Saturday, August 30, 2008

CATATAN BINGUNG- MENJADI AKU ATAU SESIAPA???

(Cerita Dari Sarawak)



Aku tak tahu nak mulakan macam mana… Tapi aku nak tulis… Aku bosan dengan permulaan yang biasa orang lain guna untuk bercerita… Tapi disebabkan aku tak ada idea sekarang, aku terpaksa ikut dengan cara konvensional tu… Sori… Aku sebenarnya macam not in the mood utk menulis sekarang ni, tapi disebab ia satu permintaan, aku tunaikan saja... =) (maaf kalau tulisan aku ini macam serba tak kena)

18 Ogos. Selepas bertukar daripada LRT dari rumah aku dan menaiki bas perantara di KL Sentral, seawal jam 10.30 pagi, aku dah sampai ke LCCT. Aku check-in di kaunter Air Asia dan kemudian pergi minum pagi kat kafe kat situ. Aku fikir, macam mana la aku seminggu kat Kuching ni.... Aku harap aku ni sebagai satu permulaan untuk aku lebih banyak melawat dan memahami budaya orang... Dua bulan lepas aku ke Singapura dan Melaka... Selepas Kuching, aku ke Kuala Terengganu... Lepas raya aku harap aku boleh ke Jakarta atau Bali... Kalau duit cukup la... =)

Dalam pesawat, aku duduk bersebelah dengan seorang mat salleh dan dua anaknya yang masih kecil, dalam usia lima ke tujuh tahun mungkin. Seorang lelaki dan seorang wanita… Dari caranya, aku dapat agak dia seorang bapa tunggal.. Dari caranya melayan anak-anak.. Hebat kan hidup sebagai bapa tunggal… Macam manalah dia boleh menjadi ibu dan bapa dalam satu masa… Tambahan pula hidup di negara orang.. Setelah dia beli makanan untuk anaknya daripada pramugari bertugas, dia mula buka laptop dan kertas notanya.. Aku nampak dia sedang buat kira-kira… Ya, aku agak mungkin dia seorang ahli fizik atau mungkin juga ahli matematik… (kita masih mengharap kepakaran orang luar=( )Dalam sekejap saja dia hanyut dalam dunia kira-kiranya… Dahinya berkerut berfikir… Menggigit kuku… Nampak dia sedang berfikir… Anaknya leka bermain permainan yang dibawa… Sempat juga anak lelakinya yang duduk di sebelah aku ajak aku main permainan kad yang dibawanya… Dan lelaki itu masih hanyut dalam kira-kiranya…

Ya, obsesi… Mat salleh tu obsess dengan dunia kira-kiranya… Memang aku yakin, dalam bidang apapun, obses yang akan bawa kita berjaya… Kalau tidak, kenapa aku masuk dalam bidang filem sedangkan aku tahu perubatan, pembinaan, teknologi atau industri makanan lebih menjanji kesenangan hidup… Ya, sebab aku obses dengan filem dan aku yakin itu pilihan yang terbaik untuk aku..

Sesampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, aku pergi beli poskad untuk dikirim kepada seseorang. Kemudian, aku lepak di McD sementara kawan aku tiba untuk bawa aku berjalan-jalan sekitar Kuching… Kawan aku pesan, kalau nak makan, kena tengok2... Sebab di Kuching ni muka semua sama, tapi kita tak tahu dia bangsa atau agama apa... Betul la... Muka lebih kurang, tapi bila tanya nama ada macam-macam bunyi... Tapi yang pasti awek berwajah chinese memang terlalu ramai di sini... Hahahaha! Kalau ini semenanjung, mesti yang jual buah kat tepi waterfront ni pun dah jadi model... Ramai yang cun babe!

Malam pertama, aku tidur di Hotel Harbour View, sebuah hotel tiga bintang di hadapan Waterfront Kuching… Kadar bilik bagi hotel-hotel sederhana di Kuching memang agak berpatutan.. Tapi, dalam waktu cuti sekolah, banyak yang dah penuh..


Hari kedua, aku bangun lewat.. Tengah harinya aku ke Restoran Didi, milik ayah kepada seorang kenalan baru aku di Kuching… Ayahnya seorang peguam, tetapi kini kurang aktif dalam bidang perundangan disebabkan aktif dalam politik… Dia ajar aku minum air Isabella… Pening jugak aku memikir air Isabella tu apa… Rupanya air sirap campur oren.. Disebabkan ayahnya seorang pemimpin parti pembangkang di Kuching, aku sempat tanya tentang kesahihan peristiwa 16 September yang semakin hampir.. Tapi dia pun kurang pasti…

Untuk dua hari pertama ni, aku menyewa kereta… Sebabnya? Sebabnya adalah di Kuching, menyewa kereta adalah pengangkutan paling efisyen... Sistem pengangkutan awamnya masih lemah… Jaringan laluan bas masih di tahap paling minimum serta kondisi bas yang mungkin kita takkan kita dapat tengok lagi di kebanyakan kawasan di Semenanjung.. Teksinya pula sangat mahal disebabkan kurangnya penduduk di sini menggunakan khidmat tersebut.. Secara tidak langsung, ia menjadikan teksi sistem pengangkutan bukan utama yang mahal.. Sistem pengangkutan utama di sini adalah van sapu... Tapi memang sukar untuk mendapatkan khidmat ini secara berkala... Jadi, segalanya bergantung kepada nasib... Maklumlah, van sapu mana ada jadual perjalanan yang teratur..

Malam hari kedua, aku menghabiskan masa dalam bilik hotel.. Aku cuba membaca Holy Bible yang disediakan oleh pihak hotel… Tapi aku bimbang iman aku masih belum cukup kuat.. Tambahan pula hati aku yang tengah goyah sekarang (Macam kata Wak Dol)..

Jadi, aku membaca pula buku biografi Kassim Ahmad: Dari Sosialis Kepada Islam yang dihadiahkan oleh seorang kawan aku. Buku biografi tentang bekas pemimpin Parti Sosialis Malaysia yang kontroversi dikatakan anti-Hadis.. Aku memang bertekad nak habis baca buku ni sepanjang di Kuching, tapi aku tak mampu… Membacanya bukan setakat membaca tetapi memerlukan daya fikir yang kuat untuk memahami pendirian seorang sosialis.. Aku takut aku yang terpesong nanti..


Hari ketiga, aku menyedari satu perkara… Selagi aku duduk di hotel yang selesa serta menyewa kereta yang memudahkan perjalanan aku, selagi itulah aku akan tidak menghargai masa aku di sini... Aku hanya akan banyak relaks dan menghabiskan masa dalam bilik hotel yang selesa sambil membaca... Jadi bila masa aku nak keluar cari sesuatu yang baru...

Jadi, aku buat satu keputusan... Aku perlu keluar sebagai backpacker...


Aku check out dari Harbour View dan menyertai beberapa kumpulan dan individu backpacker mat salleh... Aku tidur di asrama-asrama pengembara.. Aku bertukar dari satu asrama ke satu asrama.. Malam ketiga aku di Lodge 121, sebuah asrama pengembara yang menerapkan dekorasi dan pendekatan Jepun dalam khidmatnya.. Malam keempat aku berpindah ke asrama Pinnacles Inn manakala malam kelima di asrama Singgahsana Lodge...


Ya, pada malam kelima baru aku dapat menginap di Singgahsana Lodge.. Sebenarnya sejak hari ketiga lagi, setiap hari aku ke Singgahsana untuk menginap di asramanya... Tetapi setiap hari pasti penuh... Dan aku bernasib baik kerana pada kelima, tinggal satu katil yang masih kosong.. Singgahsana memang menjadi pilihan utama semua backpackers dan pengembara ketika di Kuching.. Ini disebabkan suasananya memang terlalu akrab dengan jiwa pengembara. Ini mungkin disebabkan ia dimiliki oleh sepasang suami isteri kelahiran Sarawak, Donald & Marina yang memang pengembara.. Dan mereka membina Singgahsana memang disebabkan cinta mereka kepada aktiviti mengembara dan mereka mahu sediakan suasana yang sesuai untuk pengembara yang datang ke tempat mereka.. Hampir 95% penginap di Singgahsana adalah pengembara dari luar negara.. (Mungkin pelancong Malaysia lebih selesa di hotel-hotel yang berbintang, sama macam aku jugak sebenarnya... =p ) Di sini adalah ibarat tempat perkumpulan warganegara dunia... Pengembara dari seluruh dunia ibarat berhimpun di sini... Ya, mereka datang dan pergi... Tetapi daripada nota, catatan, gambar yang ditampal dan diconteng di dinding-dinding tempat makan di asrama ini pasti membuatkan kita tersenyum melihat kegembiraan di setiap daripada mereka.


