Monday, November 10, 2008

MUNGKIN BETUL…

Malam tadi aku membelek kembali koleksi majalah aku… Aku membelek kembali majalah Siasah aku.. Majalah Siasah adalah majalah pop politik + seni (terma aku sendiri, macam salah je... hehe)... Diterbitkan sekitar tahun 2002 dan awal 2003, iaitu kira-kira 6 tahun lalu... Majalah ni boleh dikata majalah paling aku suka dalam sejarah hidup aku... Tapi sayang majalah bulanan ni hanya bertahan 12 keluaran (setahun) dan akhirnya terkubur dan kemudian muncul semula menjadi akhbar tabloid politik berhaluan kiri yang aku tak minat nak baca... Antara tokoh yang sempat menghiasi kulit depan majalah itu masa tu adalah Dato Seri Abdullah Badawi, Hishamudin Rais, Uwei Shaari, Nurul Izzah... Antara penulis yang menulis dalam majalah itu antara SN Datuk A Samad Said, Loloq, Abror Rivai (1st batch FSP), Khalid Jaafar (Pengarah Eksekutif IKD), Helmi Hanafi, Fathi Aris Omar, Namron, Ellie Suriaty dan banyak lagi...

Aku selak balik satu persatu helaian setiap 11 keluaran majalah Siasah yang aku ada (sebab aku takde keluaran pertama). Aku tengok kembali bahan bacaan aku ketika aku yang ketika itu berusia 17 tahun... Ketika itu aku hanya budak tingkatan 5 yang bersekolah di sebuah sekolah kampung di Perak yang tiada bebanan, tiada tanggungjawab dan tiada kekangan lalu menghabiskan masa hanya dengan membaca majalah dan mengadap komputer (maaf, belajar untuk SPM itu bukan tugas saya... kerana itu saya pemimpin pelajar pada hari ini =p )

Dan membelek majalah itu mengingatkan aku ketika itu aku begitu asyik kisah-kisah yang aku rasa semakin hari semakin aku tinggalkan... Kisah tentang Rachel, seorang gadis Amerika yang mati dibunuh oleh Israel ketika mempertahankan sebuah keluarga Palestin.. Komik bersiri tentang hikayat Mahabrata... Catatan mencari Tuhan di kota teks... Satira penyelidikan saintis Eropah abad ke-18 tentang Platipus dan pemikiran orang Melayu... Kisah seorang anak gadis awal 20-an dari Sabah yang ke Jurusalem untuk berjuang bersama masyarakat di sana.. Kisah sejarah pengembaraan Rasyid Redha ke negara-negara Timur Tengah kira-kira beberapa ratus tahun yang lalu untuk membuka kejumudan pemikiran umat Islam ketika itu... Banyak lagi la...

Dari majalah itu juga aku mengenal tokoh-tokoh seni (seni halus, seni tampak, filem, muzik dan sebagainya).. Mengenal Fuad Osman, Syed Ahmad Jamal, Satyajit Ray, Raja Shahriman dan banyak lagi...


Itu semua amat berbeza dengan aku hari ini yang terlalu asyik membaca dan memikir macam mana nak dapat projek buat drama komedi kat Astro, macam mana nak buat cerita yang laku dan boleh dapat duit, macam mana nak kumpul duit beli Toyota Celica, asyik nak bercerita tentang kisah awek cun, mana nak shooting dokumentari yang nampak urban untuk bagi budak muda tengok, seluar apa yang sesuai dengan t-shirt radioactive dan sebagainya..

Mungkin aku terlalu mengejar untuk kelihatan cool, urban, stylo dan hebat dalam dunia hari ini..

Mungkin betul kata Zura... Aku semakin hari semakin berubah... Semakin mengejar dan mengikut arus moden dunia yang semakin hari semakin `kosong` dan sempit pengertiannya...

Entahlah.. Tapi aku harus survive... Aku perlukan semua itu untuk hidup aku dan keluarga aku...

Entahlah...

Semalam Wak Dol cerita buat kali ketiga kisah Perang Salib pada aku. Kisah bagaimana perang antara tentera Islam pimpinan Salahuddin Al-Ayubi dan tentera Eropah pimpinan Richard The Lion. Wak Dol selalu tekankan bagaimana dalam roh dan semangat perang yang membuak-buak, pertikaman dan pembunuhan jadi agenda, Salahuddin Al-Ayubi masih sempat melawat Richard The Lion yang sedang sakit ketika itu untuk bertanya khabar.. Begitulah besarnya pengertian toleransi dalam Islam...

Tapi aku minta maaf... Aku akui yang aku tak mampu untuk menjadi setoleran Salahuddin Al-Ayubi... Aku tak mampu... Maafkan aku...





p/s : Setiap penulisan yang ditafsir secara mudah dan straight forward hanya akan memperolehi tafsiran yang mudah dan jengkel... Aku rasa penulisan harus ditafsir maknanya lapisan demi lapisan dan fahaman semantiknya agar kita memperolehi makna hakikat di sebalik tulisan itu. Peace... =)

3 comments:

Attila razmie said...

aku tag kau..buat tau..:P

Kristal Media Group said...

tag tu mende???? sori la... aku ni buta IT....

closed said...

hang ni rajin btol update blog....org suka menulis katakan....