Monday, December 29, 2008

BERITA EKSKLUSIF

(Percintaan Agnes Monica - Jason Mraz)

Petang tadi Agnes telefon aku... (Jangan tak percaya agnes monica call aku... hehehe)... Aku macam tak percaya pulak dia call aku... Tapi memang dia call aku kerana katanya dah lama aku tak call dia... Dalam sembang2, dia beritahu aku yang dia sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lagi penyanyi terkenal, Jason Mraz... Sedang sangat bahagia... Dan agnes berharap agar perhubungan mereka berakhir di jinjang pelamin...

So, ini berita eksklusif... Korang takkan dapat berita ni kat mana stesen tv, majalah atau akhbar...Termasuklah di Melodi.... Hanya di blog aku... sangat eksklusif.... So, mahu lagi berita-berita eksklusif? Hanya lawati Analogi Jiwa Kacau (azmir2k.blogspot.com) untuk berita-berita terkini, hot, lagi eksklusif... Hanya di Analogi Jiwa Kacau, blog pilihan anda.... hahahaha =p




p/s; meskipun terpaksa berdepan dengan seseorang yang bisa mengingatkan aku pada kemarahan lalu, aku akan tetap tersenyum... Biar orang kata aku lelaki dayus pada kaum berlainan jantina... Aku tak peduli... Kerana, bagi aku, itulah satu-satunya cara menunjukkan aku sangat menghormati perasaannya, dengan harapan dia akan menghormati perasaan aku kembali... =)

SOALAN BONUS

Bahagian A. Kertas ini mengandungi dua soalan. Jawab semua soalan.


(1) Mana yang lebih sakit?
a. Terasa hati
b. Terluka hati


(b) Mana yang lebih baik?
a. Main perempuan
b. Dipermain perempuan



Soalan Wajib. Tiada Talian Hayat.... =(

Wednesday, December 24, 2008

CATATAN BUMI TEMASIK: ANTARA MUALLAF & SALAWATI

(Kunjungan Kedua Ke Singapura)



Kunjungan pertama pada pertengahan tahun yang lalu, aku sempat pusing Pulau Sentosa, Esplanade dan juga Merlion di Marina Bay.

Dan kali ini, aku ke Singapura kembali... Seperti yg aku cakap dalam beberapa entri yg lepas, emak aku nak ikut aku ke Singapore kali ni... Teringin katanya nak ke Singapore... Kebetulan pulak dia dah ada pasport sebab buat untuk pergi umrah beberapa bulan lepas, so takde masalah la... Aku pun bawak dia...

Aku naik bas dari Larkin dan kali ini, tiada lagi pemeriksaan Imegresen di Tambak Johor... Kompleks CIQ baru di Bukit Chagar (merupakan salah satu pembangunan dalam projek Jambatan Bengkok dulu) mula beroperasi jam 12 tengah malam pada malam sebelum hari aku pergi... So, kali ni aku ikut checkpoint baru tu la... Aku rasa lagi ok la dari dulu... Perjalanan lebih lancar... Kalau dulu, aku naik bas sampai ke town, tapi kali ni aku naik bas sampai ke stesen MRT Kranji dekat2 dengan kawasan Woodland. Dari situ aku naik MRT ke town... Lebih kurang 40min jugak la smpai ke stesen Dhoby Gaut...

Macam biasalah, disebabkan aku dengan emak aku, orang perempuan kalau ke Singapore mana boleh lepas ke Orchad Road... Syurga beli belah di Asia Tenggara orang kata selain Bandung... Tapi, kitorang tak beli apapun... Situ kan tempat shooping orang2 kaya.... semuanya barangan eksklusif... Memang nak beli pun tak mampu... Orchad Road ni, kalau aku la, nak jalan habiskan jalan ni dari mula sampai hujung, aku rasa dua hari aku belum mampu nak habiskan.... sebab banyak giler shooping complex dia... berpuluh puluh...



Pergi dgn emak aku,aku cuba minimumkan perjalanan jalan kaki... Kalau berjalan pun perlahan-lahan... Aku tahu dia letih... Banyak meneliti peta mencari jalan yang paling dekat dan singkat....

Kunjungan kali ini, aku sempat ke ibu pejabat Cathay Singapura di Handy Road... Kompleks pejabatnya dilengkapi pusat beli belah dan kompleks pawagam... Lebih kurang macam Cineleisure la... Di situ aku tak buat apa selain membelek koleksi DVD filem2.. aku cuba nak cari filem tempatan Singapore... tapi takde... =(



Selain itu, aku ke Picturehouse Cinema, salah satu arthouse cinema utama di Singapura... Ia dibawah kendalian Cathay jugak (dlm bangunan yg sama).... Dan kat situlah aku tengok filem Muallaf.... Hari aku tengok tu adalah hari kedua terakhir tayangannya setelah memasuki minggu keempat tayangannya... Jangan mintak aku review cerita ni coz aku taktau nak kata apa.... Tapi, yg boleh aku cakap, aku suka filem ni... Ya, aku suka...



Seperti biasa juga, bila ke kawasan baru, aku akan membeli koleksi majalah-majalah mereka... Aku beli majalah Manja, Sutra (majalah baru), 8Day, (majalah hiburan mingguan popular Singapura) dan TimeOut Singapore.

