Thursday, April 9, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH

Jam kat tangan aku 12.20 tengah malam (harus diketahui jam aku cepat 15 minit... hehehe)... Dah masuk hari yang baru... Ya, masuk hari Jumaat... 10 April bersamaan 14 Rabiulakhir 1430...

Hari ini, Malaysia memasuki satu lagi fasa baru... Barisan kabinet baru akan secara rasminya mengangkat sumpah hari ini... Adakah ini petanda akan lahir Malaysia baru yang lebih cemerlang.. Ntah la... (Siapa ek jadi TPM??? tak sempat check lagi... =()

Bagi agama kristian pula akan merayakan Good Friday pada hari ini... Sabah & Sarawak mengumumkan cuti umum bagi sambutan tersebut... Tapi aku memang takde kelas hari Jumaat pun.. =p

Kalau dirujuk sejarah dunia (boleh check kat internet... hahaha), 10 April pada tahun1815 merupakan tarikh keramat letupan gunung paling terbesar dalam sejarah dunia iaitu gunung Tambora di Kepulauan Sunda Kecil di Indonesia yang menyebabkan kematian hampir 71,000 orang..

Tarikh itu juga, dalam tahun 1959 merupakan tarikh dimana anak Emperor of Japan iaitu Akihito berkahwin dengan Michiko Shoda yang mana mencatat sejarah perkahwinan pertama yang melawan tradisi apabila Michiko bukanlah dari golongan bangsawan..

Kalau nak dilihat tentang sejarah peribadi pula pasal tarikh ni, mana la aku nak ingat... dah 24 kali lalui tarikh ni, mesti la ada macam yang mana la aku nak ingat.. Tapi, kalu yg terdekat, setkat tahun lepas, tarikh ini juga punya beberapa signifikan... Jurnal peribadi aku tentang pengalaman sepetang menunggu matahari terbenam sambil melayan perasaan di pinggir sungai Sarawak yang berkaitan dengan tarikh 10 April melayakkan aku mendapat A+ untuk subjek Music & Society semester lepas... Sebelum itu, cerpen yang berjudul `10 April` yang berkisar tentang seorang gadis kacukan Melayu-Jepun yang kembali menemui ibu kandungnya setelah terpisah hampir lebih 20 tahun yang menjadi lanjutan penjajahan Jepun di Tanah Melayu kira-kira lebih 60 tahun lalu juga melayakkan aku memperoleh gred A untuk subjek Teori & Praktis Penulisan...

Kenapa aku berbicara pasal tarikh ni... Ntah la... Sengaja nak merepek kot... hehehe... Oklah, cuma di sini, bersempena tarikh ni jatuh pada hari Jumaat yg mulia, aku ingin mencatat lagi sejarah tarikh ini dengan mengucapkan beberapa perkara kepada beberapa individu di sekeliling aku...

kepada seorang sahabat yang aku hormati, terima kasih kerana kau masih teguh dan utuh berdiri di situ.... Meskipun dalam diri aku, ego masih menguasai...

Kepada beberapa individu di sekeliling, jauh dan dekat yang cuba untuk memberi, aku mintak maaf kerana buat masa ini, aku tidak dapat menerima secara serius tentang perkara itu... kerana ingatan pada peristiwa lalu masih mengganggu aku... Doakan hati aku terbuka.. aku juga mendoakannya... =)

Kepada teman2 yang mungkin terasa hati dengan kesibukan aku, ratap & sembah ampun buat jiwa2 yang terasa atau kecewa... Aku hanya menjalankan tugas sebagai pelajar disamping mengejar cita2 di alam kerjaya... (lainlah korang dah tak belajar.. hehe)

Kepada teman2 sekelas, kenakalan & kepoyoan aku harap dimaafkan ya... Kalau aku tak poyo, bosanlah hidup ni... Nanti takde bahan pulak korang nak kutuk aku... hahaha





p/s; apabila sesuatu yang tak disenangi menjadi realiti dan hakikat, setiap malam aku tidur dengan harapan apabila aku bangun esok pagi, aku tersedar bahawa semua itu hanyalah sebuah mimpi... Tapi akhirnya aku akur bahawa realiti tetap realiti yang harus dihadapi... Dihadapi dengan hanya satu cara, mengubah persepsi dan mengubah diri aku sendiri...

4 comments:

Cik-MeGa said...

TPM- Muhyidin Yassin...

saya baru sudah baca buku "cinta sinyor kusta dan si gundik cina"
tertanya-tanya, benarkah cerita tu?
atau sekadar dongeng semata.
sbb, berkaitan dgn sejarah melaka kita...

klu kamu pernah baca, kongsi la cerita ya!

Anonymous said...

"Good Friday" hari bersejarah dimana Jesus atau Nabi Isa A.S mati disalib. Sbb tu org2 kristian digalakkan berpuasa pada hari tersebut. Hari kewafatan Jesus atau Nabi Isa A.S berlaku sebelum Easter Day. Sabah dan Sarawak umumkan Good Friday sebagai cuti Umum bagi menghormati rakyatnya yang rata-ratanya penganut kristian sebagaimana kaum2 lain menghormati perayaan bagi org2 Islam seperti Awal Muharram, Maulud Nabi dsb. Good Friday sebagaimana dipercayai adalah hari ke-2 terbesar sambutannya selepas Krismas. Ye la kan, Krismas kan hari lahir Nabi Isa A.S dan Good Friday adalah hari kewafatannya. Ironi bukan..?

p/s: Maaf jika komen ni menyinggung perasaan mana2 pihak..sekadar berkongsi pengetahuan yang ada.

Kristal Media Group said...

mega;
alamak.. tak pernah baca la...

anonymous;
apsal plak nak tersinggung.. berkongsi pengetahuan tu kan bagus...

Dcharmed said...

dan yang pasti... Hari Jumaat sering memberikan kedamaian kepada mereka yang sentiasa menyaksikan... kan...?