Saturday, May 30, 2009

LAGU UNTUK SEBUAH NAMA

Mengapa jiwaku mesti bergetar
Sedang musik pun manis ku dengar?
Mungkin karena kulihat lagi
Lentik bulu matamu, bibirmu,
Dan rambutmu yang kau biarkan
Jatuh bergerai di keningmu
Makin mengajakku terpana
Kau goreskan gita cinta

Mengapa aku mesti duduk di sini
Sedang kau tepat di depanku?
Mestinya aku berdiri berjalan ke depanmu,
Ku sapa, dan ku nikmati wajahmu,
Atau ku isyaratkan cinta
Tapi semua tak ku lakukan
Kata orang cinta mesti berkorban

Mengapa dadaku mesti berguncang
Bila ku sebutkan namamu?
Sedang kau diciptakan bukanlah untukku itu pasti
Tapi aku tak mau peduli
Sebab cinta bukan mesti bersatu
Biar ku cumbui bayangmu
Dan kusandarkan harapanku

-Ebiet G Ade



p/s; tiba2 teringat Ebiet G Ade Malaysia, arwah Zubir Ali yang meninggalkan kita beberapa bulan yang lalu... Kita kehilangan penyair yang cukup romantis... =(

Sunday, May 24, 2009

BUKAN SUPERMAN

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku...

Ayahku selalu berkata padaku
Laki laki tak boleh nangis
Harus selalu kuat
Harus selalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting

Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh airmataku
Kata ayah selalu
Airmata itu
Adalah tanda kelemahan

Tapi ternyata airmataku
Ternyata jatuh juga

Ayahku tersayang
Maafkanlah aku
Jika aku masih menangis

Masih belum bisa
Menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mahu

Kita berjanji
Untuk tidak lagi
Menangis kerna cinta...


- The Lucky Laki




p/s; ternyata anak2 Ahmad Dhani ini berbakat seperti ayah mereka.... =)

Friday, May 22, 2009

DARI SOLO, JAWA TENGAH...

Terpesona pada kelembutan & ketelusan gerak & hati Sita Dewi menerima cinta Seri Rama meski Rawana jadi menghalang... (baru balik dari teater opera jawa epik ramayana di PuraWisata... Mahal giler tiket... nasib baik cukup duit.. heheh=p)





p/s; waduh, konsert Agnes sempena album terbarunya disiarkan secara langsung seluruh Indonesia di Trans TV Ahad ni... Tak sempat aku nak tengok sebab dah nak balik KL... Takpe, aku dah beli albumnya... Special Edition Gold Disc lagi... hahaha


Al-Fatihah buat hampir 100 orang yang meninggal dunia dalam nahas terhempasnya pesawat Hercules milik Tentera Indonesian di Magetan, Jawa Timur...

Wednesday, May 20, 2009

DARI MOLIOBORO, JOGJAKARTA

Kisah si penarik beca mengajar tentang kisah keimanan... Bagaimana seteruk mana hidup ini, ia hanya dugaan kecil dari-Nya.... =(





p/s; 3 hari di Jogja... sudah jalan2 di pasar Molioboro, melawat keraton jogja, melawat candi Buddha terbesar dunia Borubudur di Magelang, pergi ke kaki gunung Merapi (gunung berapi paking aktif di dunia) dan melihat tinggalan letusan terbarunya tahun 2006, menunggang kuda di pantai Parangtritis menghadap Lautan Hindi (ombak besar giler), ke tinggalan Kesultanan Jogjakarta di Taman Sari (istana Air dan masjid bawah tanah), naik beca keliling kota Jogja, lalu di Institut Seni Indonesia, menonton wayang di Amburukmo Plaza... Ada 3 hari lagi... Esok mahu ke Solo melawat candi dan ke pasar Klewer... Selebihnya mungkin mahu menonton Opera Wayang Ramayana di PuraWisata dan jalan2 sambil mengorat awek Jogja.... Ternyata awek Jogja tak pernah kalah dengan awek jota2 lain di Indonesia... hehehe =)

Saturday, May 16, 2009

KERANA AKU???

Adakah semua ini terjadi kerana aku adalah aku??? kerana aku Azmir???

Kalau aku ni Tomok, Jijan, Zura atau mungkin Lipan, adakah ia tetap akan terjadi??? Adakah ia tetap akan diperlakukan kepada aku???

Entahlah.... =(




p/s; berfikir begini membuatkan aku down... rendah sgt persepsi kpd manusia yg bernama Azmir ni di mata org lain ya.... =(

Saturday, May 9, 2009

TERMASUKLAH DIRI SENDIRI....