Dulu masa pesan kat G-Jan beli majalah Manja kat Singapore, dia pelik kenapa aku pesan beli majalah hiburan.... Aku suka ke majalah hiburan? Tapi ramai tak tahu, Manja adalah satu-satunya majalah berBahasa Melayu yang tinggal Singapura.... Meskipun, bahasanya tak la proper dan caca merba jugak, tapi sekurangnya ia adalah lambang survival Bahasa Melayu di Singapura... Mujur, dalam beberapa bulan ni aku tengok, muncul dua lagi (kedua-duanya majalah hiburan dan lifestyle) majalah berBahasa Melayu iaitu Sutra dan lagi satu apa ntah nama dia... tapi aku tengok kualitinya masih tak sebaik Manja yang dah lama bertapak di sana... Aku sempat menjadi pembeli tetap majalah Manja versi Malaysia dengan nama Sentiasa Manja apabila syarikat gergasi Singapura bukak cawangan Mediacorp Publishing di Malaysia. Waktu tu Saniboey menjadi editor sebelum dia masuk bekerja di Finas dan kemudian TV3 (Melodi) dan TV9 (Sebagai Ketua Program Melayu dan Penerbit Eksekutif). Tapi Sentiasa Manja tak tahan lama.. aku rasa setahun lebih je... lepas tu majalah tu bungkus meskipun syarikat tu masih mneruskan penerbitan majalah Lime di Malaysia... Dalam sebulan dua ni, Saniboey dah berhenti dari TV9 dan kembali menjadi Editor Manja di Singapura...

Teringin juga nak beli majalah Maxim, Playeur, FHM dan lain2.... hahahahaha.. Tapi malas la pulak membazir beli benda2 mcm tu..... Jangan taktau majalah2 ni, walaupun ada kat Malaysia, tapi versi Singapore punya gempak siot.... hahaha.... kalau FHM kat Malaysia, semua modelnya malu2, tutup sana tutup sini... tapi kat sana, pergh..... hahahah.... dah lebih kurang macam Playboy US... hahahaha...

Selain ke Orchad Road, aku ke Merlion di Marina Bay sekali lagi... bawak emak aku tengok si singa yg jadi lambang dan simbol keunggulan Singapura tu... Tapi pergi kali ini, aku belajar jalan baru nak ke situ... lebih dekat dari jalan aku ikut dulu...



Emak aku, sampai satu ketika, dia mengalah... Dia mintak duduk dan tunggu aku di taman.... So, aku pergi la jalan2 ke shopping mal berhampiran... aku bukan apa, kalau boleh aku nak cari juga DVD filem Salawati.... berpuluh kedai DVD aku pergi tapi tak jumpa-jumpa.... Kebanyakan kedai DVD terutamanya toko yang besar di sana kata mereka tak jual DVD filem local.... aku pun tak tahu kenapa... Berbeza dengan filem Muallaf, iaitu filem Malaysia yang diedarkan dan ditayangkan di Singapura selepas bermasalah dengan LPF di Malaysia, filem Salawati ni pulak, kalau korang nak tahu adalah filem berBahasa Melayu pertama di Singapura setelah berpuluh tahun Singapura tak mengeluarkan filem Melayu (sejak runtuhnya Jalan Ampas)... Yang menarik, filem ini yang ditayangkan di pawagam Singapura pada awal bulan Oktober lalu diarahkan oleh pengarah Inggeris... Sayangnya, sampai nak balik, aku masih belum dapat jumpa DVD tu.... mungkin aku kena tunggu pada kunjungan aku masa akan datang...

Kali ni, catatan aku tak jiwang sangat.... Kenapa?? Ntah la... sebab aku tak rasa kunjungan aku kali ni terlalu personal.... Sebab aku pergi dgn emak aku kot... So, aku takde masa untuk bersendiri dan memikirkan hal sendiri.... Aku hanya fikir macam mana nak bawak dia berjalan dengan meminimumkan jalan kaki seboleh mungkin... hanya fikirkan dia nak bawak dia tengok tempat menarik yang aku tahu (banyak lagi tempat aku tak tahu)....

Aku masih tak sempat ke Kampung Gelam atau melawat Istana Kampung Gelam, satu-satunya lokasi tinggalan warisan Kesultanan Melayu Singapura yang tinggal... Aku juga belum sempat ke Chinatown, untuk lebih memahami masayarakat Cina yang merupakan majoriti di bumi Singapura... Aku juga belum sempat ke kawasan luar kota seperti Tempines, Jurong dan sebagainya untuk melihat kehidupan sebenar warga Singapura kelas menengah yang masih terpaksa tinggal di rumah flat meskipun berduit disebabkan masalah kekurangan tanah di Singapura... (Teringat filem 12 Storey yang begitu menyentuh bagi aku)...

Aku harap dapat ke Singapura lagi... Menetap di sana dalam dua tiga minggu... Walaupun ia negara urban yang kurang warisan tradisi, tetapi masyarakat dalam komunitinya sangat menarik bagi aku... Sebuah masyarakat unik yang tinggal dalam sebuah negara republik dengan permasalahan, gaya hidup dan cerita mereka yang tersendiri... aku suka hidup dalam masyarakat yang asing bagi aku kerana aku akan sentiasa dapat beajar benda baru...(aku suka tengok budak2 muda Singapore... tak tahu kenapa.. sebab mereka suka berlagak kool kot.. hehehe)



