Sunday, October 12, 2008

DISKUSI & KETERBUKAAN

Perkara yang ingin aku katakan ini mungkin sukar diterima oleh sesetengah orang.. Tapi aku hanya menyatakan pendapat aku… Terima atau tidak… Terpulang…

Beberapa hari lepas, aku sempat lepak berdua dengan Wak Dol di Bukit Jelutong…. Lama jugak kitorang lepak… Dari habis tengok preview Rasukan Ablasa, kitorg lepak sampai pukul 4.30 pagi…

Terlalu banyak yang kami bualkan… Dari tentang sejarah keturunan Jawa, perbualan kami menyimpang jauh kepada persoalan yang sangat besar… Mengenai Islam… Wak Dol yang aku kenal sejak sekian lama memang menjadi tempat rujukan aku bila berkait hal agama… Sebab latar belakang dia sebagai seorang bekas pelajar sekolah pondok dan dialah kawan aku yang aku rasa tak pernah jemu beri galakkan untuk aku kembali ke pangkal jalan (aku rasa aku dah jauh terpesong)… Tapi biasanya perbualan kami hanya sekadar sambil borak-borak santai…

Tapi perbualan kami kali ini berbeza… Mungkin boleh dikatakan serius… Malam itu aku belajar pelbagai perkara baru tentang ilmu Islam daripada dia… (kelakarkan seorang Islam yang dah 23 tahun menganuti Islam masih belum kenal apa itu Islam)… Antaranya tentang ilmu Usuluddin, Sirah, Tauhid dan sebagainya… Ya Allah, perbincangan itu buat aku sedar betapa naifnya aku tentang ilmu agama… Mungkin aku tak mampu untuk pelajari semua itu dalam hanya satu malam, tapi ia cukup untuk aku memahami konsep asasnya dan menyedarkan aku betapa jauhnya aku dari Allah… (Tapi ilmu tanpa amal nak buat apa??? Betul tak??)

Berkenaan blog ini pula, baru-baru ni seorang kawan lama aku hubungi aku semula… Ya, kami sangat rapat suatu ketika dulu.. Dia adalah rakan sebilik aku masa aku mula-mula masuk UiTM dulu… Sejak dari minggu orentasi lagi… Kitorang memang sangat rapat… Kami selalu menghabiskan masa bersembang bersama… Kami kalau bersembang jangan diganggu… Sebab ia akan jadi panjang berjela…. Masa duduk satu bilik dulu, selalu lepak2, kami berbual sampai ke subuh…Tentang pelbagai perkara dari politik, masyarakat, remaja, agama dan sebagainya (dan tentu sekali isu yang tak boleh lari dari diri remaja iaitu cinta…)…

Bagi aku, dia antara kawan aku paling terbuka… Kami boleh bicara tentang apa saja… Antara aku dan dia ketika itu sangat berbeza… Mungkin perbezaan latar aku dia sebagai budak bandar dan aku budak kampung…. Memang jarang sekali la kami sependapat…Kami biasanya akan bertekak mempertahankan idea dan pendapat masing-masing.. Kami bergaduh, bertekak dan sebagainya… Tapi aku paling suka dia sebab dia sangat terbuka… Kami bergaduh dan berdebat, tapi hanya bila dalam perbualan… Bila habis perbualan tu, kami kembali seperti biasa… Tapi kini, disebabkan oleh kehidupan yang sentiasa berubah, kami semakin jauh… (Perdebatan biasanya akan membuatkan kita berfikir sesuatu yang tak pernah kita fikirkan… Itulah peranannya kita berbeza pendapat…)

Kali terakhir aku lepak bersembang dengan dia waktu kami sama-sama pergi tengok filem Cinta di KLCC… Dekat 5 jam kitorang bersembang pasal filem tu lepas habis menonton…

