Sunday, January 4, 2009

SECANGKIR KOPI SEMANIS PUAN

Siapakah bisa menduga aduh! sayang
Cuaca di pesta tarian gemalai
Seruling perindu
Asyik dan berbaur
Harum jagung mentega panas
Anekaroma

Malam bulan dan bunga lalang senada
Menyulam kasih
Melamar Sang Pawana
Terbangkan layar
Menuju wilayah
Sentosa yang kami mimpikan
Dalam kedinginan hujan

Merentas jejak
Senandung mendonan
Yang mimpikan
Secangkir kopi panas
Dengan selimut...

Aduh...

Wangi suci murni
Menyegarkan
Tubuh yang letih
Membawakan nasib
Sedang tersurat

Aduh! nyawa
Kami tersiksa
Bila tersua jelita

Aduh! nyawa
Kami tersiksa
Bila tersua puan jelita


- M. Nasir




p/s; Jangan pernah salah sangka pada Rawana... Hanya kerana dia, Sita Dewi dan Seri Rama dikenang dalam Ramayana dan Mahabrata.....
Aku rindukan aku yang dulu... =(

Thursday, January 1, 2009

2009 – TAHUN YANG SEDIH???

Biasanya, malam new year aku jarang keluar... tido kat umah lagi best... tapi setahun dua ni aku kuar jugak... Tahun lepas, ada awek cun ajak aku kuar sambut new year, tapi last2 dia cancel pulak... So, disebabkan aku dah gerak keluar waktu tu, aku sambut je la dengan adik aku, epul dan seorang lagi kawan perempuan kitorang.... Tak sambut pun, makan kat McD seksyen 2 je...

Tahun ni????

Aku tak tahu kenapa... Aku menyambut tahun baru kali ini dengan perasaan yang sedih.. Tapi kenapa sedih??? Aku sendiri tak tahu sebabnya... Yang aku tahu aku rasa sedih... Nak menangis pun ada rasanya... Bila dah sedih, mula la aku jadi down...

Kerja makin banyak, tapi tak berbuat... (Alhamdulillah, rezeki aku makin murah sejak kebelakangan ni... Amin...) Aduh, kenapa yang ya aku sedih... adakah ini petanda tahun 2009 adalah tahun yang sedih untuk aku????

Atau mungkin sebab beberapa kejadian sejak semalam yang membuatkan aku sedih... Petang tahun baru semalam, aku lepak kat Pak Li Kopitiam Seksyen 7 dengan kawan aku... Then, seperti biasa makcik jual kerepek kat situ mesti datang dari meja- ke meja.. (korang yang selalu lepak kat situ mesti kenal makcik tu kan...) Aku sedih tengok makcik tu... Aku memang senang kesian dengan orang.. Itu kelemahan aku.. Sampai emak bapak aku pun kata, kalau aku terus dengan perasaan teralu mudah kesian pada orang lain macam sekarang ni, sampai bila2 orang akan pijak kepala kita...

Then, bila malam sikit, aku gi pusing-pusing KL dengan seorang kawan aku... Sebenarnya ada sorang lagi kawan aku nak follow tapi tak jadi last minute la pulak... Minah si kawan aku ni dalam kereta asyik sangat nak bercerita pasal teori-teori muzik dia (dia student course musik kat UiTM)... Motif, scale dan macam2 lagi... Tapi takpe, aku memang minat nak tahu... So, aku suka sangat bila dia nak ajar aku pasal benda2 tu... Dah dekat countdown, kitorang gi Jalan Telawi tengok sambutan kat situ sambil kawan aku leka tangkap gambar (hobi baru dia... hehehe)... Seperti biasa, Jalan Telawi penuh dengan orang celebrate new year sambil main spray buih... Tapi, bila dah ada kat situ, biasalah, memang tak boleh elak dari jadi mangsa kena spray dengan buih... So, kitorang pun serba sikit kena jugak la sembur dengan buih... ceh, habis baju... Tapi, malangnya, aku tak tahu la plak yang kawan aku ni ada masalah sikit kat jantung dia.. problem dengan pernafasan... Buih dan gas penyembur tu bagi effect kat dia... Nampak sangat aku dah lama tak lepak dengan dia... Kitorang rapat pun masa aku amik diploma lebih kurang 4 tahun lepas... So, perjalanan balik malam tadi, aku sedih lagi tengok dia yang sebenarnya dari seorang minah yang banyak cakap tiba2 jadi pendiam coz nak tahan sakit... Ubat dia tinggal kat umah...