p/s; disebabkan kali ni aku bersama emak aku, aku tak dapat la pergi lagi sekali ke Siloso Beach di Pulau Sentosa... Melepas la aku pergi satu-satunya port yang aku rasa di dunia ni kita dapat tengok awek-awek berbangsa Melayu berpeleseran di sepanjang pantai dengan hanya berbikini...(kalau kat Malaysia dah kena cekup dah..) hehehe.... Tak dapat ke Cafe Del Mar di pantai yang sama, kelab untuk pesta di tepi pantai sambil main buih... hahaha... kalau tak, pergh... kat sana memang la... (takyah la aku cakap, nanti korang bayangkan pula... berdosa pulak aku tambah dosa korang... hahaha... cukup je la aku je yg berdosa masa pegi dulu...) malam tahun baru ni, satu pesta muda-mudi penuh happening dan penuh dosa akan dianjurkan besar-besaran di Siloso Beach... So, kalau ada masa, korang pegi la... Aku nak pegi tapi kekurangan ongkos dan kekurangan kawan yg nak pegi (smpai sekarang aku pelik, budak2 nakal taknak kawan dengan aku... pelik betul la... hahahaha....)

Monday, December 22, 2008

DARI SINGAPURA

Sekejap lagi, aku sekali lagi aku masuk ke bilik gelap itu... Aku tak tahu dia nak ajar aku tentang apa kali ini... Hanya kosongkan fikiran, dan biarkan dia tentukan....


p/s; sedang menunggu tayangan Mualaf di Handy Road.. lagi 15min... =)

Saturday, December 20, 2008

MASIH MENCARI: DARI BANGKOK KE JAKARTA

Keadaan di Bangkok masih bergelora. Meskipun Abhisit telah diumumkan sebagai Perdana Menteri baru setelah Somchai digulingkan oleh tunjuk perasaan PAD hingga diisytiharkan darurat, situasi masih cemas di sana. Tambahan pula tindakan mantan Perdana Menteri, Thaksin yang seolah masih belum mahu mengalah. Terdengar juga cerita kawan kepada kawan yang tersangkut di sana akibat penerbangan yang tertangguh.

Jadi, setelah sekian lama menunggu dengan harapan situasi akan kembali tenang, nampak harapan aku semakin tipis. Hasrat aku untuk ke Bangkok dengan menaiki keretapi penghujung tahun ni nampaknya tak kesampaian.

Tak apa, dengan semangat membuak nak travel, aku tukar lokasi.

Pada 27 Januari ni, aku akan berlepas ke Jakarta. Aku naik penerbangan QZ 7603 Air Asia Indonesia pukul 2.50 petang dari LCCT ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. Aku akan berada di sana seminggu. Penerbangan balik AK 957 pada 1 Februari jam 10.20 malam waktu Indonesia dan dijangka mendarat di LCCT jam 12.20 tengah malam waktu Malaysia.

Dah lama sangat aku berhasrat nak ke Jakarta... Dah ramai sangat kawan yang aku ajak ke sana.. tapi semuanya macam tak menunjukkan kesungguhan atau mungkin juga tak dapat pergi sebab pelbagai halangan. Jadi, aku nekad pergi seorang diri... Sampai di sana, baru aku nak cari hotel... Sebab kalau yang booking online, semuanya hotel mahal2.. So, sampai nanti di sana, baru aku nak cari hotel murah2..

Seminggu di sana, sudah pastinya tumpuan utama aku adalah untuk menonton wayang, melawat toko-toko buku, membeli majalah, menonton televisyen... Dan kalau sempat aku nak cari mana2 persembahan teater yang boleh aku tonton... (Mana tahu kalau aku bisa ketemu dengan Emha Ainun Najib, tokoh ulama yang terkenal Indonesia dengan kumpulan gamelan Kiai Kanjeng itu... Aku mula jatuh cinta pada muziknya sejak menonton persembahan eksklusifnya di KL beberapa tahun lalu...)

Disamping tu, kalau ada kesempatan aku nak bertemu beberapa penggiat industri filem di sana... Aku dah berhubung dengan salah seorang penulis skrip terkenal Indonesia, Jujur Prananto... Dia sebelum ni terkenal dengan pelbagai filem besar seperti Ada Apa Dengan Cinta, Ungu Violet, Doa Yang Mengancam, Cintapucino, Titik Hitam dan banyak lagi.. Aku dah bagitahu nak berjumpa, cuma belum ada tarikh yang tetap...

Dalam masa yang sama, aku sebenarnya sekarang dengan berbincang dengan pihak fakulti aku nak membawa salah seorang sutradara filem kontemporari Indonesia untuk dibawa ke fakulti bagi program Retrospektif semester depan. Ada lima sutradara dalam senarai pendek aku iaitu Riri Riza (Gie, Eliana Eliana, 3 Hari Untuk Selamanya, Petualangan Sherina etc), Rudi Soedjarwo (Ada Apa Dengan Cinta, Bintang Jatuh, 9 Naga, Tentang Dia, Mengejar Mahatahari, etc), Garin Nugroho (Opera Jawa, Daun Di Atas Bantal, Puisi Tak Terkuburkan, Cinta Dalam Sepotong Roti, etc), Nia Dinata (Arisan, Berbagi Suami, Ca Bau Kan, etc) dan Hanung Bramantyo (Ayat-Ayat Cinta, Brownies, Get Married, Lentera Merah, Jomblo, etc). Aku dah dapat nombor telefon mereka semua... Sekarangnya semuanya bergantung kepada kelulusan dan kesanggupan pihak fakulti untuk penganjuran acara ini... Aku dah email proposal ke fakulti... Kalau fakulti setuju, boleh la aku mula menghubungi untuk berbincang dengan mereka... Lagipun, sebenarnya idea acara ni pun datang dari ketua program skrin, En Norman dan dekan fakulti, Prof Dr Hatta sendiri... Tapi tak tahulah mereka setuju tak dengan gerak kerja acara yang aku cadangkan... So, kalau semuanya proses awal ni selesai dan dapat persetujuan, boleh juga aku cuba-cuba curi masa pengarah-pengarah ternama ni masa aku di Jakarta nanti untuk perbincangan lanjut.. Entahlah... Tengok la nanti macam mana...