Sebuah peta dunia disediakan oleh pihak asrama untuk setiap pengembara yang menginap di sini menandakan negara asal mereka.. Dan tak dapat tidak, setiap inci negara dalam peta ini telah ditanda menunjukkan bahawa hampir masyarakat dari setiap pelusuk dunia telah dan pernah berkumpul di asrama ini... Ya, asrama yang berada di sebuah bangunan lama tetapi menyimpan pelbagai suka duka warga dunia!


Bercakap tentang backpacker, pada malam keempat aku di Kuching, aku tidur sangat lewat... Lebih kurang jam 4 lebih... Ya, aku asyik berbual dengan salah seorang backpacker yang tinggal satu asrama dengan aku.. Nama dia Tim, berusia 21 tahun daripada Holland.. Sebenarnya dia masih belajar di Holland dan baru sahaja menghabiskan latihan praktikal dia di sebuah syarikat di KL.. Syarikat perunding pengurusan yang kecil katanya... Tapi bila dia kata antara klien syarikat tu antaranya adalah MAS dan juga Shell, aku terfikir, kalau dia dah jadi perunding untuk syarikat macam ni dan dia masih kata syarikat kecil, macam mana pulak la syarikat besar yang dia maksudkan... hahaha... Dan bila tahu dia punya hubungan yang baik dengan Dato Seri Idris Jala, CEO Malaysia Airline, aku ternganga... Tapi bagi dia biasa saja...

Dato Seri Idris Jala, antara CEO terhebat di Malaysia dengan Turnaround Strategies... Sebaik menyertai MAS pada 2006, dalam masa dua tahun sahaja, dia berjaya menukar MAS daripada mencatatkan kerugian terbesar dalam sejarah MAS (hingga kerajaan sendiri angkat tangan tak mampu untuk membantu MAS lagi ketika itu) kepada keuntungan paling besar dalam sejarah (Hampir RM 2 bilion pada tahun kewangan berakhir 2008). Aku sendiri hanya pernah sekali menghadiri seminar yang dikendalikannya yang ketika itu disertai hampir seribu orang CEO dan Pengarah Urusan daripada pelbagai syarikat seluruh negara..

Berbalik pada Tim, setelah lima bulan di KL dan tiga minggu sebagai backpacker di seluruh Borneo, malam itu adalah malam terakhir dia di Malaysia sebelum pulang ke Holand keesokan harinya.. Sebab itu dia bersembang panjang dengan aku... Sepanjang 3 minggu mengembara di Borneo, dia berkunjung ke Brunei, Miri, Kota Kinabalu, Mukah, Bintulu dan beberapa lagi... Dia juga ke kawasan pedalaman Bario atas saranan Dato Seri Idris yang sememangnya berasal dari situ... Sempat juga dia menemui famili kepada Dato Seri Idris di sana.. Selain itu, dia juga sempat mendaki Gunung Kinabalu hingga ke puncak..

Separuh perbualan, baru aku tahu yang dia seorang free thinker... Jadi, makin galak la aku bercerita... Banyak yang boleh dikorek... Tapi kadangkala kenyataan dia memang menyakitkan hati... Kadangkala kami bercerita tentang negaranya... Tapi yang paling menarik, dia tanya aku, kenapa bila dia ke kelab malam, kenapa ramai sangat gadis Malaysia yang nak bersama dengan dia... Hahahaha... Aku gelak je... Dia kata “really stupid!”.. hahaha...

Ok, di Kuching, aku sempat jugak naik shuttle van berkunjung ke Damai Beach... Kawasan percutian dan pantai yang dilatari oleh Gunung Santubong... Sempat juga singgah di kaki gunung tersebut. Teringat pula pasal dua beradik Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang dan pastinya teringat kepada puteri kembar dua beradik di Semenanjung... Hahahaha...


Aku bercadang juga nak ke sempadan Kalimantan, iaitu Serikin... Orang kata menarik juga di sana... Tapi setelah bertanya banyak orang, ramai yang tak tahu ke sana... Kalu nak mintak agensi pelancongan yang aturkan, ia sangat mahal dan rasa macam membazir pulak (Tak cukup bajet sebenarnya... hehehe)..

