Tuesday, March 31, 2009

REPUBLIK SIAL 3

Sedang aku khayal dalam dunia aku sendiri dengan keseronokan alam filem dengan projek2 syok sendiri di alam yang seakan fantasi dan ilusi, seorang sahabat mengejutkan aku tentang realiti kehidupan sebenar...

Seorang sahabat universiti yang telah tamat belajar dan kini tinggal di kampung... datang dari kampung bercerita hal tanah dan maruah...

dengan penuh amarah, katanya, tanah pusaka keluarga diceroboh... diceroboh dengan penuh hina hanya setelah beberapa ketika bapanya meninggal dunia... keluarganya jadi mangsa... menjadi mangsa akibat kurangnya ilmu generasi terdahulu... membeli tanah tanpa penukaran nama di geran... dan setelah puluhan tahun tanah itu diusaha hingga mampu membesarkan dirinya dan adik beradik yang lain, tiba-tiba datang orang lain dengan rakus merampas... mengupah jentolak untuk memusnah kebun dan tanaman sawit dan kelapa yang telah lama diusahakan... Dan dia, dari seorang sahabat yang aku kenal bersahaja, menjadi anak Melayu yang penuh amarah... seperti katanya, betapa sialnya manusia yang tak menghormati maruah orang lain (lebih lagi melibatkan keluarga)...

Aduh, Melayu dan soal tanah tak boleh dipisahkan...

Dan betapa kejamnya manusia yang punya ilmu dan pengetahuan (kononnya) merenggut nyawa dan nadi golongan-golongan susah sepertinya... BINATANG!!!! SIAL!!!!

Manusia menjadi semakin kejam dan tidak adil... Yang susah dan terpinggir akan terus ditekan hidup mereka hingga menjadi sehina mungkin... Yang kaya, terus menggunakan kuasa sambil bergelak ketawa sambil minum ekspresso di kafe asal Itali...

Aku tiba2 menyumpah seranah kepada pemimpin hero bangga yang kononnya gah dan dijulang di pentas politik... Diangkat melalui sokongan orang bawahan, disokong melalui pengorbanan tenaga, wang dan masa oleh golongan bawahan... Tapi akhirnya, mereka boleh tersenyum sambil membawa New York Times di lobi Sheraton dan berbicara di pentas pelbagai kongress dan simposium... Tapi, anak-anak terpinggir yang mengabdikan diri memberi sokongan akhirnya terus hidup tertekan dalam penuh kepayahan meneruskan survival untuk mencari sesuap nasik dan belanja hidup keluarga dalam dunia yang serba serbi mahal kini....

Sori, aku tak berniat mahu menghukum sesiapa... Tak menyalah golongan bawahan atau mengutuk golongan atasan... Sekadar ingin saling mengingat.... Kepada yang dibawah, sedar bahawa perlunya ilmu dalam survival hari ini.. Lihat apa yang terjadi jika kita terus leka dan berpuas hati dengan apa yang ada... Kepada yang di atas, di antara kita sibuk berbicara penuh ilmiah yang menjana rakyat berpemikiran global kelas dunia, kembali kepada realiti kepada betapa ramai lagi yang menjadi mangsa modeniti hari ini.. Bukan mereka tidak berusaha tetapi keadaan sedia ada mengekang untuk mereka melangkah lebih jauh dan akhirnya mereka terpaksa rela dengan apa yang ada... Jadi, kalian di ataslah yang harus turun berusaha memulihkan situasi ini... Memang payah, tetapi berusaha itu kan lebih baik dari hanya menyerah...?




p/s; betapa insafnya aku bahawa sekurang aku bertuah dilahirkan dalam keluarga aku sekarang.... meski kami tidak kaya, tapi ibu bapa aku tak pernah miskin untuk memperjuangkan betapa tingginya nilai ilmu untuk anak2 agar kami tidak akan lemas dan tenggelam dalam dunia serba kejam hari ini... (sejak beberapa tahun lalu, aku mengerti betapa pentingnya pendidikan, dan itu akan jadi pegangan kepada keturunan aku nanti... InsyaAllah, jika Allah merestui...)

No comments: