Sunday, November 16, 2008

REVIEW 2008 – TAHUN PENUH KENANGAN

Sesetengah orang mengatakan bahawa hidup harus dinikmati sebebasnya… Apa saja yang datang, kita nikmati saja… Tak perlu merancang atau merangka hidup kita sebab semua itu hanya akan buat hidup kita kaku dan tak bebas..

Aku tak menafikan kebenaran kata-kata itu... Tapi aku masih berpegang pada hidup ini adalah soal pilihan... Kita berhak memilih jalan mana atau cara mana untuk menjalani hidup kita ini.. Tak ada cara yang salah....

Jadi, aku memilih untuk hidup dalam perancangan... Memang sejak sekolah menengah lagi, aku biasakan diri untuk merancang hidup aku... Memang aku sedar, jika aku mahu mengubah nasib keluarga aku, aku harus merancang dan berusaha memenuhinya.. Tiada jalan mudah...

Sebab aku tahu, jika mahu taraf hidup aku meningkat, aku harus merancang... Aku bukan lahir dalam sebuah keluarga yang mewariskan harta jutaan ringgit untuk aku belanjakan sepanjang hidup aku... Aku juga tidak dilahirkan dalam keluarga tokoh yang hanya boleh membuat duit dari pengaruh dan nama keluarga aku... Aku lahir dalam keluarga biasa yang mana bapak aku hanya seorang kakitangan kerajaan yang dibesarkan dari hasil menoreh getah...

Ya, famili aku bukan famili berada... Tak dinafikan bahawa moyang aku dulu memang agak kaya, namun atas kealpaan manusia yang dilakukan oleh arwah Datuk aku ketika zaman mudanya, segalanya hilang sekelip mata... Aku tak salahkan dia, setiap manusia pernah alpa dan melakukan kesilapan... Mungkin Tuhan sudah takdirkan bahawa bapak aku dan aku harus memulakannya dari bawah... Jika famili kaya sekarang, mungkin aku sekarang hanyalah seorang remaja yang hanya tahu membazirkan harta emak bapak... Ya, sekurangnya aku sekarang belajar untuk menghargai setiap yang aku ada... Aku dapat saksikan bagaimana arwah datuk aku meninggal dunia sehelai sepinggang walaupun aku mendengar cerita kehebatan dan kemewahan hidup zaman mudanya...

Ya, semua itu pinjaman... Kekayaan itu sementara.. Arwah Datuk aku hilang semua kekayaannya dalam sekelip mata... Akhirnya, bapak aku terpaksa dibesarkan dan disekolahkan hasil upah nenek aku yang terpaksa menoreh getah... Sesekali bapak aku turut pergi menoreh bersama... Dari hasil menoreh getah, dia membeli baju sekolahnya yang jarang berganti... Untuk mendapat duit belanja, bapak aku terpaksa bekerja di kantin sekolahnya pada waktu rehat... Hasilnya bekerja waktu rehat itu, dia mendapat upah untuk dijadikan duit belanja untuk makan pada hari itu... Sebab itu dia hanya boleh makan ketika waktu rehat sudah semakin hampir untuk tamat...

Akhirnya, dengan kelulusan SPM yang serba sederhana dan sedikit bakat melukis, bapak aku diterima bekerja sebagai pelukis pelan di JKR (Jabatan Kerja Raya)... Hasil gaji pertamanya yang tak sampai RM200 ketika itu (tahun 1973), sebahagiannya diserahkan kepada opah aku, sebagiannya untuk perbelanjaan diri bapak aku sendiri manakala sebahagian lagi digunakan untuk membeli sebentuk cincin suasa (yang mana cincin itu berada di jari aku sejak lima tahun yang lalu... bagi aku, cincin ni pemangkin semangat setiap kali aku tengok ia di jari aku...) Tak lama, dia dinaikkan pangkat menjadi Pelukis Pelan Kanan, jawatan yang bakal disandangnya hingga ke penghujung kerjayanya. Kerana dengan hanya kelulusan SPM, itulah jawatan tertinggi yang boleh dia perolehi...

Namun begitu, meskipun tidak bergaji terlalu besar, aku dan adik beradik aku tak pernah merasa kesusahan dalam hidup... (Tak pernah la kitorang kebulur tak makan... Cuma kalau nak makan KFC tiap-tiap bulan tu susah la sikit...)

Tu sebab aku tak boleh nafikan kalau soal financial management, bapak aku yang terbaik!!! Macam mana la dia menanngung hidup kami sekeluarga dan anak-anaknya yang hanya tahu nak hidup mewah sedangkan gajinya tidaklah sebesar mana.... Semakin aku membesar, semakin aku cuba memahami kemahirannya itu... Ya, sampai sekarang aku banyak belajar tentang pengurusan kewangan dari dia.... Terutamanya tentang menguruskan kewangan keluarga... (tapi aku ni boros... susah nak jadi macam dia...) Bapak aku sentiasa menekankan, bahawa dalam hidup ini, jangan pernah gagal merancang...

Harapan aku untuk hidup aku memang besar... Tapi, kalau aku tak dapat capai semua itu, cukuplah untuk aku dapat taraf hidup aku yang lebih sedikit dari bapak aku... Bapak aku dah ada tahap tu, takkan aku nak teruskan dengan tahap tu saja...

