Sunday, January 6, 2008

IDEA MEJA MAKAN

Menghabiskan masa hidup aku yang blur, sedih dan boring ni (seperti yang kebanyakan kawan aku kata), aku selalu menghabiskan masa di depan komputer, di puncak perdana, kedai mamak, kedai buku, panggung wayang, panggung teater dan memandu kereta seorang diri dan berangan (selain dari bekerja la...)

Dan semalam aku sempat lepak bersama amin dan epul di kedai Abang Jan kat kandang. Dari perbincangan yang separa serius (tentang awek sebenarnya, hahaha), kami kemudian beralih pada satu topik yang nampak tak berapa serius (sebab sembang kat gerai makan), tapi bagi aku mencetuskan satu semangat bagi aku. "Allah itu memang Maha Pemurah mencurahkan idea seadanya kepada kita".

Ia bermula bila aku cakap aku sebenarnya sejak sekian lama mengimpikan akan wujud sebuah filem romantik di Malaysia, tanpa gangguan watak komedi lakonan pelawak terkenal tanah air. Kehadiran filem `Cinta` seolah sedikit sebanyak mengubat penantian panjang aku tapi masih belum cukup memuaskan hati aku sebagai seorang mat jiwang sejati. Hehehe. :-)

Dan bila aku cakap, aku sedang berbincang diperingkat awal dengan seorang penerbit dan pengarah untuk menulis skrip bagi filem mereka, epul dan amin tiba-tiba mengemuka satu idea yang pada mulanya aku dengar sebab nak jaga hati kawan je, tapi lama-lama makin aku terpikat. Dan akhirnya epul dan amin berjaya mengikat aku mengikuti flow cerita itu sampai habis. Kata mereka, ini idea yang telah dibrainstorm sekian lama. Betul ke tak, Wallahualam….. (sebab mereka asyik tersengih sesama sendiri je. Cukup la aku seorang je yang suka sengih)

Selama lebih sejam di kedai makan Abang Jan Botak sementara menunggu performance monolog Aizam kat fakulti, aku leka mendengar mereka bercerita tentang cerita ni sambil kepala ligat berfikir tentang keindahan cerita ini (walaupun beberapa kali lost concentration coz teringatkan awek cun yang lalu kejap tadi). Aku tak tahu kenapa, tapi mata Amin mulai merah bila cerita ni nak sampai ke pengakhiran yang memilukan. Sedangkan ini cerita dia. Rileks la amin, jangan sedih-sedih… :-) Peace bro!!! Aku lagi tengah sedih ni. Hehehe..

`A Moment To Remember` itulah tajuk sementara yang kononnya diberikan oleh mereka pada cerita tu. Pada Amin dan Epul, jika benarlah kata kalian tentang cerita ini, izinkanlah aku menghabis setahun dua ini untuk aku mengerjakan naskah skrip ini. Aku rasa pengalaman tu pulak akan jadi a moment to remember bagi aku.

Aku tak kisah meski idea itu kelihatan hampir sama yang pernah diaplikasi di barat mahupun Jepun atau Korea. Tapi, ia masih tak klise dan masih unik. Satu kenyataan yang aku pernah dengar walau tak pasti siapa yang mengucapkannya, `creativity its all about duplicate`. Terserahlah kita mengolahnya bagaimana. Sekurangnya kita telah hampir mendekati negara-negara itu dari segi idea (meskipun pelaksanaan mungkin mengambil 20 tahun lagi).

Semua ini menguatkan keyakinan aku selama ini bahawa idea-idea cerita yang hebat di Malaysia lahir di meja makan gerai jalanan. Tapi sayangnya ia tidak dapat menembusi tembok-tembok tebal untuk sampai ke tempat yang sepatutnya. Dan bak kata Epul, jika sampai pun, ia akan dicincang selumatnya menjadi sisa-sisa hayat industri perfileman Malaysia.

No comments: