Wednesday, October 22, 2008

JIWA KACAU - KRONOLOGI MENCARI DIRI

(Catatan Dari Pulau Batam, Kepulauan Riau)



Kata pakar psikologi, orang yang gagap sebenarnya adalah orang yang sentiasa berfikr. Dia menjadi gagap kerana terlau banyak perkara di dalam kepalanya yang ingin diperkatakan. Bila terlalu banyak yang ingin diperkatakan, ia jadi keliru mana satu yang harus diperkatakan dahulu dan mana yang kemudian… Idea-idea di kepalanya seolah berlumba untuk keluar dan diperkatakan terlebih dahulu… Jadinya dia gagap.. (aku dlm usaha utk membuktikan secara fakta ilmiah bahawa aku orang hebat... hahahaha...=p )

Oleh itu, kerana terlalu banyak yang aku fikirkan tentang kunjungan pendek aku ke Pulau Batam, Kepulauan Riau beberapa hari lalu, lalu aku jadi kelu… Bagaimana dan di mana harus aku memulakannya…

Ada baiknya aku rasa untuk memulakannya pada hari Jumaat, jam 12 tengah malam. Waktu tu aku dah berada di seksyen 17 untuk menuju bas dari Klang. Lebih kurang jam 12.20, sebaik aku menaiki bas, bas mula bergerak menuju ke selatan. Sepanjang perjalanan aku hanya tidur.. Aku tahu aku perlu tidur kerana banyak tenaga diperlukan untuk esok hari..

Jam 4.45 pagi, aku dah berada di stesen bas Larkin… Makan sekejap di McD, kemudian aku bergerak menaiki bas SBS Transit iaitu bas bandar bagi Singapura. Salah satu laluannya adalah ke Larkin. Mujur aku ada pengalaman ke Singapura beberapa bulan lalu membuatkan aku tahu laluan perjalanannya. Tiba di Tambak Johor, aku turun dari bas dan berjalan pula ke kawasan sekitar bandar Johor Bahru. Jam baru menunjukkan pukul 5.30 pagi. Dari situ, aku mengambil teksi dan akhirnya tiba di terminal feri Stulang Laut pada jam 6.10 pagi. Sebaik membeli tiket, aku menunggu di bilik menunggu sehingga jadual perjalanan pertama feri pada hari itu akan bertolak pada jam 7.30 pagi.



Hahaha…. Terlalu banyak statistik waktu di atas ya… Dah macam laporan perkhemahan pengakap waktu sekolah rendah dulu… hahaha… Dan, selepas itu, segalanya bermula….

Melalui Selat Tebrau buat pertama kali adalah satu pengalaman menarik bagi aku… Ya, merentasi sempadan perairan bagi tiga negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia… Aku menaiki feri milik syarikat Malaysia tetapi berdaftar di Indonesia… Sesuatu yang pelik sebab sejak dulu aku selalu sangat mendengar sekian banyak bot termasuklah kapal dagang kepunyaan Malaysia tetapi berdaftar di luar negara… Antaranya temasuklah kapal dagang milik Malaysian International Shipping Corporation (MISC) yang banyak aku dengar berdaftar di Hong Kong. Kalau tak silap aku, kapal Melati ayng kecoh akibat ditawan lanun baru-baru ini turut sebegitu… Aku memang tak tahu la kalau pasal perdagangan laut ni, tapi aku rasa tertarik nak tahu… kalau ada siapa2 yang tahu, bagitahu aku ya,…. =)



Bila feri dah mula bergerak, aku keluar dari tempat duduk dan naik ke bumbung feri… Ya Allah, tenangnya aku rasa…. Duduk di bumbung feri bergerak merentas laut sambil angina laut menampar muka… Fuh… layan siot…

Sepanjang jalan itu, aku dapat lihat pelbagai perkara… Terutama situasi di selat Tebrau, selat yang memang `panas` dengan kontroversi dan polemik Malaysia-Singapura. Apabila semakin bergerak ke timur, aku mula perasan yang sepanjang pantai di Singapura yang bersempadan dengan Johor telah dipagari pagar berduri yang amat tinggi... Aku pun pelik, apa la yang mereka takutkan sangat sampai menghabiskan mungkin jutaan dollar untuk mengurung negera mereka sebegitu... Apa mereka ingat rakyat Malaysia terlalu kemaruk nak menceroboh negara mereka... Sedangkan helikopter dan pesawat mereka selalu saja bermain-main di ruang udara Malaysia...