Malam tadi juga, seorang kawan aku yang yang kerja sebagai editor kat Damansara telefon aku... Sebab dia kata bosan kat office... Sebab, dia tinggal sorang2... orang lain, malam new year, mesti la kuar gi celebrate new year... So, dia tinggal la buat editing sorang2... (sape suruh rajin sangat kerja malam tahun baru ni... hahaha) sekali lagi, aku rasa sedih... Sedih bagi pihak dia... hahaha... aku ajak dia kuar, dia taknak pulak... (terlebih rajin dia ni...) Dia takut aku ajak pegi bukan2 la tu... Coz, sebulan lepas, aku ajar dia gi cucuk bintang kat dance floor Coco Banana kat Sunway & lepak layan band kat Borneo... (jahat aku kan ajar org gi club... kurang ajar betul aku ni..) So, dia sebagai seorang teruna yang baik dan tak pernah jejak kaki kat tempat macam tu walau segan2, tapi lama2 naik syok... hahaha... Tapi, aku pesan, pegi kelab ni jangan jadikan amalan... rosak hidup nanti... Pegi sekali sekala boleh la...

Kejadian-kejadian tu sebenarnya tak sedih pun... biasa je... tapi disebabkan mood perasaan aku yang sedang bersedih ni, semua benda aku rasa sedih... =( Sampai rumah, lebih kurang pukul 3 pagi... then layan dvd jap.. pukul 5, tido... bangun tengah hari tadi, aku rasa sedih lagi... mood cuaca pun agak mendung, betambah la mood sedih aku...

Bila celik je mata bangun tido tadi, apa yang aku pikir, tahun baru... usia aku dah 24 tahun, tapi apa yang aku dah capai dalam hidup aku...

Dah 24 tahun aku hidup... tapi belum ada apa2 yang besar yang aku mampu bagi kat famili aku!!!! Masih belum mampu memikul tanggungjawab pada keluarga... Sekali lagi aku rasa sedih dan down giler... kali ni betul2 sedih... rasa nak nangis.. tapi nasib baik bleh tahan.. hehehe... aku dah 24 tahun, tapi aku masih belum mampu untuk menjalankan tanggungjawab aku sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga.. dulu, bapak aku masa umur macam aku dah anak dua orang anak dah... Setengah orang, umur macam ni, emak bapak dah boleh rehat je... Aku? Apa yang aku mampu bagi... Setakat hulur duit belanja sekali sekala kat adik aku ada la... Selain tu??? ADUH!!! AKU SEDIH GILER!!!!

Sampai petang aku baring je atas katil... Berfikir dengan sedih... Then, aku bangun, pegi KLCC dan lepak kat Kinokuniya sambil belek2 buku baru kat situ... Malam, aku balik dan tulis blog ni....

Sampai sekarang, sampai menulis ni pun, aku masih sedih... Tak tahu kenapa....

Adakah ini petanda bahawa tahun 2009 ni tahun yang sedih untuk aku... ntah la... Aku dah buat perancangan tahunan aku untuk 2009. Tapi dapat ke aku buat semua tu kalau aku masih dengan perasaan sedih dan tak bermaya macam ni????




p/s; Menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah syurga, bersyukurlah kepada yang kuasa, cinta kita di dunia... - Laskar Pelangi

Monday, December 29, 2008

BERITA EKSKLUSIF

(Percintaan Agnes Monica - Jason Mraz)

Petang tadi Agnes telefon aku... (Jangan tak percaya agnes monica call aku... hehehe)... Aku macam tak percaya pulak dia call aku... Tapi memang dia call aku kerana katanya dah lama aku tak call dia... Dalam sembang2, dia beritahu aku yang dia sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lagi penyanyi terkenal, Jason Mraz... Sedang sangat bahagia... Dan agnes berharap agar perhubungan mereka berakhir di jinjang pelamin...

