aku malas nak terang =p), bergaul dgn masyarakatnya dan cuba memahami sebaik mungkin sosio-budaya masyarakat Indonesia yang semakin aku cintai dari hari ke hari... unik..





dari kembara seorang diri selama 5 bulan itu, aku akan menulis sebuah buku catatan pengembaraan tersebut dan juga merakam sebuah dokumentari tentang kisah2 yg menarik yang aku temui sepanjang perjalanan.. It's more to jurnalis type of docu... Dan satu lagi adalah sebuah scenario (skrip la tu..) sebuah filem dgn latar perjalanan itu yg akan diberi sentuhan fiksi/ fiction.. (dah tengok fiksi??? filem terbaik FFI tahun lepas... u should watch it..)

So, semua dah dirancang... Tapi sekarang hati aku dah tawar... Aku takut sangat kalau diaorg cancel dah dekat2 nak g nanti... aku frust nanti... coz kalu betul nak bt, dari sekarang dah aku dah habiskan byk masa dan tenaga utk mula buat tinjauan dan pemerhatian serta sedikit pennyelidikan... dan juga persiapan fizikal dan mental... dah start beli barang apa yg perlu (beg, laptop yg lebih kecik, indonesian broadband, sleeping bag.. etc) tak ke rugi nanti kalu diorg cancel last minute...

So, aku rasa, aku kena decide sekarang coz takut nak amik risiko.. kalu aku decide taknak g dan praktikal dlm negara je, aku dah boleh start utk bt perancangan lain... betul tak??? dan yg paling penting aku tak kecewa nanti!!!!

Tapi ntah la... aku tak decide lagi... tengah pening lagi pikir ni... bg aku beberapa ketika utk pikir masak2.. tp dlm kepala otak aku ni dah berlegar beberapa pilihan lain kalu aku praktikal dlm negara je... ntah la..

aku tak boleh nak salah kan siapa... takkan aku nak salahkan uitm, tan sri VC atau yg lain2... diorang pun tak mintak jadi macam ni...

jadi, aku nak salahkan siapa... mesti la selsema babi!!!!! babi betul la selsema babi ni!!!!





p/s; yang pasti aku dah confirm nak g bali 24-29 sept ni... bulan 11, tgh plan nak g vietnam... ada yg bran nak join... hanya serius player saja dibenar, setakat nak join2 ayam dilarang sama sekali....=p

p/s2; sori la babi.. aku tak berniat nak salahkan ko... bukan ko mintak lahir macam ni kan... asyik yg buruk je, bg kat ko... ko marah je manusia ni... asyik wabak je, bagi nama ko.. cuba la bg nama selsema gajah ke, selsema kancil ke... betul tak??? hahahaha =p

Sunday, June 21, 2009

BALI - Ini Sham Punya Kerja!!!!

Semester baru dah nak mula... Tapi sayang sem ni takde cuti pertengahan semester... I mean bukan takde, tapi dah digabungkan dengan cuti hari raya... So, cuti pertengahan sem yg dah jadi kewajipan aku bercuti dah takde... Cuma cuti hari raya tu jadi panjang la.. Jadi seminggu lebih...

Tapi, disebabkan aku ni suka bertindak mengikut perasaan dan tak pikir panjang (hahaha...=p), aku decide tetap nak pegi liburan juga... Hahaha...

So, aku decide la nak ke Bangkok juga... Sebab korang pun tau dah lama giler aku nak ke sana... Asyik ada je halangannya.. Rusuhan la, darurat la, wabak la...

So, aku decide hari ni nak gi la beli tiket Air Asia balik dari Bangkok ke LCCT... Sebab seperti yg dirancang, aku nak pegi sana naik keretapi.. dalam hari raya ketiga atau keempat... stay sana dlm 5 hari, then balik naik flight....

Tapi, bila aku bukak website AirAsia, aku check la jugak flight ke beberapa tempat lain... Then, aku tengok Bali tgh murah jugak... Tak terlalu murah la, tapi ok la... Susah jugak nak dpt harga mcm tu...

Kebetulan aku masa tu tgh chat facebook dgn Sham Bp... Aku tau sham bp tengah kemaruk nak ke Bali... Nak g awal tahun depan katanya... Nak g dgn oked, kekasih hati tercinta katanya... Asyik tanya aku je bila tiket murah... Tp kalu nak g, kena gi dgn aku katanya... Kalu aku tak g, dia pun tak g.. Aku pun tak paham kenapa... Sedangkan aku bukannya penah g bali... (Tapi, pengalaman aku ke kota indonesia yg lain mcm jakarta, bandung, riau, jogjakarta dan solo, mungkin la boleh membantu sedikit sebanyak..)

So, aku bgtau la di pasal tiket tu... Terus dia kata nak gi... Dan dia ajak aku skali pastinya...

Aku pun tanpa berfikir panjang (mungkin hasil hasutan sham juga & naluri teringin nak jalan dgn sweet couple ni.. hehe), terus setuju... Terus aku lupa pasal plan asal nak ke Bangkok... hahaha...

So, kesimpulannya, kitorg bertiga (aku, sham, orked.. mungkinkah jd berempat.. hahaha =p) nak g bali 24hb september ni... dari LCCT terus ke Ngurah Rai International Airport, Denpasar.... seminggu kat sana... hahaha...

Yes!!!! Yabedabedu... hahaha... ok, travel kali ni takde nak jiwang2, taknak sentimental2, taknak sedih2, taknak apa2... aku just nak enjoy je.. hahaha... (enjoy dunia je la... fatamorgana... hahaha)

kalau ada bajet lebih, boleh g snorkelling kat PulauNusa Penida... Kalau tak layan surf kat pantai Kuta je... hahaa (macam la aku pandai surf.. hahaha)... tak pun lepak layan cultural show & monument kat Tanah Lot... Layan nightlife kat Legian Street... Layan Denpasar... Hahaha...

Yok, liburan ke bali dunk... =p





p/s; pasport aku penuh dengan cop imigresen Indonesia & Singapore je... Bila nak ada cop negara lain pulak???? hahaha.. mungkin maxie bolehh membantu, nak g europe... hehehe... =p ok tak maxie...?

Saturday, June 20, 2009

PROJEK BUNGA vs PROJEK OMBAK

Salam...

Akhirnya, setelah hampir 6 bulan, Projek Bunga semakin hampir nak selesai...

Oklah, lets be honest... actually, Projek Bunga ni adalah sebuah dokumentari.. Sebuah dokumentari tentang wanita...

Judul dokumentari ini adalah `Aku, Bunga & Bintang`... Berdurasi lebih kurang 45 minit...

Dokumentari ini adalah catatan ringkas tentang perjalanan aku di 3 buah negara bertemu 7 orang wanita.. Di Malaysia, Singapura & Indonesia... Wanita yang datang dari pelbagai latar belakang.. Dari mahasiswa hingga kepada seorang ibu...

Walaupun idea asalnya lahir dari satu perkara lain, tapi aku dedikasikan dokumentari ini untuk dua wanita paling penting dalam hidup aku iaitu emak aku & opah aku... Emak yang melahirkan dan opah yang membesarkan...

Doku ni aku buat indie je... Maklumlah, pakai duit poket sendiri... Hasilnya boleh tahan raw... Kualiti production pun berapa ok sgt.. VOnya hancur, sebab pakai suara sendiri.. hahaha... maklumlah, indie... mana ada duit nak bayar orang... haha... Tapi tak apa la kan... walau raw pun, walau tak best pun, walaupun hancur sekalipun, sekurangnya aku buat kan??? daripada asyik cakap berapi tapi habuk pun tarak... hahaha =p jgn mara ar... hehehe

Tapi, bila aku tengok balik dokumentari ni, tergelak sendiri pun ada... Jiwang giler.. hahaha.... Tapi apa salahnya jiwang kan, untuk penghargaan satu golongan yang sangat penting dalam hidup kita dan sangat mulia di sisi Allah.. Betul tak?


Ok, Projek Ombak?

Aku rasa aku dah dapat idea yang masak untuk Projek Ombak... Aku rasa dah ready untuk memulakannya...

Tapi penghalang utama sekarang ni adalah duit dan masa... Aku perlukan sedikit wang untuk mula menggerakkannya dan perlu masa sekitar satu minggu untuk penggambarannya...

Berbanding projek Bunga di hampir 6 buah kota, mungkin cerita dalam Projek Ombak ini fokus pada satu lokasi, sebuah kota di negara seberang yang aku dah pilih.. Pantainya pulak cukup elemen mistikal.. Hubungan manusia dan alam... Aku rasa sesuai dengan doku aku ni...

Kali ini aku cuba untuk lebih proper dari segi production dan lebih konvensional dari sudut pendekatan penceritaan... (konvensional tak bermakna tak bagus kan...)

kalau Projek Bunga memang tak sesuai untuk siaran broadcast (di TV maknaknya), kali ni nak cuba untuk lebih menyesuaikan dengan gaya dokumentari di televisyen tapi masih mengekal trademark utama dokumentari aku, iaitu JIWANG!!! hahaha....

ok tak? =p

ANAK WAYANG vs PILIH KASIH

Kalau branding, aku pilih Anak Wayang...
Kalau content, aku pilih Pilih Kasih....


Kalau disuruh pilih satu, aku tetap pilih dua-dua... Hahaha... =p

Sunday, June 7, 2009

1 BULAN, 6 PANTAI, 3 LAUTAN....



"Bila jiwa aku kacau, aku pergi jauh...
Mencari laut... Mencari bunyi ombak....
"
- Aku, Bunga & Bintang, 2009


Hahahaha.....


Dalam masa sebulan lebih je, tak sangka pulak, bila pikir2 balik, aku pergi ke 6 buah pantai di 3 lautan.. Dalam perjalanan ke enam buah pantai tu pulak, aku dah lalui berbelas pantai yang lain... Banyak juga ya... Dalam masa sebulan lebih je...


Kalau aku mulakan projek ombak dulu, mungkin dah jadi separuh jalan.. =(

Takpelah, mungkin aku boleh mulakan projek tu bila idea tu dah betul2 masak...
=(

Ini pantai2nya....

1) Panitai Port Dickson, Negeri Sembilan ( Selat Melaka)
2) Pantai Teluk Nipah & Pulau Giam, Pulau Pangkor (Selat Melaka)
3) Pantai Parangtritis, Yogya (Lautan Hindi)
4) Pantai Sepat, Kuantan (Laut China Selatan)
5) Pantai Balok, Kuantan (Laut China Selatan)
6) Pantai Teluk Cempedak, Kuantan (Laut China Selatan)



Sekarang ada kat JB... Ada pantai ke kat JB ni???? hahahaha.... Desaru? Selat Tebrau?


p/s; minggu ni mungkin ke Siloso Beach & Palawan Beach di Pulau Sentosa, Singapura... Walaupun pantai buatan yang takkan secantik pantai semulajadi, apa aku peduli.... Janji namanya pantai... hahahaha =p

Saturday, May 30, 2009

LAGU UNTUK SEBUAH NAMA

Mengapa jiwaku mesti bergetar
Sedang musik pun manis ku dengar?
Mungkin karena kulihat lagi
Lentik bulu matamu, bibirmu,
Dan rambutmu yang kau biarkan
Jatuh bergerai di keningmu
Makin mengajakku terpana
Kau goreskan gita cinta

Mengapa aku mesti duduk di sini
Sedang kau tepat di depanku?
Mestinya aku berdiri berjalan ke depanmu,
Ku sapa, dan ku nikmati wajahmu,
Atau ku isyaratkan cinta
Tapi semua tak ku lakukan
Kata orang cinta mesti berkorban

Mengapa dadaku mesti berguncang
Bila ku sebutkan namamu?
Sedang kau diciptakan bukanlah untukku itu pasti
Tapi aku tak mau peduli
Sebab cinta bukan mesti bersatu
Biar ku cumbui bayangmu
Dan kusandarkan harapanku

-Ebiet G Ade



p/s; tiba2 teringat Ebiet G Ade Malaysia, arwah Zubir Ali yang meninggalkan kita beberapa bulan yang lalu... Kita kehilangan penyair yang cukup romantis... =(

Sunday, May 24, 2009

BUKAN SUPERMAN

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku...