Apabila matahari semakin meninggi, aku turun semula ke tempat duduk di dalam feri.. Panas... Perjalanan seperti biasa saja... Tiada ombak besar kerana perjalanan tidak melalui lautan terbuka... Dari Selat Tebrau dan terus menyusuri pesisir perairan Singapura lalu terus melintas ke Pulau Batam. Sempat la aku melihat dari jauh senario di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi yang terkenal itu.



Sebaik sampai di jeti Batam Centre dan menjejakkan kaki ke bumi Indonesia, seorang tentera laut Indonesia datang menghampiri aku dan bertanya “kamu pelaut ya?”. Aku hanya menggeleng kepala... Mungkin sebab dia tengok aku dengan beg sebegitu, dia ingat aku tentera laut la... Macam yang kita semua tahu, tentera laut dari mana negara sekalipun, seluruh dunia, punya semangat kekitaan yang sangat kuat... Mungkin mereka merasakan dunia mereka yang sama iaitu menghabis hidup di laut... Di Batam memang banyak tentera laut Indonesia.. Mungkin disebabkan Batam adalah sempadan perairan mereka yang paling utara berhampiran Singapura dan Malaysia.



Ya, sampai kat jeti Batam Centre, aku jadi kosong... Pertama kali aku travel dengan kosong.. Selalunya, kalau ke tempat baru, sebelum pergi aku akan buat research dulu di internet tentang tempat tu, seperti kawasan kota, pengangkutan, makan minum dan sebagainya... Tapi kali ni aku main redah je... So, bila sampai je, aku blur... Aku nak pergi mana ni???

Sebaik keluar dari bangunan jeti, aku mula diserbu orang-orang tempatan... Macam seperti yang kita tengok dalam TV tentang rakyat Indonesia, kemiskininan menguasai mereka... Mereka sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan wang... jadi, pengunjung dari luar adalah tumpuan mereka... Suruh saja mereka buat apa, pasti boleh... Janji ada ongkosnya... Merebut nak bagi nombor telefon mereka kat aku... “ada apa-apa, telefon saja saya pak... di sini ngak bisa mudah percaya pada orang... ramai penipu... apa-apa telefon saja saya”... Sampai ada sesetengah tu hasut aku supaya jangan bercakap dengan orang lain.. Macam la aku tak tahu dia pun tengah tipu aku... Tapi tak apalah, mereka terpaksa untuk survival hidup....



Aku jadi takut... Maklumlah, masuk tempat orang... Tambahan tengok pulak orang-orangnya yang sanggup buat apa saja untuk duit... Mungkin bunuh aku pun dia sanggup... Tambahan pula kawasan ini di luar kota, bukannya di Jakarta atau bandar utama yang lain... Aku senyum dan menolak dengan baik setiap pelawaan mereka (tapi hati memang la nervous giler...) Aku cuba berjalan kaki, tapi aku tengok kawasan tu kosong je... Tak ada apa... Memang macam ni ke tempatnya... Dah berjalan hampir 10 minit, masih tak ada apa-apa. Yang ada hanya beberapa bangunan milik kerajaan pusat Indonesia yang memang dikawal rapi.. Semakin jauh berjalan, semakin ramai orang tempatan yang menghampira yang menawarkan khidmat mereka... Aduh, aku nekad patah semula ke jeti... Dan, dari jeti, aku beli buku panduan Batam dan bertanya beberapa pengawal di situ..

Barulah aku tahu sebenarnya pusat bandar Batam terletak jauh dari situ... Perlu naik kenderaan untuk ke sana.. Lebih kurang perjalanan 20 minit... Nama bandarnya Nagoya dan Jodoh (disebut Jodo)...