Dulu, ingatkan pompuan jer...

Rupanya, laki pun sama...


So, semua orang susah dipercayai...


Termasuklah diri sendiri....





p/s; ini bukan kenyataan berbau gender... hanya kenyataan setelah melihat apa yang berlaku semalam... =p

Tuesday, May 5, 2009

COBA

(Tolonglah kau coba!!!! Tolonglah!!!)


Coba kau dengar
Coba kau coba
Diam bila ku coba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau anggap
Bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku padamu

Coba kau lihat
Coba kau coba
Renung ke mata kau
Bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar
Untuk kau melihat ke mataku...



p/s; performance Faizal & Rossa mmg gempak mlm AIM tempoh hari... =)

Saturday, May 2, 2009

KIMONO UNGU BERSULAM BUNGA...

Cawan kecil terbiar di tengah meja rendah tanpa bersentuh. Salwa sedar kyusu comel berlakuer merah disepuh ukiran emas motif buluh dan bumbungan kuil Shinto berisi teh krisantemum itu dipesan khas untuknya sementelah Kenji lebih selesa menikmati sake. Salwa dahaga, terlalu; penerbangan enam jam dari Kuala Lumpur ke Tokyo diikuti mesyuarat panjang membebankan seluruh sistem. Namun meski rentan seluruh tubuh, entah mengapa dia keberatan membatalkan janji untuk menonton persembahan kabuki di Ginza bersama Kenji.

Mujur lelaki itu belum menempah tiket untuk pertunjukan penuh empat babak. Hampir sedekad, tetapi ingatan Kenji masih kuat. Paling lama, konsentrasi Salwa hanya dapat bertahan sehingga pertengahan babak kedua. Oleh itu, dia berkeputusan untuk mendapatkan tempat duduk penonton pementasan tunggal, atau makumi sahaja. Telahan itu terbukti tepat kerana belum pun sejam tirai disingkap, Salwa sudah ditewaskan kelelahan. Dia menyinggung rusuk, mengajak teman lama itu beredar sewaktu pelakon utama lelaki gemersik mengalunkan joruri.

Sungguhpun letih seluruh, harum aroma teh bunga itu gagal membunuh bungkam yang merajai kujur tubuh. Salwa mengembungkan pipi, melepaskan kantuk tanpa menguap besar. Di seberang meja rendah, Kenji ikut membatu biar sesekali matanya berkelintar menduga air muka Salwa yang menekur simpuhan di atas tatami. Aneh. Tatkala intim bersebelahan di dalam panggung gelap, Salwa tidak pula canggung menyendengkan kepala ke atas bahu Kenji. Namun di bawah sinaran benderang lampu kalimantang kamar jamuan sebuah ryokan pilihan, dia malu dan segan serentak.

Kamar jamuan sederhana besar pengap didakap sunyi namun libang-libu para pelayan berulang-alik dari ruang dapur ke setiap kamar jamuan berdesir dekat di cupingan. Salwa tahu di balik shoji yang menyempadani ruang privasi pelanggan, para pelayan peka menelinga. Oleh sebab itu, saban kali mereka mengunjungi pelbagai ryokan di sekitar kampus Todai Daigaku di Hongo, Kenji akan memulakan perbualan dalam bahasa Inggeris dan Salwa akan membalas dalam bahasa yang sama.

Namun kali ini Salwa kenanaran sementelah Kenji menolak untuk memulakan. Atau apakah setelah sepuluh musim meninggalkan Pulau Honshu dan menggeluti lapangan kerjaya di tanah air, dia tanpa sedar telah menyarung peran tipikal seorang perempuan Melayu yang pasif di hadapan insan bertentang gender?

Masih pegun. Ekor mata Salwa memetia pergerakan tertib jari-jemari Kenji. Seorang pelayan wanita bergegas mampir, tunduk beberapa kali, sambil rusuh menggumamkan gomennasai kerana kelalaian memantau keperluan. Salwa ingin melarang namun sekilas teragak, niat terencat apabila ditahan Kenji. Pelayan wanita berwajah putih melepak ditepek oshiroi tebal berlalu, meninggalkan sepasang manusia bertentang jantina dalam situasi yang menjanggalkan. Salwa mengetap bibir.

“Ini bukan lagi era Sengoku Jidai, Ken. Feudalisme telah berkubur; setiap manusia bermaruah, lelaki dan wanita, tidak seharusnya merebahkan badan sebegitu rendah untuk menyembah sesiapa.”

