Wednesday, November 5, 2008
ADA
Sesak nyawa dalam jiwa
Bila roti kering
Jalan pulang
Yang kau fikirkan
Habis dilarikan
Habis dilarikan mergastua
Dalam kecewa
Dihimpit rasa
Lapar dan dahaga
Sajian susu ikan merah
Suara pengalaman
Mendamaikan
Panji gelora yang sempat singgah
Kau hilang pertimbangan untuk pastikan
Apakah kau sedar atau dilamun khayalan
Dalam hutan ada taman
Dan dalam taman ada puterinya
Dalam baju ada cinta
Dan dalam cinta ada segala-galanya
Dalam awan ada hujan
Dan dalam hujan ada lautan
Dalam aku ada dia
Dan dalam dia ada kita ada semua
- M. Nasir
p/s : Demi alam yang luas, bebaskan beta lepas.... =)
Monday, November 3, 2008
MENCARI DIRI YANG HILANG; PERJALANAN KE SELATAN
Lepas balik dari Batam aritu, aku pikir panjang, mana aku nak pergi lagi lepas ni... Yang murah tapi best... Aku taknak semangat aku ni kaku lalu layu...
Akhirnya aku jumpa satu idea yang aku rasa best la.. Aku nak ke Bangkok naik keretapi... Yes... Aku dah check kat KTM... Aku boleh naik keretapi di KL Sentral ke Butterworth. Di Butterworth aku kena tukar naik express antarabangsa ke Bangkok... Tapi aku lupa pulak tanya berapa lama perjalanan... Tapi setahu aku mungkin ambik masa beberapa hari jugak baru sampai... Tapi mesti best kan..
Bila aku nak pergi??? Ntah la... Duit tengah kering ni... Kena kumpul duit dulu... Mungkin bulan 12... Mungkin juga bulan Januari.. Tapi bulan Januari mungkin kena Jakarta atas urusan kerja + berjimba .. Ntah la... Tengok la keadaan macam mana... Tapi aku nak jugak ke Bangkok naik keretapi...
”Tapi apapun Azmir, ko kena pergi renew lesen driving ko tu dulu..”. Ya Allah, macam mana la aku boleh tak perasan lesen driving aku dah dekat 4 bulan mampus... Tu la pasal, poyo sangat nak jiwa kacau... hahahah....
p/s : Aku setuju sangat dengan Memorandum 90/10 yang dikemuka Persatuan Karyawan kepada kerajaan tempoh hari... Kalu berfikir atas dasar kreativiti, mungkin kita akan rasa rugi... Tapi kita memang perlu buat pilihan... Harus melepaskan sesuatu, untuk mendapatkan sesuatu yang lain.. Kita takkan dapat semua... (Sekurangnya dgn cara ni dapat jugak aku elak dari dengar lagu Jason Mraz dalam radio lagi...Yes, seronoknya aku!!!! hahaha... =p)
Thursday, October 30, 2008
MESTI ADA SEBABNYA KAN....
Tiba-tiba aku terfikir sesuatu... Kenapa Allah takdirkan aku tengok cerita tu sekarang, bukan setahun yang lepas...
Mesti ada sebabnya kan...
Dan aku terfikir lagi tentang benda-benda yang Allah tak bagi pada aku sekarang... Mungkin Dia tak bagi sekarang sebab Dia nak bagi pada aku pada suatu ketika akan datang.. Kenapa Dia tak bagi kat aku sekarang?
Mesti ada sebabnya kan...
p/s;
Masa lalu adalah kenangan yang hanya dapat aku nikmati melalui ingatan,
Masa depan adalah angan-angan yang harus aku hargai melalui impian...
SEBUAH HARAPAN: SHA & BUDAK GEMUK

Lawan tudung siapa lagi cantik...
(L: Shasha, R: Dina)
.jpg)
Lawan cermin mata siapa lagi cantik?
