Sunday, January 6, 2008

AKU MAHU PULANG!!!

"Manusia memang hidup dengan kenangan"

Setelah minggu lalu berlalu dengan pelbagai kisah (kebanyakannya menyedihkan…Ya, aku marah pada diri sendiri), aku ambil keputusan pulang ke kampung beberapa hari. Di samping untuk menyelesaikan beberapa urusan untuk pendaftaran syarikat dengan Kementerian Kewangan, dapat jugak aku berehat sekejap dari sesaknya fikiran (bukan jalan je sesak) hidup di kota besar…

Dan apa yang aku ingin cerita adalah sebuah kekuatan.... Sebuah nadi bagi aku...

Setelah memandu kereta MyVi makcik aku (bestnya pandu MyVi jika nak dibandingkan dengan Satria merah aku tu....), aku bermalam di rumah aku di Ipoh (walaupun aku empat beradik susah nak declare rumah kami di Ipoh coz kami anak kampung...).

Dan keesokan hari, perjalanan bermula... Sebuah perjalanan yang membawa aku ke masa silam yang indah....

Aku, Mira (adik aku), emak dan bapak dengan Toyota Prado bapak aku (kami panggil lori sebab bunyi enjin dia sebijik macam lori), pulang ke Kuala Kangsar... Dalam perjalanan, kami sempat berbincang serba sedikit tentang duit, pengurusan dan pelaburan... Dan dalam hal ini, aku diberi keutamaan. Memang emak bapak aku berharap kat aku dalam soal bisnez coz dua perkara utama. Pertama, sebab aku anak lelaki tunggal. Kedua, sebab aku minat. Dan mereka yang baru nak berjinak dalam bisnez kecil-kecilan (sejak emak aku pencen dan bapak aku bakal menyusul tak lama lagi) sentiasa ajak aku berbincang tentang soal itu... Mereka kata, kalau mereka dah hidup pada tahap tu, takkan aku nak ikut je... Aku perlu ubah tahap hidup ni...

Entahlah... aku kadang2 bangga punya emak bapak yang supportive, dan kadang2 jadi takut pun ada.. Entahlah.... Tapi InsyaAllah aku akan cuba realisasikan impian mereka dan semestinya jugak impian aku sendiri....

Perjalanan yang lebih kurang sejam tu, kami singgah di sebuah pekan kecil, Sungai Siput yang jadi terkenal sebab terletak di bawah kawasan Ahli Parlimen Datuk Seri Samy Vellu. (tiba-tiba teringat quotation Datuk Seri Samy Vellu menjawab provokasi dari wartawan ketika kes keretakan MRR2, " Saya kerja punya orang". Hahaha.)

Di situ, kami singgah di Fajar Supermarket (kalau dikira sekarang, mungkin ia sudah tak layak dipanggil supermarket. Mungkin mini market lebih sesuai). Bermulalah aku bernostalgia... Supermarket ini antara tempat shopping kegemaran keluarga aku masa aku kecil... Di waktu itu, Jaya Jusco, Giant, Tesco, Ipoh Parade dan segala macam pasaraya belum wujud lagi... Dan aku ingat lagi, di sinilah antara tempat aku menggayakan baju Kiki Lala dengan bedak penuh di muka... Hahaha. Comelnye..... Kerana di waktu itu, di mana lagi aku nak melaram selain dari tempat2 sebegini....

Sebaik kaki melangkah masuk, aku terdiam sekejap... Memandang sekeliling supermarket yang tak banyak berubah sejak 15 tahun yang lalu... Aku tersenyum seorang diri... Membawa kembali aku ke 15 tahun yang lalu...

Aku terus ke ruangan menjual kaset dan VCD. Di sini dulu pernah menjadi pembekal tak rasmi kepada koleksi VCD dan VHS aku yang entah di mana aku simpan sekarang... Dengan stok tak sampai ¼ daripada stok Music Valley atau mungkin tak sampai 1/10 daripada stok Tower Record, ruangan ini dulu, tak pernah aku lupa singgah setiap kali masuk ke supermarket ni..

Aku terus naik satu tangga menuju ke ruangan permainan kanak2. Di sini, tidak ada mainan canggih yang kita biasa tengok di Toy City atau gedung seumpamanya. Yang ada mainan kecil yang begitu popular pada zaman kecilku. Patung askar, senapang bodoh dan beberapa lagi... Tiada mainan untuk anak-anak zaman moden... Dalam hal ini, aku tak kisah supermarket ni tak mengikuti kehendak pasaran semasa kerana dengan semua ini, setidaknya, aku mampu kembali ke zaman silamku.. Hampir 20 minit aku menghabiskan masa dikelilingi oleh barangan permainanku... Bahagianya....

Sesampai tu rumah, opah aku terus bagitau " Tok Hassan kamu kenduri anaknya hari ni. Pergilah jenguk sekejap. Orang dah jemput tak baik tak pergi"

Selepas sembahyang Maghrib, aku dan famili aku sekali lagi naik lori tu menuju ke rumah Tok Hassan (Tiba-tiba aku teringat pengalaman pergi angkat kayu dengan Tok Hassan nak buat kayu api untuk masak masa kenduri Wan Teh lebih kurang 10 tahun lepas).