So, ini berita eksklusif... Korang takkan dapat berita ni kat mana stesen tv, majalah atau akhbar...Termasuklah di Melodi.... Hanya di blog aku... sangat eksklusif.... So, mahu lagi berita-berita eksklusif? Hanya lawati Analogi Jiwa Kacau (azmir2k.blogspot.com) untuk berita-berita terkini, hot, lagi eksklusif... Hanya di Analogi Jiwa Kacau, blog pilihan anda.... hahahaha =p




p/s; meskipun terpaksa berdepan dengan seseorang yang bisa mengingatkan aku pada kemarahan lalu, aku akan tetap tersenyum... Biar orang kata aku lelaki dayus pada kaum berlainan jantina... Aku tak peduli... Kerana, bagi aku, itulah satu-satunya cara menunjukkan aku sangat menghormati perasaannya, dengan harapan dia akan menghormati perasaan aku kembali... =)

SOALAN BONUS

Bahagian A. Kertas ini mengandungi dua soalan. Jawab semua soalan.


(1) Mana yang lebih sakit?
a. Terasa hati
b. Terluka hati


(b) Mana yang lebih baik?
a. Main perempuan
b. Dipermain perempuan



Soalan Wajib. Tiada Talian Hayat.... =(

Wednesday, December 24, 2008

CATATAN BUMI TEMASIK: ANTARA MUALLAF & SALAWATI

(Kunjungan Kedua Ke Singapura)



Kunjungan pertama pada pertengahan tahun yang lalu, aku sempat pusing Pulau Sentosa, Esplanade dan juga Merlion di Marina Bay.

Dan kali ini, aku ke Singapura kembali... Seperti yg aku cakap dalam beberapa entri yg lepas, emak aku nak ikut aku ke Singapore kali ni... Teringin katanya nak ke Singapore... Kebetulan pulak dia dah ada pasport sebab buat untuk pergi umrah beberapa bulan lepas, so takde masalah la... Aku pun bawak dia...

Aku naik bas dari Larkin dan kali ini, tiada lagi pemeriksaan Imegresen di Tambak Johor... Kompleks CIQ baru di Bukit Chagar (merupakan salah satu pembangunan dalam projek Jambatan Bengkok dulu) mula beroperasi jam 12 tengah malam pada malam sebelum hari aku pergi... So, kali ni aku ikut checkpoint baru tu la... Aku rasa lagi ok la dari dulu... Perjalanan lebih lancar... Kalau dulu, aku naik bas sampai ke town, tapi kali ni aku naik bas sampai ke stesen MRT Kranji dekat2 dengan kawasan Woodland. Dari situ aku naik MRT ke town... Lebih kurang 40min jugak la smpai ke stesen Dhoby Gaut...

Macam biasalah, disebabkan aku dengan emak aku, orang perempuan kalau ke Singapore mana boleh lepas ke Orchad Road... Syurga beli belah di Asia Tenggara orang kata selain Bandung... Tapi, kitorang tak beli apapun... Situ kan tempat shooping orang2 kaya.... semuanya barangan eksklusif... Memang nak beli pun tak mampu... Orchad Road ni, kalau aku la, nak jalan habiskan jalan ni dari mula sampai hujung, aku rasa dua hari aku belum mampu nak habiskan.... sebab banyak giler shooping complex dia... berpuluh puluh...



Pergi dgn emak aku,aku cuba minimumkan perjalanan jalan kaki... Kalau berjalan pun perlahan-lahan... Aku tahu dia letih... Banyak meneliti peta mencari jalan yang paling dekat dan singkat....

Kunjungan kali ini, aku sempat ke ibu pejabat Cathay Singapura di Handy Road... Kompleks pejabatnya dilengkapi pusat beli belah dan kompleks pawagam... Lebih kurang macam Cineleisure la... Di situ aku tak buat apa selain membelek koleksi DVD filem2.. aku cuba nak cari filem tempatan Singapore... tapi takde... =(



Selain itu, aku ke Picturehouse Cinema, salah satu arthouse cinema utama di Singapura... Ia dibawah kendalian Cathay jugak (dlm bangunan yg sama).... Dan kat situlah aku tengok filem Muallaf.... Hari aku tengok tu adalah hari kedua terakhir tayangannya setelah memasuki minggu keempat tayangannya... Jangan mintak aku review cerita ni coz aku taktau nak kata apa.... Tapi, yg boleh aku cakap, aku suka filem ni... Ya, aku suka...