(L:Shasha, R: Dina)

Shasha membaca di mana-mana untuk jadi pandai seperti ayah saudaranya... (Aku la tu...) hahaha

Dina makan dimana-mana sahaja untuk membesarkan lagi tubuhnya (gambar-gambar ni masa dia belum jadi budak gemuk lagi...hehehe)
Monday, October 27, 2008
TELANJANG
Beberapa hari lepas, sewaktu aku minum petang dengan kawan-kawan perempuan kelas aku, tiba-tiba je diorang tanya satu perkara kat aku... “Kenapa ko sekarang makin garang ya?? Sikit2 nak marah??” Aku gelak dan cuba buat lawak nak lari dari jawab soalan yg ditanya mereka dengan penuh serius... Tapi mereka tetap serius gila babeng dan nakkan jawapannya.... Hahaha... Aku jawab je la yg aku tengah datang bulan... hahahaha....
Aku makin garang? Azmir makin garang? Korang biar betul.... Macam tak percaya je... hahaha... Boleh ke mamat sorang ni jadi garang????
Korang yang baca blog ni rasa aku garang tak? Aku tanya ni bukan apa, sebab orang kata, melalui penulisan seseorang, kita boleh baca pemikiran dan sifat seseorang itu... So, mestilah korang yang membaca penulisan aku kat blog ni boleh mengetahui pemikiran dan sifat aku kan...
Aku ada baca kat blog Vitamin tentang hal ini... Ok la, tanpa kebenaran dia, aku amik juga la kata-kata dalam blog dia tu untuk korang baca:
“aku kira, orang yang dikenal melalui penulisan adalah orang yang terbaik. maksud aku terbaik sebab dia dapat berkongsi rasa, filosofi dan pendapat tentang apa yang dia telah lalui dan alami.
Pernah terbaca satu ketika dulu - di buku mana aku tak ingat, "Seseorang itu menjadi penulis apabila dia berani menyatakan sikap." kalau tak silap aku, ini adalah kata-kata Usman Awang. makanya, setiap apa yang ditulis itu adalah tercebisnya satu sikap yang akan menterjemah diri seseorang itu. pada aku, menulis membuatkan kita menelanjangkan diri kita tanpa menunjukkan kemaluan. telanjang bukan tunjuk kemaluan tapi tunjuk keperibadian. dan aku memilih alternatif menulis bagi untuk menunjukkan keperibadian aku.
jika mungkin, dikumpulkan kesemua penulisan aku di dalam blog ini mungkin sudah cukup membuatkan aku separa bogel. ada beberapa bahagian yang aku tidak dapat tunjukkan. sebagai contoh bahagian belikat, pelipat betis dan celah jari. mungkin yang terdedah di dalam penulisan aku (jika diibaratkan sebagai tubuh badan) adalah bahagian dada, perut, tangan, mata, telinga, dan banyak lagi.” - vitaminisme.blogspot.com
Ok la, aku ada satu cara nak membantu korang daripada pening kepala untuk menafsir diri aku dengan mem`baca`nya daripada penulisan aku. Dari payah-payah korang nak tafsir sifat aku, aku bagi je korang terus sifat-sifat peribadi aku yang dijelaskan melalui hari lahir aku... Aku dapat ni daripada buku tulisan Dato Dr Fadhilah Kamsah.... Wak Dol yang pinjamkan buku ni kat aku... Buku tentang ciri peribadi seseorang berdasarkan tarikh lahir... Lebih kurang macam horoskop la... Aku tulis ni pun sebab aku rasa banyak yang buku ni cakap adalah betul. Betul macam aku... (sebab banyak dia cakap yg baik2.. heheh...) Taktau la hanya kebetulan atau apa...
