Saturday, June 20, 2009

PROJEK BUNGA vs PROJEK OMBAK

Salam...

Akhirnya, setelah hampir 6 bulan, Projek Bunga semakin hampir nak selesai...

Oklah, lets be honest... actually, Projek Bunga ni adalah sebuah dokumentari.. Sebuah dokumentari tentang wanita...

Judul dokumentari ini adalah `Aku, Bunga & Bintang`... Berdurasi lebih kurang 45 minit...

Dokumentari ini adalah catatan ringkas tentang perjalanan aku di 3 buah negara bertemu 7 orang wanita.. Di Malaysia, Singapura & Indonesia... Wanita yang datang dari pelbagai latar belakang.. Dari mahasiswa hingga kepada seorang ibu...

Walaupun idea asalnya lahir dari satu perkara lain, tapi aku dedikasikan dokumentari ini untuk dua wanita paling penting dalam hidup aku iaitu emak aku & opah aku... Emak yang melahirkan dan opah yang membesarkan...

Doku ni aku buat indie je... Maklumlah, pakai duit poket sendiri... Hasilnya boleh tahan raw... Kualiti production pun berapa ok sgt.. VOnya hancur, sebab pakai suara sendiri.. hahaha... maklumlah, indie... mana ada duit nak bayar orang... haha... Tapi tak apa la kan... walau raw pun, walau tak best pun, walaupun hancur sekalipun, sekurangnya aku buat kan??? daripada asyik cakap berapi tapi habuk pun tarak... hahaha =p jgn mara ar... hehehe

Tapi, bila aku tengok balik dokumentari ni, tergelak sendiri pun ada... Jiwang giler.. hahaha.... Tapi apa salahnya jiwang kan, untuk penghargaan satu golongan yang sangat penting dalam hidup kita dan sangat mulia di sisi Allah.. Betul tak?


Ok, Projek Ombak?

Aku rasa aku dah dapat idea yang masak untuk Projek Ombak... Aku rasa dah ready untuk memulakannya...

Tapi penghalang utama sekarang ni adalah duit dan masa... Aku perlukan sedikit wang untuk mula menggerakkannya dan perlu masa sekitar satu minggu untuk penggambarannya...

Berbanding projek Bunga di hampir 6 buah kota, mungkin cerita dalam Projek Ombak ini fokus pada satu lokasi, sebuah kota di negara seberang yang aku dah pilih.. Pantainya pulak cukup elemen mistikal.. Hubungan manusia dan alam... Aku rasa sesuai dengan doku aku ni...

Kali ini aku cuba untuk lebih proper dari segi production dan lebih konvensional dari sudut pendekatan penceritaan... (konvensional tak bermakna tak bagus kan...)

kalau Projek Bunga memang tak sesuai untuk siaran broadcast (di TV maknaknya), kali ni nak cuba untuk lebih menyesuaikan dengan gaya dokumentari di televisyen tapi masih mengekal trademark utama dokumentari aku, iaitu JIWANG!!! hahaha....

ok tak? =p

4 comments:

Unknown said...

bkn sume benda yg ko buat berbaur jiwang ke?
hehehehe.... cube ko buat something yg lari dr diri ko sndiri
leh ke?
maksudnye klu org tgk or bace org tak sangka tu dtgnye dr ko

Kristal Media Group said...

mana boleh!!! itu trademark aku!!!!


hahahaha... =p

boleh jer, banyak aku buat yg tak jiwang... tapi biasanya tu semua kerja2 utk cari makan la, bukan from my heart.. hahaha!

aku percaya hidup akan bahagia dan dunia akan aman sekiranya kita dapat menyemai rasa kasih sayang dan cinta mencintai yang kuat... meningkatkan kualiti hidup manusia... dan kasih sayang itu bukankah sesuatu yg JIWANG!!!

Unknown said...

wei, x smuanye karya bkenaan kasih syg tu jiwang la
adeiii...
depends pd cara yg kita buat

em, ni nak buat novel balik ni
huhuhu... rinduuu

Kristal Media Group said...

arghhh!!! tak kira... aku nak jiwang jugak!!!! i want to known as producer filem jiwang seantero dunia... hahaha...

bikin la... aku ni menulis buku byk, tp semua sangkut separuh jalan... susah nak sustain energy & focus la... =(