Seperti biasa juga, bila ke kawasan baru, aku akan membeli koleksi majalah-majalah mereka... Aku beli majalah Manja, Sutra (majalah baru), 8Day, (majalah hiburan mingguan popular Singapura) dan TimeOut Singapore.

Dulu masa pesan kat G-Jan beli majalah Manja kat Singapore, dia pelik kenapa aku pesan beli majalah hiburan.... Aku suka ke majalah hiburan? Tapi ramai tak tahu, Manja adalah satu-satunya majalah berBahasa Melayu yang tinggal Singapura.... Meskipun, bahasanya tak la proper dan caca merba jugak, tapi sekurangnya ia adalah lambang survival Bahasa Melayu di Singapura... Mujur, dalam beberapa bulan ni aku tengok, muncul dua lagi (kedua-duanya majalah hiburan dan lifestyle) majalah berBahasa Melayu iaitu Sutra dan lagi satu apa ntah nama dia... tapi aku tengok kualitinya masih tak sebaik Manja yang dah lama bertapak di sana... Aku sempat menjadi pembeli tetap majalah Manja versi Malaysia dengan nama Sentiasa Manja apabila syarikat gergasi Singapura bukak cawangan Mediacorp Publishing di Malaysia. Waktu tu Saniboey menjadi editor sebelum dia masuk bekerja di Finas dan kemudian TV3 (Melodi) dan TV9 (Sebagai Ketua Program Melayu dan Penerbit Eksekutif). Tapi Sentiasa Manja tak tahan lama.. aku rasa setahun lebih je... lepas tu majalah tu bungkus meskipun syarikat tu masih mneruskan penerbitan majalah Lime di Malaysia... Dalam sebulan dua ni, Saniboey dah berhenti dari TV9 dan kembali menjadi Editor Manja di Singapura...

Teringin juga nak beli majalah Maxim, Playeur, FHM dan lain2.... hahahahaha.. Tapi malas la pulak membazir beli benda2 mcm tu..... Jangan taktau majalah2 ni, walaupun ada kat Malaysia, tapi versi Singapore punya gempak siot.... hahaha.... kalau FHM kat Malaysia, semua modelnya malu2, tutup sana tutup sini... tapi kat sana, pergh..... hahahah.... dah lebih kurang macam Playboy US... hahahaha...

Selain ke Orchad Road, aku ke Merlion di Marina Bay sekali lagi... bawak emak aku tengok si singa yg jadi lambang dan simbol keunggulan Singapura tu... Tapi pergi kali ini, aku belajar jalan baru nak ke situ... lebih dekat dari jalan aku ikut dulu...



Emak aku, sampai satu ketika, dia mengalah... Dia mintak duduk dan tunggu aku di taman.... So, aku pergi la jalan2 ke shopping mal berhampiran... aku bukan apa, kalau boleh aku nak cari juga DVD filem Salawati.... berpuluh kedai DVD aku pergi tapi tak jumpa-jumpa.... Kebanyakan kedai DVD terutamanya toko yang besar di sana kata mereka tak jual DVD filem local.... aku pun tak tahu kenapa... Berbeza dengan filem Muallaf, iaitu filem Malaysia yang diedarkan dan ditayangkan di Singapura selepas bermasalah dengan LPF di Malaysia, filem Salawati ni pulak, kalau korang nak tahu adalah filem berBahasa Melayu pertama di Singapura setelah berpuluh tahun Singapura tak mengeluarkan filem Melayu (sejak runtuhnya Jalan Ampas)... Yang menarik, filem ini yang ditayangkan di pawagam Singapura pada awal bulan Oktober lalu diarahkan oleh pengarah Inggeris... Sayangnya, sampai nak balik, aku masih belum dapat jumpa DVD tu.... mungkin aku kena tunggu pada kunjungan aku masa akan datang...

Kali ni, catatan aku tak jiwang sangat.... Kenapa?? Ntah la... sebab aku tak rasa kunjungan aku kali ni terlalu personal.... Sebab aku pergi dgn emak aku kot... So, aku takde masa untuk bersendiri dan memikirkan hal sendiri.... Aku hanya fikir macam mana nak bawak dia berjalan dengan meminimumkan jalan kaki seboleh mungkin... hanya fikirkan dia nak bawak dia tengok tempat menarik yang aku tahu (banyak lagi tempat aku tak tahu)....

