Thursday, January 22, 2009

MUDAHKAN HIDUP ANDA... PEACE.. =)

Aku bangga menjadi sebahagian dari filem pendek Wak Dol.... Semalam dah ditayangkan dalam satu majlis preview yang dihadiri ramai orang... perempuan, lelaki dan juga yang ditengah-tengah (tidak kira sengaja atau sudah takdir...)

Ada 3 buah filem pendek yang ditayangkan... Setiap tayangan diikuti sessi Q&A... Aku, Wak Dol, Ridset, Jijan dan Uda ke depan khalayak untuk sessi Q&A bagi filem pendek Rumah Kecilku Ada Kelambu... Dan sekali lagi aku cakap yang aku sangat bangga dengan group aku... Tahu sebab apa? Sebab aku rasa kumpulan kitorang la paling kelihatan bodoh dalam sessi itu... hahaha...

Ya, aku bangga dengan kami walaupun kami kelihatan bodoh... Sebabnya? Sebabnya aku rasa, semua dalam group aku, terutama sekali Wak Dol selaku pengarah/penulis skrip sangat jujur dalam sessi itu... Ya, kami menjadi diri kami sendiri.. Aku dengan darah gemuruh di depan orang ramai, Ridset dengan blur, Wak Dol dengan penerangan yang sangat tidak dan tidak ilmiah... Sebabnya, sebab aku rasa kami sangat jujur (ayat ni agak poyo kan... hahaha... apa aku peduli, poyo teras kejayaan.. hahaha)... Mungkin ini mengecewakan ramai tetamu yang mahu mendengar perkataan Godard, Andre Bazin atau Ozu dari mulut kami.... hehehehe

Nak tahu contoh? Ok, ini contohnya...

Soalan 1;
Apakah peranan aplikasi statik syot yang panjang dalam filem ini?
Jawapan Yang Boleh Dijawab Untuk Kelihatan Cool;
Saya mengaplikasi adalah bagi membolehkan saya dapat capture moment yang saya anggap miracle dalam syot tersebut. Dalam sebuah filem sebagai sebuah bahasa visual, moment dapat membantu mendapatkan visual yang penuh makna dalam mendapatkan sebuah storytelling yang penuh dengan subtext yang kukuh dan mendalam.
Jawapan Wak Dol;
Sebab lokasi rumah tu kecik... Kami tak boleh bawak masuk track.... Kalau tak, saya nak tracking...

Soalan 2;
Kenapa memilih bahasa Jawa sebagai bahasa pengantar dalam filem ini?
Jawapan Yang Boleh Dijawab Untuk Kelihatan Cool;
Sepertimana yang kita tahu, Jawa itu sendiri merupakan salah satu etnik yang amat kuat di benua Nusantara.. Dan kita juga dapat melihat bagaimana Melayu itu sendiri wujud daripada asimilasi budaya yang didalamnya terselit elemen, nilai dan budaya Jawa yang amat kuat. Jawa mempunyai reputasi dan sejarah tamadun yang panjang yang menarik untuk diselongkar dan diketengahkan...
Jawapan Wak Dol;
Sebab saya Jawa, jadi saya nak buat la cerita tentang bangsa saya..

Soalan 3;
Apakah subtext prop selipar dalam filem ini?
Jawapan Yang Boleh Dijawab Untuk Kelihatan Cool;
Filem sebagai satu seni itu sesuatu yang subjektif... Setiap individu boleh melihatnya dari pelbagai pendapat dan sudut pandang tersendiri.. Subtext itu sendiri boleh di`baca` lapis demi lapis... Saya mempunyai sebab tersendiri, tapi biarlah penonton sendiri yang menilainya...
Jawapan Wak Dol;
Bagi orang susah (seperti saya), selipar itulah yang paling penting dalam hidup... Benda kita berlindung dari luka dan sebagainya.. Dulu,masa kecil, kalau selipar saya putus, saya akan jahit dengan paku dan dawai... Betapa susahnya nak dapat selipar baru... Saya paparkan kisah realiti hidup saya..


