Wednesday, September 10, 2008

ANALOGI JIWA KACAU: MENCARI DIRI KE PULAU BATAM

Banyak sangat yang aku nak tulis di sini… Terutamanya pasal pertembungan Timang Burung (Wan Salmah) & Symphony No 5 (Beethoven) yang begitu mengesan dalam hidup aku dalam beberapa minggu ni.. Begitu juga kisah pertemuan aku dengan kumpulan Wasabi, kumpulan dari Jepun yang bermain Gamelan Melayu yang aku temui di Kuala Terengganu tiga minggu lalu dan seorang konduktor orkestra klasik yang ditaja kerajaan Jepun untuk berkhidmat di Malaysia yang aku temui di Istana Budaya pada malam sambutan Merdeka yang lalu. Keduanya dari Jepun, tetapi berkelana ke negeri orang demi kecintaan pada muzik walaupun mereka memperjuangkan dua genre muzik yang jauh berbeza… Tapi, aku mungkin tak sempat nak cerita sekarang sebab kisahnya terlalu panjang…

Masa untuk aku menulis di blog semakin singkat sekarang ni.. Desakan tugas kuliah serta tugasan-tugasan hakiki hidup yang lain untuk mencari rezeki lebih menekan membuat aku terpaksa melupakannya seketika... Kalau pun menulis adalah untuk menyempurnakan beberapa skrip yang tertangguh … Aku hairan jugak, kenapa ketika jiwa aku sedang kacau, terlalu banyak yang aku ingin tulis dan ceritakan… Ia dah terjadi berkali-kali dalam hidup aku sejak lima tahun yang lalu… Tanpa perlu aku tanya, seorang pensyarah aku dah menwab soalan itu dalam kelasnya.. Katanya, ketika seseorang itu tidak tenang, dia akan selesa menulis dan terus menulis… Kerana menulis itu proses mencari diri…

Orang kata, pada waktu jiwa kita belum cukup kuat atau masih goyah, elakkan dari bersendiri… Beradalah dalam persekitaran yang ramai.. Kerana ketika bersendiri, jiwa kita akan lebih kacau… Bukan mahu menidakkan peranan rakan dan keluarga di sisi.. Tapi, setakat ini, buat masa dan ketika ini, bagi aku, bersendiri itu lebih baik..

Sama seperti kalau membandingkan kunjungan aku ke Kuching dan Kuala Terengganu beberapa minggu lalu… Seminggu aku di Kuching seorang diri… Seminggu berikutnya aku di Kuala Terengganu bersama lapan orang rakan sekelas.. Tak aku nafikan kedua-duanya memang menarik… Tapi sejujurnya, aku lebih gembira ketika di Kuching… Ya, walaupun ramai orang akan menimbulkan suasana lebih ceria.. Tapi, aku takut aku lemas dalam ramai… Seperti yang beberapa kali terjadi kepada ku semenjak dua menjak ni… Tak pasal-pasal orang yang ada kat sebelah aku pulak jadi mangsa… Kan lain jadinya nanti… (maaf sangat pada sesiapa yang kena.. Azmir memang semakin kurang ajar kini, tak diketahui sebabnya..) Bak kata seseorang, “yes, I’m smiling, but inside, I’m dying…”

InsyaAllah, seminggu selepas raya ni, 10 Oktober, aku nak ke Pulau Batam, Indonesia. InsyaAllah, mungkin untuk tiga hari (hajat nak lebih lama tapi jadual kelas padat sangat)..Kali ini memang aku nak ke negara orang.. Melihat perbezaan budaya dan sosio politiknya.. Aku ke Singapura beberapa bulan lalu… Beberapa tahun lalu, selama seminggu aku melawat Selatan Thai (Pattani & Yala).. Sempat jugak ke Masjid Kerisek, lokasi pertempuran berdarah antara rakyat Islam dan tentera Thailand yang berlaku hanya tidak sampai setahun selepas kunjungan aku itu.. So, kali ini pilihan antara Brunei atau Indonesia.. Kalau ikut hati memang nak ke Bali atau Jakarta, tapi memikirkan hari Raya yang bakal menjelang, pasti banyak kewangan yang diperlukan.. So, bajet terpaksa dipotong dan memilih lokasi paling dekat dan paling murah.. Pilihan terbaik adalah antara Pulau Bintan atau Pulau Batam.. Dan aku pilih Pulau Batam…