Aku masih tak sempat ke Kampung Gelam atau melawat Istana Kampung Gelam, satu-satunya lokasi tinggalan warisan Kesultanan Melayu Singapura yang tinggal... Aku juga belum sempat ke Chinatown, untuk lebih memahami masayarakat Cina yang merupakan majoriti di bumi Singapura... Aku juga belum sempat ke kawasan luar kota seperti Tempines, Jurong dan sebagainya untuk melihat kehidupan sebenar warga Singapura kelas menengah yang masih terpaksa tinggal di rumah flat meskipun berduit disebabkan masalah kekurangan tanah di Singapura... (Teringat filem 12 Storey yang begitu menyentuh bagi aku)...

Aku harap dapat ke Singapura lagi... Menetap di sana dalam dua tiga minggu... Walaupun ia negara urban yang kurang warisan tradisi, tetapi masyarakat dalam komunitinya sangat menarik bagi aku... Sebuah masyarakat unik yang tinggal dalam sebuah negara republik dengan permasalahan, gaya hidup dan cerita mereka yang tersendiri... aku suka hidup dalam masyarakat yang asing bagi aku kerana aku akan sentiasa dapat beajar benda baru...(aku suka tengok budak2 muda Singapore... tak tahu kenapa.. sebab mereka suka berlagak kool kot.. hehehe)



p/s; disebabkan kali ni aku bersama emak aku, aku tak dapat la pergi lagi sekali ke Siloso Beach di Pulau Sentosa... Melepas la aku pergi satu-satunya port yang aku rasa di dunia ni kita dapat tengok awek-awek berbangsa Melayu berpeleseran di sepanjang pantai dengan hanya berbikini...(kalau kat Malaysia dah kena cekup dah..) hehehe.... Tak dapat ke Cafe Del Mar di pantai yang sama, kelab untuk pesta di tepi pantai sambil main buih... hahaha... kalau tak, pergh... kat sana memang la... (takyah la aku cakap, nanti korang bayangkan pula... berdosa pulak aku tambah dosa korang... hahaha... cukup je la aku je yg berdosa masa pegi dulu...) malam tahun baru ni, satu pesta muda-mudi penuh happening dan penuh dosa akan dianjurkan besar-besaran di Siloso Beach... So, kalau ada masa, korang pegi la... Aku nak pegi tapi kekurangan ongkos dan kekurangan kawan yg nak pegi (smpai sekarang aku pelik, budak2 nakal taknak kawan dengan aku... pelik betul la... hahahaha....)

Monday, December 22, 2008

DARI SINGAPURA

Sekejap lagi, aku sekali lagi aku masuk ke bilik gelap itu... Aku tak tahu dia nak ajar aku tentang apa kali ini... Hanya kosongkan fikiran, dan biarkan dia tentukan....


p/s; sedang menunggu tayangan Mualaf di Handy Road.. lagi 15min... =)

Saturday, December 20, 2008

MASIH MENCARI: DARI BANGKOK KE JAKARTA

Keadaan di Bangkok masih bergelora. Meskipun Abhisit telah diumumkan sebagai Perdana Menteri baru setelah Somchai digulingkan oleh tunjuk perasaan PAD hingga diisytiharkan darurat, situasi masih cemas di sana. Tambahan pula tindakan mantan Perdana Menteri, Thaksin yang seolah masih belum mahu mengalah. Terdengar juga cerita kawan kepada kawan yang tersangkut di sana akibat penerbangan yang tertangguh.

Jadi, setelah sekian lama menunggu dengan harapan situasi akan kembali tenang, nampak harapan aku semakin tipis. Hasrat aku untuk ke Bangkok dengan menaiki keretapi penghujung tahun ni nampaknya tak kesampaian.

Tak apa, dengan semangat membuak nak travel, aku tukar lokasi.

Pada 27 Januari ni, aku akan berlepas ke Jakarta. Aku naik penerbangan QZ 7603 Air Asia Indonesia pukul 2.50 petang dari LCCT ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. Aku akan berada di sana seminggu. Penerbangan balik AK 957 pada 1 Februari jam 10.20 malam waktu Indonesia dan dijangka mendarat di LCCT jam 12.20 tengah malam waktu Malaysia.