Buku tu kata aku seorang yang :
- Berfikiran jauh dan berwawasan
- Mudah ditawan kerana sikap baik
- Berperangai lemah lembut
- Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood
- Idea yang terlalu banyak di kepala
- Bersikap sensitif
- Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
- Sukar melakukan sesuatu dengan segera
- Suka menangguh-nangguh
- Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
- Cepat marah & cepat sejuk
- Suka bercakap & berdebat
- Suka buat lawak & bergurau
- Otaknya cerdas berangan-angan
- Mudah berkawan & pandai berkawan
- Orang yang sangat tertib
- Pandai mempamerkan sikap
- Mudah kecil hati
- Mudah kena selsema
- Suka berkemas
- Cepat rasa bosan
- Sikap terlalu memilih dan cerewet
- Kurang mempamerkan perasaan
- Lambat nak sembuh apabila hati terluka
- Suka kepada barangan berjenama
- Mudah menjadi eksekutif
- Kedegilan yang tidak terkawal
- Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa yang menegur saya adalah kawan saya
So, korang rasa betul tak senarai di atas. Kepada yang mengenali aku, aku rasa korang boleh buat checklist dan tandakan bulat bagi setiap yang betul dan pangkah bagi yang salah... hehehe...
p/s : Wak Dol, walaupun tarikh lahir aku sama dengan tarikh lahir `dia`, ko jangan jauhkan diri daripada aku pulak ya... hehehe ... Peace.. =p
SAYONARA TOKYO
Ada tanggungjawab yang harus aku selesaikan di sini terlebih dahulu. Tanggungjawab untuk menunaikan janji aku kepada diri aku sendiri... Aku dah janji pada diri aku.. Dan bukankah menunaikan janji itu adalah satu tanggungjawab.. Aku dah selalu langgar janji pada orang lain, jadi setidaknya aku harus menunaikan janji pada diri aku sendiri..
Setidaknya, sehingga penghujung tahun 2009, ada tiga perkara utama yang harus aku selesaikan di sini... Tiga perkara yang aku percaya bukan sahaja akan menyenangkan hati aku tetapi juga untuk mengubah taraf hidup aku...
Kalian doakan aku ya... InsyaAllah... =)
Wednesday, October 22, 2008
JIWA KACAU - KRONOLOGI MENCARI DIRI
Kata pakar psikologi, orang yang gagap sebenarnya adalah orang yang sentiasa berfikr. Dia menjadi gagap kerana terlau banyak perkara di dalam kepalanya yang ingin diperkatakan. Bila terlalu banyak yang ingin diperkatakan, ia jadi keliru mana satu yang harus diperkatakan dahulu dan mana yang kemudian… Idea-idea di kepalanya seolah berlumba untuk keluar dan diperkatakan terlebih dahulu… Jadinya dia gagap.. (aku dlm usaha utk membuktikan secara fakta ilmiah bahawa aku orang hebat... hahahaha...=p )
Oleh itu, kerana terlalu banyak yang aku fikirkan tentang kunjungan pendek aku ke Pulau Batam, Kepulauan Riau beberapa hari lalu, lalu aku jadi kelu… Bagaimana dan di mana harus aku memulakannya…
Ada baiknya aku rasa untuk memulakannya pada hari Jumaat, jam 12 tengah malam. Waktu tu aku dah berada di seksyen 17 untuk menuju bas dari Klang. Lebih kurang jam 12.20, sebaik aku menaiki bas, bas mula bergerak menuju ke selatan. Sepanjang perjalanan aku hanya tidur.. Aku tahu aku perlu tidur kerana banyak tenaga diperlukan untuk esok hari..
Jam 4.45 pagi, aku dah berada di stesen bas Larkin… Makan sekejap di McD, kemudian aku bergerak menaiki bas SBS Transit iaitu bas bandar bagi Singapura. Salah satu laluannya adalah ke Larkin. Mujur aku ada pengalaman ke Singapura beberapa bulan lalu membuatkan aku tahu laluan perjalanannya. Tiba di Tambak Johor, aku turun dari bas dan berjalan pula ke kawasan sekitar bandar Johor Bahru. Jam baru menunjukkan pukul 5.30 pagi. Dari situ, aku mengambil teksi dan akhirnya tiba di terminal feri Stulang Laut pada jam 6.10 pagi. Sebaik membeli tiket, aku menunggu di bilik menunggu sehingga jadual perjalanan pertama feri pada hari itu akan bertolak pada jam 7.30 pagi.