Sejujurnya aku lebih suka kepada perbincangan dengan orang yang tak sehaluan dan tak sependapat dengan kita… Perdebatan itu akan lebih menarik… Dan sambil kita mencari idea untuk mematahkan hujahnya, kita akan bertemu dengan sesuatu yang kita tak pernah fikirkan sebelumnya… Kerana itu, kadangkala meskipun aku sependapat dengan mereka, sengaja aku mengajukan pelbagai provokasi… Sebab aku yakin cabaran itu aku lebih menggerakkan kita berfikir dari hanya pasif mengampu rasionalnya kata-kata mereka…

So, baru-baru ni, setelah dia membaca blog aku ni, kawan aku tu hubungi aku semula… Dia kata, bila baca blog aku, rindu pulak nak bersembang dengan aku… (blog ini mulakan memainkan peranannya merapatkan hubungan)

Sebagai contoh, bila teringat kat dia, satu perkara yang aku mesti ingat smpai sekarang… Kami dulu selalu aku bergaduh bila berbual tentang perkara ni… Ia tentang keterbukaannya dalam soal hubungan…

Dia kata, dia tak kisah kalau bakal isterinya nanti bukan lagi dara/ virgin… Dan bila suatu ketika nanti, jika isterinya ketika itu menyedari bahawa isterinya tidak lagi mencintai dirinya, dia lebih selesa untuk isterinya itu berterus terang… Dia lebih rela sakit hati mendengar pengakuan isterinya daripada isterinya menyimpan saja perasaannya itu untuk menjaga hati seorang suami….

Bila masuk isu itu, kami selalu bertingkah pendapat. Aku ketika itu sangat menolak penerimaannya itu..

Tapi itu semua lebih kurang 5 tahun lalu… Perjalanan hidup sepanjang 5 tahun ini sudah cukup untuk mengubah pendirian aku itu… Kita manusia yang langsung tak berhak menghukum manusia… Macam la kita tak pernah buat salah langsung… Aku sudah boleh menerima hakikat jika perempuan yang ditakdirkan aku nikahi bukan lagi dara/virgin... Dan aku rasa aku harus kuatkan diri untuk ke meja diskusi sekiranya setelah 10 tahun aku menyambut ijab utk dia, dia merasakan yang dia bukan lagi untuk aku... Meskipun aku tahu akan sakit sangat, tapi aku harus kuatkan diri... Aku harus paksa diri... Jangan lari dari kenyaataan... Hadapi ia... (Sambil berusaha mencari penyelesaian yang lebih baik sekiranya ada... Berfikir panjang sebelum mengambil keputusan...)

Ya, aku rasa aku kini menjadi sangat terbuka….Pengalaman sepanjang 5 tahun ini mengajar aku bahawa keterbukaan itu sangat penting… Bagi aku, setiap manusia pernah melakukan kesilapan.. Dan apa yang penting bagaimana mereka merubah masa kini dan masa depan.. Dan dalam hubungan, cara untuk memperbaikinya sudah tentu melalui diskusi dan perbincangan… (Tapi ingat bahawa perbincangan tanpa keterbukaan hanya akan menyukarkan lagi keadaan)…

Sekarang kita banyak melihat pergolakan dalam perkahwinan… Dan orang mula untuk menyalahkan itu dan itu… Ya, manusia selalu mencari kesalahan untuk ditudingkan dalam usaha menyelamatkan diri… tapi bagi aku, masalah utama perceraian adalah bukan disebabkan masalah kewangan, masalah seks, masalah orang ketiga dan sebagainya.. Segala persoalan itu sebenarnya bukan masalah dalam hubungan tetapi masalah sebenarnya tiadanya keterbukaan dalam komunikasi sesebuah perhubungan… Apabila kita terbuka, kita akan sedia menerima segala keburukan kita dan pasangan dan menganggap ia sebagai salah satu asam garam dalam hubungan, ada naik turunnya… Cinta itu adalah menerima seadanya, buruk baiknya.. (memang syaitan akan sentiasa mencari kesilapan kita yang lalu sebagai bahan untuk merosakkan kehidupan masa depan kita… jadi kita harus lawan mereka… bukan lawan sesama kita..)

