Bila April tiba
Hati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita
Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi
Pagi-pagi Sabtu, aku baca newspaper tentang pemergian penyanyi dan pejuang lagu puisi Zubir Ali ke rahmatullah... Aku akan rindukan dia... Rindukan suaranya.. Rindukan perwatakannya yang sentiasa tenang di hadapan orang ramai, setenang lagu-lagunya..
Nak kata aku peminat sejati atau die hard fan dia tak la jugak... Tapi, aku suka lagunya.. Dan aku suka suaranya.. Walau lagu yang sama, penyanyi lain yang nyanyi takkan sama macam dia nyanyi... Dia nyanyi ada soul...
Aku membesar dengan lagu-lagunya... Macam Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang, Doa, Penantian dan banyak lagi... Betul kata orang, bila di depan mata, kita tak pernah hargai... Tapi bila sudah tiada, baru kita merasai kehilangannya..
Penantian- Zubir Ali
Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku
Ya, sangat betul dan sangat bersetuju... dalam suka duka meniti hudupku.... =)
p/s; Hari ni sampai isnin ni, selama 3 hari, kawan2 kelas aku satu kelas pergi lawatan ke Melaka... bestnya... aku nak ikut... tapi... selamat bergembira rakan-rakanku... peace!~ =)
5 comments:
heh!
jgnla sentimental sgt bang..kool..
iskadarzulkarnain;
ko tak sedih ke kehilangan satu aset penting bangsa? Aku hanya meluahkan kesedihan itu... =)
BILA APRIL TIBA..
HATI MULA BERKATA..
APIN TAU APA YANG BEKATA-KATA N TEFIKIR2..HEHEH..APA LG,HADIAH NAK BG KAT APIN NGN K.NGAH LA..HAHAHAHAHAH..
DUN 4GET MY BUFDAY..
xoxo;
kalu buat2 lupa boleh tak?? hehehe
Post a Comment