Hahaha…. Terlalu banyak statistik waktu di atas ya… Dah macam laporan perkhemahan pengakap waktu sekolah rendah dulu… hahaha… Dan, selepas itu, segalanya bermula….
Melalui Selat Tebrau buat pertama kali adalah satu pengalaman menarik bagi aku… Ya, merentasi sempadan perairan bagi tiga negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia… Aku menaiki feri milik syarikat Malaysia tetapi berdaftar di Indonesia… Sesuatu yang pelik sebab sejak dulu aku selalu sangat mendengar sekian banyak bot termasuklah kapal dagang kepunyaan Malaysia tetapi berdaftar di luar negara… Antaranya temasuklah kapal dagang milik Malaysian International Shipping Corporation (MISC) yang banyak aku dengar berdaftar di Hong Kong. Kalau tak silap aku, kapal Melati ayng kecoh akibat ditawan lanun baru-baru ini turut sebegitu… Aku memang tak tahu la kalau pasal perdagangan laut ni, tapi aku rasa tertarik nak tahu… kalau ada siapa2 yang tahu, bagitahu aku ya,…. =)
Bila feri dah mula bergerak, aku keluar dari tempat duduk dan naik ke bumbung feri… Ya Allah, tenangnya aku rasa…. Duduk di bumbung feri bergerak merentas laut sambil angina laut menampar muka… Fuh… layan siot…
Sepanjang jalan itu, aku dapat lihat pelbagai perkara… Terutama situasi di selat Tebrau, selat yang memang `panas` dengan kontroversi dan polemik Malaysia-Singapura. Apabila semakin bergerak ke timur, aku mula perasan yang sepanjang pantai di Singapura yang bersempadan dengan Johor telah dipagari pagar berduri yang amat tinggi... Aku pun pelik, apa la yang mereka takutkan sangat sampai menghabiskan mungkin jutaan dollar untuk mengurung negera mereka sebegitu... Apa mereka ingat rakyat Malaysia terlalu kemaruk nak menceroboh negara mereka... Sedangkan helikopter dan pesawat mereka selalu saja bermain-main di ruang udara Malaysia...
Apabila matahari semakin meninggi, aku turun semula ke tempat duduk di dalam feri.. Panas... Perjalanan seperti biasa saja... Tiada ombak besar kerana perjalanan tidak melalui lautan terbuka... Dari Selat Tebrau dan terus menyusuri pesisir perairan Singapura lalu terus melintas ke Pulau Batam. Sempat la aku melihat dari jauh senario di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi yang terkenal itu.
Sebaik sampai di jeti Batam Centre dan menjejakkan kaki ke bumi Indonesia, seorang tentera laut Indonesia datang menghampiri aku dan bertanya “kamu pelaut ya?”. Aku hanya menggeleng kepala... Mungkin sebab dia tengok aku dengan beg sebegitu, dia ingat aku tentera laut la... Macam yang kita semua tahu, tentera laut dari mana negara sekalipun, seluruh dunia, punya semangat kekitaan yang sangat kuat... Mungkin mereka merasakan dunia mereka yang sama iaitu menghabis hidup di laut... Di Batam memang banyak tentera laut Indonesia.. Mungkin disebabkan Batam adalah sempadan perairan mereka yang paling utara berhampiran Singapura dan Malaysia.