Di Kuching, aku sempat, menonton dua buah filem di dua buah pawagam. Di kuching memang hanya ada dua buah pawagam.. Dan salah satunya milik Metrowealth/ David Teoh... Hahaha.. Bayarannya hanya RM5 dan RM8... Menonton dua buah pawagam ini mengingatkan kepada menonton pawagam Capitol di kampung aku semasa sekolah rendah... Pawagam yang sangat kecil dan tempat duduknya takde tinggi rendah... Semuanya rata dan sekata... Nak bagi adil kat semua penonton kot.. hahaha

Aku sempat juga berkunjung ke Kota Samarahan, melawat kampus UNIMAS dan juga UITM... Kedua-dua kampus sangat berbeza... UNIMAS sangat cantik manakala UITM sangat sederhana... Mungkin disebabkan oleh UITM hanyalah sebuah kampus cawangan menyebabkan fasilitinya jauh berbeza dengan UNIMAS. Di kedua-dua kampus, aku berjumpa dengan kenalan baru dan lama... Kina, Intan, Pina, Amar... Ada yang aku tak tahu nama....Hehehe... Sori... Termasuk abang kereta sewa kat depan UITM tu... hahaha...


Sepanjang di Kuching, aku mengunjungi hampir kesemua pasaraya yang ada di sana.. Wisma Seberkas, Wisma Satok, The Spring, Boulevard, Sarawak Plaza, Riverside, dan beberapa lagi… Kesimpulan yang aku dapat, lagi cantik pasaraya tu, semakin kurang pengunjungnya.. Ya, aku faham ini disebabkan taraf hidup di Sarawak yang masih rendah berbanding di Semenanjung… Ini diakui oleh rakan-rakan aku yang baru aku kenali di sini.. Kebanyakan pasaraya ini boleh aku samakan seperti PKNS di Shah Alam.. Kalau yang ok sikit pun The Spring yang baru dibuka, lebih kurang macam SACC Mall... Nak cari Mid Valley??? Lupakan saja.... Hahaha... (Semasa aku di Wisma Saberkas, ada kejadian cubaan bunuh diri terjun bangunan dan ia jadi berita hangat dalam akhbar di Borneo keesokan harinya)

Hari kelima, aku sempat jugak berkunjung ke sebuah kelab malam di Kuching... Takde apa yang menarik... Biasa saja... Kalau pergi dengan kawan-kawan mungkin best... So, sebaik habiskan segelas coke dan layan beberapa lagu, aku keluar dan balik ke asrama... Oh ya, pada hari kelima jugak baru aku merasa makan makanan Sarawak... Mee Kolok, Laksa Sarawak, Teh C Peng...

Hah, lagi satu yang menarik, aku juga sempat berkenalan dengan seorang ibu ayam... Dia caj tak mahal (kata dia la...) Semalam RM250... Sekali main RM150... Ya Allah, kuatkan iman aku!!!! Hahaha.... Aku sempat berbual dengan dia pasal anak-anak dia tu... Dia kata kebanyakannya orang Bidayuh yang tinggal di sempadan Kalimantan... Dia memang pilih yang putih-putih... Hahaha... Dia hantar pergi bilik hotel... Kalu tak suka boleh tukar... Hahaha.. Aku gelak je... Aku cakap, kalau aku nak, aku call dia... Dia pun hulurkan business card dia... Waaa... Jangan main2 ya, ibu ayam pun dah pakai business card tau... Hahaha... Lepas berbual beberapa lama, aku gerak dari situ... Takut jugak tanya banyak2 nanti, dia bawak kaum kerabat dia belasah aku....

Ini kali kedua aku buat kerja gila macam ni... Dulu, kat KL, aku pernah lepak kat lorong-lorong belakang kat Lorong Haji Taib sampai pukul 5 pagi.. Beberapa kali juga la kena gertak tapi aku buat bodoh jer... Menarik juga tau... Aku dapat tengok, ada seorang ni (memang dia paling cun kat situ walaupun paling innocent.. baru sampai dari kampung kot..) dia dapat layan hampir tujuh orang pelanggan dalam masa empat jam... Tu yang aku perasan... Yang aku tak perasan taktau la berapa banyak... Mesti kaya ibu ayam dia kan... Aku pun nak jadi ibu ayam la... Boleh kaya, tak payah susah2 buat filem... ahahahaha =()