Yang penting, kunjungan aku ke sana ni, sekali lagi aku tak mahu menjadi diri aku... Tak mahu menjadi Azmir... Tak mahu menjadi Azmir yang sering bebal, jiwa kacau dan rasa down... Seperti masa di Kuching dulu, di Jakarta nanti, aku nak jadi seseorang yang hanya menikmati segala yang ada di depan... Tinggalkan segalanya di belakang... Di sana aku bukan Azmir yang bangang... Aku harap orang yg aku akan jadi semasa di Jakarta nanti adalah orang sentiasa positif, gembira dan bahagia dengan hidupnya.. Amin...


Jakarta, dalam kesibukanmu, aku ingin bersendiri menghargai diri sendiri...





p/s; Bila bersendiri, itulah masa untuk kita memikirkan tentang dan untuk diri sendiri... Bukan untuk orang lain.... Dan semua ini adalah untuk diri aku sendiri... Menghargai diri sendiri...

Thursday, December 18, 2008

SEMESTER PALING BANGANG - THE RETURN

Kan hari pertama semester ni dulu aku dah tulis blog yang semester ni semester paling bangang... So, memang betul dan tak syak lagi semester ni memang semester paling bangang!!!!

Result dah keluar tadi... Aku dapat 3.24.... Result paling teruk dan paling rendah pernah aku dapat sepanjang hampir dah lima tahun kat UiTM ni... Nasib baik takde subjek yang gagal...

So, dapat tak aku menafikan ini semester paling bangang....

Memang bangang... Sial!!!



p/s; dah beberapa hari di JB... aku asyik dgn saluran tv Singapore & Indonesia... (banyak juga drama agnes monica belakon... hehehe) berkurung menulis skrip... minggu depan mungkin baru boleh ke Singapore...

p/s; kesian kat sha, setiap hari dia kena sedut gas dua kali untuk membantu pernafasan dia... =(

Wednesday, December 17, 2008

AKU, DUA WANITA & KEHIDUPAN AKU (Respon Untuk Entri Tomok)

Korang dah baca entri terbaru Tomok???? Korang harus baca la… Aku klafikasikan entri dia tu sebagai wajib dibaca!!!! Hahahah….. Nak tau kena??? Sebab dalam entri tu dia ada puji aku.... Dia kata aku baik... ahahahahha.... (siap promote aku single lagi tu... hahaha)

Sebenarnya dia nak bercerita pasal kesunyian dia tak mempunyai awek... Dah banyak kali dia sembang dgn aku pasal tu... kadang2 bosan jugak mendengarnya... takde ke topik yg lebih membina minda selain takde awek... hahaha... jgn mara ya Tomok... Takpelah, sekurangnya dia mendoakan aku dapat awek yang baik... Amin....

Bila Tomok bercerita pasal awek2 yg dia pernah abaikan, aku teringat pada setahun dua ni, aku telah abaikan dua orang wanita... Dua orang saje... Coz aku tak hensem macam Tomok... Kalu Tomok, mungkin dia pun dah tak boleh kira berapa awek cun yang dia abaikan dan tak layan...(ramai giler yg minat kat dia..) hahahaha.... maklumlah, orang ada rupa macam dia, boleh siap pilih lagi mana yg dia nak... hahahaha...

Jap2!!!! Aku pikir... Nak tulis tak pasal ni ek???? Let me think first.... Risau jugak kalau nampak macam poyo dan jiwang giler karang... macam mana ek.................................. ..................................................................................................................................................................................... ok la... aku tulis jugak la... tp, jgn gelakkan aku ya... hahahahaha (biar aku gelak dulu....) hahahaha................


Wanita pertama, muda lagi... beza empat tahun dgn aku... Dia begitu baik dgn aku.... Ya, dia begitu baik... Dan dia sanggup berkorban hingga berpisah dengan bf dia semata-mata nak kat aku... Kalu aku mata duitan yang pikir jalan pintas nak berjaya dlm hidup, dah lama aku couple je dgn dia... Coz dia ni lahir dalam keluarga yang jauh lebih berada dari kehidupan aku sekarang...Macam langit dengan bumi... Sedara-maranya kaya raya... Dia pun boleh tahan kaya... Kalau ke rumah dia atau sedara-sedaranya, memang la aku macam kaku...Bak kata Tomok, kaku dalam khalayak.... Ye la, sembang projek juta2, shopping sampai ke Hong Kong, Europe.... Semuanya datuk2, datin2... Datuk tu la, datuk ni la... rumah banglo besar giler... harga berjuta2... Siap ada surau n kolam dalam umah.... Kereta bersusun... Ada bibik.... Ada driver.... sesetengah siap ada bodyguard... Ada yang menteri, ada yang businessman, ada org korporat...