Ya, sampai kat jeti Batam Centre, aku jadi kosong... Pertama kali aku travel dengan kosong.. Selalunya, kalau ke tempat baru, sebelum pergi aku akan buat research dulu di internet tentang tempat tu, seperti kawasan kota, pengangkutan, makan minum dan sebagainya... Tapi kali ni aku main redah je... So, bila sampai je, aku blur... Aku nak pergi mana ni???
Sebaik keluar dari bangunan jeti, aku mula diserbu orang-orang tempatan... Macam seperti yang kita tengok dalam TV tentang rakyat Indonesia, kemiskininan menguasai mereka... Mereka sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan wang... jadi, pengunjung dari luar adalah tumpuan mereka... Suruh saja mereka buat apa, pasti boleh... Janji ada ongkosnya... Merebut nak bagi nombor telefon mereka kat aku... “ada apa-apa, telefon saja saya pak... di sini ngak bisa mudah percaya pada orang... ramai penipu... apa-apa telefon saja saya”... Sampai ada sesetengah tu hasut aku supaya jangan bercakap dengan orang lain.. Macam la aku tak tahu dia pun tengah tipu aku... Tapi tak apalah, mereka terpaksa untuk survival hidup....
Aku jadi takut... Maklumlah, masuk tempat orang... Tambahan tengok pulak orang-orangnya yang sanggup buat apa saja untuk duit... Mungkin bunuh aku pun dia sanggup... Tambahan pula kawasan ini di luar kota, bukannya di Jakarta atau bandar utama yang lain... Aku senyum dan menolak dengan baik setiap pelawaan mereka (tapi hati memang la nervous giler...) Aku cuba berjalan kaki, tapi aku tengok kawasan tu kosong je... Tak ada apa... Memang macam ni ke tempatnya... Dah berjalan hampir 10 minit, masih tak ada apa-apa. Yang ada hanya beberapa bangunan milik kerajaan pusat Indonesia yang memang dikawal rapi.. Semakin jauh berjalan, semakin ramai orang tempatan yang menghampira yang menawarkan khidmat mereka... Aduh, aku nekad patah semula ke jeti... Dan, dari jeti, aku beli buku panduan Batam dan bertanya beberapa pengawal di situ..
Barulah aku tahu sebenarnya pusat bandar Batam terletak jauh dari situ... Perlu naik kenderaan untuk ke sana.. Lebih kurang perjalanan 20 minit... Nama bandarnya Nagoya dan Jodoh (disebut Jodo)...
Di sana, memang tiada perkhidmatan bas kecuali bas persiaran khusus untuk pelancong berkumpulan yang menggunakan khidmat agensi perlancongan... Yang ada hanya dua iaitu Teksi (disebut taksi) dan bonceng... Bonceng adalah istilah yang digunakan bagi khidmat membonceng motosikal yang ditawarkan oleh penduduk tempatan... Taksi pula ada dua, satu yang halal dan satu lagi yang haram... Macam prebet sapu... Tapi yang halal dan yang haram macam sama saja di sana, tunggu masa saja nak kencing dan jerut kita... kat sana mana ada penguatkuasaan...
Di sana, aku banyak bonceng sebab murah... Kalau taksi mahal sangat... Macam tak berbaloi...
Sampai di bandar Jodoh dan Nagoya, aku tau la yang bandar tu hanya penyedap kata... Memang tak macam bandar pun... Macam pekan kat kampung aku je kawasan tu... Shopping mall yang dikata-kata oleh mereka menarik itu lebih kurang macam Econsave je... Cuma ada satu pusat membeli belah yang agak besar (mungkin separuh Mid Valley) yang baru dibina di kawasan Nagoya iaitu Nagoya Hill.. Yang menariknya, kat situ, bila nak masuk semua kenderaan terutama kereta akan diperiksa seteliti mungkin termasuklah di dalam boot, bawah kereta dan sebagainya... Mereka mengesan bahan letupan... Seram pulak rasanya... Nak masuk shopping complex, kena check sama ada bawak bom atau tak... kalau kat Malaysia, check bawak makanan dari luar ada la kot.. =p
Sampai kat Nagoya dan Jodoh, aku berjalan kaki... tanpa henti... Nak patah jugak rasa kaki ni... Tapi layankan aja... Kalau tak nanti rugi... Dah la aku datang kejap je...
