11.25 malam, baru sahaja tiba dari Lumut dan Pulau Pangkor… Akhirnya dapat jugak aku jejak kaki ke Pulau Pangkor walaupun hanya sekejap… Angin laut dari dek feri amat menenangkan..
Petang hingga lewat malam semalam, aku menghabiskan masa menikmati ombak di pantai Teluk Batik… Walau orang begitu ramai hingga buat aku bengang, aku akhirnya buat keputusan untuk menyusur pantai hingga ke kawasan paling hujung yang agak tengah… Duduk di atas batu-batu sambil melihat ombak… Malamnya, aku melayan bunyi ombak sambil memejam mata… Aduh, indahnya… Sayang, seperti kata Tomok, malam ini tiada bintang…
Dalam bas nak balik tadi, perkara celaka berlaku… Telefon bimbit aku buat hal… Tanpa semena-mena, ia memaksa aku membaca sesuatu yang tak patut aku baca… Aku dah delete semua itu… Dah lama aku delete dan mahu lupakan… Tapi, disebabkan tak semena-mena telefon aku terformat, aku terpaksa restore semula back up file dalam memory card yang aku buat hampir setengah tahun yang lalu untuk dapatkan maklumat penting… Tak sangka dalam back up file tu ada semua sms-sms sial…beratus2… Aduh… cilanat…
Abaikanlah… (hanya nak sedapkan dan memujuk hati sendiri)… hehehe…
Tiba di Hentian Duta tadi, aku terus ambil teksi menuju ke rumah… Pak cik teksi tu bercerita… Soal wang dan hidup… Begitu mengesan kepada aku… Hingga aku terfikir, betul ke laluan hidup aku kini….???
Ntah la, aku mahu rehat sebentar… Rehatkan badan… Bersiap apa yang patut…
Pagi esok aku dah nak bergerak ke
p/s: apa-apa saja…. alalalala…. Whatever…. =)
7 comments:
aku menunggu kepulangan mu abang azmir...!!!! heheheh
jalan elok2. selamat berlayar.
kirim sesuatu, ikut kamu....
aku akan bayar.jangan risau
ok sila ke blog aku untuk berita dan flyers terbaru...
huhuhu
thanks
haha.malam ini tiada bintang yang terkubu..sudahla azmir, pg pangkor tak ajak...aku rindu untuk tidur di laut dan berbicara sama bintang..
seronoknye dapat mengambil angin selalu kan di tempat orang...
sungguh ke jelez~
semut,
Ada dengar bunyi ombak berbisik tak?
jaja kadir;
tq... =)
renung tenung;
insyaAllah...
Nona cici;
ok.... =p
iskandarzulkarnain;
aku pegio tak plan pun... secara tiab-tiba...
mastikus;
mesti la seronok...=p
one love;
ada... apa yang dibisikkan adalah rahsia... =)
Post a Comment