Sunday, January 6, 2008

BAIK vs JAHAT

Pesan orang tua-tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Frasa itu sememangnya telah acapkali diperdengarkan kepada kita semua terutamanya bagi yang berbangsa Melayu. Sejak asal keturunan Melayu yang lahir dari asimilasi pelbagai kebudayaan dan peradaban di nusantara (termasuklah jawa. So, ridset jangan rasa rendah diri ya), bangsa Melayu dilihat sebagai satu kelompok manusia yang begitu memperjuangkan baik mengatasi jahat, putih mengatasi hitam.

Tapi hari ini aku bukanlah nak membebel tentang Melayu, jatidiri, budaya atau segala tuntutan yang seumpama itu.

Dua hari lepas, bersama beberapa kawan sebilik (kalau aku dianggap sebagai salah seorang ahli bilik) di kolej, kami sempat menghabiskan satu malam berbicara tentang pelbagai perkara. Dan satu perkara yang paling menarik perhatian aku bila G-Jan (aka Naga) tanya pada aku, "kenapa ko baik sangat?" (terasa amat poyo aku tulis ayat ni, tapi aku terpaksa tulis jugak, hehehe)
Belum sempat aku jawab, Zura (Zura ni lelaki tau, hahaha) dah tolong jawab untuk aku pada G-Jan. Katanya, "sebab dia tak pernah kena pukul masa sekolah dulu". Bermula dari itu, perbualan kami belegar pada soal baik, jahat, dan kena pukul. Ridset sempat nak bahan aku tapi sayangnya dia kena bahan balik sampai terus tertidur. :-)

Sebenarnya sembang ni bermula bila G-Jan persoalkan isu kenapa aku susah dapat awek. Dengan soalan G-Jan yang bertanyakan `kenapa aku baik sangat?` (aku ulang lagi ayat ni, huhuhhu), maka menguatkan lagi keyakinan aku kepada satu teori yang aku fikirkan sejak dahulu, bahawa perempuan hari ni suka `bad guy`. Mereka taknak `nice guy`. Hahaha. Mungkin itulah jawapannya aku pada G-Jan kenapa aku takde awek sekarang ni.

Tapi anda semua jangan la silap. `Baik` yang dikatakan G-Jan itu bukanlah baik malaikat. Termalogi `Baik` itu sendiri punyai konotasi yang pelbagai. Baik yang dimaksudkan G-Jan tu ialah…. (sorry, aku masih tak dapat cari ayat yang sesuai. Mungkin Jabatan Linguistik DBP harus kerja keras dalam pemanatapan bahasa Melayu agar ia dapat memberi interpretasi segala rasa dan naluri manusia dalam bentuk perkataan). Bad guy yang aku maksudkan pulak bukanlah lelaki jahat tapi lelaki yang jahat sikit, suka panjat pagar kolej, suka langgar speed limit, suka kacau awek, suka bertumbuk sikit. Aku mungkin ada sikit ciri-ciri tu (mestilah, takkan la aku ni baik macam malaikat), tapi mungkin masih belum memenuhi kriteria untuk lulus ujian menyertai Persatuan Bad Guy Semalaysia. Mungkin itu yang G-Jan cuba sampaikan.

Meskipun aku tak suka drugs, clubbing (walaupun aku sesekali lepak jugak kat club untuk lepak, kerja dan layan performance), skandal (kadang2 bt jugak), rokok, arak, pergaulan bebas dan sebagainya, aku tak pernah melabel sesiapa sebagai jahat. Kerana bagi aku, itu bukan jahat sebaliknya ia adalah jalan atau cara hidup yang dipilih mereka. Dan paling penting mereka sendiri harus tahu mengapa mereka memilih jalan itu. Jika mereka melakukan dengan sedar, ia akan membantu mereka (termasuklah aku yang dah banyak terpesong jugak sebenarnya) untuk mencari sesuatu atau seseorang yang mampu membawa kita semua ke satu tahap kehidupan yang lebih baik atau sempurna.

Ia sebenarnya satu proses timbal balik dalam kehidupan. Dalam hidup aku bergaul dengan semua orang. Bagi aku, banyak rundingan kesihatan dari drug addict lebih berkesan berbanding apa yang aku tahu sebab mereka belajar dari pengalaman. Banyak kisah-kisah menarik kehidupan malam di KL dari para clubber berbanding pengalaman aku yang banyak menghabiskan malam dengan tidur di atas katil. Banyak masalah-masalah aliran pernafasan dapat diketahui dari para perokok berbanding aku yang tak pernah ambik subjek biologi. Banyak tips-tips mengorat yang berguna dari para playboy berbanding aku yang baru pernah sekali becinta (tu pun dah lama putus). Banyak cara nak lari dari polis dari mat rempit berbanding aku yang bawak kereta tak pernah lebih 110km/j. Banyak cara nak survive dalam hidup dari para pelacur jalanan berbanding aku yang sentiasa ada minimum RM50 dalam poket.
Hutang puitang dengan Allah, biarlah masing-masing menyelesaikannya kerana kita hanya manusia yang tak berhak menghukum. Kita hanya semut kecil dalam perjalanan yang entah berapa panjang. Apa yang mampu kita ubah, kita bantu. Kerana suatu hari ini, kita juga bakal dibantu oleh mereka-mereka ini tidak kira sama ada mereka pernah menginap di Lorong Haji Taib, Diamond Spa, The Beach Club, BB Blue Boy Club, Lebuhraya Mahameru, penjara Kajang atau penjara Pudu (yang dah jadi muzium sekarang ni ye).

Mungkin itu serba sedikit yang aku dapat dari diskusi panjang malam itu(kalau boleh dipanggil diskusi sebab kami sembang sambil terbaring atas katil dengan berseluar pendek dan berkain pelekat). Banyak lagi yang aku dapat dan rasa dalam hati ni tapi tak dapat nak tulis sebab limitasi aplikasi bahasa dan perkataan untuk menginterpretasikan perasaan dalam satu ayat.

Bagaimanapun, secara mudahnya, apa yang aku dapat malam tu ialah, kenapa G-Jan kata aku baik sangat, sebabnya ialah aku tak pernah kena pukul masa sekolah dulu J Peace Bro!!!!! :-)

P/S : Baik tak semestinya tak jahat / baik. Jahat tak semestinya jahat / baik….

No comments: