Thursday, August 14, 2008

ANUGERAH AYAT PALING CELAKA

Beberapa hari lepas, dalam lab komputer (tempat aku tengah berada sekarang ni), pandangan aku tiba-tiba hilang. Gelap!

Sial betul… Aku ada bertimbun kerja yang nak dibuat… Kelas pulak banyak hari tu… Serius, aku tak mampu terus berfikir… Aku balik, makan dan tidur… Selepas sejam, aku bangun dan kelas pak Bambang di kandang.. Tugasannnya, mencari kisah-kisah kemanusiaan di kandang untuk dijadikan kisah dalam cerpen.. Serius aku tak mampu... Su yang banyak menulis dan berfikir... Aku? Aku melayan sakit kepala aku…. Dalam hati, sah aku demam!

Memang aku dah lama nak demam... Ya, aku nak sangat demam..Aku harap demam boleh buat aku baring, tidur dan tidak berfikir apa-apa... Jadi bodoh... Kadangkala kita perlu jadi bodoh dan tidak berfikir apa-apa....Tapi rupanya sangkaan aku salah, rasa tanggungjawab pada banyak perkara membuatkan aku melawan rasa demam tu... Dalam demam pun, aku harus ke kelas, fikir pasal assignment yang bertimbun (tapi tak buat pun), pasal kerja yang dah terlajak deadline, PTPTN yang tak selesai, emak aku kat hospital, banyak lagilah… So, walau dalam demam, aku harus terus bekerja.... Aduh...

Malam tu aku balik dan terus tidur... Keesokan paginya, emak aku telefon. Dia dipindahkan dari Hospital Besar Ipoh ke Hospital Selayang... Aduh, dah la seminggu dia kat Hospital Ipoh aku tak pergi jengok, takkan la dia dah kat Hospital Selayang pun aku tak boleh pergi sekejap... Habis je kelas, walau demam dan kepala yang masih melayang, aku gagahkan diri menjenguk dia... Aku tengok dia... Dia bercerita tentang nasib... Dia kata, dah nasib dia macam tu, terima je la... Banyak lagi orang yang lebih malang...

Ya, menipu aku kalau aku kata aku tak sedih... Aku teringat lagi, ketika bapak aku masuk hospital, makcik aku pembedahan barah payu dara, atuk dan nenek aku yang beberapa kali masuk hospital, emak akulah yang menjaga mereka di hospital… Kadangkala hingga berminggu-minggu di hospital… Tapi bila dia yang masuk hospital, tak ada siapa nak jaga dia… Aku faham, semua ada tanggungjawab masing-masing… Tapi, entahlah…

Jadi, aku cadang nak temankan dia tidur di hospital. Sebenarnya dia bukanlah memerlukan sangat orang menjaganya sebab kesihatannya tidaklah terganggu, Cuma mata kanannya yang bermasalah. Tapi, aku sengaja rasa nak teman untuk menyedapkan hati aku. Nak meyakinkan diri aku sendiri bahawa aku bukanlah anak derhaka… Nak meyakinkan diri aku bahawa aku la anak paling soleh di muka bumi ni…

Ye la, walaupun aku demam dan banyak kerja yang tertangguh, aku nak juga merasa nikmatnya berkorban untuk orang yang kita amat sayang…. Mesti indah kan… Lagi pun, kelas esok pagi jam 9.30, sekitar 7.30 aku boleh bertolak dari hospital… Aku jugak harap suasana di hospital ni akan lebih indah daripada di luar... Sebab, dengan dikelilingi pesakit-pesakit (ada yang seakan sedang menunggu maut) membuatkan aku merasakan akulah manusia paling bertuah dan bahagia... Ya, aku lebih bertuah dan lebih bernasib baik daripada mereka...

Tapi malam tu aku tak jadi tunggu sebab jururawat tu kata lelaki tak boleh menunggu di wad wanita... Entahlah...

Beberapa hari lalu jugak aku menonton teater Ismail: The last Day di KLPAC. Ya, ini kali pertama aku menonton teater di KLPAC mahupun terbitan Actor Studio... Sebuah persembahan yang mendapat sokongan begitu hebat daripada pelbagai syarikat GLC terkenal. Malam itu pertama kali aku menyaksikan penonton yang hadir yang seimbang daripada kaum Melayu, Cina, India, Inggeris, dan sebagainya.. Dan persembahan malam itu turut dihadiri oleh Raja Permaisuri Perak bersama beberapa ahli keluarga dan kerabatnya. Mereka hadir bukan sebagai tetamu VVIP istimewa yang penuh protokol sebaliknya hanya sebagai tetamu jemputan biasa. Ya, mungkin kita boleh menyatakan kehadiran baginda atas faktor persahabatan dengan Datuk Faridah Merican, namun sokongan itu aku kira amat bermakna sekira turut dirasai oleh komuniti teater Melayu di tanah air ini.

Bercakap mengenai Ismail, sejujurnya sejak kecil aku hanya mengenali Tun Dr Ismail kerana terkenalnya Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Namun, setelah pertama kali membaca buku biografinya ”Bukan Kerana Pangkat: Tun Dr Ismail & Masanya” pada awal tahun yang lalu, aku menjadi.... Entahlah... Susah aku nak cakap!! Korang patut baca dan korang akan rasa apa yang aku rasa!!! Dan aku berfikir, Ya Allah, kenapalah aku tak kenal dia dari dulu.... Kenapalah hina sangat aku ni tak pernah mahu mengenali lelaki hebat ini... Lelaki yang menjadi tulang belakang dan berdiri disebalik kehebatan Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abdul Razak... Lelaki yang begitu sempurna bagi aku...

Sejujurnya, walau mungkin ramai tak setuju, aku menyanjung dia lebih dari barisan lima orang Perdana Menteri yang pernah memerintah negara. Sungguh!!! Mungkin dia tak mampu diangkat menjadi pemimpin nombor satu peringkat awal disebabkan dia tidak punya persona di mata rakyat. Dia seorang yang panas baran. Dia jujur dan akan berkata apa yang dia mahu kata!! Sikapnya itu mungkin membuatkan dia tidak sesuai jadi ahli politik yang hanya pandai menabur janji dan mengambil hati rakyat... Mungkin sikap tenang Tunku membuatkan dia lebih layak menjadi penyejuk hati rakyat ketika itu... Sedangkan banyak keputusan besar dalam kepimpinan negara ketika dibawah Tunku dan Tun Razak diputuskan oleh Ismail. Daripada wakil rundingan British hinggalah membuat keputusan besar ketika kejadian 13 Mei. (ramai tak tahu, tanpa Ismail, Malaysia kini mungkin sebuah negara yang diperintah oleh kerajaan tentera!!!)... Banyak lagilah...

Lelaki yang mengorbankan hidupnya... Daripada buku tersebut, kita dapat melihat, dalam hidupnya, betapa banyak sekali dia tidak mendapat apa yang dia inginkan... Betapa banyak dia mengorbankan dirinya... Termasuklah ketika begitu hampir dengan kematian pun, dia masih berkorban untuk orang lain... Untuk negaranya... Hingga isterinya Neno pernah beri kata dua “negara atau keluarga???” Dia juga pernah diberi kata dua oleh doktor peribadinya ”negara atau mati???” (keadaan kesihatannya sangat teruk)..Tapi, Ismail tetap bahagia untuk membuat pilihan dengan jalannya sendiri... Membuat pilihan untuk berkorban...

Dia buat aku percaya, pengorbanan dan rahsia adalah dua perkara yang saling bertaut... Susah untuk dipisahkan...

Jika pengorbanan seperti ini pun sukar untu kita hargai, bagaimana kita untuk menjadi seseorang yang sanggup berkorban... Percayalah, pengorbanan itu memang sakit, tapi suatu hari nanti, ia akan menjadi suatu kenangan dan pengalaman paling indah dalam kehidupan kita yang singkat ini... (Emak, korban emak memang takkan mampu dibalas, tapi ia akan bawa emak ke syurga...Kerana di sanalah letaknya kesenangan yang paling sempurna... Percayalah...)

Ok, aku berhenti sekejap berbicara tentang pengorbanan....Dari tema yang indah iaitu pengorbanan, kita beralih kepada sesuatu yang kontra.

Sejak beberapa masa kebelakangan, aku belajar untuk mengeja dan menyebut dengan intonasi yang betul beberapa perkataan yang asing dan janggal bagi aku (tapi aku yakin akan mempertingkatkan lagi penguasaan diksi Bahasa Melayu aku. Hahaha...). Perkataan-perkataan itu walaupun membawa maksud yang buruk, tapi aku percaya ada peranannya… Takkan sesuatu perkara itu dicipta tanpa tujuan.. Betul tak? Samalah seperti apabila Allah mencipta perasaan ego untuk manusia, pasti ada guna dan manfaatnya pada waktu tertentu.. Takkan Allah mencipta sesuatu hanya sekadar sia-sia...

Tapi, perkataan-perkataan buruk dan hodoh ini, walaupun ada manfaatnya pada waktu tertentu, ada antaranya sangat celaka kesannya terhadap aku ketika ini.. Jadi, dari itu, bersempena dengan Festival Filem Malaysia yang baru saja berlalu minggu lalu, serta bersempena demam filem Ayat-Ayat Cinta yang sedang melanda kawan-kawan aku, aku ingin wujudkan sebuah anugerah iaitu Anugerah Ayat Paling Celaka..

Dan calon-calonnya ialah:

a) H****m J***h
b) P*****k
c) S**l
d) Pergi Mampus

Dan pemenang Anugerah Ayat Paling Celaka jatuh kepada:

PERGI MAMPUS....

Ulasan Juri (Aku la tu...)
Naktau kenapa ayat ’pergi mampus’ ni menang anugerah ayat paling celaka... Sebab ayat ni celaka la... Dia buat aku tak tenang... Semua ni gara-gara terlepas cakap ayat ni pada seseorang... dan sekarang dia marah sangat pada aku... Aku tak sengaja!!! Serius aku tak sengaja... Aku menyesal sangat!! Serius aku menyesal!!!! MENYESAL!!!!



p/s : Mintak maaf sangat2... Takde niat nak berbahasa buruk pada sesiapa... Tapi sebagai manusia biasa, pada waktu2 biol dan gagal mengawal diri, kita seringkali melakukan atau mengucapkan sesuatu yang tak patut kita ucapkan... I’M VERY SORRY!!!!!SORI!!!!!

7 comments:

Anonymous said...

salam

Kristal Media Group said...

salam kembali... ni jaja kan?

Aina said...

ayat paling celaka daku suka

-> macam h**am
-> macam si*l
-> gamp***

Kristal Media Group said...

walaupun ayat celaka sering kau ucapkan, jangan lupa untuk belajar bekorban...
kerana kata dan janji Tuhan, disitulah erti sebuah kebahagian.. =)

Cik-MeGa said...

ermmm...
kalau ayat celaka tu dilemparkn pd org2 yg disayangi, mesti lebih2 rse bersalah kn?
seseorg pnh kt "bullshit" to me..
seseorg yg dihormati & disanjungi...
tp, sy tetap berkorban kasih sayang utk die!!

Anonymous said...

ya, saya jaja lah azmir:)

renung dan tenung said...

mir,biar kita jadi terang , sebelum jadi terang perlu berkorban, misalan kau katakan sesuatu yang kau senang , tapi orang lain tak senang, teruskan, sebabnya selepas itu kau berkorban kehilangan orang yang tidak senang dengan perkataan yang kau paling senang lafazkan. pendapat aku je...