Ayahku selalu berkata padaku
Laki laki tak boleh nangis
Harus selalu kuat
Harus selalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting

Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh airmataku
Kata ayah selalu
Airmata itu
Adalah tanda kelemahan

Tapi ternyata airmataku
Ternyata jatuh juga

Ayahku tersayang
Maafkanlah aku
Jika aku masih menangis

Masih belum bisa
Menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mahu

Kita berjanji
Untuk tidak lagi
Menangis kerna cinta...


- The Lucky Laki




p/s; ternyata anak2 Ahmad Dhani ini berbakat seperti ayah mereka.... =)

Friday, May 22, 2009

DARI SOLO, JAWA TENGAH...

Terpesona pada kelembutan & ketelusan gerak & hati Sita Dewi menerima cinta Seri Rama meski Rawana jadi menghalang... (baru balik dari teater opera jawa epik ramayana di PuraWisata... Mahal giler tiket... nasib baik cukup duit.. heheh=p)





p/s; waduh, konsert Agnes sempena album terbarunya disiarkan secara langsung seluruh Indonesia di Trans TV Ahad ni... Tak sempat aku nak tengok sebab dah nak balik KL... Takpe, aku dah beli albumnya... Special Edition Gold Disc lagi... hahaha


Al-Fatihah buat hampir 100 orang yang meninggal dunia dalam nahas terhempasnya pesawat Hercules milik Tentera Indonesian di Magetan, Jawa Timur...

Wednesday, May 20, 2009

DARI MOLIOBORO, JOGJAKARTA

Kisah si penarik beca mengajar tentang kisah keimanan... Bagaimana seteruk mana hidup ini, ia hanya dugaan kecil dari-Nya.... =(





p/s; 3 hari di Jogja... sudah jalan2 di pasar Molioboro, melawat keraton jogja, melawat candi Buddha terbesar dunia Borubudur di Magelang, pergi ke kaki gunung Merapi (gunung berapi paking aktif di dunia) dan melihat tinggalan letusan terbarunya tahun 2006, menunggang kuda di pantai Parangtritis menghadap Lautan Hindi (ombak besar giler), ke tinggalan Kesultanan Jogjakarta di Taman Sari (istana Air dan masjid bawah tanah), naik beca keliling kota Jogja, lalu di Institut Seni Indonesia, menonton wayang di Amburukmo Plaza... Ada 3 hari lagi... Esok mahu ke Solo melawat candi dan ke pasar Klewer... Selebihnya mungkin mahu menonton Opera Wayang Ramayana di PuraWisata dan jalan2 sambil mengorat awek Jogja.... Ternyata awek Jogja tak pernah kalah dengan awek jota2 lain di Indonesia... hehehe =)

Saturday, May 16, 2009

KERANA AKU???

Adakah semua ini terjadi kerana aku adalah aku??? kerana aku Azmir???

Kalau aku ni Tomok, Jijan, Zura atau mungkin Lipan, adakah ia tetap akan terjadi??? Adakah ia tetap akan diperlakukan kepada aku???

Entahlah.... =(




p/s; berfikir begini membuatkan aku down... rendah sgt persepsi kpd manusia yg bernama Azmir ni di mata org lain ya.... =(

Saturday, May 9, 2009

TERMASUKLAH DIRI SENDIRI....

Dulu, ingatkan pompuan jer...

Rupanya, laki pun sama...


So, semua orang susah dipercayai...


Termasuklah diri sendiri....





p/s; ini bukan kenyataan berbau gender... hanya kenyataan setelah melihat apa yang berlaku semalam... =p

Tuesday, May 5, 2009

COBA

(Tolonglah kau coba!!!! Tolonglah!!!)


Coba kau dengar
Coba kau coba
Diam bila ku coba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau anggap
Bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku padamu

Coba kau lihat
Coba kau coba
Renung ke mata kau
Bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar
Untuk kau melihat ke mataku...



p/s; performance Faizal & Rossa mmg gempak mlm AIM tempoh hari... =)

Saturday, May 2, 2009

KIMONO UNGU BERSULAM BUNGA...

Cawan kecil terbiar di tengah meja rendah tanpa bersentuh. Salwa sedar kyusu comel berlakuer merah disepuh ukiran emas motif buluh dan bumbungan kuil Shinto berisi teh krisantemum itu dipesan khas untuknya sementelah Kenji lebih selesa menikmati sake. Salwa dahaga, terlalu; penerbangan enam jam dari Kuala Lumpur ke Tokyo diikuti mesyuarat panjang membebankan seluruh sistem. Namun meski rentan seluruh tubuh, entah mengapa dia keberatan membatalkan janji untuk menonton persembahan kabuki di Ginza bersama Kenji.

Mujur lelaki itu belum menempah tiket untuk pertunjukan penuh empat babak. Hampir sedekad, tetapi ingatan Kenji masih kuat. Paling lama, konsentrasi Salwa hanya dapat bertahan sehingga pertengahan babak kedua. Oleh itu, dia berkeputusan untuk mendapatkan tempat duduk penonton pementasan tunggal, atau makumi sahaja. Telahan itu terbukti tepat kerana belum pun sejam tirai disingkap, Salwa sudah ditewaskan kelelahan. Dia menyinggung rusuk, mengajak teman lama itu beredar sewaktu pelakon utama lelaki gemersik mengalunkan joruri.

Sungguhpun letih seluruh, harum aroma teh bunga itu gagal membunuh bungkam yang merajai kujur tubuh. Salwa mengembungkan pipi, melepaskan kantuk tanpa menguap besar. Di seberang meja rendah, Kenji ikut membatu biar sesekali matanya berkelintar menduga air muka Salwa yang menekur simpuhan di atas tatami. Aneh. Tatkala intim bersebelahan di dalam panggung gelap, Salwa tidak pula canggung menyendengkan kepala ke atas bahu Kenji. Namun di bawah sinaran benderang lampu kalimantang kamar jamuan sebuah ryokan pilihan, dia malu dan segan serentak.

Kamar jamuan sederhana besar pengap didakap sunyi namun libang-libu para pelayan berulang-alik dari ruang dapur ke setiap kamar jamuan berdesir dekat di cupingan. Salwa tahu di balik shoji yang menyempadani ruang privasi pelanggan, para pelayan peka menelinga. Oleh sebab itu, saban kali mereka mengunjungi pelbagai ryokan di sekitar kampus Todai Daigaku di Hongo, Kenji akan memulakan perbualan dalam bahasa Inggeris dan Salwa akan membalas dalam bahasa yang sama.

Namun kali ini Salwa kenanaran sementelah Kenji menolak untuk memulakan. Atau apakah setelah sepuluh musim meninggalkan Pulau Honshu dan menggeluti lapangan kerjaya di tanah air, dia tanpa sedar telah menyarung peran tipikal seorang perempuan Melayu yang pasif di hadapan insan bertentang gender?

Masih pegun. Ekor mata Salwa memetia pergerakan tertib jari-jemari Kenji. Seorang pelayan wanita bergegas mampir, tunduk beberapa kali, sambil rusuh menggumamkan gomennasai kerana kelalaian memantau keperluan. Salwa ingin melarang namun sekilas teragak, niat terencat apabila ditahan Kenji. Pelayan wanita berwajah putih melepak ditepek oshiroi tebal berlalu, meninggalkan sepasang manusia bertentang jantina dalam situasi yang menjanggalkan. Salwa mengetap bibir.

“Ini bukan lagi era Sengoku Jidai, Ken. Feudalisme telah berkubur; setiap manusia bermaruah, lelaki dan wanita, tidak seharusnya merebahkan badan sebegitu rendah untuk menyembah sesiapa.”

Kalimah wanita, atau joshi, yang sengaja dikeraskan berderau kesat di cupingan Kenji. Kening kiri lelaki kelahiran Tennoji, Osaka itu terjungkit tinggi sementara secalit senyum terhibur terjungkir di pinggir ulas bibir tipis. Salwa menahan nafas, sedaya meredakan jantung yang tiba-tiba kencang memukul sangkar rusuk.

Salwa mendengus sekali. Bilah hashi antara jari-jemari diketuk-ketuk di atas permukaan meja. Selera yang tumpul terbantut terus. Meski diselindungkan jenaka, Salwa maklum Kenji menjeruk rasa. Jikalau tidak, masakan lelaki itu kekal solo selepas hampir sedekad. Argh, mustahil tiada jururawat genit yang mencuri perhatian, atau cubaan memadankan pasangan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Budaya Melayu dan Jepun meski berbeza leluhur, tetapi praktisnya tetap menyatu!

“Bukan kebebasan, Ken, tetapi keadilan.” Salwa membetulkan, mata jelinya bersinar, nakal dan galak. “Dan bukan semua lelaki, hanya lelaki Jepun.”

Kenji melepaskan bilah hashi ke sisi mangkuk sup miso yang masih penuh, bersedia untuk mengatakan sesuatu tetapi dipangkas kuakan shoji. Dia kurang menyukai sayur-sayuran mentah, maka nimono barangkali dapat menggebukan selera.

“Argh, aku terlupa! Budaya timur, atau budaya Jepun terutamanya berteraskan konsep patriarki cenderung memenangkan lelaki sementara kaum wanita pula dikesampingkan dan ditindas.” Kenji mengujar, semacam mengulang pernyataan panjang dari memori. Salwa memuncungkan bibir.

“Sejarah merakamkan begitu, Ken. Biar menjawat gelar doktor, jangan pula engkau mempersendakan kebenaran.”

Kenji tersengih. “Tetapi Cik Sejarawan juga harus ingat bahawa pada zaman Heian seawal kurun kedua belas, wanita Jepun berhak mewarisi harta pusaka dan diberi kuasa menguruskannya sendiri tanpa campur tangan ahli keluarga lelaki.”

“Namun apabila sistem pentadbiran terjungkir balik dikuasai syogun dan samurai, wanita telah kehilangan keistimewaan yang sebetulnya adalah hak asasi itu. ” Salwa cekap meningkah.

“Kau juga mesti memahami konteks masa, Sal-chan. Semasa era pemerintahan syogun, keruntuhan moral masyarakat berleluasa. Oleh itu, keputusan diambil agar kebebasan wanita dikekang untuk mengawal sakit sosial yang meruncing.”

Salwa mencemik. “Tetapi mengapa kawalan sosial itu hanya dikuatkuasakan terhadap wanita, Ken? Hah, jikalau lelaki tidak mengerapi rumah-rumah pelacuran, akan wujudkah golongan geisha? Teori ekonomi yang mudah: tiada permintaan, tiadalah bekalan. Cuma, mengapa wanita sahaja yang terus-terusan dipersalahkan? Kenji mencapai cawan sake. Dia meneguk sekali sebelum menyisipkan cawan comel ke sisi gubahan ikebana. Reaksi pasif itu digunakan Salwa sebaiknya.

