Thursday, August 7, 2008

KAWIN MUDA

Awal tahun yang lepas, aku melakukan sesuatu yang tak pernah aku buat… Setiap hari rutin aku, pergi kelas di waktu pagi, petang buat kerja di makmal komputer atau ke library… Dan aku akan balik rumah sekiat jam 6 petang… Sebab tak lama lepas tu, aku naktonton drama bersiri indon `Kawin Muda`… hahahaha

Serius, sejak habis zaman sekolah lima tahun lepas, aku tak pernah mengikuti perkembangan drama bersiri kat TV… Tak kira drama Malaysia atau dari luar.. Dan Kawin Muda berjaya menarik aku menonton ceritanya hampir setiap hari…

Ceritanya sangat lawak bodoh! (bagi aku la..) hahaha…. Tapi aku layan giler… Nak tau sebab apa? Sebab ada Agnes Monica la… Fuh, cun siot minah ni…. Hahahaha… Sejak kawan aku yg perkenalkan Agnes pada aku dua tiga tahun lepas, memang la aku tepikat… Lagu pun best… Menari lagi la cun… Bila balik kampung, makcik aku pun layan cerita ni… So, buat pertama kalinya aku boleh duduk bersembang dengan makcik aku pasal drama tv… hahahaha

Mungkin aku dah penat kot asyik bersembang pasal Godard, Satyajit Ray, Tsai Ming Liang, Garin Nugroho dan lain-lain… Hahaha…

Bercerita pasal kawin muda, aku teringat yang bapak aku dulu kahwin dalam usia 21 tahun.. Ketika dia berusia seperti aku sekarang, dia dah seorang anak… Emak aku pulak empat tahun lebih tua dari dia… Fuh… Macam mana la dia boleh pikul tanggungjawab dalam usia macam tu… Kalau aku, serius aku tak sanggup… Tak mampu lagi rasanya…

Lusa, aku akan ke majlis perkahwinan seorang kawan sekolah aku…Aku sekolah dengan dia dari sekolah rendah sampai sekolah menengah walaupun dia beberapa kali pindah sekolah… Aku pernah jugak rapat dengan dia… Minggu lepas, aku telefon dia… Macam biasa, dia akan buat lawak “ Itu la kau, banyak kali aku bagi peluang, ko tak pernah nak masuk… Kan sekarang aku dah nak kahwin…” Hahaha… Aku gelak je la…

Aku rancang nak pergi bersama dengan beberapa kawan sekolah aku yang lain yang ada kat KL ni… Dekat Tun Rahah Grandhall kat Menara Yayasan Tun Razak… Aku harap, majlis dia ni takde la tradisi `single table`… kalu tak, memang la aku tak selesa… (dah macam watak Adam dalam Sepi pulak….) hahahah…

Kawan sekolah aku, yang aku tahu, tiga orang dah kahwin… Dua lelaki dan seorang perempuan… Itu yang aku tahu… yang aku tak tahu, ntahla… Hujung tahun ni pulak,22 Nov, kawan rapat aku masa diploma pulak nak kahwin… Seorang lagi kawan aku masa diploma dah nak masuk anak kedua dah…

Tiba-tiba aku teringat opah aku cerita, dia kahwin masa umur 16 tahun… Moyang aku pulak yang meninggal beberapa tahun lepas pernah cerita pada aku dia kahwin ketika umur 14 tahun… Fuh!!!!

Actually, aku pun tak tahu apa yang aku nak sampaikan sebenarnya dalam entri ni… Mungkin sekadar nak cerita tentang kisah kahwin muda…

p/s: Tomok kata, `syaitan & iblis akan sentiasa berusaha menolak kita melakukan kesilapan dengan merempuh tembok iman... Apabila tembok tu dah roboh, syaitan & iblis dah tak payah tolak kita lagi.. Kita yang akan tolak diri kita sendiri.. Diorang hanya tengok dan bertepuk tangan..`

2 comments:

ratnakesuma said...

"kahwin muda"


abah aku pun kahwin muda jugak. dia kahwin waktu umur dia 18 tahun kalau x silap aku... wife dia waktu 2 umur 14 tahun.

memang muda....


tapi aku tak heran sgt sebb org zaman dulu jauh berbeza kalo nak d bandingkan dgn remaja kita zaman sekrg ni....


zaman sekarang ni, remaja lelaki banyak yang kurang bertanggungjawab dan susah utk di harapkan. umur dah 20-an pun, still lg mintak duit kat parents... still lg x der arah tujuan... still lg x der matlamat....



sebab tu zaman sekarang ni bila ada remaja yang kahwin muda, ramai orang beranggapan yang kurang baik.... wpun kenyataannya jodoh dah sampai...


mentaliti masyarakat yang sering jadi bahan dalam isu kemajuan....




entah ler........

semut kecil said...

betul tu..

ntah la...

apapun, aku nak kawin dengan agnes monica!!!! ade no phone dia tak???

HAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!!!!!!!!!!!!!!!
=()