Dah lama sangat aku berhasrat nak ke Jakarta... Dah ramai sangat kawan yang aku ajak ke sana.. tapi semuanya macam tak menunjukkan kesungguhan atau mungkin juga tak dapat pergi sebab pelbagai halangan. Jadi, aku nekad pergi seorang diri... Sampai di sana, baru aku nak cari hotel... Sebab kalau yang booking online, semuanya hotel mahal2.. So, sampai nanti di sana, baru aku nak cari hotel murah2..

Seminggu di sana, sudah pastinya tumpuan utama aku adalah untuk menonton wayang, melawat toko-toko buku, membeli majalah, menonton televisyen... Dan kalau sempat aku nak cari mana2 persembahan teater yang boleh aku tonton... (Mana tahu kalau aku bisa ketemu dengan Emha Ainun Najib, tokoh ulama yang terkenal Indonesia dengan kumpulan gamelan Kiai Kanjeng itu... Aku mula jatuh cinta pada muziknya sejak menonton persembahan eksklusifnya di KL beberapa tahun lalu...)

Disamping tu, kalau ada kesempatan aku nak bertemu beberapa penggiat industri filem di sana... Aku dah berhubung dengan salah seorang penulis skrip terkenal Indonesia, Jujur Prananto... Dia sebelum ni terkenal dengan pelbagai filem besar seperti Ada Apa Dengan Cinta, Ungu Violet, Doa Yang Mengancam, Cintapucino, Titik Hitam dan banyak lagi.. Aku dah bagitahu nak berjumpa, cuma belum ada tarikh yang tetap...

Dalam masa yang sama, aku sebenarnya sekarang dengan berbincang dengan pihak fakulti aku nak membawa salah seorang sutradara filem kontemporari Indonesia untuk dibawa ke fakulti bagi program Retrospektif semester depan. Ada lima sutradara dalam senarai pendek aku iaitu Riri Riza (Gie, Eliana Eliana, 3 Hari Untuk Selamanya, Petualangan Sherina etc), Rudi Soedjarwo (Ada Apa Dengan Cinta, Bintang Jatuh, 9 Naga, Tentang Dia, Mengejar Mahatahari, etc), Garin Nugroho (Opera Jawa, Daun Di Atas Bantal, Puisi Tak Terkuburkan, Cinta Dalam Sepotong Roti, etc), Nia Dinata (Arisan, Berbagi Suami, Ca Bau Kan, etc) dan Hanung Bramantyo (Ayat-Ayat Cinta, Brownies, Get Married, Lentera Merah, Jomblo, etc). Aku dah dapat nombor telefon mereka semua... Sekarangnya semuanya bergantung kepada kelulusan dan kesanggupan pihak fakulti untuk penganjuran acara ini... Aku dah email proposal ke fakulti... Kalau fakulti setuju, boleh la aku mula menghubungi untuk berbincang dengan mereka... Lagipun, sebenarnya idea acara ni pun datang dari ketua program skrin, En Norman dan dekan fakulti, Prof Dr Hatta sendiri... Tapi tak tahulah mereka setuju tak dengan gerak kerja acara yang aku cadangkan... So, kalau semuanya proses awal ni selesai dan dapat persetujuan, boleh juga aku cuba-cuba curi masa pengarah-pengarah ternama ni masa aku di Jakarta nanti untuk perbincangan lanjut.. Entahlah... Tengok la nanti macam mana...

Yang penting, kunjungan aku ke sana ni, sekali lagi aku tak mahu menjadi diri aku... Tak mahu menjadi Azmir... Tak mahu menjadi Azmir yang sering bebal, jiwa kacau dan rasa down... Seperti masa di Kuching dulu, di Jakarta nanti, aku nak jadi seseorang yang hanya menikmati segala yang ada di depan... Tinggalkan segalanya di belakang... Di sana aku bukan Azmir yang bangang... Aku harap orang yg aku akan jadi semasa di Jakarta nanti adalah orang sentiasa positif, gembira dan bahagia dengan hidupnya.. Amin...


Jakarta, dalam kesibukanmu, aku ingin bersendiri menghargai diri sendiri...





p/s; Bila bersendiri, itulah masa untuk kita memikirkan tentang dan untuk diri sendiri... Bukan untuk orang lain.... Dan semua ini adalah untuk diri aku sendiri... Menghargai diri sendiri...