Thursday, October 30, 2008

MESTI ADA SEBABNYA KAN....

Semalam, lepas aku suap budak gemuk makan nasi (dia memang mengada2, bila aku makan nasik, dia mesti nak makan sama...), aku tengok DVD Lady In The Water... Dah setahun lebih cerita tu keluar... Tapi baru sekarang aku berkesempatan tengok...

Tiba-tiba aku terfikir sesuatu... Kenapa Allah takdirkan aku tengok cerita tu sekarang, bukan setahun yang lepas...

Mesti ada sebabnya kan...

Dan aku terfikir lagi tentang benda-benda yang Allah tak bagi pada aku sekarang... Mungkin Dia tak bagi sekarang sebab Dia nak bagi pada aku pada suatu ketika akan datang.. Kenapa Dia tak bagi kat aku sekarang?

Mesti ada sebabnya kan...



p/s;
Masa lalu adalah kenangan yang hanya dapat aku nikmati melalui ingatan,
Masa depan adalah angan-angan yang harus aku hargai melalui impian...

SEBUAH HARAPAN: SHA & BUDAK GEMUK

SEHATI SEJIWA




Lawan tudung siapa lagi cantik...
(L: Shasha, R: Dina)




Lawan cermin mata siapa lagi cantik?
(L:Shasha, R: Dina)




Shasha membaca di mana-mana untuk jadi pandai seperti ayah saudaranya... (Aku la tu...) hahaha




Dina makan dimana-mana sahaja untuk membesarkan lagi tubuhnya (gambar-gambar ni masa dia belum jadi budak gemuk lagi...hehehe)


Siapa mereka??? Mereka anak kecil yang aku harap suatu hari nanti akan jadi penggalas harapan umat manusia dan membanggakan kedua ibu bapa mereka... =)

P / S; Kenapa la aku turutkan permintaan 'dia' semalam.... Sedangkan aku tahu dengan menurutkan permintaan dia itu dan mendengarkan suaranya hanya akan buat aku kacau... Iblis betul la dia ni.... (Tapi siapa suruh aku jadi setan... Kat dah terikat menurut segala kata dan arahan iblis...)

Monday, October 27, 2008

TELANJANG


Beberapa hari lepas, sewaktu aku minum petang dengan kawan-kawan perempuan kelas aku, tiba-tiba je diorang tanya satu perkara kat aku... “Kenapa ko sekarang makin garang ya?? Sikit2 nak marah??” Aku gelak dan cuba buat lawak nak lari dari jawab soalan yg ditanya mereka dengan penuh serius... Tapi mereka tetap serius gila babeng dan nakkan jawapannya.... Hahaha... Aku jawab je la yg aku tengah datang bulan... hahahaha....

Aku makin garang? Azmir makin garang? Korang biar betul.... Macam tak percaya je... hahaha... Boleh ke mamat sorang ni jadi garang????

Korang yang baca blog ni rasa aku garang tak? Aku tanya ni bukan apa, sebab orang kata, melalui penulisan seseorang, kita boleh baca pemikiran dan sifat seseorang itu... So, mestilah korang yang membaca penulisan aku kat blog ni boleh mengetahui pemikiran dan sifat aku kan...

Aku ada baca kat blog Vitamin tentang hal ini... Ok la, tanpa kebenaran dia, aku amik juga la kata-kata dalam blog dia tu untuk korang baca:

“aku kira, orang yang dikenal melalui penulisan adalah orang yang terbaik. maksud aku terbaik sebab dia dapat berkongsi rasa, filosofi dan pendapat tentang apa yang dia telah lalui dan alami.

Pernah terbaca satu ketika dulu - di buku mana aku tak ingat, "Seseorang itu menjadi penulis apabila dia berani menyatakan sikap." kalau tak silap aku, ini adalah kata-kata Usman Awang. makanya, setiap apa yang ditulis itu adalah tercebisnya satu sikap yang akan menterjemah diri seseorang itu. pada aku, menulis membuatkan kita menelanjangkan diri kita tanpa menunjukkan kemaluan. telanjang bukan tunjuk kemaluan tapi tunjuk keperibadian. dan aku memilih alternatif menulis bagi untuk menunjukkan keperibadian aku.

jika mungkin, dikumpulkan kesemua penulisan aku di dalam blog ini mungkin sudah cukup membuatkan aku separa bogel. ada beberapa bahagian yang aku tidak dapat tunjukkan. sebagai contoh bahagian belikat, pelipat betis dan celah jari. mungkin yang terdedah di dalam penulisan aku (jika diibaratkan sebagai tubuh badan) adalah bahagian dada, perut, tangan, mata, telinga, dan banyak lagi.” - vitaminisme.blogspot.com


Ok la, aku ada satu cara nak membantu korang daripada pening kepala untuk menafsir diri aku dengan mem`baca`nya daripada penulisan aku. Dari payah-payah korang nak tafsir sifat aku, aku bagi je korang terus sifat-sifat peribadi aku yang dijelaskan melalui hari lahir aku... Aku dapat ni daripada buku tulisan Dato Dr Fadhilah Kamsah.... Wak Dol yang pinjamkan buku ni kat aku... Buku tentang ciri peribadi seseorang berdasarkan tarikh lahir... Lebih kurang macam horoskop la... Aku tulis ni pun sebab aku rasa banyak yang buku ni cakap adalah betul. Betul macam aku... (sebab banyak dia cakap yg baik2.. heheh...) Taktau la hanya kebetulan atau apa...

Buku tu kata aku seorang yang :

- Berfikiran jauh dan berwawasan
- Mudah ditawan kerana sikap baik
- Berperangai lemah lembut
- Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood
- Idea yang terlalu banyak di kepala
- Bersikap sensitif
- Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
- Sukar melakukan sesuatu dengan segera
- Suka menangguh-nangguh
- Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
- Cepat marah & cepat sejuk
- Suka bercakap & berdebat
- Suka buat lawak & bergurau
- Otaknya cerdas berangan-angan
- Mudah berkawan & pandai berkawan
- Orang yang sangat tertib
- Pandai mempamerkan sikap
- Mudah kecil hati
- Mudah kena selsema
- Suka berkemas
- Cepat rasa bosan
- Sikap terlalu memilih dan cerewet
- Kurang mempamerkan perasaan
- Lambat nak sembuh apabila hati terluka
- Suka kepada barangan berjenama
- Mudah menjadi eksekutif
- Kedegilan yang tidak terkawal
- Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa yang menegur saya adalah kawan saya



So, korang rasa betul tak senarai di atas. Kepada yang mengenali aku, aku rasa korang boleh buat checklist dan tandakan bulat bagi setiap yang betul dan pangkah bagi yang salah... hehehe...


p/s : Wak Dol, walaupun tarikh lahir aku sama dengan tarikh lahir `dia`, ko jangan jauhkan diri daripada aku pulak ya... hehehe ... Peace.. =p

SAYONARA TOKYO

Aku dah buat keputusan. Aku batalkan hasrat untuk ke Tokyo Disember ini... Memang sayang rasanya nak melepaskan peluang ini. Iyalah, kunjungan aku ke Tokyo itu akan ditanggung sepenuhnya oleh sebuah syarikat penerbit. Bulan Disember juga adalah musim winter di Tokyo. Teringin jugak rasanya aku nak merasa bermain salji (macam winter sonata)... Tapi, aku harus kuat dengan keputusan aku ini.

Ada tanggungjawab yang harus aku selesaikan di sini terlebih dahulu. Tanggungjawab untuk menunaikan janji aku kepada diri aku sendiri... Aku dah janji pada diri aku.. Dan bukankah menunaikan janji itu adalah satu tanggungjawab.. Aku dah selalu langgar janji pada orang lain, jadi setidaknya aku harus menunaikan janji pada diri aku sendiri..

Setidaknya, sehingga penghujung tahun 2009, ada tiga perkara utama yang harus aku selesaikan di sini... Tiga perkara yang aku percaya bukan sahaja akan menyenangkan hati aku tetapi juga untuk mengubah taraf hidup aku...

Kalian doakan aku ya... InsyaAllah... =)

Wednesday, October 22, 2008

JIWA KACAU - KRONOLOGI MENCARI DIRI

(Catatan Dari Pulau Batam, Kepulauan Riau)



Kata pakar psikologi, orang yang gagap sebenarnya adalah orang yang sentiasa berfikr. Dia menjadi gagap kerana terlau banyak perkara di dalam kepalanya yang ingin diperkatakan. Bila terlalu banyak yang ingin diperkatakan, ia jadi keliru mana satu yang harus diperkatakan dahulu dan mana yang kemudian… Idea-idea di kepalanya seolah berlumba untuk keluar dan diperkatakan terlebih dahulu… Jadinya dia gagap.. (aku dlm usaha utk membuktikan secara fakta ilmiah bahawa aku orang hebat... hahahaha...=p )

Oleh itu, kerana terlalu banyak yang aku fikirkan tentang kunjungan pendek aku ke Pulau Batam, Kepulauan Riau beberapa hari lalu, lalu aku jadi kelu… Bagaimana dan di mana harus aku memulakannya…

Ada baiknya aku rasa untuk memulakannya pada hari Jumaat, jam 12 tengah malam. Waktu tu aku dah berada di seksyen 17 untuk menuju bas dari Klang. Lebih kurang jam 12.20, sebaik aku menaiki bas, bas mula bergerak menuju ke selatan. Sepanjang perjalanan aku hanya tidur.. Aku tahu aku perlu tidur kerana banyak tenaga diperlukan untuk esok hari..

Jam 4.45 pagi, aku dah berada di stesen bas Larkin… Makan sekejap di McD, kemudian aku bergerak menaiki bas SBS Transit iaitu bas bandar bagi Singapura. Salah satu laluannya adalah ke Larkin. Mujur aku ada pengalaman ke Singapura beberapa bulan lalu membuatkan aku tahu laluan perjalanannya. Tiba di Tambak Johor, aku turun dari bas dan berjalan pula ke kawasan sekitar bandar Johor Bahru. Jam baru menunjukkan pukul 5.30 pagi. Dari situ, aku mengambil teksi dan akhirnya tiba di terminal feri Stulang Laut pada jam 6.10 pagi. Sebaik membeli tiket, aku menunggu di bilik menunggu sehingga jadual perjalanan pertama feri pada hari itu akan bertolak pada jam 7.30 pagi.



Hahaha…. Terlalu banyak statistik waktu di atas ya… Dah macam laporan perkhemahan pengakap waktu sekolah rendah dulu… hahaha… Dan, selepas itu, segalanya bermula….

Melalui Selat Tebrau buat pertama kali adalah satu pengalaman menarik bagi aku… Ya, merentasi sempadan perairan bagi tiga negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia… Aku menaiki feri milik syarikat Malaysia tetapi berdaftar di Indonesia… Sesuatu yang pelik sebab sejak dulu aku selalu sangat mendengar sekian banyak bot termasuklah kapal dagang kepunyaan Malaysia tetapi berdaftar di luar negara… Antaranya temasuklah kapal dagang milik Malaysian International Shipping Corporation (MISC) yang banyak aku dengar berdaftar di Hong Kong. Kalau tak silap aku, kapal Melati ayng kecoh akibat ditawan lanun baru-baru ini turut sebegitu… Aku memang tak tahu la kalau pasal perdagangan laut ni, tapi aku rasa tertarik nak tahu… kalau ada siapa2 yang tahu, bagitahu aku ya,…. =)



Bila feri dah mula bergerak, aku keluar dari tempat duduk dan naik ke bumbung feri… Ya Allah, tenangnya aku rasa…. Duduk di bumbung feri bergerak merentas laut sambil angina laut menampar muka… Fuh… layan siot…

Sepanjang jalan itu, aku dapat lihat pelbagai perkara… Terutama situasi di selat Tebrau, selat yang memang `panas` dengan kontroversi dan polemik Malaysia-Singapura. Apabila semakin bergerak ke timur, aku mula perasan yang sepanjang pantai di Singapura yang bersempadan dengan Johor telah dipagari pagar berduri yang amat tinggi... Aku pun pelik, apa la yang mereka takutkan sangat sampai menghabiskan mungkin jutaan dollar untuk mengurung negera mereka sebegitu... Apa mereka ingat rakyat Malaysia terlalu kemaruk nak menceroboh negara mereka... Sedangkan helikopter dan pesawat mereka selalu saja bermain-main di ruang udara Malaysia...

Apabila matahari semakin meninggi, aku turun semula ke tempat duduk di dalam feri.. Panas... Perjalanan seperti biasa saja... Tiada ombak besar kerana perjalanan tidak melalui lautan terbuka... Dari Selat Tebrau dan terus menyusuri pesisir perairan Singapura lalu terus melintas ke Pulau Batam. Sempat la aku melihat dari jauh senario di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi yang terkenal itu.



Sebaik sampai di jeti Batam Centre dan menjejakkan kaki ke bumi Indonesia, seorang tentera laut Indonesia datang menghampiri aku dan bertanya “kamu pelaut ya?”. Aku hanya menggeleng kepala... Mungkin sebab dia tengok aku dengan beg sebegitu, dia ingat aku tentera laut la... Macam yang kita semua tahu, tentera laut dari mana negara sekalipun, seluruh dunia, punya semangat kekitaan yang sangat kuat... Mungkin mereka merasakan dunia mereka yang sama iaitu menghabis hidup di laut... Di Batam memang banyak tentera laut Indonesia.. Mungkin disebabkan Batam adalah sempadan perairan mereka yang paling utara berhampiran Singapura dan Malaysia.



