Wednesday, November 5, 2008

ADA

Ribut datang memperkosa
Sesak nyawa dalam jiwa
Bila roti kering
Jalan pulang
Yang kau fikirkan
Habis dilarikan
Habis dilarikan mergastua

Dalam kecewa
Dihimpit rasa
Lapar dan dahaga
Sajian susu ikan merah
Suara pengalaman
Mendamaikan
Panji gelora yang sempat singgah

Kau hilang pertimbangan untuk pastikan
Apakah kau sedar atau dilamun khayalan

Dalam hutan ada taman
Dan dalam taman ada puterinya
Dalam baju ada cinta
Dan dalam cinta ada segala-galanya

Dalam awan ada hujan
Dan dalam hujan ada lautan
Dalam aku ada dia
Dan dalam dia ada kita ada semua

- M. Nasir


p/s : Demi alam yang luas, bebaskan beta lepas.... =)

7 comments:

Vitamin said...

aku ingat puisi ko.. ni lirik lagu m.nasir....

bg kredit beb.. kena ada etika itu.

semut kecil said...

dah.. aku dah tulis...

coffeeHolic said...

ini lagu faveret saya=)

semut kecil said...

coffeholic;
me too... =)

situmas dauz said...

aku tak tau samada lirik ni arwah loloq atau m.nasir sendiri yang tulis...

kalau arwah loloq yang tulis, aku kena tabik kat arwah sebab berjaya buat aku tak faham dengan ayat-ayat dia ni...

hehe...

Imillya Irwani said...

aku dah tak sepuitis dulu...
mampus pening klu nak pahamkan ayat2 camni...
huhuhu

semut kecil said...

imillya irwani;
ko tak payah la jadi puitis... jadi puitis ni kena sensitif... bila sensitif ni, banyak buruknya... ko akan terlalu mudah terasa hati,lalu dipendam dan jadi racun dalam diri yang membunuh hati perlahan-lahan lalu hilang kesakitan yang amat sangat...