Monday, February 9, 2009
MAKAN
Opah aku yang membesarkan aku kata badan aku dah berisi... Dia tak tahu aku sejak beberapa masa kebelakangan ini aku giler makan.. Aku pun pelik dengan tabiat aku ni..
Kalu malam tu aku dah makan nasik pukul 8pm pun, tengah malam mesti aku keluar cari makan... Kalau kat puncak, aku ke MMZ Bukit Jelutong (menu wajib roti kosong atau nasi lemak ayam).. Kalau kat KL, aku ke Restoran Jumma (menu wajib nasi kosong & ayam goreng) kat Setiawangsa.. Epul pernah naik muak makan kat restoran ni sebab aku bawak dia makan kat sini tiap-tiap hari masa shooting doku tak lama dulu... hahaha...
Aku makan 5 kali sehari... Bermula breakfast, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan makan tengah malam... Jijan pun geleng kepala tengok selera aku ni... Taktau la ni aku yang makan atau setan yang tumpang makan!!! hahaha...
p/s; bukan setan tu aku jugak ke.... ye la, mungkin aku harus belajar jadi macam iblis yang rajin berdiet sekarang ni... =(
Sunday, February 8, 2009
TERIMA KASIH...
Ke Nilai jumpa penyair Fynn Jamal yang sudah berhijrah... Dia sudah bertemu dengan dirinya... Lain giler dari dia yang aku selalu lihat dulu... Dari rock kangkang menjadi ayu berhijab... Su Anna Joe ada sekali (betapa dia tidak tahu yang aku sejak beberapa tahun lalu sangat mengkagumi hasil kerjanya..) Kerna kepala aku yang sakit berdenyut-denyut, tak banyak yang aku bicarakan... Diam dan mengiyakan...
Kata-kata Kak Fynn amat membekas... Ringkas, tapi mendalam... Bukan tentang agama, bukan ustazah membuka kitabnya... tapi tentang hidup sehari-hari yang dilalui kita... tentang kisah hidupnya...
Sepanjang memandu seorang diri pulang ke Setiawangsa sebelum pulang ke Kuala Kangsar malam ni, fikiran aku berat... Memikirkan betapa aku masih belum mampu melihat kehidupan sepertimana dari sudut pandangnya...
Dia buat aku terfikir bahawa aku masih tidak mengerti apa makna hidup... apatah lagi cinta... (jadi Azmir, jangan ko nak berlagak bercakap soal cinta...)
Terima kasih Kak Fynn... =)
p/s; dah dua minggu aku nak tulis tentang perjalanan aku seorang diri di kota Jakarta dan Bandung.. Tentang betapa seronoknya menaiki keretapi dari Jakarta ke Bandung... Tentang betapa sedihnya kehidupan di Jalan Jaksa... Tapi aku masih belum punya waktu secukupnya... =(
Wednesday, February 4, 2009
RACAU!!!!
"Pemimpin Empayar Mogul, Shah Jahan kalah kepada Mumtaz"
"Laksamana, Hang Tuah kalah kepada Puteri Gunung Ledang"
B*bi!!!
Har** Ja**h!!!!
Pu****k!!!!!
Sial!!!!
Aku hilang diri... Hilang fokus... Apa yg aku nak sebenarnya dlm hidup ni???? =( Down lagi... Aduh, azmir ko ni takde benda lain ke nak buat selain dari down... ingat best sangat ke down ko tu...
Terasa hina giler...
p/s: Tomok, kenapa ko bgtau aku pasal tu tadi??? Aduh.... =( ko kan tau aku alergik pasal perkara tu... ko kan tau aku ni mengada-ngada tahap gaban... =(

Tuesday, February 3, 2009
HARAPAN
Seorang kawan aku yang single beberapa hari lalu SMS aku dan bercerita yang ada seorang wanita mendekatinya dan meluahkan perasaan yang wanita itu meminatinya.. Aku hanya tersenyum dan gembira, meskipun pada hakikatnya aku cemburu padanya dan takut akan kehilangan seorang lagi ahli kelab single (aka. loser) yang aku tubuhkan... =p (dan bermakna aku akan semakin lonely..=()
Sahabat, sebagai satu contoh, di waktu seorang lelaki itu dalam keadaan depresi dan down giler, dia tetap akan cuba menyembunyikan resah gelisahnya dari pengetahuan orang lain disebalik ego lelakinya.... Kerana seorang lelaki itu hanya akan meluahkan (secara tak langsung menunjukkankan kelemahannya) kepada seorang wanita yang amat disayanginya yang diketahui akan menerima segala kelemahan dan kekurangannya itu seadanya.. Itulah peranan seorang wanita yang bernama kekasih/isteri... Dan, jika itu yang kau rasakan amat kau perlukan ketika ini, teruskanlah... =)
Aku akan tersenyum dari jauh... =)
p/s; kepada seorang awek yang lain, tolong jangan bertanya lagi pada aku apa harapan aku pada hubungan kalian berdua... hormatilah aku.... kerana jika aku berkata jujur, aku berdosa... jika aku berkata manis, aku terluka... =(

Monday, February 2, 2009
KISAH ANAK-ANAK ZAMAN SEKARANG
Thursday, January 29, 2009
DARI BANDUNG; FROM BANDUNG WITH LOVE
Aku nasihat kepada diri aku sendiri, kalau mahu berkasih sama cewek Bandung, mesti tunggu aku kaya dulu... Kalau tidak dari mana nak cari duit bergayut malam2, tiket ulang alik KL-Bandung, etc....
Kuatkanlah hatiku ini!!!!!!! hahahahaha..... =p
p/s; "neng, gelik amat kamu.. udah ngak ketahuan gue...." =p
Kuatkanlah hatiku ini!!!!!!! hahahahaha..... =p
p/s; "neng, gelik amat kamu.. udah ngak ketahuan gue...." =p
Subscribe to:
Posts (Atom)