Di sana, memang tiada perkhidmatan bas kecuali bas persiaran khusus untuk pelancong berkumpulan yang menggunakan khidmat agensi perlancongan... Yang ada hanya dua iaitu Teksi (disebut taksi) dan bonceng... Bonceng adalah istilah yang digunakan bagi khidmat membonceng motosikal yang ditawarkan oleh penduduk tempatan... Taksi pula ada dua, satu yang halal dan satu lagi yang haram... Macam prebet sapu... Tapi yang halal dan yang haram macam sama saja di sana, tunggu masa saja nak kencing dan jerut kita... kat sana mana ada penguatkuasaan...

Di sana, aku banyak bonceng sebab murah... Kalau taksi mahal sangat... Macam tak berbaloi...

Sampai di bandar Jodoh dan Nagoya, aku tau la yang bandar tu hanya penyedap kata... Memang tak macam bandar pun... Macam pekan kat kampung aku je kawasan tu... Shopping mall yang dikata-kata oleh mereka menarik itu lebih kurang macam Econsave je... Cuma ada satu pusat membeli belah yang agak besar (mungkin separuh Mid Valley) yang baru dibina di kawasan Nagoya iaitu Nagoya Hill.. Yang menariknya, kat situ, bila nak masuk semua kenderaan terutama kereta akan diperiksa seteliti mungkin termasuklah di dalam boot, bawah kereta dan sebagainya... Mereka mengesan bahan letupan... Seram pulak rasanya... Nak masuk shopping complex, kena check sama ada bawak bom atau tak... kalau kat Malaysia, check bawak makanan dari luar ada la kot.. =p



Sampai kat Nagoya dan Jodoh, aku berjalan kaki... tanpa henti... Nak patah jugak rasa kaki ni... Tapi layankan aja... Kalau tak nanti rugi... Dah la aku datang kejap je...



Satu perkara yang merunsingkan di sana adalah apabila kita keluar dari bangunan... ya, bila kita keluar dari bangunan atau berjalan kaki sekitar bandarnya, kita kena belajar bersabar untuk mengangkat tangan dan menggeleng kepala... Sebab, lebih kurang setiap minit, akan ada motosikal atau kereta yang menghampiri kita dan membunyikan hon... “bonceng pak..”, “taksi pak..”, ‘murah-murah aja” dan sebagainya.. Lebih kurang setiap minit... Jadi korang bayangkan la sepanjang berjalan tu berapa kali aku kena menggeleng kepala.. Hahahah... tak ke beratus kali...



Dua perkara paling memeningkan berada di sana adalah soal nilai matawang dan waktu.. Kadar semasa matawang adalah RM1 bersamaaan Rp2700... Jadi setiap kali membeli, memang payah... Nak tawar menawar lagi la payah... Macam ambik matametik tambahan pulak... Tambahan pulak kat sana takde budaya letak tanda harga... Barang kat butik pun takde tanda harga... Apatah lagi barang kat kedai biasa.. Setiap kali tanya harga, aku perlu ambik masa lebih kurang 10 saat untuk convert jadi matawang Malaysia... baru la boleh nak kata, mahal tak murah barang tu... kalau dalam Rupiah, macam mana kita nak tahu harga yg diletakkan tu mahal atau tak... Nak kenal duit diorang pun jadi masalah sebab banyak sangat kosongnya... Sampai berjuta-juta... (ingat, kat sana jangan sewenangnya tanya harga kalau belum betul2 nak beli... boleh tak balik Malaysia nanti..=(.)

Soal waktu pulak, dah la semua jam aku cepat 15 minit... So, untuk ke masa Malaysia, aku kena tolak 15 minit... kemudian tolak lagi satu jam untuk ke waktu Indonesia (mereka GMT +7 berbanding Malaysia GMT +8).. tambah memeningkan sistem jam mereka adalah sistem jam 24 jam... Tambah lagi peningnya...