Dia ni bukan aku tak sayang.... Aku sayang dia... Ya, sayang aku pada dia lebih dari kawan biasa... Tapi mungkin bukan untuk jadi kekasih.... bukan untuk menjadi cewek gua.... Sebabnya, entahlah.... Mungkin aku sayang dia lebih sebagai seorang adik mungkin... Sebab dia ni baik... Aku risau jugak kat dia, sebab aku rasa dia masih keanak-anakan... Tambahan pula hidup dari kecil serba mewah... Banyak kepayahan hidup dia tak lalui dan kerana itu banyak keputusan tentang hidup yang dia buat masih belum aku dapat lihat kematangan kecuali dalam soal perancangan kerjaya.... Takut juga ada orang yg akan pergunakan dia... =(

Wanita kedua adalah kawan sekolah aku dulu... Dia ni aku tak rapat sangat... Tapi bila terjumpa semula beberapa ketika lepas, sempat jugak kami rapat sekejap... Dia bagi hint, kalu aku berminat boleh la masuk line.. Tapi, aku abaikan juga... Dia ni kalu nak kira rupa, memang la ada... Ala2 model kot.... Cuma dia tak berapa tinggi... Lebih kurang tinggi aku je...

Perlahan-lahan aku kurangkan contact dia... Dan baru2 ni, dia telah kawin... Masa rapat dulu, pernah la dia cerita yg dia kurang berkenan dengan laki ni... Tapi masa dia call aku jemput majlis dia tu, dia cakap, dia akhirnya jatuh hati pada laki ni sebab tengok kesabaran dan kesetiaan laki ni menunggu dan cuba tackle dia meskipun pada mulanya dulu dia tak layan sangat pun laki ni... Aku pergi la majlis kawin dia tu bersama beberapa kawan sekolah aku yg lain... Aku tgk husband dia tu ok je...rupa pun hensem... famili pun org berada.. (maklumlah, kawan aku ni ada rupa, mesti la kawin org kaya... hehehe).. takde cacat kurangnya... hahaha... so, sekurangnya aku hepi tgk dia kawin org yang bagus... harap senang la hidup dia nanti... majlis dia boleh tahan jugak gempak... Siap ada wedding planner & krew2nya, hotel pun cantik, penuh protokol... Ada pengacara majlis yg mengawal aturcara majlis mengikut aturan, ada sessi ucapan ibu bapa pengantin, ada tayangan video dokumentari pasal pengantin... acara merenjis semuanya datuk2, tan sri2... Aku masuk dewan tak register pun... hahaha... sebab aku takde kad jemputan... Dia yang kata, juz datang je coz tak sempat nak hantar... takde hal coz adik beradik dia pun kenal aku... So, takkan la aku tak boleh masuk... hahaha...

Walau bagaimana, dimana, atau siapa pun mereka, mereka tetap kawan2 aku yang aku sayang... Kami masih terus berkawan seperti biasa... Tiada kekurangannya... Kerana aku percaya, selagi kita sentiasa berbuat baik, kebaikan juga akan dibalas kepada kita..(walaupun aku bukan la org yg terlalu baik.. hehe..)... InsyaAllah....

Kenapa aku abaikan mereka...?? Hahaha... Aku boleh je bagi bermacam alasan... Alasan2 yang gempak supaya aku nampak baik dan cool... Contohnya, aku boleh bagi alasan “dia terlalu kaya untuk aku”... atau “dia terlalu cantik untuk aku” ... atau “dia terlalu baik untuk aku”.... hahahaha... tapi jawapan sebenarnya adalah, sebenarnya, masa tu aku tengah menunggu seseorang yang betul2 aku minat dan sayang.... Sebab aku takut, kalu aku buat pilihan main sapu je, aku takut nanti aku cepat tawar hati pd diorang... lagi kesian kat diorang... lebih baik aku buat keputusan awal2... lagipun, masa tu, awek yg aku minat ni memperlihatkan perkembangan yg positif... daripada segan nak jumpa, dah boleh keluar celebrate besday dgn aku dan dia mula sms aku hampir setiap jam tanya aku buat apa, makan apa, studi apa, dah makan ke, dan sebagainya... so, aku buat keputusan tunggu awek yg aku minat ni... Walaupun akhirnya awek yg aku minat ni couple dengan org lain yang aku tak sangka, tapi tak apalah... nak buat macam mana.. dah tuan punya badan buat keputusan... aku terima je la... lagipun, sekurangnya, lepas kecewa, aku sekarang ni lebih fokus pada kerja... (tapi kadang2 tu usha jugak la awek hot yang melintas kat sebelah... hehehe)

Poyo tak entri kali ni...??? hahaha... takpe... kan aku kata, poyo tu teras kejayaan.... mesti la aku nak tulis pasal orang yg minat kat aku... baru cool... takkan aku nak tulis pasal perempuan yg aku minat pulak... mana bleh... nampak la kelemahan dan kejiwangan aku nanti... hahaha...

Ok, lets be serius.... dalam hidup, aku cuba menjadi seseorang yang disenangi oleh semua orang di sekeliling aku.... Tapi, andai aku tak mampu, maafkan aku ya... Itu bukan kerana aku tak mencuba, tetapi ia berlaku kerana aku tak berdaya... Maafkan aku.... =(


p/s ; Ridset, jangan kecik ati... mungkin tomok terlupa nak tulis nama ko dalam entri dia tu... hahahaha.... kepada tomok, lain kali kalu nak tulis senarai org yg baik2 yg masih single, jangan lupa nama ridset... dia pun singple lagi tu..... =p

Monday, December 15, 2008

NASIHAT PAK BAHA

"Sdr semut kecil,
Harap jangan kecewa selagi sdr ikhlas memperjuangkan bahasa dan budaya bangsa. Perjuangan mungkin dipatahkan sekali, dua atau tiga kali, tetapi generasi muda mesti menghadapi cabaran itu dan terus melawan pengkhianatan budaya. Semut kecillah yang ditakuti oleh gajah kalau masuk ke telinganya."


