Monday, October 27, 2008

TELANJANG


Beberapa hari lepas, sewaktu aku minum petang dengan kawan-kawan perempuan kelas aku, tiba-tiba je diorang tanya satu perkara kat aku... “Kenapa ko sekarang makin garang ya?? Sikit2 nak marah??” Aku gelak dan cuba buat lawak nak lari dari jawab soalan yg ditanya mereka dengan penuh serius... Tapi mereka tetap serius gila babeng dan nakkan jawapannya.... Hahaha... Aku jawab je la yg aku tengah datang bulan... hahahaha....

Aku makin garang? Azmir makin garang? Korang biar betul.... Macam tak percaya je... hahaha... Boleh ke mamat sorang ni jadi garang????

Korang yang baca blog ni rasa aku garang tak? Aku tanya ni bukan apa, sebab orang kata, melalui penulisan seseorang, kita boleh baca pemikiran dan sifat seseorang itu... So, mestilah korang yang membaca penulisan aku kat blog ni boleh mengetahui pemikiran dan sifat aku kan...

Aku ada baca kat blog Vitamin tentang hal ini... Ok la, tanpa kebenaran dia, aku amik juga la kata-kata dalam blog dia tu untuk korang baca:

“aku kira, orang yang dikenal melalui penulisan adalah orang yang terbaik. maksud aku terbaik sebab dia dapat berkongsi rasa, filosofi dan pendapat tentang apa yang dia telah lalui dan alami.

Pernah terbaca satu ketika dulu - di buku mana aku tak ingat, "Seseorang itu menjadi penulis apabila dia berani menyatakan sikap." kalau tak silap aku, ini adalah kata-kata Usman Awang. makanya, setiap apa yang ditulis itu adalah tercebisnya satu sikap yang akan menterjemah diri seseorang itu. pada aku, menulis membuatkan kita menelanjangkan diri kita tanpa menunjukkan kemaluan. telanjang bukan tunjuk kemaluan tapi tunjuk keperibadian. dan aku memilih alternatif menulis bagi untuk menunjukkan keperibadian aku.

jika mungkin, dikumpulkan kesemua penulisan aku di dalam blog ini mungkin sudah cukup membuatkan aku separa bogel. ada beberapa bahagian yang aku tidak dapat tunjukkan. sebagai contoh bahagian belikat, pelipat betis dan celah jari. mungkin yang terdedah di dalam penulisan aku (jika diibaratkan sebagai tubuh badan) adalah bahagian dada, perut, tangan, mata, telinga, dan banyak lagi.” - vitaminisme.blogspot.com


Ok la, aku ada satu cara nak membantu korang daripada pening kepala untuk menafsir diri aku dengan mem`baca`nya daripada penulisan aku. Dari payah-payah korang nak tafsir sifat aku, aku bagi je korang terus sifat-sifat peribadi aku yang dijelaskan melalui hari lahir aku... Aku dapat ni daripada buku tulisan Dato Dr Fadhilah Kamsah.... Wak Dol yang pinjamkan buku ni kat aku... Buku tentang ciri peribadi seseorang berdasarkan tarikh lahir... Lebih kurang macam horoskop la... Aku tulis ni pun sebab aku rasa banyak yang buku ni cakap adalah betul. Betul macam aku... (sebab banyak dia cakap yg baik2.. heheh...) Taktau la hanya kebetulan atau apa...

Buku tu kata aku seorang yang :

- Berfikiran jauh dan berwawasan
- Mudah ditawan kerana sikap baik
- Berperangai lemah lembut
- Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood
- Idea yang terlalu banyak di kepala
- Bersikap sensitif
- Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
- Sukar melakukan sesuatu dengan segera
- Suka menangguh-nangguh
- Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
- Cepat marah & cepat sejuk
- Suka bercakap & berdebat
- Suka buat lawak & bergurau
- Otaknya cerdas berangan-angan
- Mudah berkawan & pandai berkawan
- Orang yang sangat tertib
- Pandai mempamerkan sikap
- Mudah kecil hati
- Mudah kena selsema
- Suka berkemas
- Cepat rasa bosan
- Sikap terlalu memilih dan cerewet
- Kurang mempamerkan perasaan
- Lambat nak sembuh apabila hati terluka
- Suka kepada barangan berjenama
- Mudah menjadi eksekutif
- Kedegilan yang tidak terkawal
- Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa yang menegur saya adalah kawan saya



So, korang rasa betul tak senarai di atas. Kepada yang mengenali aku, aku rasa korang boleh buat checklist dan tandakan bulat bagi setiap yang betul dan pangkah bagi yang salah... hehehe...


p/s : Wak Dol, walaupun tarikh lahir aku sama dengan tarikh lahir `dia`, ko jangan jauhkan diri daripada aku pulak ya... hehehe ... Peace.. =p

8 comments:

coffeeHolic said...

hurm,
walaupun aku belum pernah berbual panjang dengan kau,
tapi aku dapat raskan yang kau bukan garang,
tapi kau cuma serius dalam segala hal
:)

Anonymous said...

aku rase kau garang macam harimau...aum...cume ko tak tunjuk sikap kau...kau sembunyi dalam kotak putih...untuk ayat dari buku tu aku rase kau xpayah bersandar sangat kat buku tu..coz yang boleh tafsirkan diri kamu hanya tuhan yang esa dan diri kau sendiri...bongok..percayalah xde siapa pun yang boleh tafsirkan diri manusia lain melainkan tuan empunya diri sendiri.

Vitamin said...

terima kasih kerana quote aku punya tulisan. kadang2 orang nampak apa yang kita tak nampak. dan apa yang orang nampak bukan yang sepatutnya dia tengok. seperti aku, orang cakap aku dah tak kelakar dan serius je. padahal aku sama saja. aku rasa ko bukan garang tapi derang tu yang mentafsir keseriusan ko sebagai garang. ko tak garang la wei, ko cute. wakakaka..

semut kecil said...

coffeeholic;
betul rasanya apa ko cakap..

anonymous;
tapi aku rasa aku macam percaya la jugak kat buku ni... coz rasanya banyak yg sama dgn diri aku... tp tak la 100% sama... dah nama pun hanya kebarangkalian... mestilah tak sama 100%...

vitamin;
ko takyah bgtau...aku tau aku cute... hehehe

norfa08 said...

dear azmir...aku telah memberi persepsi aku terhadap ko dengan personaliti yang ko senarikan..mungkin ko boleh menziarah blog aku untuk mengetahuinya...nk komen kat sini..tak cukup ruang kan..hehehehe...

semut kecil said...

norfa08;
terima kasih norfa... sgt menghargainya... so, mmber aku yg lain tunggu apa lg? buat la checklist utk aku... hehehe

renung dan tenung said...

wahai azmir, belum tibe masa utk aku jauhkan dari si 9 jun tu... dia masih bertakhta d hati ku, thank,s sbb manfaatkan sifat kenal diri dalam diri. sedar diri + kenal diri= diri sendiri

semut kecil said...

renung & tenung;
aku doakan ko juga akan bertakhta di hati `9 Jun`... InsyaAllah... Allah akan sentiasa di sisi hambanya yg semulia ko...