Sesampainya aku ke rumah Tok Hassan, aku tengok, di bawah khemah peralatan muzik sudah tersedia. Sekejap lagi, persembahan kugiran nak bermula. Dan bila aku tahu bahawa semua peralatan beserta pemuzik dan penyanyi malam itu dibayar hanya sejumlah RM350, aku terdiam... Apa diorang nak makan????? Dengan peralatan serba lengkap dan tenaga kerja kreatif sebegitu, di KL, mungkin aku terpaksa berbelanja RM5000-RM7000. Bapak aku terus mencelah " Jangan pikir semua orang kerja untuk duit". Ringkas... Tapi aku paham maksud bapak aku tu....

Kami pun makan dengan penuh selera (dah lama aku tak makan lauk kenduri ni...). Jam 9.30 malam, seorang demi seorang ahli kugiran mengambil tempat dan bermula lagi persembahan penuh kenangan. Mereka membawakan lagu dari tahun pop yeh yeh 60-an, rock jiwang 80-an & 90-an hingga kepada lagu Mawi... Dan malam tu, aku lebih suka layan jiwang melalui lagu-lagu tu daripada asyik pikir pasal arrangement muzik, vokal harmoni, pitching dan stage composition seperti kebiasaannya... (ada masanya, kita tak perlu terlalu educated! Hahahaha... Educated ke aku???? Hahaha)

Dan dari petikan gitar yang pertama, aku tiba-tiba teringat dan terus percaya pada kenyataan yang Datuk Baha Zain pernah dia cakap kira-kira 5 tahun lepas " Di Malaysia, apa yang berlaku, bukanlah kekurangan bakat, tetapi pembaziran bakat". Kita banyak bakat yang terbiar...

Bapak aku nampaknya layan gila performance tu. Mungkin ia membawa bapak aku ke zaman mudanya yang penuh keseronokan bersama rakan2 (yang seperti aku rasa sekarang). Emak aku pulak macam gelisah je. Aku tahu itu bukan jiwa dia... Dan perbezaan itu yang buat aku kagum... Kagum bagaimana cinta boleh menyatukan dua insan berlainan latar belakang hingga menjadikan aku! Bapak aku dengan zaman muda yang penuh agresif bersama kawan2 dilatari sub-culture yang hebat melanda negara pada tahun 70-an. Emak aku pulak dengan latar anak tok imam kampung yang cukup terbuka, masuk kelas menaip, kelas bahasa Inggeris, berusaha meningkat pemikiran Melayu dan bekerja di firma guaman yang boleh dikatakan kelas atasan. Dan mereka bersatu di atas pelamin cinta hanya ketika bapak aku berusia 21 tahun manakala emak aku 25 tahun... Fuh!!!! Hebat cinta ni kan.... Apa saja boleh jadi...


Jam 10, persembahan kugiran perlahan disertai acara joget lambak oleh anak2 muda kampung.. Mula seorang, berdua dan kemudian merebak menjadi ratusan orang aku kira... Adik aku sampai takut sebab dia tak pernah melihat suasana begini. Tak jauh bezanya dengan suasana di dance floor Zouk. Cuma, mungkin anak2 kampung ni lebih agresif dan lebih ekstrem barangkali... Mungkin ini tradisi yang dibawa sejak zaman dahulu... tapi aku fikir, jika terus begini, siapa nak ganti Pak Lah nanti... Entahlah....

Bila tengok emak aku makin gelisah, bapak ajak kitorang balik lebih kurang jam 11 malam.

Sesampai di rumah, aku terus menjalankan aktiviti yang aku rancang dari petang tadi. Aku terus menyelongkar almari foto-foto lama famili aku... Mulanya aku seorang. Kemudian, emak, bapak dan Mira pun join sama... Sejam kemudiannya berlalu dengan kami mengimbau kenangan-kenangan di sebalik semua foto-foto tu....

Dan malam itu, akhirnya aku lena bersama foto-foto tersebut..... (walau aku sempat diselangi memikirkan tentang awek cun di KL dan masalahnya... :-) )


Pagi esoknya, aku bangun pagi, di atas meja dah tersedia nasik lemak yang benar-benar lemak (tak macam nasik lemak kat KL yg dah buat aku pikir, "santan tak wujud lagi ke kat dunia ni"). Dan lebih mengasyikkan, ia dibalut daun pisang.... Aduh...asyiknya aku...