Dato Baha Zain membalas komen aku mengenai isu bahasa Melayu di blognya dengan kata-kata diatas... Aku tak pasti sama ada korang akan rasa ia suatu nasihat biasa dari seorang otai untuk anak mentah seperti aku.... Tapi bagi aku, ia amat memangkin semangat muda aku untuk terus melangkah... Setapak demi setapak... InsyaAllah... (walaupun aku sendiri semakin hanyut dalam arus yang kita panggil globalisasi...)



p/s; aku suka ayat dia yang terakhir.... hahahaha.... tak sabar nak masuk dalam telinga gajah... hahaha...

Wednesday, December 10, 2008

JANGAN SALAHKAN AKU….

Aku belajar satu perkara penting…. Poyo itu teras kejayaan…

Kalau selepas ini aku menjadi seorang yang poyo, belagak, keras kepala, kedekut, degil dan sebagainya, jangan salahkan aku…

Keadaan yang ajar aku jadi begitu…. =(








p/s 1; aku belajar menjalani cara hidup kapitalis yang dibenci Zura dan Syali… sekejap tadi aku makan dan lepak seorang diri di sebuah kafe yang mereka gelar eksklusif… Sepanjang deretan itu penuh dengan restoran-restoran yang nak menyebut namanya pun terkeliat lidah aku…. Harganya kadang2 tak masuk akal… Terlihat kelibat beberapa artis hot lagi terkenal yang aku minat… Aku mula berlagak seperti orang kaya yang lupa daratan… Tapi bagi aku tak salah… memang sejak dari dulu, beginilah cara aku memanjakan diri selepas penat bekerja… Beginilah cara aku menghargai usaha dan penat lelah diri aku sendiri… Betul kata Datuk Fadilah Kamsah, orang yang lahir bulan Jun memang suka pada barangan mewah… Tiba-tiba aku teringat kenangan zaman kecil… Setiap pagi sebelum ke sekolah, sarapan aku adalah nasi kosong dan telur goreng dengan kicap… Waktu rehat, bekal dengan menu yang sama jugak aku makan (sampai sekolah menengah, aku masih bawa bekal nasi, telur goreng dan kicap sampai diperli kawan2 sekolah)… Macam budak kecik mereka kata, dah besar masih bawak bekal….

p/s 2; keadaan begitu bergolak hingga diisythiharkan darurat di Bangkok sejak Perdana Menteri Somchai digulingkan oleh PAD… macam mana aku nak pergi Bangkok naik keretapi ni?????

p/s 3; emak aku nak follow aku pergi Singapore minggu depan… Aku dah warning awal2, kalau follow aku, kena ikut style backpacker la… semuanya nak murah, tido hotel murah, makan makanan segera dan kena standby minyak urut nak urut kaki… Dia kata ok je… emak aku pun nak jadi backpacker juga… hahahaha!!! Cayalah emak… I love u lah…. hehehe (takpe emak, nanti kita jalan slow2 ya...) =)

Tuesday, December 9, 2008

KESIALAN...

Melakukan sesuatu yang aku tahu tak patut aku lakukan... Tapi aku lakukan juga... Lalu hidup aku penuh kesialan... (bodoh!)

Aku kebingungan... kebosanan.... kebodohan.... kesialan....


BODOH!!!!!!!!!!




p/s; inilah fasa hidup yang aku tahu akan aku gelakkan 30 tahun lagi melihat kebodohan masa mudaku.... tapi buat masa ini aku tak mampu untuk menggelakkannya... yang aku mampu kini hanya menanggung rasa bebal dan tertekan yang menekan-nekan hingga akhirnya aku biol kegilaan.... Bodoh!!!

Tuesday, December 2, 2008

KONTROVERSI

(Semoga rating blog aku akan naik.... hehehehe...)

Menyentuh mengenai kontroversi…

Ini entri post tentang kontroversi…. Aku pasti, ramai antra kita suka kepada benda2 yg kontroversi…. Biasa la, manusia… Aku pun suka… Oleh itu, menjadi trend pihak media menggunakan kontroversi untuk menaikkan rating dan jualan mereka… Oleh itu, aku menggunakan cara yang sama untuk menaikkan raring blog aku… Aku harap, dengan menulis pasal kontroversi di sini, akan ramai lagi baca entri ni… hahahaha=p

Sebenarnya aku nak cerita pasal kisah Melodi dan pasal kes Norman-Abby…. Sekarang ni semua org cerita pasal tu… So, aku pun taknak la ketinggalan…. Tak hip la aku nanti kalu tak cerita jugak… hahahahaha =p

Sebenarnya, aku peminat rancangan Melodi…. Apa aku kisah orang kata rancangan murahan… Yang penting aku suka….

Tapi sejak kes Norman-Abby, aku rasa aku makin menyampah pada rancangan hiburan tempatan, khususnya Melodi….

Aku sangat tak setuju bila diorang dengan suka sukinya menayangkan keaiban rumah tangga orang….

Aku memahami Norman-Abby adalah selebriti… Dan aku sangat tak kisah kalau Melodi nak bercerita tentang kisah tersebut… Dah tugas mereka wartawan untuk melaporkan.. Tapi mereka harus tahu batasan dalam menghormati hak orang lain sebagai manausia….