Aku terdetik untuk menulis tentang kisah ini di blog bila melihat pergaulan bebas sudah menjadi begitu biasa dalam kehidupan remaja… Tapi kehidupan hari ini memang menuntut kita untuk bersosial dengan segala jenis golongan rakan-rakan… Dan aku percaya, keluarga yang terbuka akan melahirkan anak-anak yang terbuka serta tahu batas-batas hidupnya..

Bukan aku nak membenarkan yang salah atau menghalalkan yang haram… Cukup untuk aku katakan bahawa terjebaknya remaja dalam masalah-masalah ini antaranya adalah disebabkan oleh tiadanya keterbukaan dalam masyarakat terutamanya dikalangan ibu bapa dalam berdiskusi sesama mereka… (Mana aku tahu??? Aku tahulah… Aku kan remaja… hahaha..)

Anak-anak takut untuk mengakui kesilapan mereka kerana tahu yang hanya mereka akan disalahkan dan dihukum… Tanpa pertimbangan yang lebih toleran…Jadi mereka memendam rasa… lalu hadir rakan-rakan terbiar yang kononnya lebih memahami… lalu dibawalah mereka oleh rakan-rakan mereka ini ke dunia ciptaan mereka yang jauh lebih indah dari sebuah institusi keluarga…

Aku risau melihat betapa banyak perkahwinan yang roboh kerana tiada sifat terbuka antara suami isteri… Isteri takut untuk meluahkan sebarang ketidakpuasan kerana takutkan suami… Suami takut nak suarakan kekeliruan kerana takut isteri terasa hati…

Aku rasa sudah masa untuk masyarakat kita menjadi lebih terbuka tentang hal ini…



p/s : bukan mahu melawan agama… sekadar usaha ingin berdiri di bumi nyata… kalau aku salah, betulkan aku ya… pesan opah aku, kalau semakin keliru, kembalilah kepada Alif Ba Ta…

8 comments:

UnGu said...

i tell u what..
waktu saya rapat dengan syazwan roslan, dia slalu cerite tentang rakan2 sekelas dia..
tapi, kenapa kamu tak sama macam yang dia cerita?

oh, people changed barangkali~

semut kecil said...

ungu;
kenapa??? apa yg dia cerita tentang aku??? dia cerita aku bagaimana??

UnGu said...

die cte tentang hal bagus2. ermm...suda lupa sbb da lame. tp lebih kurg sket2 mcm tu lar.
tp, x same lar dgn tulisan2 ni..

nona cici said...

mir,aku knal ko sbg pemikir atau mungkin skali en.norman d 2nd!..ahha..tp aku tau ko straight dan masih bernafsu terhadap perempuan & ada rasa nak bersosial..haha..

kdg2 dunia ni memaksa kite menerima yg pd awalnya kite enggan terima..keterbukaan manusia sekarang ttg halal haram dh mmg bleh jadi perbualan atau isu utk dibincangkan..

sedar x sedar,aku dh jd follower blog ko..haha..interesting..u make me open up my mind juge..=)

kdg2 lebih mudah bermonolog sendirian kt blog drpd menghabiskan air liur pd dunia kan?

ratnakesuma said...

halal + haram...

keterbukaan itu tetap ada keterbatasannya...



(^_^)

semut kecil said...

ungu;
bagus2??? alhamdulillah...

nona cici;
ko giler ape???? mmg la aku straight n bernafsu kat pompuan!!! aku laki la wei... ko ni biar betul... seram sejuk dbuatnya aku...

ratnakesuma;
betul tu... keterbukaan kena ada batasnya... aku terbuka untuk memaafkan org yg telah buat salah... bukannya membernar atau menghalalkan untuk mereka buat salah...

zurazarith said...

cici memang kuat nafsunya...

Atiela razmie said...

halal dan haram bergantung pada tuan empunya diri..
patutnya dengan adanya akal tu kita boleh berfikir sendiri mana halal dan haramnya..erk..betul ker?
Zura ni klu merepek pasal nafsu mmg suka kan..huhu