Friday, August 15, 2008

PERIHAL JAM TANGAN AKU – EPISOD AKHIR

Akhirnya, malam tadi, lebih kurang jam 10 lebih, jam aku berhenti berdetik! (tapi aku tak mati lagi)…

Entah la… Aku tengok cerita Tiga Hari Untuk Selamanya.. Patutnya aku terpesona…. Pada Riri Riza (aku mengenalnya seawal Petualangan Sherina), pada Nicholas Saputra (namun aku masih tak sanggup jadi gay..hahaha..), pada Adinia Wirasti (ya Allah, indahnya anugerah dunia bernama wanita… hehehe.. ) dan ceritanya yang sangat sweet (bak kata en Norman la…)..

Tapi aku tak boleh fokus menonton… Aku gelisah… Entah la…

Masa nak balik, aku tumbuk sekuat hati papan kenyataan kat tangga tu.. (tapi aku pilih yang lembut la…hehehe..) Bak kata daus sejak dia melihat hobi baru aku jadi ahli tinju sejak kebelakangan ni, bila tumbuk, kalau tangan kau sakit, maknanya kau sihat… Kalau tangan kau tak sakit, maknanya aku tak sihat…

Masa tu, tangan aku tak sakit… hahaha… Tapi hentaman kuat membuatkan tali jam tangan aku terputus dua… Dan ia jatuh ke lantai… Memecahkan cerminnya yang double layer (pecah kat dalam tapi lapisan luar masih ok)… Beberapa partikel di dalamnya tercabut lalu menghentikan detiknya..

Kini, aku tidak punya jam lagi… (padan muka aku.. Hahaha!) Tak ada lagi yang mengingat aku tentang waktu… Jika dulu jam aku cepat 15 minit untuk memastikan aku sentiasa di hadapan orang lain, adakah kini aku akan sentiasa ketinggalan…

Entah la… Bila aku nak beli jam baru? Entah la….

I will miss it… Pemberian seseorang yang aku sayang… Tapi… Entah la…



p/s: Aku nak ambik foto dan letaknya di sini, tapi tak ada kamera la pula… Tak apa, nanti aku bagi korang tengok ya..

4 comments:

mastikus said...

apa kata beli jam baru yang ada kamera...???

:P

semut kecil said...

setiap kehilangan adalah baik untuk diganti baru.... Tapi tak semudah itu kan...

nak beli jam baru kena ada duit... betul tak... kalu ada duit pun, tak semestinya kita jumpa jam yang kita suka & berkenan...

hehehe....saja nak poyo berfalsafah... hahahah =)

Anonymous said...

aku tahu susah nak mghadapi kehilangan... tambahan pula bila kehilangan banyak perkara secara serentak... tapi kamu harus gagah...

UnGu said...

manusia gemar terhantuk bru terngadah..

erm....
silalah beri jam baru agar x tertinggal dek masa...

ni kire2 poyo berfalsafah jugak neh...