Ya, sampai kat jeti Batam Centre, aku jadi kosong... Pertama kali aku travel dengan kosong.. Selalunya, kalau ke tempat baru, sebelum pergi aku akan buat research dulu di internet tentang tempat tu, seperti kawasan kota, pengangkutan, makan minum dan sebagainya... Tapi kali ni aku main redah je... So, bila sampai je, aku blur... Aku nak pergi mana ni???

Sebaik keluar dari bangunan jeti, aku mula diserbu orang-orang tempatan... Macam seperti yang kita tengok dalam TV tentang rakyat Indonesia, kemiskininan menguasai mereka... Mereka sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan wang... jadi, pengunjung dari luar adalah tumpuan mereka... Suruh saja mereka buat apa, pasti boleh... Janji ada ongkosnya... Merebut nak bagi nombor telefon mereka kat aku... “ada apa-apa, telefon saja saya pak... di sini ngak bisa mudah percaya pada orang... ramai penipu... apa-apa telefon saja saya”... Sampai ada sesetengah tu hasut aku supaya jangan bercakap dengan orang lain.. Macam la aku tak tahu dia pun tengah tipu aku... Tapi tak apalah, mereka terpaksa untuk survival hidup....



Aku jadi takut... Maklumlah, masuk tempat orang... Tambahan tengok pulak orang-orangnya yang sanggup buat apa saja untuk duit... Mungkin bunuh aku pun dia sanggup... Tambahan pula kawasan ini di luar kota, bukannya di Jakarta atau bandar utama yang lain... Aku senyum dan menolak dengan baik setiap pelawaan mereka (tapi hati memang la nervous giler...) Aku cuba berjalan kaki, tapi aku tengok kawasan tu kosong je... Tak ada apa... Memang macam ni ke tempatnya... Dah berjalan hampir 10 minit, masih tak ada apa-apa. Yang ada hanya beberapa bangunan milik kerajaan pusat Indonesia yang memang dikawal rapi.. Semakin jauh berjalan, semakin ramai orang tempatan yang menghampira yang menawarkan khidmat mereka... Aduh, aku nekad patah semula ke jeti... Dan, dari jeti, aku beli buku panduan Batam dan bertanya beberapa pengawal di situ..

Barulah aku tahu sebenarnya pusat bandar Batam terletak jauh dari situ... Perlu naik kenderaan untuk ke sana.. Lebih kurang perjalanan 20 minit... Nama bandarnya Nagoya dan Jodoh (disebut Jodo)...

Di sana, memang tiada perkhidmatan bas kecuali bas persiaran khusus untuk pelancong berkumpulan yang menggunakan khidmat agensi perlancongan... Yang ada hanya dua iaitu Teksi (disebut taksi) dan bonceng... Bonceng adalah istilah yang digunakan bagi khidmat membonceng motosikal yang ditawarkan oleh penduduk tempatan... Taksi pula ada dua, satu yang halal dan satu lagi yang haram... Macam prebet sapu... Tapi yang halal dan yang haram macam sama saja di sana, tunggu masa saja nak kencing dan jerut kita... kat sana mana ada penguatkuasaan...

Di sana, aku banyak bonceng sebab murah... Kalau taksi mahal sangat... Macam tak berbaloi...

Sampai di bandar Jodoh dan Nagoya, aku tau la yang bandar tu hanya penyedap kata... Memang tak macam bandar pun... Macam pekan kat kampung aku je kawasan tu... Shopping mall yang dikata-kata oleh mereka menarik itu lebih kurang macam Econsave je... Cuma ada satu pusat membeli belah yang agak besar (mungkin separuh Mid Valley) yang baru dibina di kawasan Nagoya iaitu Nagoya Hill.. Yang menariknya, kat situ, bila nak masuk semua kenderaan terutama kereta akan diperiksa seteliti mungkin termasuklah di dalam boot, bawah kereta dan sebagainya... Mereka mengesan bahan letupan... Seram pulak rasanya... Nak masuk shopping complex, kena check sama ada bawak bom atau tak... kalau kat Malaysia, check bawak makanan dari luar ada la kot.. =p



Sampai kat Nagoya dan Jodoh, aku berjalan kaki... tanpa henti... Nak patah jugak rasa kaki ni... Tapi layankan aja... Kalau tak nanti rugi... Dah la aku datang kejap je...