Tapi aku tak setuju bila visual pergaduhan tu nak ditayangkan…. Bagi aku, sejauh mana pun keterbukaan media, wartawan masih harus memegang kepada prinsip menghormati privasi orang lain… Lagipun, aku tak nampak kepentingan dan impak penayangan visual tu kepada industri hiburan selain daripada nak menaikkan rating mereka…

Aku tak mara sangat bila wartawan media cetak menulis tentang cerita tu… Sebab, sepertimana aku cakap tadi, wartawan media cetak hanya menulis, dan ceritanya hanya dibaca… Pasti impaknya berbeza apabila rakaman visual pergaduhan itu ditayangkan secara terus kepada penonton seluruh Malaysia…. Apa mereka ingat Abby dan Norman tu takde harga diri ke?????? Melodi kena sedar mereka tu wartawan TV, bukan wartawan akhbar atau majalah... Tu sebab orang kata, TV memainkan impak besar pada masyarakat... Impaknya sangat besar... Jadi, wartawan TV memikul tanggungjawab yang lebih besar daripada wartawan media cetak... Kalau terlebih guna, begini la jadinya...

Lagi aku tak setuju bila rancangan lain di TV3 spt WHI dan beberapa lagi menyediakan slot khas untuk menemubual Abby secara langsung dengan tujuan seolah-olah meminta Abby menceritakan kepada seluruh Malaysia keaiban keluarganya…

Aku masih berpegang pada prinsip kerahsiaan dalam rumah tangga… Memang la rumah tangga kita bermasalah, tapi tak perlulah nak selak kain depan orang ramai…

Dalam hal ni, walaupun Abbydan Norman tu lebih kurang dua kali lima jugak, tapi aku tak salah mereka…. Aku akan tetap salahkan media yang sentiasa provoke mereka…

Media terutama TV3 menggunakan alasan kononnya mereka bukan nak aibkan sesiapa, sebab Abby sendiri yang sediakan untuk tampil bercerita… Kononnya bukan media yang paksa…

Tapi ko kena paham situasi Abby…. Dia tengah marah…. Jadi, sesiapapun tengah marah, bila ada orang cucuk dengan kononnya nak sokong dia, pasti la dia seronok... pastilah marah dia menjadi-jadi…. Makin seronok dan galak la dia bercerita pasal keburukan suami dia… Dah ada orang sokong dan beri peluang dia nak hentam Norman… So, dia yang tengah bengang dgn Norman makin seronok la nak hentam Norman…

Media harus faham situasi Abby yang baru saja lepas bersalin…. Dengan pelbagai provokasi dan cucuk untuk menyokong dan mengapikan marah Abby, boleh gila meroyan si Abby tu nanti… Tak kesian ke kat dia… Dah la suami buat hal, korang si media ni pun macam tak paham nak bagi ruang untuk bertenang dan memujuk diri… Yang korang tau nak cucuk dan api-apikan kemarahan dia….

Ok, cukup kontroversi tak post ni???? Hahaha… macam tak je kan, sebab dah banyak sangat media cakap pasal hal ni… macam dah basi plak kan… takpe, untuk pastikan blog aku lebih kontroversi untuk pastikan rating pembaca blog ni lebih meningkat, aku sediakan beberapa kisah kontroversi lagi di bawah ini…

1) Seorang pelajar perakaunan di UiTM Shah Alam mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Somchai, Perdana Menteri Thailand yang baru sahaja digulingkan PAD semalam melalui perintah Mahkamah…
2) Seorang nenek berbangsa Melayu berusia 78 tahun ditahan polis di Las Vegas akibat menjalankan perniagaan pelacuran secara haram di sana…
3) Barrack Obama yang akan masuki White House penghujung tahun ini mengumumkan akan segera mengotakan janjinya mengeluarkan tentera US dari Iraq disamping mengejutkan dunia apabila mengumumkan akan bekerjasama dengan tentera Malaysia untuk menakluk Great Britain dan Jerman dalam usaha menyebarkan ajaran Islam yang telah lama ditinggalkannya…
4) Seorang pemuda berusia 16 tahun yang baru sebulan menyertai Pemuda UMNO mengumumkan nak merebut jawatan Presiden yang bakal dimenangi tanpa bertanding oleh Dato Seri Najib pada Perhimpunan Agung yang bakal berlangsung Mac depan meskipun tarikh pemilihan peringkat Bahagian telah lama berakhir…. (Hahaha… bodo!!!)
5) Seorang pelajar tahun pertama Ijazah Pengurusan Industri Kreatif dikatakan antara nama yang disebut2 menjadi Dekan Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik UiTM setelah kontrak dekan kini bakal berakhir penghujung tahun hadapan….. (hahahaha….. aku la tu… hahaha)

OK??? Dah cukup kontroversi????? Hahaha….

Saja je aku nak bikin kontroversi… Baru boleh jadi terkenal… Bila dah terkenal, baru la orang dengar cakap kita… Then, bila dah terkenal, senang sikit nak jadi pengarah filem… (Dah jadi trend skarang, nak jadi pengarah filem, kena jadi selebriti dulu… hahahaha)

Lagipun, bak kata Epul yang selalu dia ulang lebih kurang setahun yang lepas, masa belajar kat universiti, kalau takde kontroversi dan konflik, bosan la… Tak best la… Tu sebab kontroversi & konflik akan sentiasa muncul satu persatu...

