Monday, September 22, 2008

PENA AKU KEHABISAN DAKWAT

Mungkin ayat di atas boleh jadi alasan yang paling baik kenapa aku kurang menulis di blog sekarang... `Alasan` yang mampu legakan hati aku dan semua orang....

Hujung minggu lepas, seorang editor dari sebuah syarikat penerbitan gergasi tanah air hubungi aku. Dia tawarkan aku menulis novel untuk diterbitkan. Ini kali kedua wakil syarikat berkenaan tersebut hubungi aku untuk tawarkan menulis novel. Pertamanya pada awal tahun lalu. Dan ini juga kali kedua aku menolak dengan baik.

Dalam beberapa minggu ni, aku cuba menahan diri dari menulis. Termasuklah menulis dalam blog ni… Kalau ikut hati, memang aku nak menulis, tapi aku rasa ini bukan masa yang sesuai..

Ya, aku rasa ini bukan masa yang sesuai untuk aku menulis blog ni… Mujur kesibukan sedikit sebanyak mampu menghalang semangat menulis blog yang meluap-luap ni… Tapi... Ntah la....

Setiap yang berlaku ada hikmahnya (aku ulang lagi dialog drama Melayu ni)… Disebabkan satu kejadian besar dalam hidup aku beberapa bulan lalu, aku mula galak menulis blog… Dan dari hanya menulis untuk meluahkan kekacauan dan kecelaruan jiwa yang amat sangat (ya.. kesannya masih tak hilang hingga hari ini..), blog ni akhir membuahkan pelbagai peluang baru dalam hidup aku…. Melalui blog ni, aku kenal kenalan baru… Dari blog ni, aku ditawarkan beberapa tawaran menulis… Dari blog ini juga, membuka peluang untuk memungkinkan aku kembara jauh dari sini hujung tahun ni (aku belum berani cerita sebab belum confirm dari pihak ketiga.. kalau jadi nanti aku cerita)… Ya, hidup kita ni memang saling bertaut… Dari satu kejadian ke satu kejadian… Tidak kiralah kejadian yang menyenangkan atau menyakitkan…. Tapi percayalah, seperti kata drama Melayu, setiap yang berlaku ada hikmahnya… sebab tu aku sayang setiap moment dalam hidup aku… Bak kata Alexander Supertramp, “I just want be in the moment!!!” Tolonglah bagi ruang….

Kenapa ya aku tak mahu asyik menulis di sini… Entahlah.. Mungkin juga aku takut kalau orang akan mula cuak dan menyampah dengan tulisan-tulisan aku… Sebabnya setiap tulisan aku tidak dapat lari dengan perkara sama yang asyik berulang-ulang… Asyik perkara yang sama… Nanti banyak suara yang kata tulisan aku ni poyo, gelabah, jiwang dan sebagainya…

Tapi nak buat macam mana… Memang itu yang aku rasa aku mampu tulisan untuk ketika ini… Jadi, untuk mengelak lagi dikelaskan sedemikian, biarlah aku perlahankan dulu rentak menulis aku… Lagi kurang aku menulis, lagi kurang komen dan kata-kata orang… Lagi kurang mereka mengata, lagi kurang dosa mereka… Biarlah mereka menyambut Ramadhan ini dengan pahala yang membiak dan dosa yang semakin menghilang…




p/s : ayat bawah ni aku amik dari blog coffeeholic… aku suka… orang kata aku jiwang, I don’t care… yang aku tahu aku suka dan tolong benarkan aku jadi diri aku… tolonglah…
“Kalau Tuhan beri aku peluang untuk putarkan waktu, aku pilih untuk tidak mahu mengenali dia. Sebab aku benci bila perasaan tu ada. Sakit! Penat! Terseksa!”

No comments: