Saturday, January 10, 2009

KELUARGA SAYA & MINGGU INI


Aku makin jarang menulis kat blog ni… Sebabnya? Sebabnya aku tak rasa nak menulis… So, aku pu tak menulis la… Bila aku rasa nak menulis, aku menulis la… hehehe… Sebenarnya aku rasa segan jugak bila aku baca balik kebanyakan entri aku sebelum ni… Ntah la, aku rasa segan… Aku rasa aku poyo giler dalam entri-entri sebelum ni…hahahaha… kiranya,aku malu sendiri la ni… rasa nak menyorok muka bawah meja pulak…

Hari ni, selepas beberapa bulan sejak raya Aidilfitri aritu, keluarga aku sekali lagi berkumpul…. Berkumpul di rumah kakak aku di KL…. Aku dgn adik aku dari Shah Alam… Emak bapak aku dari Ipoh… Kakak aku yang seorang lagi dari JB sekeluarga… So, Dina@ budak gemuk & Sha, dua orang anak sedara aku yang berusia 2 tahun 4 bulan bertemu lagi… (aku rasa aku dah bagitau yg diorg ni lahir selang seminggu je…) So, bila diorang dah berjumpa, kira macam satu geng la… Teringat pulak aku masa kecik2, suka sangat bila jumpa sepupu yang sebaya… Budak gemuk & Sha tak habis dengan main2, kejap baik, kejap begaduh, baik semula, gaduh lagi… ulang berulang… hahhaha… lawak je tengok diorg ni… geram comel rasa nak picit2…. Antara mereka berdua, budak gemuk lagi pandai bercakap… dah boleh sembang dah dalam pelat-pelat pun… Paling mengejutkan, dia dah pandai nyanyi lagu Ketahuan dari Matta tu… Mana dia belajar pun tak tahulah… Sha pula asyik nak meragam jer… mungkin dia masih tak selesa dengan sakit dia tu….

Sepanjang minggu ni, aku sibuk nak siapkan beberapa kerja tertangguh, uruskan bayar sewa dan bil-bil rumah… Selain tu, aku dah daftar hostel kolej…. Bukan aku nak duduk situ, tapi sebab aku cadang dalam sebulan dua ni aku pindah menyewa rumah kat Shah Alam… Seksyen 13 ke, seksyen 7 ke, batu tiga ke… So, kalau ada kerja2 yg mmerlukan aku smpai lewat malam kat fakulti, tak payah la aku balik rumah.. boleh tidur kat kolej je….

Mengenai program Retrospektif yang aku rancang, aku masih belum dapat kata putus dari fakulti… Aku naik risau ni, sebab 27 haribulan ni aku dah nak berlepas ke Jakarta… Takpe, aku tunggu jer… Tapi aku decide, aku hanya akan tunggu sampai tengah bulan ni je untuk fakulti beri kata putus… Kalau diorang masih tak bagi kata putus, aku akan tarik program ni masuk bawah syarikat aku… Biar syarikat aku je jadi penganjur…. Senang cerita... Aku memang rimas la kalau kerja banyak sangat prosedur dan birokrasi….Aku dah SMS kat Rudi Soedjarwo, Riri Riza dan Hanung Bramantyo… Mereka menunjukkan minat untuk hadir.. Mereka menunggu perkembangan lanjut dari aku… Mereka mahu tahu tarikhnya kerana mahu tengok jadual mereka, sama ada mereka free atau tak… Tapi aku masih belum boleh beri kata putus sebab fakulti masih beri keputusan… Segan pulak aku rasa dengan pengarah2 ni…

Kepada Cici, untuk bagi ko jeles, aku nak bagitahu, hari kedua kat Jakarta nanti, aku akan ke Bandung!!! Hahaha… Cuma belum pasti sama ada akan naik kereta atau keretapi… Tapi aku pergi Bandung ni kejap je kot, sebab banyak benda nak diselesaikan di Jakarta… Aku ada temujanji nak jumpa pengarah-pengarah ni tadi dengan beberapa penggiat filem yang lain… Selain tu, beberapa rakan aku dah menunggu aku di Jakarta dan Bandung.. So, kena bahagi-bahagi masa la nak jumpa semua ni…

Bercakap pasal soal lain pula, dalam seminggu dua ni, banyak sangat kawan-kawan datang pada aku bercerita pasal terasa hati… Walaupun mereka bercerita tentang terasa hati pada orang lain, tapi ntah la.. Aku tak berani nak komen… Sebab aku rasa, kalau nak cakap pasal terasa hati, lagi ramai kat luar sana yang terasa hati kat aku… Termasuklah kawan-kawan aku sendiri… aku rasa semenjak dua menjak ni aku terlalu pentingkan diri…. Tapi, ntah la… Aku rasa aku hanya melakukan sesuatu untuk hidup aku… Mungkin mereka terasa hati sebab aku kurang masa untuk kawan2… Tapi, aku bukannya buat apa, aku hanya banyak habiskan masa bekerja dan bersiar-siar seorang diri melayan perasaan… Kalau nak diikutkan, semua tahu, memang aku dari dulu sejak dibangku sekolah memang selalu begitu, pada waktu-waktu tertentu suka bersendirian… ntah la..

Sekarang, aku masih mencari masa yang sesuai untuk shoot dokumentari aku yang masih tertangguh… Memang kalau ikutkan nak shoot bulan 12 aritu… Tapi tak sempat nak kejar… Banyak kerja nak kena buat… So, dalam seminggu dua ni pun agak pack…. Aku harap, lepas balik dari Jakarta & Bandung nanti boleh la… Kalau tunggu lama lagi, confirm habis duit ni aku buat belanja nanti… hahaha…

Opsss…. Aku tak cukup masa… Banyak giler lagi aku nak tulis… maklumlah, dah lama tak menulis… hehehe… tapi aku kena balik ni… famili aku ada kat rumah ni….Nak main dengan budak gemuk & Sha… hehehe…. K, bye… c u then…






p/s; Sejak aku main binatang bernama blog ni, aku makin ramai kawan, makin ramai kenalan, makin ramai mendekati, makin ramai membenci, makin ramai memaki, makin ramai memuji… Tapi apapun, apa aku peduli… Kalau boleh aku malas nak pikir… Tapi, aku ni manusia yang jenis asyik nakkan kesempurnaan… Nakkan semua orang suka aku… Mana nak dapat… Aku pun ada tak suka orang… so, aku tak boleh harap semua orang suka aku… Fikirkan pujian, aku jadi angkuh, berlagak dan poyo… Fikirkan kutukan, aku jadi runsing dan tertekan… So, aku selalu berfikir untuk berhenti main binatang ni… adakah itu yang terbaik???? Patutkah aku berhenti????

4 comments:

Anonymous said...

tolong tolongggg bgtau aku kalau rudi n riri dtg..aku nk jmp dorang!...

karatz said...

hahaha
pe nk malu..
aku pn kekadang rs over gak bila preview blk yg da lepas2..
but,samting rasa yglen timbul..kepuasan n lucu..haha
keep writing.. =)

Fasyali Fadzly said...

bagi aku, aku dah jadikan blog sebagai tempat paling jujur pernah aku jumpa. kalau ko mahu lihat kejujuran diri ko, ko perlu teruskan blogging. this is just a journal. ko review balik perkara yang ko dah buat n wat penambahbaikan.

itu pada aku la. tak tau la ko camne..

ceri masam said...

buat short docu? wow!

apa tajuk?

btw, bloggin itu pilihan awak!
buat je apa yang awk rasa patut!

buat keroje best2! dan buat keluarga hepi!

my 2 sen sahaja :p