Ok, beralih kepada review tahun 2008 aku.... Walaupun rancangan aku hanya dapat dilaksanakan sekitar 60% hingga 70% sahaja, tapi aku rasa itu pencapaian yang agak baik... Aku memang selalu melakukan penilaian terhadap perjalanan aku pada sesuatu tahun tu pada bulan November atau awal Disember... Sebab bagi aku, bulan Disember tu mungkin dah boleh digunakan untuk merancang aktiviti tahun hadapan pula...

Suku Pertama
1) Suku pertama 2008 bermula dengan baik sekali apabila aku dapat melanjutkan pengajian ijazah aku sepertimana mana yang dirancang setelah terlewat 6 bulan akibat kesilapan aku mengisi borang... (bak kata Ridset, tak guna ada diploma kalau isi borang pun tak reti... hahaha)
2) Sekali lagi permulaan tahu yang baik apabila syarikat aku memenangi tender projek menerbitkan telemovie Gelanggang Impian untuk RTM dengan menggunakan lesen sebuah syarikat lain yang lebih kukuh. Kalau guna lesen syarikat aku, belum boleh dapat kot sebab aku takde kabel besar kat RTM. Hehehe... Dek bermacam kekurangan di peringkat persiapan, banyak kelemahan dan kecatatan dalam telemovie ini... Bagaimanapun, bagi aku itu sesuatu permulaan yang baik...
3) Beberapa tawaran video korporat dari beberapa buah syarikat terpaksa aku tolak sebab aku sibuk dengan studi... Tapi aku pas la kat company kawan aku... Dapat jugak aku komisen sikit...

Suku Kedua
1) Impian aku melawat Esplanade di Singapura tercapai juga akhirnya setelah banyak kali tertangguh...
2) Filem dokumentari aku `Aku, Filem & Kuala Lumpur` berjaya menjalani penggambaran hasil keluar duit poket dan tajaan daripada FINAS... Walaupun tidak berjaya disiapkan disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, aku masih menganggap ia satu latihan yang banyak mengajar..

Suku Ketiga
1) Waktu berat bagi aku... amat berat... Tak ada perancangan yang dapat dilaksanakan pada suku ketiga tahun 2008 selain hanya menghabiskan duit mencari diri ke Sarawak, Batam Indonesia dan Kuala Terengganu.

Suku Keempat
1) Menjadi penerbit untuk filem pendek Rumah Kecilku Ada Kelambu... Ini projek Wak Dol... Aku hanya menolong... =p
2) Aku teruskan impian nak buat jugak filem dokumentari... So, terpaksa keluar duit poket lagi... Hahaha... tajuknya masih belum diputuskan, tapi ia berkisar tentang feminisme...
3) Aku dah block jadual aku untuk dua minggu dalam Disember ini dan aku berkampung di Johor Bahru untuk menyiapkan skrip feature film... Aku nak buat cerita yang aku nak buat... Halanya ke mana skrip ni lantaklah.... janji aku nak buat apa aku nak buat..



p/s ; Malam kemarin aku nak sms wak dol, tapi tersilap hantar ke seorang kawan aku ni... Tiba-tiba dia marah aku sebab tersilap antar... Pelik aku, tersilap antar sms pun nak marah... Padahal dia pun pernah beberapa kali tersilap antar sms kat aku... Nak antar kat adik dia, terhantar kat aku... Nak antar kat boyfriend dia pun ada tersilap antar kat aku... Tapi aku buat bodo je la.... Bila aku tersilap, beriya-iya pulak dia nak marah... Pelik pulak aku... =(

6 comments:

Anonymous said...

Suku Keempat
1) Menjadi penerbit untuk filem pendek Rumah Kecilku Ada Kelambu... Ini projek Wak Dol... Aku hanya menolong... =p
2) Aku teruskan impian nak buat jugak filem dokumentari... So, terpaksa keluar duit poket lagi... Hahaha... tajuknya masih belum diputuskan, tapi ia berkisar tentang feminisme...
3) Aku dah block jadual aku untuk dua minggu dalam Disember ini dan aku berkampung di Johor Bahru untuk menyiapkan skrip feature film... Aku nak buat cerita yang aku nak buat... Halanya ke mana skrip ni lantaklah.... janji aku nak buat apa aku nak buat..

Semua agenda kau ni aku sokong..especially yg feminisme tuu!..jgn lupe calling2 kalo nk pertolongan ape2..(tesis aku kan pasal feminisme..n walaupn aku ade bf,aku ttp rase kdg2 aku ni seorg feminis..huhuhu)...

Anonymous said...

hahahah..
pencapaian yg baik jgala tahun nie kan..even ada kekurangan..n tak lupa gak jiwa yang kacau begelodak dalam diri azmir..hahaha..
sabar and tabahkan hati+jiwa kay..
semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..

p/s apin tau azmir msti cakap "entahla" ur fav words.. =)

SAMPAH said...

kalau ke johor bagi lah tau insyaallah aku ada kat johor masa tu kalau aku tak bz d s.alam... zaidi

Booty Martinez said...

pencapaian seterusnya ialah...

huhuhu

Kristal Media Group said...

nona civi;
thanxs... apa2 aku call ko... =)

xoxo;
thanks atas nasihat yg tak pernah putus.. =)
tapi, apapun, entah la... hehehe

wizard;
isnyaAllah... aku lama kot kat sana... cadang nak turun singapore skali...

norfa;
pencapaian seterusnya... my first feature film... doakan aku...

Attila razmie said...

semoga berjaya..:P sokong aje..