Sunday, October 5, 2008

TRIVIA HARI RAYA SEORANG BUDAK SOMBONG

1) Dua hari sebelum raya, baru aku teringat yang aku belum bayar zakat… Terus aku ke rumah amil di kampung aku (bekas cikgu mengaji aku) dan bayar di situ.. Baru aku tahu yang kadar zakat di Perak lebih tinggi daripada KL dan Selangor (sebab tahun2 sebelum ni aku bayar kat Shah Alam)…
FAKTA MENARIK : Orang kita memang terlalu ambil berat dengan kadar zakat yang dibayar setahun sekali berbanding setiap minggu mengeluarkan RM10 untuk menonton wayang ataupun RM37 sebagai cover charge Planet Hollywood..


2) Dua hari berturut-turut aku berulang ke pawagam di Ipoh untuk mendapat tiket menonton filem Kami – The Movie… Jarang sekali aku buat begitu….
FAKTA MENARIK : Anak muda zaman sekarang (macam aku la..) memang selalu tertarik dengan filem tentang kisah remaja urban, stylo, cool, ada awek hot, ada scene gigs, gaduh2 sikit dan yg sewaktu dengannya… Baru la nampak bad boy… (dengan memberikan komen; sebuah filem jujur tentang remaja… hahaha!!)


3) Pada malam hari raya, aku terjaga pukul 3 pagi sebab mimpikan suatu kejadian… Beberapa hari kemudian, dua malam berturut-turut aku mimpikan perkara yang sama… Banyak kali... Wei, aku basuh kaki la, tapi doa tidur aku dah lupa la… Mimpi itu buat aku jiwa kacau… Mimpi yang menguatkan ingatan aku pada sesuatu yang mahu aku lupakan… Shit!!!
FAKTA MENARIK : Orang tua2 kata mimpi itu mainan tidur… Tapi orang2 muda kata, mimpi itu juga mungkin disebabkan oleh kita terlalu memikirkan tentang sesuatu @ seseorang itu…


4) Tiba-tiba aku teringin nak pergi umrah… Bila dengar emak aku cerita tentang nikmat berkunjung ke rumah Allah di sana, pintu hati aku terbuka nak merasa pengalaman yang sama… Bapak aku cabar, kalau aku boleh travel jauh2, takkan nak pergi umrah tak boleh… Ya, aku nak pergi umrah… Aku mesti pergi… Tapi bila? Aku masih was-was… Sebab aku takut…. Yang wajib pun liat nak buat, yang sunat jangan mimpi la… Koleksi dosa pulak memang dapat markah tertinggi… Nanti pergi sana, balik jadi setan jugak… =(
FAKTA MENARIK : Orang kita memang malu atau takut sangat bila nak buat pahala… Tapi bila buat dosa, dibangga-bangga… (Bak kata Ebiet G Ade, “mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita, yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa…”)


5) Bapak aku belikan aku beg baru… Beg untuk travel backpacker… Kakak aku pulak belikan aku jam tangan baru… Tapi aku masih rindukan jam aku yang lama… Kenapa ya… Ntah la… Mungkin kerana itu jam termahal yang pernah aku ada… Atau mungkin itu pemberian seseorang bapak… Atau mungkin aku suka sangat pada design jam tu… Ntah la… Tapi aku rasa, itulah jam tangan paling sempurna pernah aku ada.. Dan kini ia telah tiada…
FAKTA MENARIK : Ni memang klise… Orang kita memang suka mengenang benda yang dah tak ada… Masa ada depan mata dulu buat bodo je… =( Sape suruh pegi tumbuk dinding sampai berderai jam tu... Ingat penumbuk ko tu kuat sangat?? bertulang besi???... Ke berangan nak jadi Superman??... Jawab la Azmir... Kenapa diam???