Memang, kalau tengok macam senang... Apalah sangat nak convert matawang dan kira waktu tempatan (aku pun dulu pikir macam tu)... Tapi lu pergi la dulu test tengok...

Kita dapat tengok la macam kat dalam TV tu, kalau kat Jakarta, kat jalan raya apabila kereta dan motosikal berhenti kat lampu isyarat, ada la budak-budak dan orang tua yang datang ke kereta-kereta yg berhenti di lampu isyarat untuk jual akhbar dan sebagainya... kat sini pun ada.. Cuma mungkin bilangannya tak seramai di Jakarta...

Setelah selesai menjelajah setiap kawasan dalam Nagoya dan Jodoh, kaki aku mengaku kalah... tak larat woo... Aku pergi cari hotel... dapat hotel harga sederhana di kawasan Nagoya Hill... Rp150000.. lebih kurang RM55 la... aku mandi dan terus keluar semula... menikmati kehidupan malam Batam yang tak la happening pun... tapi aku suka la berada dalam sebuah budaya dan cara hidup yang asing bagi aku... Seronok tengok benda baru...

Dua aktiviti ekonomi di sana adalah yang pertamanya kedai barang elektrik... Kedai elektrik (di sana dipanggil toko elektronik) berada di mana-mana dari pusat membeli belah hingga ke lorong-lorong kecil dan kotor... Pusat membeli belah dipenuhi bedai elektrik yang lebih kurang sama banyak dengan kedai pakaian... yang keduanya adalah tempat urutan/ massage... Di mana sahaja ada pusat massage yang aku rasa turut menawarkan `extra services`.. Pasal servis extra tu aku rasa semua tahu yang Batam ni syurga pelacuran bagi rakyat Singapura...

Seperti biasa, bila aku ke mana-mana saja tempat baru yang lain budayanya, terutama di luar negara, ada tiga perkara pertama yang akan kau cari. Pertama, filemnya. Kedua, sastera dan bahasa pengantarnya, Ketiga, media eletronik dan media cetaknya. So, tempat tak lain yang aku cari ialah kedai buku, pawagam, beli semua akhabar tempatan yang ada, beli majalah-majalah filem, lepak kejap kat hotel untuk tengok siaran TVnya dan cari bahan sastera tempatannya... Kerana aku percaya dengan semudah melihat tiga perkara itu, aku sudah mampu untuk melihat budaya dan peradaban kawasan itu....

Kat sana aku layan tengok wayang... sampai tiga filem... Yang pertama, filem Laskar Pelangi arahan Riri Riza.. pengarah yang aku kagumi... Sebelum ini aku memang tepikat pada filem arahannya seperti Petualangan Sherina, Eliana Eliana, Gie, Tiga Hari Untuk Selamanya... Kedua, aku tengok filem Liar arahan Rudi Soedjarwo... Dia memang terkenal la kat Malaysia dengan Ada Apa Dengan Cinta, Bintang Jatuh, Pocong 2, 40 Hari Bangkitnya Pocong, 9 Naga dan beberapa lagi... Ketiganya aku tengok filem Doa Yang Mengancam arahan Hanung Bramantyo yang terkenal sebelum ini melalui filem Ayat-Ayat Cinta. Aku menonton di dua buah pawagam (memang hanya ada dua pawagam saja pun di Batam) iaitu Studio 21 (rangkaian pawagam terbesar di Indonesia) dan Cinema XXI... satu lagi filem Indonesia yang sedang ditayangkan tapi aku tak sempat tengok ialah Ku Tunggu Jandamu (yang Irwansyah tengah nyanyi lagu tu)... Sebab Indonesia di besar, jadi tak semua filem boleh tayang serentak seluruh Indonesia sebab mahal wei nak buat bulk print banyak-banyak... Macam filem Liar tu tak silap aku dah lama tayang... Tapi baru mula tayang di wilayah pesisir macam Batam ni... Aku jugak menghabiskan dekat Rp200000 untuk beli DVD dan VCD cerita Indon kat DiscTarra, iaitu toko home video yang dah lama giler aku impikan nak jejak kaki kat situ... Dulu, masa sekolah menengah dulu, kawan aku dari Jakarta selalu kirim VCD yang dia beli kat DiscTarra ni (tapi cawangan Jakarta la...)