Kalimah wanita, atau joshi, yang sengaja dikeraskan berderau kesat di cupingan Kenji. Kening kiri lelaki kelahiran Tennoji, Osaka itu terjungkit tinggi sementara secalit senyum terhibur terjungkir di pinggir ulas bibir tipis. Salwa menahan nafas, sedaya meredakan jantung yang tiba-tiba kencang memukul sangkar rusuk.

Salwa mendengus sekali. Bilah hashi antara jari-jemari diketuk-ketuk di atas permukaan meja. Selera yang tumpul terbantut terus. Meski diselindungkan jenaka, Salwa maklum Kenji menjeruk rasa. Jikalau tidak, masakan lelaki itu kekal solo selepas hampir sedekad. Argh, mustahil tiada jururawat genit yang mencuri perhatian, atau cubaan memadankan pasangan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Budaya Melayu dan Jepun meski berbeza leluhur, tetapi praktisnya tetap menyatu!

“Bukan kebebasan, Ken, tetapi keadilan.” Salwa membetulkan, mata jelinya bersinar, nakal dan galak. “Dan bukan semua lelaki, hanya lelaki Jepun.”

Kenji melepaskan bilah hashi ke sisi mangkuk sup miso yang masih penuh, bersedia untuk mengatakan sesuatu tetapi dipangkas kuakan shoji. Dia kurang menyukai sayur-sayuran mentah, maka nimono barangkali dapat menggebukan selera.

“Argh, aku terlupa! Budaya timur, atau budaya Jepun terutamanya berteraskan konsep patriarki cenderung memenangkan lelaki sementara kaum wanita pula dikesampingkan dan ditindas.” Kenji mengujar, semacam mengulang pernyataan panjang dari memori. Salwa memuncungkan bibir.

“Sejarah merakamkan begitu, Ken. Biar menjawat gelar doktor, jangan pula engkau mempersendakan kebenaran.”

Kenji tersengih. “Tetapi Cik Sejarawan juga harus ingat bahawa pada zaman Heian seawal kurun kedua belas, wanita Jepun berhak mewarisi harta pusaka dan diberi kuasa menguruskannya sendiri tanpa campur tangan ahli keluarga lelaki.”

“Namun apabila sistem pentadbiran terjungkir balik dikuasai syogun dan samurai, wanita telah kehilangan keistimewaan yang sebetulnya adalah hak asasi itu. ” Salwa cekap meningkah.

“Kau juga mesti memahami konteks masa, Sal-chan. Semasa era pemerintahan syogun, keruntuhan moral masyarakat berleluasa. Oleh itu, keputusan diambil agar kebebasan wanita dikekang untuk mengawal sakit sosial yang meruncing.”

Salwa mencemik. “Tetapi mengapa kawalan sosial itu hanya dikuatkuasakan terhadap wanita, Ken? Hah, jikalau lelaki tidak mengerapi rumah-rumah pelacuran, akan wujudkah golongan geisha? Teori ekonomi yang mudah: tiada permintaan, tiadalah bekalan. Cuma, mengapa wanita sahaja yang terus-terusan dipersalahkan? Kenji mencapai cawan sake. Dia meneguk sekali sebelum menyisipkan cawan comel ke sisi gubahan ikebana. Reaksi pasif itu digunakan Salwa sebaiknya.

“Pemerintahan syogun selepas itu berganti kebangkitan semula keluarga diraja Jepun. Pada era Meiji yang bermula pada tahun 1868 itu, negara Jepun telah bangkit sebagai antara kuasa ekonomi dan ketenteraan utama di Timur, sehingga menimbulkan gentar di kalangan negara-negara barat seperti Amerika Syarikat. Sungguhpun begitu, prospek kaum wanita di Jepun kekal suram. ”

“Peningkatan kadar kelahiran adalah keperluan pada masa itu, Sal-chan, demi memastikan kemandirian bangsa juga. Malahan pada dekad 30-an dan 40-an, kewajipan itu dikategorikan sebagai tugas patriotik wanita kepada kerajaan Jepun.” Kenji membangkang dalam desisan suara yang rendah. Pelayan wanita muncul bersama sajian ketiga, yakimono - kepingan ikan halibut panggang yang direnjis sagatan citron dan daun sansho.

Salwa menceber lagi. “Maksudmu, harga wanita ditentukan kesuburan sistem peranakannya? Argh, suatu kayu ukuran yang seksis! Bagaimana pula jika seseorang wanita itu tidak hamil kerana kegagalan suami?"