Satu perkara yang merunsingkan di sana adalah apabila kita keluar dari bangunan... ya, bila kita keluar dari bangunan atau berjalan kaki sekitar bandarnya, kita kena belajar bersabar untuk mengangkat tangan dan menggeleng kepala... Sebab, lebih kurang setiap minit, akan ada motosikal atau kereta yang menghampiri kita dan membunyikan hon... “bonceng pak..”, “taksi pak..”, ‘murah-murah aja” dan sebagainya.. Lebih kurang setiap minit... Jadi korang bayangkan la sepanjang berjalan tu berapa kali aku kena menggeleng kepala.. Hahahah... tak ke beratus kali...
Dua perkara paling memeningkan berada di sana adalah soal nilai matawang dan waktu.. Kadar semasa matawang adalah RM1 bersamaaan Rp2700... Jadi setiap kali membeli, memang payah... Nak tawar menawar lagi la payah... Macam ambik matametik tambahan pulak... Tambahan pulak kat sana takde budaya letak tanda harga... Barang kat butik pun takde tanda harga... Apatah lagi barang kat kedai biasa.. Setiap kali tanya harga, aku perlu ambik masa lebih kurang 10 saat untuk convert jadi matawang Malaysia... baru la boleh nak kata, mahal tak murah barang tu... kalau dalam Rupiah, macam mana kita nak tahu harga yg diletakkan tu mahal atau tak... Nak kenal duit diorang pun jadi masalah sebab banyak sangat kosongnya... Sampai berjuta-juta... (ingat, kat sana jangan sewenangnya tanya harga kalau belum betul2 nak beli... boleh tak balik Malaysia nanti..=(.)
Soal waktu pulak, dah la semua jam aku cepat 15 minit... So, untuk ke masa Malaysia, aku kena tolak 15 minit... kemudian tolak lagi satu jam untuk ke waktu Indonesia (mereka GMT +7 berbanding Malaysia GMT +8).. tambah memeningkan sistem jam mereka adalah sistem jam 24 jam... Tambah lagi peningnya...
Memang, kalau tengok macam senang... Apalah sangat nak convert matawang dan kira waktu tempatan (aku pun dulu pikir macam tu)... Tapi lu pergi la dulu test tengok...
Kita dapat tengok la macam kat dalam TV tu, kalau kat Jakarta, kat jalan raya apabila kereta dan motosikal berhenti kat lampu isyarat, ada la budak-budak dan orang tua yang datang ke kereta-kereta yg berhenti di lampu isyarat untuk jual akhbar dan sebagainya... kat sini pun ada.. Cuma mungkin bilangannya tak seramai di Jakarta...
Setelah selesai menjelajah setiap kawasan dalam Nagoya dan Jodoh, kaki aku mengaku kalah... tak larat woo... Aku pergi cari hotel... dapat hotel harga sederhana di kawasan Nagoya Hill... Rp150000.. lebih kurang RM55 la... aku mandi dan terus keluar semula... menikmati kehidupan malam Batam yang tak la happening pun... tapi aku suka la berada dalam sebuah budaya dan cara hidup yang asing bagi aku... Seronok tengok benda baru...
Dua aktiviti ekonomi di sana adalah yang pertamanya kedai barang elektrik... Kedai elektrik (di sana dipanggil toko elektronik) berada di mana-mana dari pusat membeli belah hingga ke lorong-lorong kecil dan kotor... Pusat membeli belah dipenuhi bedai elektrik yang lebih kurang sama banyak dengan kedai pakaian... yang keduanya adalah tempat urutan/ massage... Di mana sahaja ada pusat massage yang aku rasa turut menawarkan `extra services`.. Pasal servis extra tu aku rasa semua tahu yang Batam ni syurga pelacuran bagi rakyat Singapura...