Industri filem di sana, ada tiga perkara yang dah menjadi trend dan fenomena... yang pertama filem adaptasi dari novel... Kedua filem berbentuk religi atau keagamaan... Ketiga, produksi filem secara gerilla yang shooting dengan hanya mini DV dan ambil masa lebih kurang seminggu (termasuklah Rudi Soedjarwo)... Ketiga-tiga trend ini menambah kuantiti filem di Indonesia sambil memberi kepelbagaian bentuk filem di sana... Tetapi sayangnya ia jugak menggalakkan betapa banyak muncul filem sampah yang dihasilkan pengkarya yang tidak ikhlas dan hanya mahu mengorek keuntungan dengan meniru trend-trend tersebut...

Kat sana aku giler makan... Jalan sikit, makan... Jalan sikit, makan... kalau tengok menu, memang semuanya la aku tak tahu... So, aku kena tanya rupanya macam mana... Sebab banyak makanannya lebih kurang kat sini tapi namanya lain... So, untuk pastikan kunjungan aku ni berbaloi, aku kena pastikan makanan yang aku pesan tu betul-betul lain daripada yang ada kat sini... kalau tak rugi la pergi jauh-jauh... Tapi aku paling suka nasi uduk (macam nasi lemak) dan ayam goreng penyek... sedap woo... ayam goreng bogor dan bakso campur pun ok jugak...



Indonesia macam yang kita tahu negara tak seimbang... kalau yang kaya, kaya giler... Yang miskin, miskin giler.... Yang alim, alim giler... yang setan, setan giler... Kat sekitar Jodoh dan Nagoya ada beberapa masjid dan surau... Kuatnya agama mereka sampai rumah kedai boleh dijadikan masjid... Setiap malam, ceramah agama akan berkumandang di sekitar Nagoya dari surau tersebut... Namun yang peliknya, dalam satu deretan rumah kedai yang sama, selang satu kedai adalah kelab malam dan rumah urut...



Kalau ikutkan, kawasan yang aku pergi hanya sebahagian kecil daripada pulau Batam.... Sebab aku banyak berjalan sekitar pekan Jodoh dan Nagoya sahaja... Untuk melihat budaya masyarakat yang lebih unik, aku mungkin harus ke Sekupang, Barelang dan beberapa lagi yang terletak di kawasan pedalaman... Di sana juga ada kawasan pantai yang masih belum dicemari kerana terletak jauh di pedalaman... Kampung nelayan, kawasan tinggalan pelarian Vietnam, tokong dan sebagainya... Namun, untuk ke sana, aku rasa, aku perlukan lebih masa di Jodoh terlebih dahulu untuk mengenali seorang bonceng atau taksi yang benar-benar aku percayai... Terlalu bahaya untuk ke kawasan pedalaman dengan bonceng atau taksi yang baru kita kenali... Terlalu ramai yang terpaksa menipu untuk survival hidup mereka....



Masa menunggu waktu nak balik, aku sempat tengok performance band kat pusat beli belah kat situ... Then, kat situ nampak awek yang cantik giler... Fuh... Goyang iman... Tapi balak dia kat sebelah pun hensem jugak... =( (tapi siapa tahu itu mungkin abang dia kan?? hehehe)... Tak lama lepas tu, tiba-tiba dia naik pentas dengan kawan2 dia... Rupanya dia pun perform.... Dia main bass... Lagu dia memang la best giler.... Aku pun record la sikit pakai MP3 aku... Tak clear bunyinya tapi ok la.. Aku ingat tu lagu dari artis band Indon... tapi bila aku mintak beberapa orang dengar rakaman aku sebab aku nak cari album tu, ramai yang kata tak tahu... Diaorang kata mungkin tu lagu band awek tu sendiri... Kalau betul, memang gempak la band dia tu... (Kat wilayah-wilayah pesisir Indon, ramai bakat-bakat hebat yang tak punya peluang atas sebab geografi dan ekonomi)..