“Pemerintahan syogun selepas itu berganti kebangkitan semula keluarga diraja Jepun. Pada era Meiji yang bermula pada tahun 1868 itu, negara Jepun telah bangkit sebagai antara kuasa ekonomi dan ketenteraan utama di Timur, sehingga menimbulkan gentar di kalangan negara-negara barat seperti Amerika Syarikat. Sungguhpun begitu, prospek kaum wanita di Jepun kekal suram. ”

“Peningkatan kadar kelahiran adalah keperluan pada masa itu, Sal-chan, demi memastikan kemandirian bangsa juga. Malahan pada dekad 30-an dan 40-an, kewajipan itu dikategorikan sebagai tugas patriotik wanita kepada kerajaan Jepun.” Kenji membangkang dalam desisan suara yang rendah. Pelayan wanita muncul bersama sajian ketiga, yakimono - kepingan ikan halibut panggang yang direnjis sagatan citron dan daun sansho.

Salwa menceber lagi. “Maksudmu, harga wanita ditentukan kesuburan sistem peranakannya? Argh, suatu kayu ukuran yang seksis! Bagaimana pula jika seseorang wanita itu tidak hamil kerana kegagalan suami?"

“Selepas Perang Dunia Kedua…" Kenji mengelap pinggir bibir yang sedikit basah dengan sapu tangan. Salwa mengangkat muka. Sekilas, pandangannya jatuh pada mangkuk nasi milik Kenji yang kosong.

“Selepas Perang Dunia Kedua, sebuah klausa yang menggariskan hak sama rata tanpa mengira jantina telah dimuatkan dalam penggubalan Perlembagaan 1947. Kod Hak Asasi pula telah disemak semula dan diluluskan dengan beberapa pindaan setahun kemudiannya. Antara hak wanita Jepun yang dijamin adalah aspek pemilihan pasangan hidup, keadilan dalam proses penceraian dan peluang mendapat hak penjagaan anak. Dari sisi undang-undang, lelaki dan wanita Jepun diiktiraf setaraf.”

“Secara teori ya, Ken-chan, tetapi tidak secara praktis.” Salwa tegas mengingatkan. Kedua belah kaki kelenguhan dilipat dan ditindih seluruh berat badan. Dia membuka simpuhan lalu santai bersila.

“Tetapi kuasa autonomi wanita Jepun dalam rumah tangga adalah autoriti penuh yang tidak boleh dipertikaikan sesiapa, termasuklah para suami. Wanita Jepun tidak lagi submisif, Sal-chan. Mantan Perdana Menteri Takeo Miki yang mengetuai parlimen pada akhir dekad 80-an misalnya pernah terang-terangan ditempelak isteri kerana tidak cekap dalam menguruskan kekemasan penampilan peribadi. Hak wanita Jepun tidak dinafikan, tetapi tetap terakukan. Cuma, arena pelaksanaannya sahaja yang berbeza.” Kenji mengujar panjang. Salwa menggeleng-geleng.

“Maaf, Ken, tetapi menjatuhkan air muka suami di khalayak bukan emansipasi padaku. Juga, aku tidak bersetuju langsung dengan pemisahan kepakaran yang dihalalkan atas alasan gender.”

Kenji mengerut dahi. Hidangan berat terakhir - kaunomono - nasi beras perang bersama jeruk sayuran ditolak ke tengah meja rendah. Wajah Salwa ditatap bersungguh. Salwa menyahut suruhan bisu dengan sayugia.

“Definisi emansipasi wanita, atau istilah ringkasnya feminisme itu pelbagai tetapi sebagai seorang Muslimah, aku berpegang pada Ayat 34 Surah An Nisa dari kitab suciku Al Quran.

Kenji mengangguk namun garis-garis yang menatari ruang di atas pundak tulang hidung masih belum berkurang.

“Selain daripada kelebihan fizikal yang termaktubkan, kaum lelaki dan wanita setara dalam segala aspek, Ken, terutamanya dalam perkara-perkara bersangkutan intelek dan rohani. Tuhan mengingatkan lagi melalui Ayat 124, juga dari surah yang sama: ‘Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka akan masuk syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun.’ Janji Tuhan ini merupakan liberalisasi mutlak untuk para wanita. Tetapi sayang, aplikasi jikalau pun tidak sifar, masih di tahap paling rendah.

Iris Kenji berkilau sesaat, menyedarkan Salwa daripada kobar semangat yang meluap-luap.

“Engkau sebegini berapi-api membentang hujah, argh masakan kami orang lelaki tidak tercabar!" Kenji berseru sepatah.

Salwa tertawa, sedikit nyaring sehingga mengundang jelingan tajam pelayan wanita yang menatang dulang berisi hidangan ketujuh - moshi, pencuci mulut yang diuli khas dari tepung beras pulut dan dibalut kemas menggunakan daun sakura, selaras meraikan ketibaan musim bunga. Dia menjulingkan mata, memprotes tanpa suara. Kenji ikut tergelak namun bingkas bertukar serius apabila Salwa membuka mulut.

“Islam anutanku adalah agama yang syumul, Ken. Selain membebaskan wanita daripada sebarang kongkongan yang dipelopori budaya, ia juga menyediakan garis panduan agar wanita tidak terbabas dalam perjuangan mengejar kejayaan duniawi. Izinkan aku memetik sebahagian lagi Ayat 34 dari Surah An-Nisaa: ‘Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama.’"

Kenji mengeluarkan dompet kulit, membilang kepingan not-not hijau-kuning lusuh lalu diselit ke bawah vas yang menampung gubahan ikebana. Salwa kegopohan menggagau tas untuk berkongsi belanja namun Kenji menolak. Salwa tidak berkeras, memahami tetamu terlalu dimuliakan dalam budaya Jepun. Dia tersenyum.

“Tiada ruginya menyasarkan awan, Ken. Andai tidak kesampaian, paling tidak puncak gunung tergapai juga.”

Mereka meninggalkan ryokan dengan dihantar pelayan wanita dan tuan punya rumah tumpangan sehingga ke pintu utama, beriring ungkapan penghargaan tanpa putus dan lenturan badan yang dibalas selayaknya oleh Kenji. Salwa sekadar merendahkan kepala; adat aturan budaya Jepun yang satu ini adalah kepantangan baginya. Perjalanan menuju hotel penginapan berhampiran perhentian kereta api Shinagawa lancar, meski Salwa mendapati laku Kenji semena-mena pudar ceria.

“Untukmu,” Kenji mengunjukkan bungkusan berbalut kertas berwarna, bermotif tatkala teksi tumpangan menurunkan mereka di hadapan lobi hotel penginapan. Salwa menyambut dengan kekeliruan.

“Apa?” Dia ingin mendesak, namun Kenji melekapkan telunjuk kanan ke tengah bibir. “Biar sepuluh musim lagi pun, Sal-chan, aku rela menanti. Cuma, aku perlukan jawapan dan kepastian kesetiaan.”

Salwa kekagetan, terburu mengejar lif ke aras 16. Sebaik selamat dikurung privasi kamar peribadi, tangannya bingkas bekerja. Kertas pembalut dikoyak rakus, manakala kotak kadbod dibuka tergesa. Salwa hampir terjerit apabila jemari mengangkat, mengeluarkan isi.

Sepasang kimono ungu dari fabrik sutera berkilau dipanah sinar neon yang menerobos dari singkapan langsir tingkap yang tipis. Salwa merapikan gaun panjang bersulam motif bunga-bungaan sebelum mencapai obi yang bercetak lukisan serupa. Ketika itu, sehelai kertas putih bertulis tangan yang tersemat antara lipatan gaun dan obi melayah, jatuh mengucup lantai. Salwa pantas mengutip, retinanya bekerja menafsir baris-baris ringkas romaji dilakar Kenji.

“Sal-chan, masih ingat Hikayat Genji?

Kenji.”

Salwa tergegau. Argh, mana mungkin dia lupa! Hikayat Genji tulisan Shikibu Mursaki - seorang wanita bangsawan - yang diterbitkan pada kurun kesebelas merupakan salah satu teks terawal yang memperkenalkan konsep feminisme pada zaman purba Jepun. Kimono ungu. Salwa mengetap bibir, meramas gaun dan obi lalu dibawa dekat ke dada. Perisytiharan cinta tanpa berbelah bagi.


GLOSARI

kyushu - teko

sake - arak Jepun

joruri - lagu cinta sentimental

tatami - tikar buluh

ryokan - rumah tumpangan

shoji - pintu tipis mudah alih.

oshiroi - bedak muka putih yang dipakai oleh geisha

Sengoku Jidai - Perang Saudara

hashi - penyepit

jicama - sengkuang

miso - sejenis makanan tradisi Jepun.

kaiseki - makan malam tradisional Jepun.

-chan - panggilan mesra antara ahli keluarga dan teman rapat

ikebana - gaya gubahan bunga Jepun

sage - sejenis herba

obi - tali pinggang besar yang dipakai bersama kimono

romaji - tulisan bahasa Jepun yang menggunakan huruf-huruf Roman

dari Mingguan Malaysia..




p/s; walau aku sering dikatakan dan dimaki `baik sgt`,` suka mengalah yg kalah`, dayus, `belagak poyo nak jadi hero`, `nak tunjuk baik` atau apa2 saja, aku akan tetap tersenyum (dlm erti kata sebenar `tetap tersengih`) hahahaha.... =p kerana, macam yg aku ckp dulu, dalam hidup aku yang penuh perancangan, sudah ada yang aku tetapkan untuk dicapai... dan aku takkan benarkan perkara lain yang bukan keutamaan (walaupun perkara itu tetap penting & besar impaknya pada hidup aku) untuk mengganggu usaha keras dan perjalanan aku sejak lama dulu untuk capai impian hidup aku!!! kalau difikir memeningkan je ... so, baik aku sengih dan buat mcm `tak ada apa2` je kan... walaupun sebenarnya memang `ada apa2`...(tapi aku tulis ni bukan memikirkan jugak ke.. hahaha)... =)

SEMAKIN HAMPIR....

1 perjalanan...
5 bulan...
10 kota...
Berjuta makna....




p/s; Doakan aku... semoga kali ini akan membantu aku lebih mengenal diri... =)

Monday, April 27, 2009

SAYANGI KUALA LUMPUR...

Manusia sering tak dapat melihat apa yang ada depan mata... Sering tak menghargai apa yang ada di depan mata... Pergi mencari jauh, tapi yang depan mata buat bodo la...

Manusia tu aku la... hahaha =p

Selama ni, aku jarang nak melihat Kuala Lumpur... Sering kagum dengan keunikan kisah-kisah di kota luar yang unik.. tapi tak sedar Kuala Lumpur yang dah ada depan mata aku lebih 6 tahun ni pun penuh dengan kisah-kisah menarik....

Semalam, aku parking kereta di Jelatek... Dan aku menyusuri Kuala Lumpur dengan berjalan kaki dan pengangkutan awam...

Tak sampai satu hari menjelajah, banyak perkara-perkara menarik yang aku temui.. Mungkin selama ni, dalam perjalanan di Kuala Lumpur, terlalu asyik dengan destinasi sampai aku lupa untuk `menikmati` keunikan di sepanjang perjalanan..

Tak sampai satu hari menjelajah Kuala Lumpur, di Bukit Bintang, aku sempat berkenalan dengan Olivier Martin, mamat dari Perancis yang sudah 6 tahun bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan di Bali... Dia di Kuala Lumpur kerana dalam transit untuk pulang ke Perancis malam itu juga untuk ke MIPCOM di Cannes bagi mencari pelabur bagi projek filem barunya... Lama juga berborak dengan dia... Satu pengalaman yang menarik...

