Tuesday, September 23, 2008

M.A.A.F.

Aku rasa, dalam hal ini, aku harus jadi manusia yang klise, streotaip, konvensional atau apa saja yang seumpamanya… memang setiap kali Aidilfitri datang, kemaafaan yang kita pinta dan berikan… Memang la kita harus meminta maaf dan memaafkan pada setiap masa, bukan hanya pada hari raya… Atau mungkin orang kata hari raya minta maaf, kemudian ulang lagi kesalahan yang sama.... Tapi, alang-alang raya menjelang, apa salahnya kita meraikan hari itu dengan bermaafan… Hari yang mulia diisi dengan perkara yang mulia… Betul tak?

Ok, cukup.. aku taknak mengomel banyak… Sebab entri ni aku tulis bukan untuk berkhutbah, tapi memang nak meminta maaf…

Aku nak minta maaf kepada semua yang mengenali aku… Tak kira keluarga, saudara, rakan-rakan, bakal rakan dan semua la yang pernah kenal aku…

Ratap dan sembah ampun buat jiwa-jiwa yang terasa atau terluka….

Aku minta maaf atas segala kesilapan, kesalahan, terlepas kata, terkasar bahasa, buruk laku, kurang ajar atau sebagainya…. Jujur aku katakan aku tidak pernah mahu jadi begitu… Mungkin aku sebagai manusia biasa yang tidak mampu menjadi begitu sempurna…

SELAMAT HARI RAYA!!! Maaf zahir & batin… Sorry, im not perfect person...




p/s : Maafkan aku tak mampu menjadi manusia yang sekuat, setabah dan sehebat yang kalian harapkan…

4 comments:

vitamin said...

aku maafkan kau. tapi aku rasa ko takde salah pun pada aku. semua ok. cuma perbualan dalam kereta tu, membuat aku lebih kenal siapa kau.

semut kecil said...

hahahaha.... perbualan dlm kereta???

yang mana satu ek.... yang ko kata nak tumbuk aku ko tu ke??? hahahah

lagi satu, dont worry, aku tak kenal gadis ko... hahaha

mungkin aku perlu minta maaf sebab aku mula menyerap ciri2 kapitalis dalam diri aku... =(

nona cici said...

azmir,

maaf dari aku,sepjg 5 tahun kite berkawan..terkadang mulut lancang sengaja atau tak sengaja..terkadang tak sedar menyakitkan jiwa sesiapa..

terima kasih kerana sudi berkawan dgn aku..appreciate!

semut kecil said...

nona cici,

terima kasih kembali... =)