Satu perkara yang merunsingkan di sana adalah apabila kita keluar dari bangunan... ya, bila kita keluar dari bangunan atau berjalan kaki sekitar bandarnya, kita kena belajar bersabar untuk mengangkat tangan dan menggeleng kepala... Sebab, lebih kurang setiap minit, akan ada motosikal atau kereta yang menghampiri kita dan membunyikan hon... “bonceng pak..”, “taksi pak..”, ‘murah-murah aja” dan sebagainya.. Lebih kurang setiap minit... Jadi korang bayangkan la sepanjang berjalan tu berapa kali aku kena menggeleng kepala.. Hahahah... tak ke beratus kali...



Dua perkara paling memeningkan berada di sana adalah soal nilai matawang dan waktu.. Kadar semasa matawang adalah RM1 bersamaaan Rp2700... Jadi setiap kali membeli, memang payah... Nak tawar menawar lagi la payah... Macam ambik matametik tambahan pulak... Tambahan pulak kat sana takde budaya letak tanda harga... Barang kat butik pun takde tanda harga... Apatah lagi barang kat kedai biasa.. Setiap kali tanya harga, aku perlu ambik masa lebih kurang 10 saat untuk convert jadi matawang Malaysia... baru la boleh nak kata, mahal tak murah barang tu... kalau dalam Rupiah, macam mana kita nak tahu harga yg diletakkan tu mahal atau tak... Nak kenal duit diorang pun jadi masalah sebab banyak sangat kosongnya... Sampai berjuta-juta... (ingat, kat sana jangan sewenangnya tanya harga kalau belum betul2 nak beli... boleh tak balik Malaysia nanti..=(.)

Soal waktu pulak, dah la semua jam aku cepat 15 minit... So, untuk ke masa Malaysia, aku kena tolak 15 minit... kemudian tolak lagi satu jam untuk ke waktu Indonesia (mereka GMT +7 berbanding Malaysia GMT +8).. tambah memeningkan sistem jam mereka adalah sistem jam 24 jam... Tambah lagi peningnya...

Memang, kalau tengok macam senang... Apalah sangat nak convert matawang dan kira waktu tempatan (aku pun dulu pikir macam tu)... Tapi lu pergi la dulu test tengok...

Kita dapat tengok la macam kat dalam TV tu, kalau kat Jakarta, kat jalan raya apabila kereta dan motosikal berhenti kat lampu isyarat, ada la budak-budak dan orang tua yang datang ke kereta-kereta yg berhenti di lampu isyarat untuk jual akhbar dan sebagainya... kat sini pun ada.. Cuma mungkin bilangannya tak seramai di Jakarta...

Setelah selesai menjelajah setiap kawasan dalam Nagoya dan Jodoh, kaki aku mengaku kalah... tak larat woo... Aku pergi cari hotel... dapat hotel harga sederhana di kawasan Nagoya Hill... Rp150000.. lebih kurang RM55 la... aku mandi dan terus keluar semula... menikmati kehidupan malam Batam yang tak la happening pun... tapi aku suka la berada dalam sebuah budaya dan cara hidup yang asing bagi aku... Seronok tengok benda baru...

Dua aktiviti ekonomi di sana adalah yang pertamanya kedai barang elektrik... Kedai elektrik (di sana dipanggil toko elektronik) berada di mana-mana dari pusat membeli belah hingga ke lorong-lorong kecil dan kotor... Pusat membeli belah dipenuhi bedai elektrik yang lebih kurang sama banyak dengan kedai pakaian... yang keduanya adalah tempat urutan/ massage... Di mana sahaja ada pusat massage yang aku rasa turut menawarkan `extra services`.. Pasal servis extra tu aku rasa semua tahu yang Batam ni syurga pelacuran bagi rakyat Singapura...

Seperti biasa, bila aku ke mana-mana saja tempat baru yang lain budayanya, terutama di luar negara, ada tiga perkara pertama yang akan kau cari. Pertama, filemnya. Kedua, sastera dan bahasa pengantarnya, Ketiga, media eletronik dan media cetaknya. So, tempat tak lain yang aku cari ialah kedai buku, pawagam, beli semua akhabar tempatan yang ada, beli majalah-majalah filem, lepak kejap kat hotel untuk tengok siaran TVnya dan cari bahan sastera tempatannya... Kerana aku percaya dengan semudah melihat tiga perkara itu, aku sudah mampu untuk melihat budaya dan peradaban kawasan itu....