Aku juga sempat dibaling dengan batu oleh seorang pengemis sebab dia perasan kononnya aku nak ambik gambar dia... perasan betul mamat pengemis ni... hahaha... nasib baik kena kat badan, kalu kena kepala dah bocor dah kepala aku...

Aku sempat menolong tunjuk arah kepada seorang mamat (kalu dari loghat english, aku rasa dari India atau Bangladesh) untuk pergi ke Masjid Negara...

Aku sempat melihat rutin harian para pekerja kedai penjual bunga segar di Jalan Tun HS Lee dalam menjalan pekerjaan hari mereka yang bagi aku cukup unik... Bukan senang kita nak tengok orang menjual bunga segar di Kuala Lumpur yang memerlukan mereka membawa turun bunga-bunga itu dari tanah tinggi terutamanya Cameroon Highland setiap hari dan hari sampai ke kedai sebelum pagi menjelang...

Secara tak sengaja, aku termasuk ke dalam satu lorong gelap port mat-mat rempit tengah ready nak race... minah-minah pun ramai dan aku rasa tengah ready nak jadi mangsa malam tu... hahaha

Ya, banyak lagi kisah yang menarik di Kuala Lumpur...

Jadi, apa lagi... seperti kebanyakan papan tanda DBKL yang aku jumpa sepanjang perjalanan, katanya `Sayangi Kuala Lumpur`.... hahahaha =p




p/s; kepada para ahli ASC penjaya teater hari wilayah, mari kita gempur DBKL!!!!!! hahaha...=p

Sunday, April 26, 2009

JIKA KAMI BERSAMA....

Jika kami bersama, nyalakan tanda bahaya
Jika kami berpesta, hening akan terpecah
Aku, dia dan mereka memang gila, memang beda
Tak perlu berpura-pura memang begini adanya
Dan kami di sini akan terus bernyanyi

Dan jika kami bersama nyalakan tanda bahaya
Musik akan menghentak, anda akan tersentak
Dan kami tahu anda bosan dijejali rasa yang sama
Kami adalah kamu, muda, beda dan berbahaya

Ini lagunya, are you ready????

Lepaskan semua belenggu yang melingkari hidupmu
Berdiri tegak menentang di sana di garis depan
Aku berteriak lantang untuk jiwa yang hilang
Untuk mereka yang selalu tersingkirkan

Ketika tiada beban lagi untuk berlari
Ketika tiada orang yang akan peduli
Aku dan dia selalu menunggumu di sini
Angkat sekali lagi!!!

Dan kami di sini akan terus bernyanyi...

Dan jika kami bersama, nyalakan tanda bahaya
Muzik akan menghentak, anda akan tersentak
Dan kami tahu anda bosan dijejali rasa yang sama
Kami adalah kamu, muda, beda dan berbahaya

Dan kami di sini akan terus bernyanyi...

Dan jika kami bersama, nyalakan tanda bahaya
Musik akan menghentak, anda akan tersentak
Dan kami tahu anda bosan dijejali rasa yang sama
Kami adalah kamu, muda, beda dan berbahaya...



SUPERMAN IS DEAD!!!!!

UNTUK TOMOK, RIDSET & G-JAN...

Acacacacacacaca........



hahahahaa... seronoknya... hahahaha!!!!!! =p

Saturday, April 18, 2009

AKU RINDU....

Wednesday, April 15, 2009

A GEISHA'S JOURNEY



Setelah sekian lama tak lepak di Kinokuniya, 2 minggu lepas aku lepak kejap belek buku2 baru sementara tunggu appointment kat Secret Recipe KLCC... Dan paling menarik perhatian aku, buku ni... A Geisha's Journey; My Life As a Kyoto Apprentice... Ni yang kena kumpul duit nak beli ni... Harganya seratus lebih jer... Orang kita kalu berabis beratus ringgit nak buat rambut, beli i phone, beli handphone, tukar sport rim kereta, pergi bercuti, makan ntah apa2, boleh je... tapi kalu nak beli buku, punya la payah... (aku pun macam tu... =p)




p/s; teringat aku zaman sekolah dulu, aku pernah lepak kat Kinokuniya dari tengah hari sampai malam... semakin membesar, budaya membaca juga semakin terhakis.. Tu yang aku rasa nak jadi budak sekolah sampai bila2... hahaha =p

Sunday, April 12, 2009

AKU INGIN BERLARI....

Aku ingin berlari!!!!

Lalu terbang mengejar keindahan tujuh warna pelangi...


Tapi sayang, kaki aku tempang.... sayap aku patah... pergerakan aku payah... dan akhirnya aku rebah.. (kemudian pelangi pun hilang perlahan-lahan setelah senja menjelang... )

Thursday, April 9, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH

Jam kat tangan aku 12.20 tengah malam (harus diketahui jam aku cepat 15 minit... hehehe)... Dah masuk hari yang baru... Ya, masuk hari Jumaat... 10 April bersamaan 14 Rabiulakhir 1430...

Hari ini, Malaysia memasuki satu lagi fasa baru... Barisan kabinet baru akan secara rasminya mengangkat sumpah hari ini... Adakah ini petanda akan lahir Malaysia baru yang lebih cemerlang.. Ntah la... (Siapa ek jadi TPM??? tak sempat check lagi... =()

Bagi agama kristian pula akan merayakan Good Friday pada hari ini... Sabah & Sarawak mengumumkan cuti umum bagi sambutan tersebut... Tapi aku memang takde kelas hari Jumaat pun.. =p

Kalau dirujuk sejarah dunia (boleh check kat internet... hahaha), 10 April pada tahun1815 merupakan tarikh keramat letupan gunung paling terbesar dalam sejarah dunia iaitu gunung Tambora di Kepulauan Sunda Kecil di Indonesia yang menyebabkan kematian hampir 71,000 orang..

Tarikh itu juga, dalam tahun 1959 merupakan tarikh dimana anak Emperor of Japan iaitu Akihito berkahwin dengan Michiko Shoda yang mana mencatat sejarah perkahwinan pertama yang melawan tradisi apabila Michiko bukanlah dari golongan bangsawan..

Kalau nak dilihat tentang sejarah peribadi pula pasal tarikh ni, mana la aku nak ingat... dah 24 kali lalui tarikh ni, mesti la ada macam yang mana la aku nak ingat.. Tapi, kalu yg terdekat, setkat tahun lepas, tarikh ini juga punya beberapa signifikan... Jurnal peribadi aku tentang pengalaman sepetang menunggu matahari terbenam sambil melayan perasaan di pinggir sungai Sarawak yang berkaitan dengan tarikh 10 April melayakkan aku mendapat A+ untuk subjek Music & Society semester lepas... Sebelum itu, cerpen yang berjudul `10 April` yang berkisar tentang seorang gadis kacukan Melayu-Jepun yang kembali menemui ibu kandungnya setelah terpisah hampir lebih 20 tahun yang menjadi lanjutan penjajahan Jepun di Tanah Melayu kira-kira lebih 60 tahun lalu juga melayakkan aku memperoleh gred A untuk subjek Teori & Praktis Penulisan...

Kenapa aku berbicara pasal tarikh ni... Ntah la... Sengaja nak merepek kot... hehehe... Oklah, cuma di sini, bersempena tarikh ni jatuh pada hari Jumaat yg mulia, aku ingin mencatat lagi sejarah tarikh ini dengan mengucapkan beberapa perkara kepada beberapa individu di sekeliling aku...

kepada seorang sahabat yang aku hormati, terima kasih kerana kau masih teguh dan utuh berdiri di situ.... Meskipun dalam diri aku, ego masih menguasai...

Kepada beberapa individu di sekeliling, jauh dan dekat yang cuba untuk memberi, aku mintak maaf kerana buat masa ini, aku tidak dapat menerima secara serius tentang perkara itu... kerana ingatan pada peristiwa lalu masih mengganggu aku... Doakan hati aku terbuka.. aku juga mendoakannya... =)

Kepada teman2 yang mungkin terasa hati dengan kesibukan aku, ratap & sembah ampun buat jiwa2 yang terasa atau kecewa... Aku hanya menjalankan tugas sebagai pelajar disamping mengejar cita2 di alam kerjaya... (lainlah korang dah tak belajar.. hehe)

Kepada teman2 sekelas, kenakalan & kepoyoan aku harap dimaafkan ya... Kalau aku tak poyo, bosanlah hidup ni... Nanti takde bahan pulak korang nak kutuk aku... hahaha





p/s; apabila sesuatu yang tak disenangi menjadi realiti dan hakikat, setiap malam aku tidur dengan harapan apabila aku bangun esok pagi, aku tersedar bahawa semua itu hanyalah sebuah mimpi... Tapi akhirnya aku akur bahawa realiti tetap realiti yang harus dihadapi... Dihadapi dengan hanya satu cara, mengubah persepsi dan mengubah diri aku sendiri...

Tuesday, April 7, 2009

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA




Usaha. Takwa. Mulia


p/s; aku disini... untuk menjadi aku... =p

Sunday, April 5, 2009

LAGI-LAGI AGNES!!!!




Foto ni pernah mengApril Foolkan beberapa kawan aku dulu... Nak tau kenapa, kena la tanya diorg yg kena... hahaha

Weekend ni, aku busy.. bermula awal pagi semalam hingga ke awal pagi tadi (sempat tidur dua jam je...) , aku berkampung di Wisma Belia untuk sessi branstroming dengan teman penulis & produser dari Indonesia.. Berdiskusi tentang kandungan siri sinetron untuk ramadhan ini berjudul Satu Atap Mentari, sebuah drama komedi keagamaan (komedi religi).. Di samping itu, berbincang mengenai peluang niaga untuk usahasama syarikat aku dan dia untuk usahaniaga kedua negara... Antaranya, peluang syarikat aku untuk mengedarkan filem-filem Indonesia untuk pasaran home video di sini, menerbitkan semula buku-buku Malaysia untuk pasaran Indonesia serta beberapa lagi...Tapi, masih terlalu awal untuk aku bicarakan tentang hal ini sebab baru cakap2 mulut je... Orang Melayu macam aku ni biasalah, banyak sangat bercakap & mesyuarat... Tapi, kerja tak jalan jugak...CAKAP JE NAK GEMPAK... =p

(tapi alhamdulilah, ruang & peluang aku di Indonesia semakin terbuka... =))

Dan aku sempat bertanya pada dia tentang Agnes Monica... hahahaha... (sempat jugak aku... haha).. Dia kata, Agnes antara artis papan atas Indonesia... Dan aku sangat terkejut apabila dia beritahu, untuk siri sinetron, Agnes boleh mendapat bayaran hingga mencecah RM12ribu hingga RM15ribu untuk satu episod 45 minit!!!! Bayangkan kalau dia dapat Rm15ribu untuk satu episod, kalu 50 episod dah berapa!!!! fuh...

Dan sebaik saja tiba di rumah sekitar jam 10 pagi tadi, aku baca paper... Tentang sekumpulan wartawan Malaysia (temasuk Zubir Bi-Pop yang hot.. hahaha) dibawa untuk sessi temubual eksklusif dengan Agnes di Jakarta sempena album barunya yang akan dilancarkan dalam minggu ini yang mana majlis pelancaran itu akan disiarkan secara langsung seluruh Indonesia..