Ntah la…



p/s; Ridset, dalam masa beberapa ketika ini, ko takkan dapat bahan aku... Sebab aku menyimpan banyak rahsia berkaitan ko dan dia (yang mungkin ko jugak tak tahu.... hehehe...) MASIHKAH KO INGAT DAN KENAL SESEORANG BERNAMA UDA????? hahahahah =p
Wak Dol pula, aku benci ko!!!! Ko dah lupa kesetiaan ko pada 9 Jun!!!!!!! hahahahah =p

KAYA + BAHAGIA

Sekarang macam2 orang datang kat aku tawar macam2… Macam2 skim… MLM la…Member get member la… Skim kutu la… Macam2…

Semuanya menawarkan kononnya keuntungan berlipat ganda dan pastinya membawa kekayaan…

Aku percaya semua tu…

Aku percaya semua tu…. Tapi, mungkin bukan itu yang aku cari buat masa ni… (Mungkin masa depan ya…)

Nak kaya? Mesti la aku nak kaya… Siapa yang taknak kaya… Orang gila pun tau nak kaya…

Tapi, bagi aku, kekayaan bukan semata-mata matlamat yang mutlak dalam kehidupan…. Yang penting, kebahagian… Mungkin kekayaan material itu salah satu daripada tahap untuk mencapai kebahagian… Tapi aku percaya kekayaan bukan elemen tunggal dalam usaha mencari kebahagian.. Banyak perkara lain yang harus turut dicari dan disertakan bersama…

Jadi,bila ada usaha mengejar kekayaan hingga meninggalkan yang lain, aku amat tidak bersetuju…. Aku tinggalkan kewangan yang semakin stabil untuk kembali menjadi pelajar sebab aku tahu itu akan membahagiakan aku….

Kekayaan bukan satu2nya benda yang dicari dalam hidup… Dan sejujurnya, aku sendiri belum pasti apa yang cari dalam hidup ni… Dan aku masih cuba mencari benda itu dalam samar (samar bayangan, mcm tajuk lagu plak.. hehehe)….

Kekayaan semata tak mampu jamin kehidupan kita bahagia… Duit, banyak manapu takkan cukup.. Aku dah lalui… Sekarang, bila sibuk belajar dan kurang bekerja, dengan hanya beberapa ratus sebulan, banyak yang aku keluhkan untuk membayar pelbagai bil dan survival hidup Tapi, bila aku fikirkan semula, masa aku kerja dulu pun, masa pendapatan aku RM3k-4k sebulan pun, aku masih mengeluh benda yang sama… So, apa bezanya… Manusia memang tamak… Duit banyak mana pun pasti tak cukup… Sebab tu aku kata, kekayaan bukan yang mutlak, banyak lebih bermakna dalam hidup kita…

Sebab itu, sekrang ni pun, bila ada syarikat yang tawarkan kerja dengan gaji yang boleh la aku pakai Toyota Celica dan duduk kat kondo idaman aku, aku lebih selesa menolak dan menyambung pengajian ijazah aku… Sebab aku rasa mungkin itu mampu untuk aku lebih bahagia buat masa ni…

Bagi aku, masa aku muda, belum kahwin dan belum ada tanggungjawab besar, masa ni la aku nak buat apa yang aku nak buat…. Biar hidup susah, kita sorang2 yang tanggung dan kita happy buat apa yang kita nak buat… Sebab, bila aku dah kahwin nnti, aku nak pastikan aku mampu beri kemewahan dan keselesaan pada famili aku. So, masa tu aku harus bekerja keras fikirkan tanggungjawab lebih dari segala keinginan peribadi…

Sebab tu, sekarang aku selesa mencari kekayaan dengan cara aku sendiri, meski aku tahu ada jalan lain yang lebih mudah untuk kaya… (seperti bukak kedai makan ke, masuk jutawan internet ke… tapi aku masih selesa mencari kekayaan melalui filem… sebab aku yakin filem mampu memberi kekayaan serentak dengan memberi sesuatu yang berguna kepada masyarakat…) Sebab aku yakin, dari kekayaan yang diperolehi dengan kepuasan, itu lebih membahagiakan dan memuaskan `nafsu` manusia kita berbanding kekayaan mudah yang terpaksa mengorbankan minat dan kepuasan diri…

Kepada pengusaha pelbagai skim cepat kaya, jangan risau… InsyaAllah, bila aku dah bersedia, dah ada duit yang secukupnya, dan bersedia nak jadi kaya, aku akan masuk skim korang tu… Tapi bagi aku masa untuk mencari kekayaan melalui cara aku sendiri dulu… Lepas tu, baru aku akan lipat gandakan kekayaan aku dengan join korang…. hehehehe... then, kita buat filem ramai2.... hahahaha

Tapi, yang paling penting, sekarang aku sedang mencari sape2 yang ada menawarkan skim untuk memberi kebahagiaan… Tak kisah la sama ada secara system pyramid, melalui internet ke, kena ada pairing atau tak... tak kisah la macam mana pun… Janji dia boleh bagi kekayaan pakerj bersama kebahagian abadi… Dah banyak sangat skim cari kekayaan… AKu nak tau jugak skim yang boleh menawarkan kebahagian pulak…. Kalau ada, confirm aku nak masuk!!!!






p/s: jangan la korang kata kalau nak bahagia, kena banyak berdoa dan berzikir… Itu memang la aku tau… Sekarang ni aku nak cari skim yang korang boleh tawarkan kebahagian kat aku…. Uptrend boleh tak??? hehehehe