Kali ini, untuk lebih berjimat, aku takkan naik kapal terbang… Cadangan aku, lepas habis kelas, Jumaat malam, aku naik bas ke Johor Bahru… Sampai sana dalam subuh, kemudian naik feri dari terminal feri Zon Stulang Laut terus menuju ke jeti di Batam Centre (Kalau tak silap aku feri akan berhenti di beberapa persinggahan transit)…

Pulau Batam adalah antara pulau terbesar dalam kepulauan Riau… Berhampiran Pulau Batam terletak Pulau Bintan dan Pulau Penyengat, iaitu antara kawasan penting dalam pengkajian sejarah Melayu.. Aku pernah menyusuri kembara rancangan Jejak Bahasa di persekitaran kepulauan itu kira-kira hampir 10 tahun lalu di TV3.. Ya, kawasan tersebut terutama Pulau Penyengat adalah antara kawasan yang disebut-sebut sebagai kawasan permulaannya Bahasa Melayu yang kemudiannya berkembang dan terpisah oleh pecahan geografi politik menjadi pecahan mengikut negara-negara yang terbentuk di sekitarnya.

Tak banyak sangat yang aku tahu tentang pulau ini selain dikatakan antara kawasan percutian kadar murah yang sangat popular bagi warga Singapura memandang lokasinya sebagai tanah jajahan Indonesia paling hampir dengan republik Singa tersebut. Apapun, sekiranya kaki aku berjaya berjejak di tanahnya, mungkin akan membantu aku untuk lebih mendalami Melayu, bangsa yang berada dalam tubuh aku sejak 23 tahun lalu dan mungkin membantu aku lebih memahami diri.. Itu harapan dan juga cabaran.. Doakan semua rancangan aku menjadi ya…




p/s : Sekadar pengalaman untuk dikongsi.. Jika suatu hari nanti, muncul seseorang yang anda sayang (berlainan jantina tetapi bukan kekasih) dengan begitu kerap menghantar SMS kepada anda… setengah jam sekali atau sejam sekali telefon anda berbunyi.. dia bertanya pelbagai soalan menunjukkan keprihatinan... “Buat apa?”, “Dah makan?”, “Kat mana?”, "Dalam claz ke?", "blajar apa?", "makan apa?" (anda menjawabnya dgn penuh gembira) atau kadangkala apabila dia kehabisan soalan dan hanya menghantar pesanan sekadar “You…” yang mungkin dapat anda tafsirkan sebagai tanda dia sentiasa mengingati anda dalam hatinya… Dan sesekali mengejutkan anda bangun dari tidur untuk ke kelas atau bekerja, haruskah anda membuat andaian bahawa itu sebagai satu tanda harapan kasih sayangnya kepada anda untuk pergi lebih jauh… Jawapan aku, tidak!!! Mungkin dia hanya mahukan anda sebagai seorang sahabat baik yang memahami gundah hatinyanya...Hahaha... Dan jika anda bertanya kembali kepada aku kenapa aku jawab begitu, aku akan jawab kembali, `kerana itu pengalaman peribadi aku sendiri yang hanya baru aku lalui beberapa ketika yang lalu …` (so, jangan jadi org yg perasan ya.. hahaha) Peace! =)

2 comments:

mastikus said...

jika masalah jiwa, bergaul dengan persekitaran anda??
ye, tepat sekali
kerana itulah yang terjadi kepada saya..
:)

p/s: nak ikut gi indon!

semut kecil said...

lets go!!!! hahaha...