Seperti biasa, bila aku ke mana-mana saja tempat baru yang lain budayanya, terutama di luar negara, ada tiga perkara pertama yang akan kau cari. Pertama, filemnya. Kedua, sastera dan bahasa pengantarnya, Ketiga, media eletronik dan media cetaknya. So, tempat tak lain yang aku cari ialah kedai buku, pawagam, beli semua akhabar tempatan yang ada, beli majalah-majalah filem, lepak kejap kat hotel untuk tengok siaran TVnya dan cari bahan sastera tempatannya... Kerana aku percaya dengan semudah melihat tiga perkara itu, aku sudah mampu untuk melihat budaya dan peradaban kawasan itu....
Kat sana aku layan tengok wayang... sampai tiga filem... Yang pertama, filem Laskar Pelangi arahan Riri Riza.. pengarah yang aku kagumi... Sebelum ini aku memang tepikat pada filem arahannya seperti Petualangan Sherina, Eliana Eliana, Gie, Tiga Hari Untuk Selamanya... Kedua, aku tengok filem Liar arahan Rudi Soedjarwo... Dia memang terkenal la kat Malaysia dengan Ada Apa Dengan Cinta, Bintang Jatuh, Pocong 2, 40 Hari Bangkitnya Pocong, 9 Naga dan beberapa lagi... Ketiganya aku tengok filem Doa Yang Mengancam arahan Hanung Bramantyo yang terkenal sebelum ini melalui filem Ayat-Ayat Cinta. Aku menonton di dua buah pawagam (memang hanya ada dua pawagam saja pun di Batam) iaitu Studio 21 (rangkaian pawagam terbesar di Indonesia) dan Cinema XXI... satu lagi filem Indonesia yang sedang ditayangkan tapi aku tak sempat tengok ialah Ku Tunggu Jandamu (yang Irwansyah tengah nyanyi lagu tu)... Sebab Indonesia di besar, jadi tak semua filem boleh tayang serentak seluruh Indonesia sebab mahal wei nak buat bulk print banyak-banyak... Macam filem Liar tu tak silap aku dah lama tayang... Tapi baru mula tayang di wilayah pesisir macam Batam ni... Aku jugak menghabiskan dekat Rp200000 untuk beli DVD dan VCD cerita Indon kat DiscTarra, iaitu toko home video yang dah lama giler aku impikan nak jejak kaki kat situ... Dulu, masa sekolah menengah dulu, kawan aku dari Jakarta selalu kirim VCD yang dia beli kat DiscTarra ni (tapi cawangan Jakarta la...)
Industri filem di sana, ada tiga perkara yang dah menjadi trend dan fenomena... yang pertama filem adaptasi dari novel... Kedua filem berbentuk religi atau keagamaan... Ketiga, produksi filem secara gerilla yang shooting dengan hanya mini DV dan ambil masa lebih kurang seminggu (termasuklah Rudi Soedjarwo)... Ketiga-tiga trend ini menambah kuantiti filem di Indonesia sambil memberi kepelbagaian bentuk filem di sana... Tetapi sayangnya ia jugak menggalakkan betapa banyak muncul filem sampah yang dihasilkan pengkarya yang tidak ikhlas dan hanya mahu mengorek keuntungan dengan meniru trend-trend tersebut...
Kat sana aku giler makan... Jalan sikit, makan... Jalan sikit, makan... kalau tengok menu, memang semuanya la aku tak tahu... So, aku kena tanya rupanya macam mana... Sebab banyak makanannya lebih kurang kat sini tapi namanya lain... So, untuk pastikan kunjungan aku ni berbaloi, aku kena pastikan makanan yang aku pesan tu betul-betul lain daripada yang ada kat sini... kalau tak rugi la pergi jauh-jauh... Tapi aku paling suka nasi uduk (macam nasi lemak) dan ayam goreng penyek... sedap woo... ayam goreng bogor dan bakso campur pun ok jugak...