Sessi temubual itu dilangsungkan di sebuah restoran Jepun di Senayan City... Tapi menariknya, Agnes memaklumkan dia kini sedang mempelajarinya bahasa Korea dan Jepun... Dan paling menarik dia memaklumkan yang kini dia sedang menjalinkan hubungan teman tapi mesra dengan seorang lelaki di Jepun... hahaha... Ironi kan??? hahaha...




p/s; pagi kelmarin aku meeting di Japan Foundation... Dan dalam meeting aku dapat confirmation yang permohonan aku untuk biaya penerbitan dokumentari aku di Tokyo bulan Jun ini gagal... Permohonan aku untuk latihan praktikal di Osaka Januari tahun depan juga gagal... Tapi, aku takkan kecewa... Kerana kecewa itu sudah biasa aku hadapi dlm hidup aku... Dan aku berjanji akan menjadi seorang yang sentiasa positif dalam kehidupan agar aku akan terus berusaha keras untuk bergerak ke depan... Aku nak mohon praktikal di Jakarta pula... Apa yang penting, aku takkan putus asa..

Walau kaki aku tempang, walau sayap aku patah, aku akan tetap melangkah!!!!


pasca post;
selepas meletupnya sinetron Pernikahan Dini, Pak Leo selaku produser dan pemilik Sinemart Picture menghadiahkan sebuah kereta Jaguar untuk Agnes... fuh!!!

Friday, April 3, 2009

GENERASI BIRU




Semasa di Jakarta beberapa bulan lepas, aku terbaca tentang filem dokumentari ini... Riri Riza juga pernah beberapa kali bercerita pada aku tentang ini..

Ia sebuah dokumentari arahan sutradara tersohor Garin Nugroho... Sebuah dokumentari tentang kumpulan muzik Slank yang terkenal itu sempena 25 tahun mereka dalam industri muzik...

Filem ini ditayangkan pawagam di seluruh Indonesia pada bulan Februari yang lepas... Teringin mahu menontonnya... =)



p/s; bila nak filem dokumentari di Malaysia mampu ditayangkan di pawagam...? =(

Tuesday, March 31, 2009

REPUBLIK SIAL 3

Sedang aku khayal dalam dunia aku sendiri dengan keseronokan alam filem dengan projek2 syok sendiri di alam yang seakan fantasi dan ilusi, seorang sahabat mengejutkan aku tentang realiti kehidupan sebenar...

Seorang sahabat universiti yang telah tamat belajar dan kini tinggal di kampung... datang dari kampung bercerita hal tanah dan maruah...

dengan penuh amarah, katanya, tanah pusaka keluarga diceroboh... diceroboh dengan penuh hina hanya setelah beberapa ketika bapanya meninggal dunia... keluarganya jadi mangsa... menjadi mangsa akibat kurangnya ilmu generasi terdahulu... membeli tanah tanpa penukaran nama di geran... dan setelah puluhan tahun tanah itu diusaha hingga mampu membesarkan dirinya dan adik beradik yang lain, tiba-tiba datang orang lain dengan rakus merampas... mengupah jentolak untuk memusnah kebun dan tanaman sawit dan kelapa yang telah lama diusahakan... Dan dia, dari seorang sahabat yang aku kenal bersahaja, menjadi anak Melayu yang penuh amarah... seperti katanya, betapa sialnya manusia yang tak menghormati maruah orang lain (lebih lagi melibatkan keluarga)...

Aduh, Melayu dan soal tanah tak boleh dipisahkan...

Dan betapa kejamnya manusia yang punya ilmu dan pengetahuan (kononnya) merenggut nyawa dan nadi golongan-golongan susah sepertinya... BINATANG!!!! SIAL!!!!

Manusia menjadi semakin kejam dan tidak adil... Yang susah dan terpinggir akan terus ditekan hidup mereka hingga menjadi sehina mungkin... Yang kaya, terus menggunakan kuasa sambil bergelak ketawa sambil minum ekspresso di kafe asal Itali...

Aku tiba2 menyumpah seranah kepada pemimpin hero bangga yang kononnya gah dan dijulang di pentas politik... Diangkat melalui sokongan orang bawahan, disokong melalui pengorbanan tenaga, wang dan masa oleh golongan bawahan... Tapi akhirnya, mereka boleh tersenyum sambil membawa New York Times di lobi Sheraton dan berbicara di pentas pelbagai kongress dan simposium... Tapi, anak-anak terpinggir yang mengabdikan diri memberi sokongan akhirnya terus hidup tertekan dalam penuh kepayahan meneruskan survival untuk mencari sesuap nasik dan belanja hidup keluarga dalam dunia yang serba serbi mahal kini....

Sori, aku tak berniat mahu menghukum sesiapa... Tak menyalah golongan bawahan atau mengutuk golongan atasan... Sekadar ingin saling mengingat.... Kepada yang dibawah, sedar bahawa perlunya ilmu dalam survival hari ini.. Lihat apa yang terjadi jika kita terus leka dan berpuas hati dengan apa yang ada... Kepada yang di atas, di antara kita sibuk berbicara penuh ilmiah yang menjana rakyat berpemikiran global kelas dunia, kembali kepada realiti kepada betapa ramai lagi yang menjadi mangsa modeniti hari ini.. Bukan mereka tidak berusaha tetapi keadaan sedia ada mengekang untuk mereka melangkah lebih jauh dan akhirnya mereka terpaksa rela dengan apa yang ada... Jadi, kalian di ataslah yang harus turun berusaha memulihkan situasi ini... Memang payah, tetapi berusaha itu kan lebih baik dari hanya menyerah...?




p/s; betapa insafnya aku bahawa sekurang aku bertuah dilahirkan dalam keluarga aku sekarang.... meski kami tidak kaya, tapi ibu bapa aku tak pernah miskin untuk memperjuangkan betapa tingginya nilai ilmu untuk anak2 agar kami tidak akan lemas dan tenggelam dalam dunia serba kejam hari ini... (sejak beberapa tahun lalu, aku mengerti betapa pentingnya pendidikan, dan itu akan jadi pegangan kepada keturunan aku nanti... InsyaAllah, jika Allah merestui...)

PROJEK OMBAK?

Projek Bunga semakin hampir ke untuk dilancarkan... Dan rasanya ini saat yg afdal utk aku mula merancang projek baru...

Projek Ombak, aku rasa nak buat projek tu... Harapnya menjadi la sekitar pertengahan atau suku ketiga tahun ni...

Tapi aku tak berani nak beri kata putus lagi... Sebab duitnya masih belum ada di tangan aku... Mungkin aku harus kerja keras kumpul duit secepat mungkin untuk itu... Itu pun kalau Allah merestui usaha aku itu... =)

Ya, insyaAllah jika punya kekuatan dan upaya...

Utk hujung tahun ni pulak, projek yg aku propose pada pengurusan Agnes Monica di Jakarta takde perkembangan... Macam mereka tak berminat je... its ok, no prob (ayat klise aku.. haha)... So, aku perlu cari projek lain utk hujung tahun ni... Siapa ada cadangan?





p/s 1; seperti kebiasaan yg aku lakukan stiap hari, selepas keluar rumah & breakfast lebih kurang pkul 7.30 pg tadi, aku ke cc untuk buat asignment... tp, spt kebiasaannya juga, aku tak jd bt assignment dan akhirnya mengadap blog ni... hahahaha


p/s 2; seronok la tu Combi coz aku tak dapat jumpa Agnes... apsal anti sgt dia dgn Agnes??? hahaha... =p

MOTIVASI 1 APRIL

(Daripada Prof Dr Hjh Norfadhilah Mahdi..)


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu...

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu...

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu...

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya...





p/s; akhirnya tiba juga bulan April.... =) Sejak lima tahun lalu, April adalah bulan yang signifikan pada aku... hahaha... nantikan apa yg akan terjadi & muncul April ni... surprise... hehehe... Amin...


thanx norfa pada email penuh inspirasi di pagi yg hening ini.... hahaha

Sunday, March 29, 2009

ANGAN-ANGAN MAT JENIN

Aku ni suka berangan-angan... takpe kot, coz berangan tak kena bayar.. free of charge... hahaha.. lgpun, smenjak kebelakangan ni angan2, itulah yg jadi kenyataan... angan2 juga adalah kesempatan dan ruang terbaik untuk kita keluar dari kehidupan kita yang kadangkala sedih dan menyesakkan... =p

Bila membelek komputer beberapa hari lalu, aku dapat angan2 baru... haha.. ni angan2 baru aku... bila dapat dapat kenyataan pun ntah la... perlu masa yg lama.. paling kurang 5 bulan... bila la aku ada masa lapang selama t... haha...

Kalu tak jadi kenyataan pun takpe la, sekurangnya aku tak pernah gagal bermimpi... hehehe...









p/s; tanpa mimpi, impian tak akan jadi kenyataan... =p

Friday, March 27, 2009

PROJEK BUNGA; YOYOOH.COM




Alhamdulillah...

Projek Bunga yang bermula Januari lalu kini memasuki fasa terakhir dan dijangka sempurna dan bersediakan untuk bergerak pada penghujung April ini..

Di saat aku hampir kekeringan duit untuk menamatkan urusan awalnya, muncul sebuah sebuah syarikat budiman yang bersedia menaja projek ini.

Terima kasih kepada Arena Aspirasi, syarikat pengendali portal remaja popular Yoyooh.com kerana menjadi penaja yang bagi aku amat bermakna untuk melengkapkan projek ini. Satu jumlah sumbangan yang besar untuk sebuah projek tidak popular seperti ini.

Lawati YOYOOH.COM - New Media For Malaysian Youth

Wednesday, March 25, 2009

TAG

First time aku jawab tag... ahahah... terima je la ek...


1.Where did you and I meet?
kat mana ek... kat mp kan? =p

2.How long have you known me?
2 tahun lebih... tapi jumpa baru baru awal tahun lepas...

3.The last time we saw each other?
aduh.. lupa la.. kalu tak silap bulan lepas kan....

4.Your first impression of me upon meeting/seeing me?
hahaha... nak kena jujur ke? hahaha... ok la, u look like independent gurl.. (tp first impression tak selalu betul kan???) hahaha... jgn mara ek...

5.What's my personality like?
takde kot... hahaha.. =p tapi suka la bila tengok seorang yang mendengar kata... bagus... mendengar advice...

6.What's my favorite food?
ntah... apa ek? sushi ke?

7.Would you call me preppy, average, sporty, punk, hippie, glam, nerdy, snobby, or something else (what)?
feminin...

8.Have you ever hugged me?
gila!!! haram la... hahaha...

9.If there was one good nickname for me, what would it be?
nickname sekarang dah ok apa.... =p

10.If you and I were stranded on an island, what would I bring?
handphone kot... kalu tinggal nnti ada org marah... lalalala... =p

11.What do you think I will be in 10 years?
seorang ibu yg penyayang... i think la... tapi u must be strong & jadi seorg yg punya pendirian yang kuat terlebih dulu...

12.Will you re-post this so I can fill this out for you?
takyah la... tak berapa suka la main tag2 ni... hahaha


p/s; buka hatimu pada kebenaran, kerna kebenaran ada di dalam... -m. nasir

Monday, March 23, 2009

MEMOIR YANG HILANG (?)

Walau makan susah...
Walau hidup pun susah...
Walau untuk senyum pun susah...

Tapi syukur ini kerna bersamamu juga susah dilupakan....

Sherina



p/s; ingatan indah itu akan tetap kekal dalam ingatan... seperti indahnya tujuh warna pelangi...

Monday, March 16, 2009

LASKAR PELANGI...




Mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

Laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

Selamanya…

Cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya…






p/s ; thanx Riri for the CD... moga aku punya upaya dan semangat sekuat kamu...

Wednesday, March 11, 2009

RIRI RIZA



Datang... Jangan tak datang...
Tarikh : 14 & 15 Mac 2009 (Sabtu & Ahad)
Lokasi : Pawagam Mini P. Ramlee, Finas
Masa : 10 pagi - 6.30 petang

Tuesday, March 10, 2009

BERITA TERKINI

Petang tadi, sementara tunggu meeting di bilik mesyuarat lembaga pengarah uitm di cancelori (kena beri penekanan ni, baru berlagak sikit.. haha), aku dan beberapa yang lain lepak kat lobi canselori...

Apa lagi, aku pun layan la cerita Jelita kat tv kat lobi tu... (bukan layan cerita sebenarnya, layan tengok Agnes.. hahaha)... Tiba-tiba Penolong Naib Canselor Komunikasi Korporat, Prof Dr Redzuan lalu kat situ.. Tiba-tiba je dia cakap kat kitorang "cantik Agnes Monica kan.."

Hahahaha...

Fuh, PNC pun minat Agnes... hahahaha... Gempak penangan si Agnes ni... Ada ke patut Saiellin kata muka Agnes hancur!!! rasa nak angkat campak je dia tergolek dari bukit canselori tu sampai ke post guard uitm tu... hahahaha

Berkenaan dengan Agnes juga, beberapa hari lalu, aku mula sms dengan pihak pengurusan Agnes di Jakarta.. Ada sesuatu yang aku ingin laksanakan... Tapi masih terlalu awal nak diceritakan... Ya, masih terlalu awal... Takut tak jadi pulak nanti, bikin malu je bercerita... Aku baru je email mereka dan mintak supaya tangguh submit kertas kerja kepada bulan depan sebab bulan ni aku sibuk sangat... =(

Beralih pulak pada perkembangan industri muzik di Malaysia... Konsert Jason Mraz baru lepas minggu lepas... penuh jugak stadium... lebih kurang 9,000 org...

sejujurnya, aku nak pergi tengok... sebab aku suka jugak lagu2 dia... tapi sayang, poket tengah kering...

Setahu aku, Jason Mraz dalam siri jelajah Asia.. sebelum ke KL, dia sempat perform kat Java Jazz Festival di Jakarta, iaitu salah satu festival jazz terbesar kat Asia Tenggara... masa aku kat Jakarta dulu, diorang tengah havoc buat promosi festival tu... tapi tiket dia memang la best!!! paling murah, tiga ratus lebih... hahahah=p

Jadi, apa lagi, untuk perkembangan berita terkini, layari blog Analogi Jiwa Kacau, blog pilihan seisi keluarga... hahaha=p




p/s; aku kalu menulis, asyik nak up diri sendiri je kan... hahahaha =p mestilah... kalu aku tak up diri sendiri, siapa lagi nak up kan... nak tunggu tomok, entah bila la pulak... hahahaha =p peace tomok...=p

Monday, March 9, 2009

MASALAH

Semalam, seorang cewek dari Bandung mengadu masalahnya pada aku.... Masalah percintaannya... Menangis-nangis (aduh, ni aku lemah ni...)... Aku pun cuba berlagak menjadi semacho dan cool yang boleh... hahaha... Memberi nasihat dan kata semangat... Tapi sejujurnya, aku kesian kat dia... Tambahan pulak aku memang lemah dengan air mata perempuan... =( Aku doakan dia kuat semangat...

Mungkin disebabkan aku ni good listener (mungkin la, aku tak sure...), sejak beberapa ketika, ramai yang suka mengadu masalah mereka pada aku... Tak kira kawan2 lelaki atau perempuan... Ada yang nak bunuh diri... Ada baru tahu sakitnya cinta.. Ada yang bercerita masalah kewangan... Masalah keluarga.. Masalah pelajaran... Malah ada juga masalah kesihatan yang membawa kesan kepada kehidupan seharian dan persepsi orang pada mereka... Kalau lelaki tu, kadang2 aku tak sangka lelaki jantan boleh menangis... macam lawak, tapi aku sangat fahami dan akui, seperti kata Seman " aku juga manusia... ada perasaan..." Sebab, aku pun begitu... =)

Tak mengapa... Apa pun, selagi aku mampu, teruskan bercerita pada aku... Sekurangnya bercerita itu mampu melegakan hati kalian... Mungkin, ketika ini, itu saja bantuan yang aku mampu lakukan untuk kalian... Teruskan bercerita masalah kalian, kerana jangan jadi seperti aku... Suka memendam dan menanggungnya seorang diri... Jadi, lukanya lebih dalam dan panjang...

Kekuatan sebenar kekacauan jiwa hanya dapat kita peroleh dengan men`tranformasi`kan ia menjadi energi yang cukup hebat yang bakal memandu kita ke puncak kejayaan... Aku percaya pada itu.. Kerana itulah yang telah aku alami dan lalui...

Aku suka mendengar masalah orang... kerana, ketika itu aku menyedari betapa bertuahnya aku... Kerana seteruk mana pun hidup aku, masih ramai yang lebih pedih dan sakit kehidupannya... =)




p/s; mentang2 cewek Bandung tu cun, baik je aku layan kan... hahaha... ye la, mesti la cun... cewek tu muka dia lebih kurang muka awek cun... =p hehehe

Friday, March 6, 2009

BILA APRIL TIBA...

Bila April tiba
Hati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita
Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi

Kat atas ni lirik lagu Bila April... Dr Fazley punya lagu... Korang tau kan... Saja2 je aku letak lagu ni kat sini sebab bulan April kan dah dekat... hehehe... Tahun lepas, dalam bulan April, aku ada nyanyi lagu ni (dengan suara yang sangat merdu! hahaha), kejap je rasanya April dah nak datang lagi ya... =(

Pagi-pagi Sabtu, aku baca newspaper tentang pemergian penyanyi dan pejuang lagu puisi Zubir Ali ke rahmatullah... Aku akan rindukan dia... Rindukan suaranya.. Rindukan perwatakannya yang sentiasa tenang di hadapan orang ramai, setenang lagu-lagunya..

Nak kata aku peminat sejati atau die hard fan dia tak la jugak... Tapi, aku suka lagunya.. Dan aku suka suaranya.. Walau lagu yang sama, penyanyi lain yang nyanyi takkan sama macam dia nyanyi... Dia nyanyi ada soul...

Aku membesar dengan lagu-lagunya... Macam Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang, Doa, Penantian dan banyak lagi... Betul kata orang, bila di depan mata, kita tak pernah hargai... Tapi bila sudah tiada, baru kita merasai kehilangannya..

Penantian- Zubir Ali
Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku


Ya, sangat betul dan sangat bersetuju... dalam suka duka meniti hudupku.... =)




p/s; Hari ni sampai isnin ni, selama 3 hari, kawan2 kelas aku satu kelas pergi lawatan ke Melaka... bestnya... aku nak ikut... tapi... selamat bergembira rakan-rakanku... peace!~ =)

Thursday, March 5, 2009

SEMAN

Aku merayu pada Finas, sekiranya Geran Filem Kenegaraan itu telah dimulakan, salah seorang penerimanya adalah Mansor Puteh...

Tolonglah... Aku merayu... =)




p/s; Malaysia perlukan Malaysian Snow!!!

Sunday, March 1, 2009

IKLAN: PENULIS SKRIP DICARI

Aku baru terima sms dari seorang penulis skrip dari Indonesia... Dia wakil kepada MVP Pictures, salah sebuah syarikat penerbitan filem terbesar di Indonesia yang menerbitkan antaranya seperti filem Kuntilanak, Jatuh Cinta Lagi , Kawin Kontrak, Pulau Hantu dan banyak lagi...

Dia menawarkan aku untuk menjadi salah seorang daripada team penulis skrip untuk mereka kerana MVP Pictures bakal menerbitkan sinetron untuk siaran televisyen Malaysia.... kerja pra-produksi dijangkakan akan bermula sebulan atau dua bulan lagi...

Macam menarik... Tapi aku takut untuk terima atas sebab terlalu banyak komitmen lain yang harus aku kejar buat masa ni... Dan aku terpaksa tolak tawaran itu meskipun itu antara peluang yang sangat aku impikan (bekerjasama dengan karyawan Indonesia)...

Jadinya, mereka minta bantuan aku untuk mencari beberapa penulis skrip Malaysia lain yang berminat untuk menyertai projek ini...

Jadinya, kepada sesiapa di luar sana yang merupakan penulis skrip, dan berminat untuk bekerjasama dengan karyawan Indonesia, sila hubungi aku ya.... Boleh tinggal comment kat entri ni beserta nombor telefon dan alamat email... Aku akan hubungi kalian bila penulis skrip ini datang ke Malaysia bertemu aku nanti (mungkin bulan depan katanya..)



p/s: dalam hidup aku, ruang dan peluang sentiasa hadir... tapi, adakalanya ia hadir dalam waktu yang tidak tepat... dan aku terpaksa memilih... =)

DARI JOHOR BAHRU

1) Kaki aku sakit teruk... Terpaksa jalan berpaut..

2) Handphone aku jatuh... Housingnya hilang.... Nak beli baru, paling murah aku pernah jumpa RM200... =(

3) Dapat msg kawan aku sakit... Bagi aku itu sakit yang serius... Sangat risau tentangnya... =(

4) Duit aku habis... Living cost kat sana sangat tinggi walau untuk beberapa hari...


Itu yang terjadi pada aku di Singapura... Tapi masih anggap ini trip paling best aku ke sana... Dan aku akan datang lagi... Singapura, negara yang kecil tetapi banyak perkara menarik terutama tentang masyarakatnya...


p/s; Ada sesiapa nak sponsor aku stay kat Australia or UK for six months??? =p InsyaAllah, i will improve my english!!!! =p (english aku dah tahap kronik ni...)

Saturday, February 28, 2009

DARI SINGAPURA (Semalam Di Dunlop Street)

Dua orang gadis yang akan aku temui esok menjadi lambang bahawa Melayu tak pernah mati di Singapura... =) Dan pertemuan juga berlangsung dengan di lokasi penuh simbolik iaitu di Taman Warisan Melayu Kampung Gelam, iaitu bekas tapak Istana Kesultanan Melayu Kampung Gelam, satu-satunya kesultanan Melayu di Singapura yang kekal hingga hari ini meskipun telah diusir secara terhormat dari istana tersebut...

Tapi, fikiran aku kini tak tenang... Doakan aku... Aku perlukan doa kalian... =(




p/s; Satu lagi masalah muncul... balik ke hostel di Dunlop Street kejap ni tadi, aku kira-kira duit... macam aku tak boleh berada di sini sampai Isnin... Tak cukup duit... Tapi, apapun aku harus selesaikan tugas dan tanggungjawab aku di sini dahulu!!!! Aduh, aku nak makan apa ni... nasib baik ada bekal maggi... macam kena balik KL malam esok jugak jer.... =(

Wednesday, February 25, 2009

BOSAN...

Aku bosan...
dan penat...
....................
...................
...................
.....................
........................
....................................
................................................
................................................
........................................................
................................................................
......................................................................
...............................................................
......................................................
.........................................
................................
....................
.............
.........
.....
^#$%(*$&__+(^$#!!$&)_++)$@!#&

(aku tekan apa yg boleh ditekan... hahahahha =p)

Saturday, February 21, 2009

DUNIA MEREKA

"Dunia ini mereka yang punya!!!"


















p/s: "Bunga terlalu indah untuk menjadi sesuatu" - Fynn Jamal (Projek Bunga/2009)

Friday, February 20, 2009

YOGYAKARTA, BERIKAN AKU DAMAI DI BUMIMU….

