Wednesday, June 24, 2009

BABI BETUL LA SELSEMA BABI NI...

Aduh, akhirnya semalam Tan Sri VC (diulangi... TAN SRI... hahaha..) secara rasminya mengumumkan warga uitm dilarang keluar negara disebabkan wabak selsema babi (kalu nak cool, panggil H1N1.. kalu nak hot, panggil influenza A)...

Walaupun aku tetap aku ke Bali september ni (aku pegi personal kan.. takkan kaitan dgn uitm kan... =p) tapi aku frust jugak la dgn pengumuman tu...

Sebabnya, latihan praktikal aku kat Jakarta sepatutnya mula Disember ni sampai May 2010 (yg ni atas urusan rasmi uitm kan)... Nampaknya usaha penat lelah aku selama 3 bulan ni untuk merancang program aku selama 5 bulan tu mcm semakin kabur...

Walaupun masih lama, dan larangan tu pun tak pasti sama ada akan berlarutan sampai waktu nanti, aku rasa aku sendiri yg harus decide sekarang jugak... Sama ada aku nak pegi atau tak...

Sebabnya, aku ni jenis mudah kecewa... Aku takut, nanti bila aku dah mind set otak aku yg aku akan praktikal kat sana, tiba-tiba dah dekat nak g, diorg tak kasi pulak.. Tak ke kecewa giler aku nanti... So, kalu decide awal2 yg aku tak g sana, aku dah boleh mind set otak aku semula... Dan boleh la buat perancangan lain.. (Nak bt prancangan pun, kena amik masa kan.. praktikal tu dah makian dekat..)

Maklumlah, aku ni kan manusia yg hidup dgn perancangan... Utk praktikal ni, bulan Mac aritu dah aku dah bt perancangan dan deal dengan syarikat kat sana yg aku akan praktikal tu apa yg aku akan bt sepanjang tempoh tu sejak dari tiga bulan lalu... Dan semuanya dah berjalan lancar... Kami setuju yg sepanjang tempoh tu, aku akan menggembara backpacker mengelilingi pulau jawa... Ke 10 buah kota di pulau jawa... dari jakarta hingga ke banyuwangi (rujuk peta... kalau nak la, kalu taknak, ikut suka ati.. =p) sebelum naik bot menyeberangi ke bali dan lombok... Akan tinggal selama 2 minggu di setiap kota, tinggal di kos (kalu tak paham maksudnya, cari sendiri.. aku malas nak terang =p), bergaul dgn masyarakatnya dan cuba memahami sebaik mungkin sosio-budaya masyarakat Indonesia yang semakin aku cintai dari hari ke hari... unik..





dari kembara seorang diri selama 5 bulan itu, aku akan menulis sebuah buku catatan pengembaraan tersebut dan juga merakam sebuah dokumentari tentang kisah2 yg menarik yang aku temui sepanjang perjalanan.. It's more to jurnalis type of docu... Dan satu lagi adalah sebuah scenario (skrip la tu..) sebuah filem dgn latar perjalanan itu yg akan diberi sentuhan fiksi/ fiction.. (dah tengok fiksi??? filem terbaik FFI tahun lepas... u should watch it..)

So, semua dah dirancang... Tapi sekarang hati aku dah tawar... Aku takut sangat kalau diaorg cancel dah dekat2 nak g nanti... aku frust nanti... coz kalu betul nak bt, dari sekarang dah aku dah habiskan byk masa dan tenaga utk mula buat tinjauan dan pemerhatian serta sedikit pennyelidikan... dan juga persiapan fizikal dan mental... dah start beli barang apa yg perlu (beg, laptop yg lebih kecik, indonesian broadband, sleeping bag.. etc) tak ke rugi nanti kalu diorg cancel last minute...

So, aku rasa, aku kena decide sekarang coz takut nak amik risiko.. kalu aku decide taknak g dan praktikal dlm negara je, aku dah boleh start utk bt perancangan lain... betul tak??? dan yg paling penting aku tak kecewa nanti!!!!

Tapi ntah la... aku tak decide lagi... tengah pening lagi pikir ni... bg aku beberapa ketika utk pikir masak2.. tp dlm kepala otak aku ni dah berlegar beberapa pilihan lain kalu aku praktikal dlm negara je... ntah la..

aku tak boleh nak salah kan siapa... takkan aku nak salahkan uitm, tan sri VC atau yg lain2... diorang pun tak mintak jadi macam ni...

jadi, aku nak salahkan siapa... mesti la selsema babi!!!!! babi betul la selsema babi ni!!!!





p/s; yang pasti aku dah confirm nak g bali 24-29 sept ni... bulan 11, tgh plan nak g vietnam... ada yg bran nak join... hanya serius player saja dibenar, setakat nak join2 ayam dilarang sama sekali....=p

p/s2; sori la babi.. aku tak berniat nak salahkan ko... bukan ko mintak lahir macam ni kan... asyik yg buruk je, bg kat ko... ko marah je manusia ni... asyik wabak je, bagi nama ko.. cuba la bg nama selsema gajah ke, selsema kancil ke... betul tak??? hahahaha =p

5 comments:

Zura Firdaus B. Japri said...

babi selsema babi pun, tapi manusia yang ada akal xnk jaga kebersihan sampai melarat ke manusia lain, lagi babi. jadi babikn la manusia pemusnah yang berakal sebab koman2 babi tak berakal!

"segala kekusutan dan kecelaruan yang berlaku di atas muka bumi adalah berpunca daripada golongan manusia yang tidak pernah menghargai rutin hidup seorang manusia"

Fasyali Fadzly said...

wei... takkan larangan tu sampai bulan 12.. mengarut la camtu. habis tu bajet 8juta lebih tu camne??

aku rasa, ok kot..ko mesti leh g pny.. aku ni hah. datin dari itu hari minta borang tu... aku tak isi2 pun lagi.. recommendation letter pun aku tak buat lagi. ada esei kena wat pun aku tak buat lagi.. huh!!!

situmas chicken said...

Sebagai seorang pengurus seni dan pelajar industri kreatif, PLAN B itu adalah perkara wajib.

Adriana said...

jgn salahkan babi tapi salahkan selsema yang menjadi babi..

mapieceofart said...

nak join² kambing leh? huhu... chill lah... nak tunggu docu tu siap... yeah...