Perjalanan pulang... Ombak agak kuat... Tak tahu kenapa... Aku naik feri terakhir hari itu... jam 6.30 petang... Niat hati nak tengok matahari terbenam di lautan... tapi rupanya jam 6.30, mereka sudah malam (waktu Malaysia 7.30 malam)... Walaupun berbeza jam, mereka berada di garisan longitud yang sama dengan Malaysia... (berbeza ni pun sebab Tun Mahathir menyelaraskan waktu Malaysia kira 27 tahun yang lalu)...

Aku habiskan perjalanan pulang di atas bumbung feri... Angin malam laut sekali lagi menenangkan aku... Semua tahu yang aku taksub dengan laut dan ombak...

Ok lah... Aku rasa dah banyak sangat ni..Banyak lagi yang aku nak cerita... Terutama pasal Singapura... Memang aku dah pernah ke Singapura, tapi pengalaman menyusuri perairan negara tersebut dari laut, banyak yang aku nak cerita terutama mengenai polisi politik dan dasar hubungan luarnya... Tapi mungkin bukan buat masa ni...







p/s: tiba-tiba teringat awek cun... pu****k betul la perasaan ni....

11 comments:

Anonymous said...

perjalanan ke batam yang indah...tapi masa yang singkat mcm nak kena rushing jew wat bnda2 yg best.

kalau masa tu panjang lagi mayb byk lagi kot aktiviti lain yg bdk ni wat kt sana.

paling best...pg negara org pastu tgk movie dkt panggungnya sekali...gle best seh...

;)cHiQUiTtItAs

HajarAznam said...

Wah..rindunya aku dgn kepulauan Ria..dalam tahun 2000 aku pernah ke sana ke dumai dan pekan baru...jalan2 naik ojek..makan di pasar dan bermain layang2 di bukit jin..semuanya masih segar dalam ingatan aku..best2..

Anonymous said...

lepas ni kalau ke mana-mana lagi ajak jaja ya?


:)

Zura Firdaus B. Japri said...

perak pun kau tak abis jelajah lagi.. nak crita pengalaman kat batam konon... apa pun... aku salute kau sebab kau berani cabar diri...

servis + overhaul + minyak hitam batam mcm mana? ada baekkk??

Anonymous said...

pikir budget g tokyo plak

Anonymous said...

anonymous 2 aku jeejan...
aku xde blog...
aku xsuke luah perasaan...
wakakakaka...

Kristal Media Group said...

chiquittitas;
betul tu... sekejap sgt... tension jek... =(

hajaraznam;
apa lg, pegi la lg... aku pun dah obses dgn indon ni... hehehe

coffeeholic;
bulan disember ni kita g jakarta... nak?

zurazarith;
jgn la jeles... tp takpe, jadikan jeles tu semangat dlm hati, "aku kena lawan si azmir yg gempak tu" hahahah =p
servis minyak hitam kereta aku tau la... servis lain aku taktau...

anonymous;
aku dah amik keputusan, aku tak jadi g jepun... banyak tanggungjawab kat sini...

anonymous;
ko luah perasaan kat shitah sudah la... takyah la bt blog.. hahaha =p

mapieceofart said...

seronoknya...! baca post ni rasa macam turut berada di sana... teringin juga nak merantau amcam anda... tapi kalau perempuan, tentu bahaya kan..? huhuhu...

+ salam singgah... =) +

Kristal Media Group said...

mapieceofart;
kalu perempuan mungkin bahaya... tap mungkin boleh pergi bedua dgn kwn rapat anda yg sekepala.... member perempuan aku pernah pergi seminggu menjelajah bandung. Diorang pergi bedua je... mungkin anda bleh pergi dgn jaja kot... =)

Anonymous said...

jomlah...

Kristal Media Group said...

coffeeholic;
jom!!! kita set masa dan ketikanya... dah takda masa utk berlengah...