6) Raya ni aku tak belikan apa2pun untuk keluarga aku (belikan sekotak kuih raya je)… Aku jugak tak bagi duit raya pada sepupu sepapat dan anak2 buah aku… Tak seperti tahun sebelumnya… Mungkin sebab duit aku yang ada ni dah ada plan untuk digunakan pada suatu kegunaan lain yang bagi aku lebih penting buat masa ini…
FAKTA MENARIK : Aku selalu kira duit aku, berapa peruntukan untuk belikan buah tangan untuk emak bapak aku… Tapi, kalau nak kira berapa peruntukan emak bapak aku untuk aku sejak aku lahir, mungkin lebih kurang dalam…Ermmm... Ntah la… Berapa ya? Korang boleh tolong kirakan???


7) Cuti raya ni boleh dikategori cuti yang sebenarnya bagi aku (walaupun sempat beberapa kali ke cyber cafĂ© kat pekan berdekatan untuk check e-mail penting)… Aku dah lama giler tak dapat cuti yang betul2 cuti… Kalu cuti kat kampung pun, masing mengusung fail dan laptop menyelesaikan kerja… Kali ni aku betul2 cuti… Tapi bosan jugak kalau macam ni…
FAKTA MENARIK : Tak ada fakta menarik pun… Sebab dalam hidup ni, tak semua menarik kan? Banyak perkara dalam hidup kita ni yang tak menarik… Tak menarik untuk dilalui dan diingati… Tapi, itulah hidup… Mahu atau tidak, kena hadapi… Kalau taknak hadapi, pergi la bunuh diri… Tak payah poyo nak menyusahkan orang dan menyesakkan dunia ni lagi dengan manusia yang tak bersemangat dan berfikir macam orang nak mati!!! Faham tak Azmir???




p/s : Barangkali ada benda yang kau tinggalkan dulu dan kau lupa untuk mengambilnya kembali... =(



Aku sangat rasa bersalah sekarang ni… Kenapa??? Ntah la… Tapi apapun, tolong maafkan aku!!! Maaf!!! =(

5 comments:

Imillya Irwani said...

bro, yg no 4 tu aku agak kurang suke
tak baik beb slalu ckp camtu
ibarat ko mendoakan utk trus jd camtu
ape slhnye kte slalu ckp benda yg elok
sume org ade slh ade dosa
tp kte cube x utk tak buat lg slh/dosa tu?
tu yg patut kite fikirkan sbnrnye....

zurazarith said...

KAMI the movie merosakkan lagi akhlak remaja yang ketandusan agama masa kini. tak percaya? baca quran, tak paham, buka tafsir. segalanya ada perihal remaja! jadi, kita banned KAMI THE MOVIE. pasal Melayu yang suka mengenang benda2 lama, aku tak mahu cakap banyak sebab bagi aku, itu satu titipan pengalaman. buatkan sensiviti dan sentimentalis seseorang manusia berfungsi.DAN AKU ADA MASA KAU TUMBUK DINDING ITU. nasihat aku: tumbuklah dan lepaskan kemarahanmu kerana di neraka: jahanam memarahimu manakala di syurga: keamanan abadi buatmu.

semut kecil said...

imillya irwani;
thanks... mungkin itu yg harus aku fikirkan... doakan aku ya... =)

zurazarith;
merosakkan remaja??? aku taknak komen... hahaha (sebab aku suka cerita tu.. =p)
dan jgn risau, sensitiviti dan sentimentalis aku akan berfungsi ke arah yang baik2... mcm Oliver Stone pernah kata dlm Earth & Heaven " Rahmat penderitaan dan kekecewaan terletak pada peranannya mendekatkan kita pada diri & Tuhan"... =) (sori guna filofosi kafir yg mungkin tak kau gemari... tak salah ambik yg baik...)=p

norfa08 said...

walau ape pun fakta yang kau katakan...ia sebenarnya melambangkan diri seseorang..siapa?

semut kecil said...

norfa08;
siapa??? hahaha.... ntah la...