Jam 11 pagi, Jay datang ambil aku seperti yg dijanji sejak beberapa hari lepas. Jay, atau nama sebenarnya Bazrul Ozair atau dikenali dikalangan kawan2nya sebagai Bad. InsyaAllah, tak lama lagi dia jadi Tuan Bad. Hahahaha. Dia kawan aku sejak kecil merangkap dua pupu aku. Kami duduk berjiran dulu, sejak lahir. Dilahirkan pada tahun yang sama, kami kemudiannya membesar bersama-sama. Bergaduh bersama, bergurau bersama. Dan paling aku ingat, kepala dan muka aku pernah mengalir penuh darah merah setelah dia pukul kepala aku dengan senapang kayunya (kalau tak silap masa tu kami berumur 7 tahun). Setiap kali aku rasa parut kat kepala aku ni, aku pasti ingat dia. Kami tadika bersama, sekolah bersama. Tapi sampai darjah empat, dia pindah ikut emaknya (ayahnya meninggal dalam satu kemalangan ketika kami umnur 4 tahun pada malam 27 Ramadhan). Bila sekolah menengah, dia pindah ke KL di Taman Tun... Dan sekarang kembali ke Kuala Kangsar dengan tekad membuktikan duduk di kampung juga boleh berjaya...

Kami keluar ke pekan Kuala Kangsar sambil sembang2 tentang pelbagai perkara dari keluarga, bisnes hingga soal kenangan... Macam tak percaya, kawan aku main kejar2 masa kecik dulu dah jd bisnesman berjaya. J


Petang tu, dia hantar aku balik rumah. Aku sambung aktiviti aku (sementara tunggu emak bapak aku balik dari beli barang) dengan menonton filem Mimpi Moon sambil bergurau dengan opah aku. (maklumlah, cucu kesayangan...)

VCD Mimpi Moon adalah VCD original pertama yang aku beli! Dan menonton Mimpi Moon buat kesekian kali, aku menontonnya dengan rasa yang lain kali ini.

Pertama, jika dulu aku menonton, aku tak faham sangat ceritanya sebab tak faham bahasa Inggeris. Tapi, kali aku mampu layan jiwang dengan Moon dan Vina... Bukan hanya cinta tetapi keluarga dan persahabatan... Bagaimana Batu Suara menyatukan masyarakat Melayu, Cina, India, Inggeris, Vietnam, Sepanyol dan banyak lagi dalam satu komuniti yang cukup akrab dan harmoni.

Kedua, filem ini bercerita soal nostalgia, sebagaimana perasaan aku sekarang ni.. Aku faham bagaiamana perasaan Moon pulang ke kampung setelah mengharungi kehidupan masyarakat KL yang kononnya hebat sebab aku sedang merasainya sekarang... Aku kagum betapa majmuknya hubungan masyarakat di Batu Suara. Aku kagum betapa setia Moon menunggu Vina (walaupun sempat tukar beberapa org awek, tapi itulah realiti). Aku kagum, sebenarnya usaha membawa tema internasional telah lama di cuba dalam filem Malaysia. Dan banyak lagi....

Aku keesokannya pergi tolong makcik aku meniaga di sebuah kantin sekolah rendah (melihat saja sebenarnya). Sekali lagi nostalgia aku pulang mengingatkan pengalaman bekerja di kantin sekolah dengan seorang lagi makcik aku masa aku tengah tunggu keputusan SPM dulu... Walau baru beberapa tahun lepas, aku rasa aku sekarang dengan aku yang dulu dah banyak berubah... Entahlah...

Aku asyik melihat keletah kanak-kanak seawal usia darjah satu. Mereka buat aku tersenyum panjang... Comel dan manja.. Di usia ini, mereka sekejap ketawa, sekejap berkejar-kejar, sekejap menangis, sekejap diam... Aduh comelnya... Beginilah agaknya comelnya aku ketika aku seusia mereka dulu ya... Hahahaha.....

Aduh.... Semua ini membuatkan aku ingin pulang ke masa lampau.... Aku ingin kembali ke 15 tahun yang lalu... Ingin kembali menjadi seorang kanak-kanak di Kampung Kubang Halban. Kembali menjejakkan kaki di hari pertama aku memasuki darjah satu di SK Beluru. (aku mula bosan dengan KL tapi aku harus akur hidup perlukan aku di sana)

Kerana pada usia itu, aku kira aku lebih jujur pada hidup aku.. Pada waktu itu, aku melakukan apa yang aku mahu... Di waktu itu, aku cukup menikmati hidup aku sepenuhnya daripada sekarang yang asyik runsing memikirkan pelbagai perkara (pasal ekonomi la, nak majukan industri filem la, pasal investment la, pasal awek la, pasal nak kaya la, pasal nak beli communicator la, pasal kes rasuah pengarah BPR la, pasal hubungan Pak Lah- Mahathir la....aduh... pening!!)

Namun, seperti yang aku selalu pesan pada seorang awek cun ni, jangan kalah pada keadaan. Yang lalu biar berlalu. Tak boleh diubah. Dan yang penting kini, bagaimana kita mengubah masa depan....

Aku mahu pulang!!!!!!!!


POST NOTE: Tiba-tiba teringat kenangan aku terseliuh teruk jatuh dalam Sungai Perak kat kampung aku di Hulu Perak gara-gara ingin cari ilham menulis. Hahaha... Cari ilham la sangat...

1 comment:

Cik-MeGa said...

beruntung jd awek cun tuh...
hampir semua entri kat blog ni ade mention die...
huhuhu...