Wak Dol, aku kagum dengan kejujuran ko... Walaupun aku tahu, secara peribadi kau mempunyai banyak ilmu dalam pembacaan yang sangat panjang... Aku rasa, aku dapat rasa, sama ada secara tak sengaja atau tidak, kau menyerap semangat rasa toleransi Salahudin Al-Ayubi dalam perang Salib yang selalu ko cerita pada aku... Walau aku rasa, kau ingin bercerita tentang penghakisan budaya tradisi termasuklah dari segi bahasa dalam dunia serba moden... Walau aku rasa, kau begitu fasih dalam pengkisahan sejarah tamadun manusia terutamanya berkaitan ketamadunan Islam, aku suka dengan cara kau yang sangat humble... Aku tak terkejut tengok kau semalam sebab aku tahu, sepanjang aku kenal ko, ko memang sentiasa humble orangnya.. Cool Dol...

Aku tak menafikan betapa penting teori dan ilmu falsafah dalam filem.... Dan aku sendiri berpendirian bahawa semua itu sangat dan sangat penting... Sebab tu la aku berhenti kerja dan sambung belajar... Cuma, dengan menjawab sebegitu aku tak rasa Wak Dol harus dilihat sebagai buta segala perkara itu... Cuma, aku rasa Wak Dol memilih untuk bercerita dari aspek yang lain... Hidup ini kan soal pilihan..

Walaupun En Hassan Mutalib bagi grad C- untuk filem ini, aku takkan marah dia... Bagi aku, dia betul kerana dia melihat dari sudut pandang dia... Memang la kita akan sedikit terasa, tapi aku respek kerja dia sebagai pengkritik... Jika sebagai individu pun, aku hormat hak dia untuk berkata apa yang dia nak kata... Mungkin dia betul, atau mungkin dia salah... Terserah pada kita nak melihat atau menilai dari aspek dan sudut pandang yang mana... Aku takkan melatah untuk suruh En Hassan buat filem dan buktikan yang dia buat filem lebih baik dari kita... Sebab, tugas pengkritik adalah mengkritik.. Aku sangat respek pengkhususan itu... Dia menjalan tugas mengikut sudut pandang dan pendapat dia... Kita tak berhak paksa dia melihat dari sudut pandang atau pendapat kita... Segalanya soal pilihan, sama ada kita bersetuju dengan dia atau tak, itu perkara lain.. Yang penting kita dengar dan jadikan ia sebagai added value dalam diri kita... Tak kra la kita setuju atau tak...

Mungkin sebab aku lahir bulan Jun, aku suka lepak dan bersembang dengan orang berlainan pendapat dengan aku... Aku suka... Contoh yang paling dekat, aku nampak apa yang aku cuba bawa, dalam sesetengah atau kebanyakan perkara, sangat berbeza dengan Jaja, Ridset, Tomok, En Norman mahupun Fasyali... Tapi aku sangat suka untuk duduk bersama mereka... Aku suka bergaduh dengan mereka... Kerana ketika bercambah pendapat tu la, dalam nak mempertahankan diri, ketika itu lah kita ligat berfikir dan ketika itulah perkara2 yang tidak pernah kita terfikir akan kita fikir... Betul tak? Tapi amat penting diskusi itu dilakukan secara sangat terbuka... Jangan terlalu emosi.. Dalam konteks acara ini, sama ada pembikin atau pengkritik, semua berhak mengatakan apa yang mereka nak kata... Dan setiap seorang harus mendengar dsan menghormati pendapat orang lain... Tak kira pendapat pengkritik, pendapat pembikin mahupun pendapat penonton biasa... Jangan bertelagah...

Kepada Jaja, Azri dan Wakdol, korang teruskan perjuangan korang!!! Biarlah apa orang nak kata... Aku bangga dengan korang kerana sekurangnya korang telah buktikan yang orang Melayu ni bukan sekadar suka bermesyuarat, tapi melaksanakan apa yang dimesyuaratkan...

Secara peribadi, bagi aku filem sangat penting!!! Sangat penting!!! Tapi kita kena sedar banyak lagi perkara lebih penting dalam hidup kita... Sekadar memberi contoh, macam kata Yasmin Ahmad, kalau kita ada sejuta ringgit, mana lebih penting sama ada bikin filem atau menyediakan rawatan perubatan di kawasan yang mengalami masalah perubatan dan kemiskinan tegar...



p/s: Bagi aku, secara peribadi, peranan utama filem adalah membawa taraf kehidupan manusia ke satu tahap kualiti yang lebih baik... Bahagia, tenang, aman, etc... Jika filem sekadar untuk menghasilkan perbalahan yang mengkusutkan kehidupan kita, tak payah la buat filem... Baik aku meniaga ternak lintah.... hahahaha.. Kalau itu yang terjadi, aku benci filem!!! (Dan itulah yang terjadi malam tadi...=( )

10 comments:

azri abu hassan said...

entri anda juga paling jujur yg pernah aku baca selama aku hidup 24 tahun dalam dunia plastik (filem). Aku baca sambil tergelak kerana ayat2 ko begitu punch membuat aku tergelak ketika aku membaca pkl 3.16 pagi. Hilang ngantuk aku.
A'way, tahniah aku ucapkan pada ko dan team wak dol di atas kejayaan kita pada malam tersebut sehingga ramai orang datang dan orang dari luar pun turut memeriahkan majlis ilmiah yg di restui oleh Allah S.W.T

Ajami Hashim said...

Salaam bro..
..sejujurnya aku puas dgn ke-poyo-an wak dol & korang suma kerana tidak bersifat defensive 'menidakkan' apa yg org lain lontarkan sbg kritikan/pujian.. tapi seandainya korang nak 'timbul' di antara kebanjiran pembikin filem yg lain, ada ketikannya korang kena juga market-kan diri dgn 'kelebihan' & 'ilmu' yg sememangnya korang ada.. bro, itu baru sesi filem pendek dlm kampus yg aku rasa ruangnya sgt tertutup & terkawal (baca: semlm aku masih dlm mode 'selamat' utk memberi kredit pujian mana yg patut) ..jadi kalau korang betul2 mahu pergi jauh ke dunia perfileman sebenar (baca: arus perdana) sesekali korang kena berani bersuara dlm ertikata menerangkan yg kau panggil sbg 'jawapan cool' (baca: itu yg sepatutnya) ..dlm kepala aku masa tu pun pelik kerana aku PASTI korang ada jawapan2 itu.. kenapa aku tanya soalan2 biasa psl subtext & long-static-shot tu?.. sebab aku nak korang jawab dgn betul di depan pensyarah2 korang yg akan menilainya kemudian kan?.. (sori kalau aku silap kot2 penilaian dibuat panel lain?) ..dan kenapa aku agak sedikit 'keras' kpd jaja?.. kerana aku kenal dia saja nak uji sejauh mana dia akan pertahankan filem dia.. dan bagi aku dia berjaya buktikan dgn menjawab dgn kedengaran betul.. macam itu yg aku nak.. mcm juga cara azri menjawab walaupun agak defensive (azri, if u read this.. telan bro! telan!) ..so dipendekkan cer, korang kena BERANI MATI utk maju bro! jgn setakat seronok2 masa shooting ajer.. buktikan yg korang mmg filmmaker yg betul!

p/s: aku pernah tengok macamana osman ali dicincang2 oleh pengkritik/media/blogger dek filem anak halal dia dulu.. terduduk bro!

Anonymous said...

aalallaa jawapan wakdol sgt adorable..hahaha

sejujurnye jgk aku rasa,mmg wakdol jujur & aku plg suke jwapan dia pasal dia org jawa n dia org susah n anggap selipar tu sgt berharga..

same jgk dgn yasmin ahmad,dia buat citer multi racial sbb dia nk paparkan kehidupan multi racial malaysian...n apa yg dia paparkan dlm 'rabun',is what she sees in her parents..

kalau selalu & asyik nk ikot sgt teori,jd terlalu kejung plak kan..

well,these are all my opinion...;)

Kristal Media Group said...

azri;
gelak??? lawak ke??? fuh, nampaknya cerah peluang aku nak masuk Raja Lawak tahun depan... hehehe...