Kat sana aku layan tengok wayang... sampai tiga filem... Yang pertama, filem Laskar Pelangi arahan Riri Riza.. pengarah yang aku kagumi... Sebelum ini aku memang tepikat pada filem arahannya seperti Petualangan Sherina, Eliana Eliana, Gie, Tiga Hari Untuk Selamanya... Kedua, aku tengok filem Liar arahan Rudi Soedjarwo... Dia memang terkenal la kat Malaysia dengan Ada Apa Dengan Cinta, Bintang Jatuh, Pocong 2, 40 Hari Bangkitnya Pocong, 9 Naga dan beberapa lagi... Ketiganya aku tengok filem Doa Yang Mengancam arahan Hanung Bramantyo yang terkenal sebelum ini melalui filem Ayat-Ayat Cinta. Aku menonton di dua buah pawagam (memang hanya ada dua pawagam saja pun di Batam) iaitu Studio 21 (rangkaian pawagam terbesar di Indonesia) dan Cinema XXI... satu lagi filem Indonesia yang sedang ditayangkan tapi aku tak sempat tengok ialah Ku Tunggu Jandamu (yang Irwansyah tengah nyanyi lagu tu)... Sebab Indonesia di besar, jadi tak semua filem boleh tayang serentak seluruh Indonesia sebab mahal wei nak buat bulk print banyak-banyak... Macam filem Liar tu tak silap aku dah lama tayang... Tapi baru mula tayang di wilayah pesisir macam Batam ni... Aku jugak menghabiskan dekat Rp200000 untuk beli DVD dan VCD cerita Indon kat DiscTarra, iaitu toko home video yang dah lama giler aku impikan nak jejak kaki kat situ... Dulu, masa sekolah menengah dulu, kawan aku dari Jakarta selalu kirim VCD yang dia beli kat DiscTarra ni (tapi cawangan Jakarta la...)

Industri filem di sana, ada tiga perkara yang dah menjadi trend dan fenomena... yang pertama filem adaptasi dari novel... Kedua filem berbentuk religi atau keagamaan... Ketiga, produksi filem secara gerilla yang shooting dengan hanya mini DV dan ambil masa lebih kurang seminggu (termasuklah Rudi Soedjarwo)... Ketiga-tiga trend ini menambah kuantiti filem di Indonesia sambil memberi kepelbagaian bentuk filem di sana... Tetapi sayangnya ia jugak menggalakkan betapa banyak muncul filem sampah yang dihasilkan pengkarya yang tidak ikhlas dan hanya mahu mengorek keuntungan dengan meniru trend-trend tersebut...

Kat sana aku giler makan... Jalan sikit, makan... Jalan sikit, makan... kalau tengok menu, memang semuanya la aku tak tahu... So, aku kena tanya rupanya macam mana... Sebab banyak makanannya lebih kurang kat sini tapi namanya lain... So, untuk pastikan kunjungan aku ni berbaloi, aku kena pastikan makanan yang aku pesan tu betul-betul lain daripada yang ada kat sini... kalau tak rugi la pergi jauh-jauh... Tapi aku paling suka nasi uduk (macam nasi lemak) dan ayam goreng penyek... sedap woo... ayam goreng bogor dan bakso campur pun ok jugak...



Indonesia macam yang kita tahu negara tak seimbang... kalau yang kaya, kaya giler... Yang miskin, miskin giler.... Yang alim, alim giler... yang setan, setan giler... Kat sekitar Jodoh dan Nagoya ada beberapa masjid dan surau... Kuatnya agama mereka sampai rumah kedai boleh dijadikan masjid... Setiap malam, ceramah agama akan berkumandang di sekitar Nagoya dari surau tersebut... Namun yang peliknya, dalam satu deretan rumah kedai yang sama, selang satu kedai adalah kelab malam dan rumah urut...



Kalau ikutkan, kawasan yang aku pergi hanya sebahagian kecil daripada pulau Batam.... Sebab aku banyak berjalan sekitar pekan Jodoh dan Nagoya sahaja... Untuk melihat budaya masyarakat yang lebih unik, aku mungkin harus ke Sekupang, Barelang dan beberapa lagi yang terletak di kawasan pedalaman... Di sana juga ada kawasan pantai yang masih belum dicemari kerana terletak jauh di pedalaman... Kampung nelayan, kawasan tinggalan pelarian Vietnam, tokong dan sebagainya... Namun, untuk ke sana, aku rasa, aku perlukan lebih masa di Jodoh terlebih dahulu untuk mengenali seorang bonceng atau taksi yang benar-benar aku percayai... Terlalu bahaya untuk ke kawasan pedalaman dengan bonceng atau taksi yang baru kita kenali... Terlalu ramai yang terpaksa menipu untuk survival hidup mereka....