“Selepas Perang Dunia Kedua…" Kenji mengelap pinggir bibir yang sedikit basah dengan sapu tangan. Salwa mengangkat muka. Sekilas, pandangannya jatuh pada mangkuk nasi milik Kenji yang kosong.

“Selepas Perang Dunia Kedua, sebuah klausa yang menggariskan hak sama rata tanpa mengira jantina telah dimuatkan dalam penggubalan Perlembagaan 1947. Kod Hak Asasi pula telah disemak semula dan diluluskan dengan beberapa pindaan setahun kemudiannya. Antara hak wanita Jepun yang dijamin adalah aspek pemilihan pasangan hidup, keadilan dalam proses penceraian dan peluang mendapat hak penjagaan anak. Dari sisi undang-undang, lelaki dan wanita Jepun diiktiraf setaraf.”

“Secara teori ya, Ken-chan, tetapi tidak secara praktis.” Salwa tegas mengingatkan. Kedua belah kaki kelenguhan dilipat dan ditindih seluruh berat badan. Dia membuka simpuhan lalu santai bersila.

“Tetapi kuasa autonomi wanita Jepun dalam rumah tangga adalah autoriti penuh yang tidak boleh dipertikaikan sesiapa, termasuklah para suami. Wanita Jepun tidak lagi submisif, Sal-chan. Mantan Perdana Menteri Takeo Miki yang mengetuai parlimen pada akhir dekad 80-an misalnya pernah terang-terangan ditempelak isteri kerana tidak cekap dalam menguruskan kekemasan penampilan peribadi. Hak wanita Jepun tidak dinafikan, tetapi tetap terakukan. Cuma, arena pelaksanaannya sahaja yang berbeza.” Kenji mengujar panjang. Salwa menggeleng-geleng.

“Maaf, Ken, tetapi menjatuhkan air muka suami di khalayak bukan emansipasi padaku. Juga, aku tidak bersetuju langsung dengan pemisahan kepakaran yang dihalalkan atas alasan gender.”

Kenji mengerut dahi. Hidangan berat terakhir - kaunomono - nasi beras perang bersama jeruk sayuran ditolak ke tengah meja rendah. Wajah Salwa ditatap bersungguh. Salwa menyahut suruhan bisu dengan sayugia.

“Definisi emansipasi wanita, atau istilah ringkasnya feminisme itu pelbagai tetapi sebagai seorang Muslimah, aku berpegang pada Ayat 34 Surah An Nisa dari kitab suciku Al Quran.

Kenji mengangguk namun garis-garis yang menatari ruang di atas pundak tulang hidung masih belum berkurang.

“Selain daripada kelebihan fizikal yang termaktubkan, kaum lelaki dan wanita setara dalam segala aspek, Ken, terutamanya dalam perkara-perkara bersangkutan intelek dan rohani. Tuhan mengingatkan lagi melalui Ayat 124, juga dari surah yang sama: ‘Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka akan masuk syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun.’ Janji Tuhan ini merupakan liberalisasi mutlak untuk para wanita. Tetapi sayang, aplikasi jikalau pun tidak sifar, masih di tahap paling rendah.

Iris Kenji berkilau sesaat, menyedarkan Salwa daripada kobar semangat yang meluap-luap.

“Engkau sebegini berapi-api membentang hujah, argh masakan kami orang lelaki tidak tercabar!" Kenji berseru sepatah.

Salwa tertawa, sedikit nyaring sehingga mengundang jelingan tajam pelayan wanita yang menatang dulang berisi hidangan ketujuh - moshi, pencuci mulut yang diuli khas dari tepung beras pulut dan dibalut kemas menggunakan daun sakura, selaras meraikan ketibaan musim bunga. Dia menjulingkan mata, memprotes tanpa suara. Kenji ikut tergelak namun bingkas bertukar serius apabila Salwa membuka mulut.

“Islam anutanku adalah agama yang syumul, Ken. Selain membebaskan wanita daripada sebarang kongkongan yang dipelopori budaya, ia juga menyediakan garis panduan agar wanita tidak terbabas dalam perjuangan mengejar kejayaan duniawi. Izinkan aku memetik sebahagian lagi Ayat 34 dari Surah An-Nisaa: ‘Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama.’"

Kenji mengeluarkan dompet kulit, membilang kepingan not-not hijau-kuning lusuh lalu diselit ke bawah vas yang menampung gubahan ikebana. Salwa kegopohan menggagau tas untuk berkongsi belanja namun Kenji menolak. Salwa tidak berkeras, memahami tetamu terlalu dimuliakan dalam budaya Jepun. Dia tersenyum.