Hari terakhir di Kuching, aku menyewa kereta untuk ke lapangan terbang. Aku dah janji dengan pemilik kereta (Lim) untuk dia ambik keretanya di lapangan terbang. Tapi, pagi tu, lepas aku pergi membeli cenderamata kat Waterfront dan makan Mee Kolok Goreng, kereta tu tak boleh dihidupkan..Bateri kong... Aduh, mampus aku... Aku telefon Lim... Dia kata tak apa, dia ambil aku dan hantar aku ke lapangan terbang... Dalam perjalanan dia banyak bercerita pasal Sarawak.. Termasuklah pasal undang-undang buruh di Sarawak yang masih mengamalkan undang-undang negeri yang masih tidak kukuh... Dia berharap agar undang-undang buruh persekutuan dapat dikuatkuasakan juga di Sarawak.. Terima kasih pada Lim yang banyak tolong aku... Sehari sebelum tu, masa dia hantar kereta pada aku, dia ajar aku jalan-jalan di sekitar bandar Kuching dan jalan untuk ke Kota Samarahan.. Lim ni kerja kat Bank Islam... Jarang ya kita dapat tengok orang bukan Islam kerja kat Bank Islam kat semenanjung...

Penerbangan balik, cuaca agak buruk... Penumpang pesawat duduk dalam keadaan terhuyung-hayang... Ketua pramugari berkali-kali mengingatkan penumpang agar tidak membuka tali pinggang keselamatan..
Semasa di Kuching, setiap petang dan senja, aku menghabiskan masa di Sungai Sarawak... Termenung dan melayan perasaan... Melihat gelagat manusia...Macam macam jenis manusia... Mengenali beberapa rakan baru.. Orang Sarawak, mat salleh, orang semenanjung pun ada... Sampaikan pengawal keselamatan di hotel berdekatan dan penjual waffle kat waterfront tu pun dah boleh cam muka aku... Ya, aku terhibur... Seminggu aku keluar daripada menjadi Azmir... Aku menjadi... Ntah siapa ntah... Yang pasti, manusia yang aku jadi tu langsung tak ada masalah... Dia cuma enjoy dengan apa yang ada depan mata dia... Seronoknya...


Ya, sekarang aku di KL... Dan fikiran aku kembali runsing... Kenapa? Ntahla... Esok aku akan ke Terengganu pula untuk seminggu... Harap ia membantu aku untuk kembali tenang... =(

p/s: Kenapa dia terlalu baik dengan aku sekarang? Tiada lagi makian.. Yang ada hanya pesanan menunjukkan keprihatinan dan kata rindu (rindu nak bergaduh dgn aku katanya) yang hanya akan membuatkan aku rasa semakin… semakin… Arghh!!!! Pergi mampus with that feeling!!!!

10 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah ko tak main ngan gadis bidayuh...huuhu..

ratnakesuma said...

sometime the greatest journey is the distance between two people...

Anonymous said...

akhirnyer i dah tau aktiviti u kart srwk..
thanx 2 describe it!
ianya mmbuatkan i dah bgrk mcm u...
tp dah sombunk ngn i!!!!!!!!!!!!!
jht~

Kristal Media Group said...

taktau nak bt mcm mana lg... segala permintaan telah dipenuhi... tp masih dilabel sombong n jahat...

TQ VERY MUCH!!!

situmas chicken said...

jauh perjalanan luas pemandangan...
aku pun kepingin untuk travel dong...

Anonymous said...

good story to share...
tingat masa i pg srwk...
byk menghabiskan masa kat dlm bilik hotel merdeka palace tu sbb kat luar pns...hahaha:D
bila da buhsan baru kuar pg jln2 kat sungai srwk...

urmmm...intrstg story for me when u pg join dgn matsale2 tu...
sanggup unt kluar dr hotel then join them...ddk kt asrama...urmmm....THINKING!!!

u yg i knal...pg club mlm...mcm xpcaya...tapi for d last word u unt jd org lain...oklah tu...

last sentence...urmmm...dun no how to say la mr.azmir2k...just be strong...;D

:cHiQuITItAs:

Aina said...

wah, journey to sarawak...
mmmm...
mahu juga ada journey yang menarik seperti ini..

Azwan said...

satu cacatan perjalanan yg menarik..

moga2 aku gak ada rezeki dan peluang untuk jejakkan kaki di serata dunia...

teruskan perjalananmu wahai semut kecil..banyak lagi manisan dapat kau nikmati.. hahahaha..

Anonymous said...

salam ramadhan almubarak

Anonymous said...

bukan teh o peng ker?? mksudnye teh o ais kan?? tringat mase aku g sabah! u should go to sabah!! especially to "tick of borneo" n gunung kinabalu!! wow!! boleh mabuk woo!! hahaha~ =D yg u story psl pusat mbeli belah...yes its true also in sabah! smua mcm pkns!! hahha~ shopping mall mcm SACC...mcm xde langsung jer ;p ur last sentence...y ah?? referring to who??