Masa menunggu waktu nak balik, aku sempat tengok performance band kat pusat beli belah kat situ... Then, kat situ nampak awek yang cantik giler... Fuh... Goyang iman... Tapi balak dia kat sebelah pun hensem jugak... =( (tapi siapa tahu itu mungkin abang dia kan?? hehehe)... Tak lama lepas tu, tiba-tiba dia naik pentas dengan kawan2 dia... Rupanya dia pun perform.... Dia main bass... Lagu dia memang la best giler.... Aku pun record la sikit pakai MP3 aku... Tak clear bunyinya tapi ok la.. Aku ingat tu lagu dari artis band Indon... tapi bila aku mintak beberapa orang dengar rakaman aku sebab aku nak cari album tu, ramai yang kata tak tahu... Diaorang kata mungkin tu lagu band awek tu sendiri... Kalau betul, memang gempak la band dia tu... (Kat wilayah-wilayah pesisir Indon, ramai bakat-bakat hebat yang tak punya peluang atas sebab geografi dan ekonomi)..



Perjalanan pulang... Ombak agak kuat... Tak tahu kenapa... Aku naik feri terakhir hari itu... jam 6.30 petang... Niat hati nak tengok matahari terbenam di lautan... tapi rupanya jam 6.30, mereka sudah malam (waktu Malaysia 7.30 malam)... Walaupun berbeza jam, mereka berada di garisan longitud yang sama dengan Malaysia... (berbeza ni pun sebab Tun Mahathir menyelaraskan waktu Malaysia kira 27 tahun yang lalu)...

Aku habiskan perjalanan pulang di atas bumbung feri... Angin malam laut sekali lagi menenangkan aku... Semua tahu yang aku taksub dengan laut dan ombak...

Ok lah... Aku rasa dah banyak sangat ni..Banyak lagi yang aku nak cerita... Terutama pasal Singapura... Memang aku dah pernah ke Singapura, tapi pengalaman menyusuri perairan negara tersebut dari laut, banyak yang aku nak cerita terutama mengenai polisi politik dan dasar hubungan luarnya... Tapi mungkin bukan buat masa ni...







p/s: tiba-tiba teringat awek cun... pu****k betul la perasaan ni....

HITAM PUTIH

Pagi tadi, aku hantar minah muzik (yang aku cakap pernah aku tangkap syok beberapa tahun lepas tu) ke LCCT…Dia mintak tolong... Dia nak ke Pekan Baru, Riau.. Boyfriend dia pun pergi.. Band dia dan boyfriend dia buat perform kat sana… Dengan anggota band seramai 12 orang, mereka dijemput untuk menjayakan Festival Hitam Putih di sana…

Nama band diorang ni ntah la, aku lupa... Sebab minah ni banyak sangat band dia join... Ada tiga band kalau tak silap aku yang dia join...Ada band yang bawak muzik dunia, ada band yang bawak muzik neo-classical...

Festival Hitam Putih sebagaimana yang diceritakan mereka adalah sebuah festival kesenian yang akan mempersembahkan persembahan-persembahan muzik bertemakan muzik dunia.. Dan band diorang mengetengahkan muzik-muzik dunia yang mempunyai pengaruh Melayu dan Nusantara... Susah ya nak jumpa anak-anak muda terutamanya yang mempelajari muzik klasikal barat dan muzik moden seperti mereka untuk turut bereksperimen dengan muzik berpengaruh Melayu Nusantara...

Aku join diorang breakfast di LCCT... Jadi aku jumpa la jugak ahli band dia yang lain... Rupanya ada juga ahli band dia ni merupakan ahli band lain yang terkenal dengan muzik pop... Contohnya Seven Collar T-Shirt (dia la cerita, aku tak kenal pun...=p)

Aku seronok giler tengok diorang... Bersama diorang ada lagi satu band Malaysia yang lain.... Bila la agaknya aku akan dapat jemputan untuk menyertai apa-apa acara terutamanya bengkel atau seminar di Indonesia ya... Memang itu yang aku nantikan sekian lama... Sebab aku rasa banyak yang aku boleh belajar dari Indonesia terutama filem-filemnya... =(

Aku sempat berbual bersama member-member band minah ni walaupun hanya sekejap… Melihat senario mereka, aku tiba-tiba jadi bersemangat... Ya, aku kagum dengan semangat sekumpulan anak muda Malaysia yang begitu bersemangat hingga sanggup mengorbankan masa, keringat dan wang ringgit untuk membawa kerja seni mereka ke luar negara.. Mungkin sesetengah orang (terutamanya yg berfikiran jumud) melihat budak-budak band ni sebagai persosak budaya, namun aku pasti survival mereka dalam memperjuangkan muzik mereka yang kuat akar jati diri sebegini akan buktikan pada dunia bahawa kita punyai sesuatu yang layak untuk diwarisi generasi seterusnya...


p/s: hitam putih kehidupan melahirkan warna yang lebih indah daripada pelangi... kerana itu aku harus angkat kehidupan itu ke sebidang layar... kisah yang indah harus diletakkan di tempat yang indah...agar ia boleh dikongsi dan dinikmati bersama...