AjamiHashim;
pendapat saudara amat benar... tak ada salahnya... mungkin rasa rendah diri yang masih tebal di kalangan kami pada malam itu membuatkan kami sangat takut dan rasa segan nak berbicara dan menerangkan secara ilmiah di hadapan orang-orang dan individu yang sememangnya jauh lebih berilmu, berpendidikan dan jauh lebih intelek dari kami...

cici;
nampak sangat ko fanatik yasmin ahmad kan... hahahhaha... takde salahnya ci... hidupkan soal pilihan, dan ko berhak memilih... =)

renung dan tenung said...

mir, aku hargai penghargaan yg ko bg kat aku, biarlah mir... aku tak sanggup lepaskan peluang malam tu dengan sia - sia. biar org tahu kisah benar siapa yang mengalaminya. kalau aku tak cerita, tak ramai yg tahu. bukn aku nak biar org saja2 tahu. tapi sekurang2 nya ambik tau. bukan kat kisah aku. tapi kat kisah hidup setiap manusia 2 yg datang. pada aku jangan banyak sangat di jaja falsafah filem yang masih mentah, sebenarnya banyak falsafah filem dicedok dr medium seni yang lain, sebab dah terlampau dijaja kan, itu yang tak sedar org2 filem ni cakap benda yang tyengah dipinjam. kadang2 bosan mir aku tengok, orang yang tak nak jd diri sendiri.syukur dengan apa yg ada. aku kesian mir84092008

Anonymous said...

kita perlu percayakan hasil kerja kita lebih dari kata-kata dari mulut kita atau orang lain.

Anonymous said...

aku pertama kali melihat short film tersebut malam itu jugak...tak tahu la org lain..citer tu masuk dalam hati (konon nk nangis la) cukup sekadar terasa sedih...
mendengar jawapan wakdol malam itu, aku bertanya orang sebelah, "macam nak nangis je" dan orang sebelah tu mcm sokong.."yela tu"..sebenarnya aku nk jugak cakap..itu memang lahir dari dalam diri wakdol...mungkin ada rasa sebak mengenang kisah lampau...(wakdol..takkanlah nangis) huhuhu...
tahniah buat wakdol dan rakan-rakan...

---ape benda ko ckp ni norfa---

Anonymous said...

azmir- terima kasih mir. selagi terdaya, selagi Tuhan izinkan. InshaAllah. jaja pun suka lepak dengan kamu dan rakan2 sebab perkara yang sama juga...


ajami- wah2 baru gue fahem, tapi gue ngaku gue gugup, blur. semua ada deh.=) thanks, next time, i`ll b more prepare=)

Anonymous said...

aku suke tulisan ni..buat short je kot..xpayah nak beria2 sgt...bukan buat bisnes berjuta pun..so,xpayahla nak kecoh psl benda2 remeh tu..
yg plg penting skl dlm hidup ni xkire apepun kite buat..kene ade rase..haha..

Zura Firdaus B. Japri said...

cakap pandai... sudahlah. 23 tahun aku hidup, yang aku dapat tau, semua cakap pandai. ilmu itu ilmu ini. belajar itu belajar ini, bangang dia macam tu jugak. semakin tinggi darjat ilmu, semakin huru-hara manusia. bangang! bagi aku azmir, wakdol, ridset, Gjan dan yang kau cakap bodoh tu tak bodoh. lima thun aku kenal kwn2 aku bukanlah bodoh, tetapi menerima salah asuhan. bukan aku maksudkan dari ibu bapa. tetapi salah menerima pengalaman. apapun tahniah untuk kwn2 aku sbb berjaya "memartabatkan" dan "menaik tarafkan" industri filem di TEKA!!!