Ceritanya begini… Setiap kali aku travel, adik aku mesti tarik muka… Terutamanya bila aku pergi Jakarta & Bandung aritu… Jeles dan merajuk sebab aku tak bawak dia..

Jadi, dalam minggu ni adik aku call, emak aku plan nak bawak dia ke Jakarta ni dengan sepupu sepapat aku… Dia punya la bersemangat dan seronok sangat… Dia ajak aku coz dia bosan pegi kalu aku tak pegi… Aku malas la nak pergi sebab aku baru je pergi, duit pun agak kering…. Tapi, kesian kat dia, bedal je la… Bila semua dah setuju… Tapi, tiba-tiba tak jadi pulak sebab tarikh tu sepupu aku tak boleh ponteng sekolah la pulak.… So, dia pun apa lagi.. Seperti biasa akan tarik muka... Bak kata emak aku, muncung tu dah boleh buat ikat reben… hahaha..

Aku kesian la pulak tengok dia… Then, aku pergi la check internet… Lepas tengok Air Asia buat promotion tiket murah bulan Mei ni, aku pun call parent aku… Pujuk diorang ajak pergi bawak adik aku pergi Indonesia… Biasa la, anak manja kalau pujuk mesti jalan punya.. hehehe… Tapi, the deal is, kena tanggung tiket flight dan perbelanjaan masing-masing… sebab kesian kat adik aku, aku pun booking je la tiket flight walaupun agak tengah kering jugak sekarang ni….

Jadi, 18 Mei ni, aku bersama adik dan emak bapak aku akan berlepas ke Yogyakarta jam 2.05 petang dari LCCT…. Akan berada seminggu di sana… Ya, aku seronok la jugak dapat ke tempat yang dah lama aku idam nak ke sana

Jadi, sekarang, aku harus mula buat persediaan dan survey untuk segala kegiatan dan keperluan masa kat sana… Ye la, aku bukan pergi macam selalu, seorang diri… Dengan famili ni, kena proper la sikit… Tak boleh la redah je… Kena la aku booking hotel, cari kereta sewa, cari pakej2 lawatan yang murah kat sana

Yogyakarta, salah satu kota di provinsi Jawa Tengah…. Kota seniman… Darah seni berada di mana2… Dari dalam panggung hingga ke jalanan… Pusat kepada Kraton iaitu istana kesultanan.. Pusat kepada segala jenis seni dari batik, muzik, puisi, seni tampak, arca, anyaman dan sebagainya… Berapa banyak karyawan dan semiman Indonesia lahir dan berasal dari sini… Hanung Bramantyo pun berasal dari sini… Itu yang orang cerita pada aku… Akhirnya tercapai juga impian aku nak ke sana… Nak melihat candi-candi Borubudor… Nak tengok ombak di Lautan India (Indian Ocean) yang membawa hingga ke Timur Tengah dan Afrika…Nak tengok pemuzik, pelukis, pengarca dan seniman jalanan yang ada di mana2 di kota ini… (kepada Combi, aku baru tahu yang Christmas Island tu dah dekat sangat dengan Pulau Jawa… Bersempadan je..=) )

Selain di Yogya, aku juga tengah plan untuk bawak famili aku travel naik keretapi atau bas ke kota yang berhampiran di Jawa Tengah… Sama ada ke Semarang, ibu kota bagi provinsi Jawa Tengah… Atau ke Magelang, yang terkenal dengan gunung berapi yang masih aktif, Gunung Merapi yang menyebabkan gempa bumi pada tiga tahun lalu (2006) membawa lebih 5,000 kematian dan 36,000 orang yang cedera… Atau ke Surakarta, yang juga dikenali dengan nama Solo, tempat jajahan Sultan Demak yang kita pernah lihat menjadi musuh Majapahit dalam filem Puteri Gunung Ledang dan PGL-The Musical…. Tapi, tengoklah dulu nanti… Tengoklah dulu nanti ke mana yang sempat sebab jalan dengan famili, beza dengan jalan seorang diri… Pergerakannya perlahan sikit dan banyak perkara remeh kena diambil kira… tak boleh la buat macam nak jalan backpack yang aku selalu buat… (takkan la aku nak biar parent aku jalan kaki macam aku… =p)

Apapun, aku mengharapkan perjalanan kali ini membuatkan parent aku akan faham kenapa aku suka sangat nak travel… Tak kisah la jauh atau dekat… Bagaimana sebuah perjalanan memberikan sesuatu kepada aku... Memberikan ilmu... Memberikan idea.. Memberikan tenaga... Memberikan ketenangan.. Memberikan rasa... Memberikan kesedaran betapa bertuahnya aku terpilih untuk dilahirkan menjadi manusia.. Memberikan sesuatu yang aku akan bawa sebagai bekal, pelindung dan penguat semangat sepanjang kehidupan aku... Memberikan segalanya...

Yogyakarta, izinkan aku menikmati indahnya seni…. Berikan aku damai di bumimu… =)




p/s; hari Jumaat depan ni, mungkin aku ke Singapura untuk urusan projek Bunga… Sepatutnya pergi minggu ni, tapi ada kerja kena settle kat Finas pulak… Harap minggu depan takde apa yang menghalang….


p/s 2; kepada awek cun, jangan pernah kalah pada keadaan dan tekanan… sentiasa positif…. Dari jutaan benih yang berada di rahim ibu kita yang bersaing untuk disenyawakan, benih kita yang terpilih, disenyawakan dan dilahirkan… Jadi, percaya bahawa hidup ni anugerah terindah dari Allah untuk kita… Kalau kita tak menghargainya, sia-sialah Dia memilih benih kita dari jutaan benih yang lain... Jadi, setiap apa yang menghalang kita dari menikmati kehidupan yang kita miliki, kita lawan, redah dan tempuh saja dengan hati terbuka dan fikiran yang positif.. Kita lawan dengan tenang dan penuh semangat… Sampai hujung nyawa!!! Kerana hanya dengan cara itu sahaja dapat kita buktikan pada Dia yang kita amat berterima kasih dan menghargai anugerah-Nya itu…

Saturday, February 14, 2009

DARI JAKARTA KE BANDUNG; MENCARI DIRI YANG HILANG

Kalu aku nak tulis pasal seminggu perjalanan aku di Jakarta dan Bandung, sampai esok aku tak henti menaip kot... So, memandangkan aku dalam mood malas dan banyak kerja lain yang lebih penting.. Aku tulis begini saja la...


