Saturday, December 20, 2008

MASIH MENCARI: DARI BANGKOK KE JAKARTA

Keadaan di Bangkok masih bergelora. Meskipun Abhisit telah diumumkan sebagai Perdana Menteri baru setelah Somchai digulingkan oleh tunjuk perasaan PAD hingga diisytiharkan darurat, situasi masih cemas di sana. Tambahan pula tindakan mantan Perdana Menteri, Thaksin yang seolah masih belum mahu mengalah. Terdengar juga cerita kawan kepada kawan yang tersangkut di sana akibat penerbangan yang tertangguh.

Jadi, setelah sekian lama menunggu dengan harapan situasi akan kembali tenang, nampak harapan aku semakin tipis. Hasrat aku untuk ke Bangkok dengan menaiki keretapi penghujung tahun ni nampaknya tak kesampaian.

Tak apa, dengan semangat membuak nak travel, aku tukar lokasi.

Pada 27 Januari ni, aku akan berlepas ke Jakarta. Aku naik penerbangan QZ 7603 Air Asia Indonesia pukul 2.50 petang dari LCCT ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. Aku akan berada di sana seminggu. Penerbangan balik AK 957 pada 1 Februari jam 10.20 malam waktu Indonesia dan dijangka mendarat di LCCT jam 12.20 tengah malam waktu Malaysia.

Dah lama sangat aku berhasrat nak ke Jakarta... Dah ramai sangat kawan yang aku ajak ke sana.. tapi semuanya macam tak menunjukkan kesungguhan atau mungkin juga tak dapat pergi sebab pelbagai halangan. Jadi, aku nekad pergi seorang diri... Sampai di sana, baru aku nak cari hotel... Sebab kalau yang booking online, semuanya hotel mahal2.. So, sampai nanti di sana, baru aku nak cari hotel murah2..

Seminggu di sana, sudah pastinya tumpuan utama aku adalah untuk menonton wayang, melawat toko-toko buku, membeli majalah, menonton televisyen... Dan kalau sempat aku nak cari mana2 persembahan teater yang boleh aku tonton... (Mana tahu kalau aku bisa ketemu dengan Emha Ainun Najib, tokoh ulama yang terkenal Indonesia dengan kumpulan gamelan Kiai Kanjeng itu... Aku mula jatuh cinta pada muziknya sejak menonton persembahan eksklusifnya di KL beberapa tahun lalu...)

Disamping tu, kalau ada kesempatan aku nak bertemu beberapa penggiat industri filem di sana... Aku dah berhubung dengan salah seorang penulis skrip terkenal Indonesia, Jujur Prananto... Dia sebelum ni terkenal dengan pelbagai filem besar seperti Ada Apa Dengan Cinta, Ungu Violet, Doa Yang Mengancam, Cintapucino, Titik Hitam dan banyak lagi.. Aku dah bagitahu nak berjumpa, cuma belum ada tarikh yang tetap...

Dalam masa yang sama, aku sebenarnya sekarang dengan berbincang dengan pihak fakulti aku nak membawa salah seorang sutradara filem kontemporari Indonesia untuk dibawa ke fakulti bagi program Retrospektif semester depan. Ada lima sutradara dalam senarai pendek aku iaitu Riri Riza (Gie, Eliana Eliana, 3 Hari Untuk Selamanya, Petualangan Sherina etc), Rudi Soedjarwo (Ada Apa Dengan Cinta, Bintang Jatuh, 9 Naga, Tentang Dia, Mengejar Mahatahari, etc), Garin Nugroho (Opera Jawa, Daun Di Atas Bantal, Puisi Tak Terkuburkan, Cinta Dalam Sepotong Roti, etc), Nia Dinata (Arisan, Berbagi Suami, Ca Bau Kan, etc) dan Hanung Bramantyo (Ayat-Ayat Cinta, Brownies, Get Married, Lentera Merah, Jomblo, etc). Aku dah dapat nombor telefon mereka semua... Sekarangnya semuanya bergantung kepada kelulusan dan kesanggupan pihak fakulti untuk penganjuran acara ini... Aku dah email proposal ke fakulti... Kalau fakulti setuju, boleh la aku mula menghubungi untuk berbincang dengan mereka... Lagipun, sebenarnya idea acara ni pun datang dari ketua program skrin, En Norman dan dekan fakulti, Prof Dr Hatta sendiri... Tapi tak tahulah mereka setuju tak dengan gerak kerja acara yang aku cadangkan... So, kalau semuanya proses awal ni selesai dan dapat persetujuan, boleh juga aku cuba-cuba curi masa pengarah-pengarah ternama ni masa aku di Jakarta nanti untuk perbincangan lanjut.. Entahlah... Tengok la nanti macam mana...

Yang penting, kunjungan aku ke sana ni, sekali lagi aku tak mahu menjadi diri aku... Tak mahu menjadi Azmir... Tak mahu menjadi Azmir yang sering bebal, jiwa kacau dan rasa down... Seperti masa di Kuching dulu, di Jakarta nanti, aku nak jadi seseorang yang hanya menikmati segala yang ada di depan... Tinggalkan segalanya di belakang... Di sana aku bukan Azmir yang bangang... Aku harap orang yg aku akan jadi semasa di Jakarta nanti adalah orang sentiasa positif, gembira dan bahagia dengan hidupnya.. Amin...


Jakarta, dalam kesibukanmu, aku ingin bersendiri menghargai diri sendiri...





p/s; Bila bersendiri, itulah masa untuk kita memikirkan tentang dan untuk diri sendiri... Bukan untuk orang lain.... Dan semua ini adalah untuk diri aku sendiri... Menghargai diri sendiri...

13 comments:

iskandarzulkarnain said...

kalo brani bw pak garin la bro?

semut kecil said...

hahahha... dekan nak bawak dia pun punya susah.... tapi tengok la nanti, kalau dekan mintak aku bawak dia, aku try la... try je la, dapat belum tentu...

cici said...

alaaa mirrr!!!...

pegi la bulan 3 ke bulan 4 ke,aku dh cukup duit..!

aku dh lama n teringin sgt2 nk gi sane...n suprisingly,mission aku nk gi sane same dgn ko!..tapi tmbh sket la,aku nk gi travel to bandung n jogja..naik train ke..huhu..bestnyeee

mir!..postpone ah mir!!

semut kecil said...

cici;
aku dah bayar tiket dah... hahaha... takpe... nanti aku g la lagi... memang la best plan ko tu g naik train ke bandung n jogja... macam dalam Banyu Biru jer... hehehe... takpe, nanti kita g sama2 ya....

Vitamin said...

buat apa yg ko nak buat.. jangan sekat dengan permasalahan kecil yg tampak rumit. aku ska stail ko yang ska main redah je.

bawakan pengalaman berharga dari sana. mungkin boleh dikongsikan.

aku jeles dengan ko sebenarnya. tapi takpe. satu hari nanti aku pasti ke luar negara. IOWA barangkali, atau mbe europe..

one love said...

:)

bestnya!
have fun!

mastikus said...

mau ke hollywood <--- cita cita tinggi sey!!!

p/s: ada hadiah untuk saya??? harijadi mau dekat ni...ahha

semut kecil said...

vitamin;
tapi aku ni pengecut jugak sebenarnya... suka lari dari masalah... tapi harapan aku sebenarnya dalah dgn melarikan diri, masalah itu takkan menyusahkan org lain.. biarlah ia sekadar menyusahkan diri aku... =(

one love;
tq! arigato!

mastikus;
jom gi hollywood....

BiArkan Aku Ke LaUt said...

azmir beli cter2 best k,huhu...harap2 misi ko berjaya bawah tokoh2 yang ko plan...pilihan ko mmg terbaik coz dorang mmg gempak gler.if nk cari kt tmpat kita ni bole dikira ngn jari...try sampai dapat k.hope ko berjaya....

semut kecil said...

biarkan aku ke laut;
insyaAllah.. tapi aku pun tak sure lg la.. kalu ada, ada la... bergantung pd fakulti... aku pun malas nak berangan tinggi, coz last2 nnti aku aku yg frust.. biasala, kan banyak birokrasi... =(

julie said...

huhu dh pergi ke azmir....wawawa mcm mana ni ko dh pegi dulu sebelum aku...aku pun tgk bercita2 utk ke seberang habis study nanti...macam azmir..bersendirian untuk memikirkan hal diri sendiri.
neway gud luck for ur mission kat sana.
akan ku nanti kehadiran insan2 yang telah ko sebutkan.... insyaAllah.....

zurazarith said...

aku kepinging...
tetapi ongkos masalahnya...
tahniah kepada kau...
betapa cemburu aku

semut kecil said...

julie;
pasal retrospektif tu, belum confirm lagi... masih tunggu feedback fakulti... aku kan suka berangan... hehehe

zurazarith;
insyaAllah... suatu masa, suatu ketika, kau akan tiba jua... =)