Thursday, October 30, 2008

MESTI ADA SEBABNYA KAN....

Semalam, lepas aku suap budak gemuk makan nasi (dia memang mengada2, bila aku makan nasik, dia mesti nak makan sama...), aku tengok DVD Lady In The Water... Dah setahun lebih cerita tu keluar... Tapi baru sekarang aku berkesempatan tengok...

Tiba-tiba aku terfikir sesuatu... Kenapa Allah takdirkan aku tengok cerita tu sekarang, bukan setahun yang lepas...

Mesti ada sebabnya kan...

Dan aku terfikir lagi tentang benda-benda yang Allah tak bagi pada aku sekarang... Mungkin Dia tak bagi sekarang sebab Dia nak bagi pada aku pada suatu ketika akan datang.. Kenapa Dia tak bagi kat aku sekarang?

Mesti ada sebabnya kan...



p/s;
Masa lalu adalah kenangan yang hanya dapat aku nikmati melalui ingatan,
Masa depan adalah angan-angan yang harus aku hargai melalui impian...

7 comments:

mapieceofart said...

ya setuju... setiap perkara berlaku ada sebab dan hikmahnya... selalu pegang ini.. "Things happen for a reason..."

+ comelnya merekaaaa...! nak geget²...! haha... =) +

Kristal Media Group said...

mapieceofart;
benar sekali... tiada ruang utk sangsi... terima kasih...

situmas chicken said...

Benda ni dah lama terjadi dalam kehidupan manusia iaitu "setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya" tapi kenapa kau baru nak perasan? mesti ada sebabnya kan...HAHAHA...

Anonymous said...

adakah tujuan kau ckp mcm tu sbb citer tu ader kaita dgn hidup ko??

Anonymous said...

sekarang aku akan mula kerap kerutkan dahi.

tiap kali kau cakap mesti ada makna.


interesting:)

Kristal Media Group said...

colourfull chicken;
(dlm nada berbisik) shhhh... ko ni aku baru nak poyo berfalsafah... bikin kantoi saja la.... hahahahah

norfa08;
ye kot... sebab aku nak buat crita mcm tu.... hehehe

coffeeholic;
aku dah lama kerutkan dahi... hahah... jgn selalu sgt, nnti cepat tua mcm aku... hehehe
nice talk with u... =)

AL-BIMA SAKTI said...

salam,

apa yg akan berlaku dan harus berlaku, hanya Allah jua yg tau.

dan apa nasib kita kini dan akan datang, Dia juga menentukan...