Indonesia macam yang kita tahu negara tak seimbang... kalau yang kaya, kaya giler... Yang miskin, miskin giler.... Yang alim, alim giler... yang setan, setan giler... Kat sekitar Jodoh dan Nagoya ada beberapa masjid dan surau... Kuatnya agama mereka sampai rumah kedai boleh dijadikan masjid... Setiap malam, ceramah agama akan berkumandang di sekitar Nagoya dari surau tersebut... Namun yang peliknya, dalam satu deretan rumah kedai yang sama, selang satu kedai adalah kelab malam dan rumah urut...
Kalau ikutkan, kawasan yang aku pergi hanya sebahagian kecil daripada pulau Batam.... Sebab aku banyak berjalan sekitar pekan Jodoh dan Nagoya sahaja... Untuk melihat budaya masyarakat yang lebih unik, aku mungkin harus ke Sekupang, Barelang dan beberapa lagi yang terletak di kawasan pedalaman... Di sana juga ada kawasan pantai yang masih belum dicemari kerana terletak jauh di pedalaman... Kampung nelayan, kawasan tinggalan pelarian Vietnam, tokong dan sebagainya... Namun, untuk ke sana, aku rasa, aku perlukan lebih masa di Jodoh terlebih dahulu untuk mengenali seorang bonceng atau taksi yang benar-benar aku percayai... Terlalu bahaya untuk ke kawasan pedalaman dengan bonceng atau taksi yang baru kita kenali... Terlalu ramai yang terpaksa menipu untuk survival hidup mereka....
Masa menunggu waktu nak balik, aku sempat tengok performance band kat pusat beli belah kat situ... Then, kat situ nampak awek yang cantik giler... Fuh... Goyang iman... Tapi balak dia kat sebelah pun hensem jugak... =( (tapi siapa tahu itu mungkin abang dia kan?? hehehe)... Tak lama lepas tu, tiba-tiba dia naik pentas dengan kawan2 dia... Rupanya dia pun perform.... Dia main bass... Lagu dia memang la best giler.... Aku pun record la sikit pakai MP3 aku... Tak clear bunyinya tapi ok la.. Aku ingat tu lagu dari artis band Indon... tapi bila aku mintak beberapa orang dengar rakaman aku sebab aku nak cari album tu, ramai yang kata tak tahu... Diaorang kata mungkin tu lagu band awek tu sendiri... Kalau betul, memang gempak la band dia tu... (Kat wilayah-wilayah pesisir Indon, ramai bakat-bakat hebat yang tak punya peluang atas sebab geografi dan ekonomi)..
Perjalanan pulang... Ombak agak kuat... Tak tahu kenapa... Aku naik feri terakhir hari itu... jam 6.30 petang... Niat hati nak tengok matahari terbenam di lautan... tapi rupanya jam 6.30, mereka sudah malam (waktu Malaysia 7.30 malam)... Walaupun berbeza jam, mereka berada di garisan longitud yang sama dengan Malaysia... (berbeza ni pun sebab Tun Mahathir menyelaraskan waktu Malaysia kira 27 tahun yang lalu)...
Aku habiskan perjalanan pulang di atas bumbung feri... Angin malam laut sekali lagi menenangkan aku... Semua tahu yang aku taksub dengan laut dan ombak...
Ok lah... Aku rasa dah banyak sangat ni..Banyak lagi yang aku nak cerita... Terutama pasal Singapura... Memang aku dah pernah ke Singapura, tapi pengalaman menyusuri perairan negara tersebut dari laut, banyak yang aku nak cerita terutama mengenai polisi politik dan dasar hubungan luarnya... Tapi mungkin bukan buat masa ni...