“Tiada ruginya menyasarkan awan, Ken. Andai tidak kesampaian, paling tidak puncak gunung tergapai juga.”

Mereka meninggalkan ryokan dengan dihantar pelayan wanita dan tuan punya rumah tumpangan sehingga ke pintu utama, beriring ungkapan penghargaan tanpa putus dan lenturan badan yang dibalas selayaknya oleh Kenji. Salwa sekadar merendahkan kepala; adat aturan budaya Jepun yang satu ini adalah kepantangan baginya. Perjalanan menuju hotel penginapan berhampiran perhentian kereta api Shinagawa lancar, meski Salwa mendapati laku Kenji semena-mena pudar ceria.

“Untukmu,” Kenji mengunjukkan bungkusan berbalut kertas berwarna, bermotif tatkala teksi tumpangan menurunkan mereka di hadapan lobi hotel penginapan. Salwa menyambut dengan kekeliruan.

“Apa?” Dia ingin mendesak, namun Kenji melekapkan telunjuk kanan ke tengah bibir. “Biar sepuluh musim lagi pun, Sal-chan, aku rela menanti. Cuma, aku perlukan jawapan dan kepastian kesetiaan.”

Salwa kekagetan, terburu mengejar lif ke aras 16. Sebaik selamat dikurung privasi kamar peribadi, tangannya bingkas bekerja. Kertas pembalut dikoyak rakus, manakala kotak kadbod dibuka tergesa. Salwa hampir terjerit apabila jemari mengangkat, mengeluarkan isi.

Sepasang kimono ungu dari fabrik sutera berkilau dipanah sinar neon yang menerobos dari singkapan langsir tingkap yang tipis. Salwa merapikan gaun panjang bersulam motif bunga-bungaan sebelum mencapai obi yang bercetak lukisan serupa. Ketika itu, sehelai kertas putih bertulis tangan yang tersemat antara lipatan gaun dan obi melayah, jatuh mengucup lantai. Salwa pantas mengutip, retinanya bekerja menafsir baris-baris ringkas romaji dilakar Kenji.

“Sal-chan, masih ingat Hikayat Genji?

Kenji.”

Salwa tergegau. Argh, mana mungkin dia lupa! Hikayat Genji tulisan Shikibu Mursaki - seorang wanita bangsawan - yang diterbitkan pada kurun kesebelas merupakan salah satu teks terawal yang memperkenalkan konsep feminisme pada zaman purba Jepun. Kimono ungu. Salwa mengetap bibir, meramas gaun dan obi lalu dibawa dekat ke dada. Perisytiharan cinta tanpa berbelah bagi.


GLOSARI

kyushu - teko

sake - arak Jepun

joruri - lagu cinta sentimental

tatami - tikar buluh

ryokan - rumah tumpangan

shoji - pintu tipis mudah alih.

oshiroi - bedak muka putih yang dipakai oleh geisha

Sengoku Jidai - Perang Saudara

hashi - penyepit

jicama - sengkuang

miso - sejenis makanan tradisi Jepun.

kaiseki - makan malam tradisional Jepun.

-chan - panggilan mesra antara ahli keluarga dan teman rapat

ikebana - gaya gubahan bunga Jepun

sage - sejenis herba

obi - tali pinggang besar yang dipakai bersama kimono

romaji - tulisan bahasa Jepun yang menggunakan huruf-huruf Roman

dari Mingguan Malaysia..




p/s; walau aku sering dikatakan dan dimaki `baik sgt`,` suka mengalah yg kalah`, dayus, `belagak poyo nak jadi hero`, `nak tunjuk baik` atau apa2 saja, aku akan tetap tersenyum (dlm erti kata sebenar `tetap tersengih`) hahahaha.... =p kerana, macam yg aku ckp dulu, dalam hidup aku yang penuh perancangan, sudah ada yang aku tetapkan untuk dicapai... dan aku takkan benarkan perkara lain yang bukan keutamaan (walaupun perkara itu tetap penting & besar impaknya pada hidup aku) untuk mengganggu usaha keras dan perjalanan aku sejak lama dulu untuk capai impian hidup aku!!! kalau difikir memeningkan je ... so, baik aku sengih dan buat mcm `tak ada apa2` je kan... walaupun sebenarnya memang `ada apa2`...(tapi aku tulis ni bukan memikirkan jugak ke.. hahaha)... =)

SEMAKIN HAMPIR....

1 perjalanan...
5 bulan...
10 kota...
Berjuta makna....




p/s; Doakan aku... semoga kali ini akan membantu aku lebih mengenal diri... =)