Fakta Menarik

  • Hari pertama aku sampai di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, aku dijemput sepupu kepada rakan aku dengan motosikal.. Selepas itu, aku meredah perjalanan bermotosikal hampir 5 jam melintasi kawasan perkampungan dan kesekakan kota Jakarta. Dari Soekarno Hatta di Cangkareng, Jakarta Barat, Jakarta Pusat, Jakarta Selatan hingga ke rumah kawan aku yang sudah hampir ke kawasan provinsi Jawa Barat. Nasib baik dia bawak singgah solat dan berehat hampir setangah jam di Masjid Istiqlal, antara masjid terbesar di Asia Tenggara yang dibina pada zaman pemerintahan Soekarno. Di hadapannya juga dibina sebuah gereja yang amat besar.
  • Hari kedua, rakan aku bawak aku pusing-pusing dengan TransJakarta (sistem bas yang menggunakan ala-ala LRT)... Pusing Jakarta Pusat, Jakarta Selatan, Jakarta Utara dan Jakarta Timur. Jakarta Barat je tak pergi...
  • Di sana, aku menaiki segala jenis pengangkutan yang ada dari bas, keretapi, kereta kabel, angkut, taksi, bajai (bajaj), kereta, motosikal... Cuma aku tak sempat naik bot je coz tak sempat walaupun aku dah sampai ke jeti di Jakarta Utara untuk ke Pulau Seribu...
  • Agak ambik masa aku nak belajar dan fahami bahasa penduduk.. Tambahan pula aku ke Jakarta dan Bandung yang terletak dalam provinsi yang berbeza sekaligus bahasanya juga berbeza... Ada yang berbeza daripada sinetron dan filem yang selalu kita tonton sebab itu bahasa Indonesia standard... Bila masuk dialek, tu yang payah... Contohnya, untuk kata panggilan diri untuk pun banyak dan berbeza-beza mengikut kawasan dan bangsa... Ada Kang, Mas, Mbak, Pak, Neng, A’ah, Teh dan beberapa lagi yang aku tak ingat... Hari pertama dengan kawan aku sendiri dah confius bila bercakap pasal nenek, opah, kakek, atok... Sebab bahasa Indonesia dengan bahasa aslinya sebagai orang Sumatera (Pulau Bangka) juga berbeza....
  • Paling susah aku nak sebut huruf-huruf vocal mereka kerana sebutan dalam bahasa Indonesia banyak dipengaruhi oleh Belanda.. Contohnya untuk menyebut BIP (nama panggilan Bandung Indah Plaza) di sebut Be-Ee-Pe... Bundaran HI pula disebut Budaran Ha-Ee... (alamak, susah la nak terang dalam tulisan... hehehe)
  • Dua hari pertama di sana, aku ditemani oleh rakan aku.. Dan hari-hari selebihnya aku seorang diri.. Banyak perbezaan sekiranya kita ditemani orang tempatan dengan kita seorang diri... Terutama dari segi harga barangan...
  • Seronok yang amat bila Riri Riza (pengarah Laskar Pelangi, Gie, 3 Hari Untuk Selamanya, Petualangan Sherina etc... Produser Ada Apa Dengan Cinta?) setuju nak datang ke Malaysia untuk program retrospektif yang aku anjurkan March ni... Walau tak sempat jumpa coz dia ke Rotterdam, keputusan dia tu dah cukup gembirakan aku... Jadi, di sana aku sempat mengumpul maklumat dan membuat rakaman yang aku rasa perlu untuk program ini...
  • Aku sempat menaiki Monumen Nasional sampai ke puncak... Dari puncak Monumen Nasional (macam tugu negara la...), kita dapat lihat seluruh jelas seluruh Jakarta dari Jakarta Utara sampai Jakarta Selatan...
  • Perjalanan menaiki menaiki kereta api dari Jakarta ke Bandung yang memakan masa sekitar 3 jam amat menarik. Maklumlah Bandung terletak di atas gunung. Pemandangan sepanjang jalan melalui kawasan bergunung ganang dan kawasan perkampungan yang miskin.. Bagi mereka landasan keretapi itu sudah tiada apa yang bahayanya... Ada yang bermain bola sepak dan adan yang membuat rumah di atas landasan..
  • Aku dapat tahu selain Bandung, satu lagi kawasan percutian bagi penduduk Jakarta ialah di Anyer (yang dlm lagu Datuk Sheila Majid tu...) dan kawasan gunung berapi Krakatao... Di sana dikatakan mempunyai banyak binatang pelik antaranya seperti ikan berkaki dan lain-lain lagi... Dan antara cerita yang menarik, setelah gunung ibu Krakatao dikatakan tidak lagi aktif, para pengkaji kini menemui si anak Krakatao yang dibimbangi semakin aktif...(Aku dapat info baru tentang letusan gunung berapi Krakatao kira-kira 200 tahun lalu pada abad ke-19 yang telah menyebabkan tsunami terbesar dalam sejarah peradaban manusia yang kesannya melanda ke Amerika Syarikat)
  • Di sebalik kehebatan bandaraya di Jakarta Pusat, aku menemui sebuah kawasan pertempatan yang sangat naif... Aku macam tak percaya masih wujud kelompok masyarakat manusia yang hidup begini... Mujur di Malaysia sudah tidak ada lagi yang begini... Ia terletak di tengah-tengah kota, tapi terselindung di sebalik deretan-deretan rumah kedai... Kita takkan dapat lihat sekiranya kita tidak memasuki lorong-lorong gelap yang hanya selebar lebih kurang satu meter.. Bila aku masuk, aku macam tak percaya ada sebuah masyarakat lain yang hidup terasing dalam lorong-lorong sekecil itu... Ramai, mungkin mencecah ribuan orang... Mereka hidup berhimpit-himpit... Aku tak berani nak keluarkan kamera sebab aku tahu aku memasuki kawasan mereka..., di situ aku menginap semalam kerana terpaksa (nak hostel murah..)... Lorong kecil yang beselirat, dan mengeliru... Dari bilik aku, untuk keluar dari lorong-lorong sempit itu sepatutnya hanya lima minit tapi aku pernah sesat hampir setengah jam.. Mereka makan di tepi longkang...Dan Bangkai tikus berselerak di hadapan rumah dan dah jadi macam mainan mereka... Tiba-tiba aku jadi begitu prihatin, ya Allah, bangunkanlah Indonesia....
  • Di Bandung, aku sempat ke kawasan gunung berapi Tangkuban Perahu yang terletak di Lembang. Untuk ke sana, aku terpaksa menukar tiga kali angkut (kenderaan van kecil yang menjadi pengangkutan utama Bandung)... Di sana, aku ditipu hampir RM150... Maklumlah, aku orang luar yang datang seorang diri... Kawah Ratu yang terletak hampir 2000 meter dari aras laut... Untuk turun ke dasar kawah, aku aku jungle tracking bersama sorang pemandu pelancong sekitar sejam lebih... Orang yang mengidap asma tidak digalakkan ke mari kerana udaranya mengandungi kandungan gas apa ntah yang terhasil dari proses gunung berapi tersebut.
  • Dalam perjalanan ke Bandung, dalam keretapi aku duduk bersebelah seorang wanita Inggeris... Dia dilahirkan di Indonesia pada 1947 yang ketika itu Indonesia masih dibawah jajahan Belanda... Jadi, meski dilahirkan di Indonesia, dia berstatus warganegara Belanda... Namun, setelah berpuluh tahun pulang tinggal di Belanda, dia kembali ke Indonesia untuk melawat ahli keluarganya yang menetap di sana.. Dan baru dia tahu, pasportnya bermasalah atas sebab-sebab di atas... Dia ke Bandung untuk menyelesaikan urusan tersebut hingga terpaksa hulur bawah meja pada pegawai di sana... Sepanjang perjalanan dia asyik mengomel tentang inflasi di Indonesia yang padanya sangat teruk berbanding di Belanda.. (sempat dia kutuk makanan tak sedap dalam pesawat MAS... Cis... =( )
  • Malam pertama di Bandung, selepas menonton filem terbaru Hanung Bramantyo, Perempuan Berkalung Sorban di pawagam berhampiran, dek kerana terlalu sukar memahami laluan sistem angkut, aku tersesat... Tambahan pula nama tempat2 agak asing bagi aku... Margahayu, Calembong, Kalapa, Cicaheum, Ledeng dan banyak lagi.. Jadi lebih bermasalah apabila kita nak tanya kepada pemandu angkut sebab sebutan mereka lain (disebab perbezaan sebutan vocal yang aku cakap tadi..) Sepatutnya untuk ke hotel penginapan aku, hanya tukar angkut dua kali... Tapi sudah aku sudah bertukar lima kali....Semakin lama, semakin jauh dari tempat di tuju... Semakin ke kawasan pedalaman... Hari pula sudah hampir jam 2 pagi... Mujur seorang pak cik yang bekerja sebagai pengawal keselamatan bantu aku... (Kang, lewat kantor pos gak? Hehehe)
  • Pulau Jawa terbahagi kepada empat provinsi iaitu Jakarta, Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur. Jakarta meliputi kawasan Jakarta Selatan, Jakarta Utara, Jakarta Barat, Jakarta Timur dan Jakarta Tengah... Bangsa aslinya adalah orang Betawi. Jawa Barat pula, kawasan pusat bandarnya adalah Bandung manakala bangsa aslinya adalah Sunda. Jawa Tengah berpusat di Yogjakarta dan berbahasa Jawa halus... Jawa Timur berpusat di Malang dan Surabaya dengan bahasa pertuturannya Jawa kasar..
  • Hari terakhir di Jakarta, aku pergi shopping barang untuk famili aku di Tanah Abang... Aku yang tak suka shopping jadi giler juga coz barangnya murah2... Satu troli jugak aku borong... Sengaja aku beli hari terakhir sebelum bertolak ke airport sebab kalu beli awal, susah sebab aku banyak bergerak secara backpack je.. tak bermewah nak sewa taksi sebagainya nak bawak barang...
  • Cewek Bandung memang cantik sepertimana yang dikatakan orang... tapi bukan la semua, tapi kebanyakannya... Ada banyak faktor ia terjadi.. Pertamanya, Bandung adalah kota universitas.. Jadi, seperti yang aku selalu kata, universiti adalah dah semacam katalog wanita cantik... hehehe... kedua, di Bandung, yang tak cantik pun jadi cantik sebab Bandung adalah kota FO (Factory Outlet).. Baju-baju dari jenama terkenal sangat up to date dan mengikut perkembangan manakala harganya sangat murah.. Jadi, penduduknya terutama gadis sangat bergaya... Gaya yang terkenal di sana adalah ala-ala japan look (potong rambut pendek dan gaya ala agnes monica).. Ketiga, Bandung kota tanah tinggi yang sejuk... Jadi, cewek2nya tak kisah untuk berpeleseran atau menaiki kenderaan awam (angkut) walaupun berhimpit-himpit... Itu lumrah di sana... (bestnya.... hahahaha!)
  • Di sana, aku berkenalan ramai kawan-kawan baru... Ada yang sekadar bersembang dan ada juga yang dah mula keep in touch.. Putri, Harry, Mas Jujur, Affan dan ramai lagi la... (termasuk cewek2 yang cun giler... hahaha) Tak lupa juga dengan Ibu Dewi yang persis emak aku yang aku temui dia pada hari terakhir di Bandung untuk projek Bunga...
  • Di Bandung, melihat anak-anak kecil dan pemuda yang bergerak dari kereta ke kereta apa bila lampu isyarat merah untuk memetik gitar meminta upah, aku upah seorang pemuzik jalanan untuk menyanyi untuk aku rakam.. Tapi lagi sedih bila tengok anak-anak kecil berkaki ayam hanya berbekal sebatang payung duduk di hadapan pintu masuk pusat membeli belah... Di sana musim hujan.. Jadi mereka mengambil upah memayung pengunjung mall yang mahu guna payung untuk memasuk ke kereta mereka.. Begitu banyak senario ini di Jakarta & Bandung...Untuk itu, mereka diberi upah sekitar Rp500 (Sekitar 15sen)
  • Di sana, rasuah agak berleluasa dan secara terang-terangan... Banyak kali aku lihat... Hari pertama, tiba di kaunter imegresen di airport aku dah nampak depan mata aku...
  • Satu lagi yang menarik dengan Pulau Jawa, ia sangat kaya dengan kisah sejarahnya... Banyak juga aku belajar terutama tentang kisah Patih Gajah Mada di Majapahit dan Hikayat Tangkuban Perahu...
  • Hari terakhir di Bandung sebelum bertolak semula ke Jakarta, aku terjatuhkan kamera kakak aku... Aduh!!! Terpaksa aku ganti... melayang lagi duit.. (Ini fakta menarik ke???? Hehehe)
  • Hari terakhir di Jakarta, aku sudah semakin selesa dengan perbezaan waktu WIB (waktu Wilayah Indonesia Barat)... Mula2 tu pelik jugak bila waktu Subuh masuk pukul 4.30 pagi... hahaha... Matawang pun aku makin tak keliru... Tambahan pula kadar penurunan nilai matawang Rupiah memudahkan kiraan genap kita bila diconvert kepada RM...
  • Jurang kaya-miskin mereka sangat jauh... Kalau yang kaya tu, kayanya macam tak masuk akal!!!.. Dah kalah raja... rumah lebih besar dari istana... Kalau kat shopping mall mewah macam kat Plaza Indonesia tu, biasa la kalu kita tengok orang membeli belah sambil bawah 4 orang gaji hanya untuk mengangkat barang yang dibeli (kita boleh cam sebab banyak orang gaji di sana ada uniform)... Aku pening... Kalau diberi Tun Dr Mahathir memimpin Indonesia, belum pasti dia berjaya... Indonesia bagi aku di tahap kronik... Mungkin mengambil masa bergenerasi jika betul2 mahu dibaik pulih... Itu pun kalau berjaya..
  • Nak masuk pusat membeli belah, kita kena tanggalkan beg dan keluarga semua barangan besi dari badan.. Letak ke dalam raga... Kita melalui laluan ultra red... Kereta pula perlu bukak boot dan diperiksa hingga ke bawah kereta... Takut bawak bom katanya... Pemeriksaannya lebih sukar jika nak dibandingkan sewaktu aku di Batam dulu...
  • Perjalanan balik, pertama kali aku flight waktu malam... best juga ek... =p

Banyak lagi kalu nak tulis ni... Pasal hubungan Cina-Bumiputera di Jakarta... Pasal kisah sebenar penerimaan dangdut di Indonesia... Bnyak lagi la.... Tak tercerita dalam entri.. Kena buat buku kot... hahahahaha...Mungkin kita dah terlalu banyak dimomokkan imej tipikal Inodonesia di kaca TV dan dalam filem yang nyata berbeza dari kenyataan sebenar... Tapi kalu aku tulis, mampus la aku... Takpelah, korang buat2 la tau... Kalu taktau jugak, buat appointment dengan aku... nanti aku cerita... hahaha...

Oklah, ini antara gambar aku kat sana sebelum kamera kakak aku tu jatuh dan rosak... hahaha... tak banyak aku tangkap gambar... banyak kawasan dan view menarik aku tak tangkap... Sebabnya? Sebabnya aku ke sana bawak kamera video... So, banyak masa aku hanya berkepit dengan kamera video... Banyak juga rakaman menarik aku rasa... Rakaman ni adalah sebahagian daripada projek Bunga aku... So, kalu nak tengok, nantikan projek Bunga ya... hahahaha.....



Dari dalam pesawat Air Asia Indonesia


Dalam Angkut di Bandung


Sekitar pekan bandung




Sekitar kawah Ratu di gunung berapi tangkuban perahu




Perjalanan dari Jakarta ke Bandung



Cable Car di Taman Jaya Ancol, Jakarta Utara



Berlatarkan Monemen Nasional (Monas), pemandangan dari puncak Monas, dan ukiran hikayat Patih Gajah Mada di sisi Monas..


Di sekitar Jakarta, naik bajai... Gambar rumah kawan aku di Cinere, Jakarta Selatan



p/s: Aku nak ke Yogjakarta!!!!! Kota seniman.... Kota di mana darah seni mengalir di mana-mana... Dari dalam panggung hingga ke tepi jalanan... Nantikan aku di sana!!!!!!