KISAH WANITA & BUDAK JIWANG

Malam tadi ex-gf aku datang ke Puncak Perdana... Kitorang pun lepak ramai-ramai dengan member-member yang lain... Dia datang untuk bagi kad jemputan kahwinnya... Bulan depan... Kitorang lepak kat kedai Pak Halim..

Tapi aku pelik, kenapa kawan-kawan aku masih nak bahan aku dengan kait-kaitkan kitorg... Macam lawak pun ada... Benda tu dah lama la... Tak relevan dah la... Dah tiga tahun lepas... Lagipun respest la kat dia... Dia dah nak kahwin la... Kita kena hormat la... Aku tak kisah... Tapi takut dia la tak selesa... Ye la, dah nak kawin tapi orang masih nak bahan dengan cerita pasal hubungan lama... Nanti tak pasal2, disebabkan diorang bahan, dia tak selesa, hubungan kawan aku dengan dia pulak jadi renggang.... Itu yang aku tak suka tu... (dah la dia janji nak bagi aku banyak job ni... hahaha)

Memang la dulu aku penah dekat setahun setengah kemaruk menunggu dia semula... Tapi itu dulu... Sekarang, aku memang dah takde apa-apa perasaan dengan dia... Mungkin sebab kawan-kawan aku ni tak tahu yg kitorg dah macam biasa... Kitorang ada jugak jumpa kat luar dan selalu jugak contact pakai YM dan call... Mungkin kawan-kawan ni taktau pasal tu, so diorg igt aku tak ok lagi dengan dia... Aku selalu call dia bila ada nak tanya sesuatu dan dia pun telefon aku bila ada nak tanya sesuatu... Kadang2 aku refer kerja aku pada dia... Begitu juga sebaliknya... Macam-macam perkara kitorang boleh share sebab kerja dalam indsutri filem ni kecik je... Balik-balik jumpa muka dan perkara yang sama.... Pelik la kawan-kawan aku ni...

Kitorg kawan macam biasa... Masa belum couple pun dulu kitorg kawan biasa jugak... So, kitorg respect hubungan kitorg sebagai kawan... (taktau la sama ada dia rasakan yg sama, tapi macam tu la yang aku rasakan..) So, nothing la... Aku dah lupakan dia la wei...

Setelah setahun setengah kemaruk tunggu dia semula, kedatangan seorang perempuan lain telah buatkan aku lupakan dia...Lupakan terus.. Dan sekarang aku perlu melupakan perempuan lain tu pulak... Tapi boleh ke aku melupakan kalau dia dah ada sentiasa depan mata... Dalam bentuk nyata dan bayangan... Ntah la... Aku memang fail la kalau bab nak melupakan ni... Memang ambik masa la... Memang makan tahun.. Mungkin setahun? dua tahun? lima tahun? Ntah la.... Harapnya cepat la... Tapi jangan risau... Aku cuba sebaik mungkin... Cuma bagi aku sedikit masa dan ruang....

Ramai kawan-kawan aku suruh aku cari awek, mungkin tu boleh membantu... Tapi , kalau la aku ni jenis yang senang-senang minat kat orang, tak ada la aku single sampai dah tiga tahun... (ayat promosi diri sendiri di blog... siapa yg berminat boleh masuk line...hahaha).. Setakat minat usha memang la ramai, tapi nak pergi ke serius susah la... Aku ni bangsa cerewet dan tak sedar diri... (Aku suka ukur baju aku kat badan Ridset... tu sebab baju aku selalu longgar.. hahahah...)

Mungkin sudah ditetapkan bahawa sememangnya usia muda aku hanya dihabiskan untuk melupakan... Seorang demi seorang... (ayat ni sebagai pengesahan rasmi aku ni jiwang... hahahah) Tapi aku tak salahkan sesiapa... Takde siapa pun yang salah... Mungkin itu yang Tuhan dah tetapkan untuk diri aku... =(

Lepas ni mesti adalah orang sekeliling yang kata aku jiwang la, gelabah sundal la, tak kental la... Alaa... aku dah biasa dengar benda tu... Orang yang cakap tu pun apa kurangnya... Mungkin bukan untuk masa sekarang.. Cuba la tanya kisah lama... Mesti ada cerita yang lebih kurang sama kan... Cuma kelebihan korang mungkin korang boleh bercerita dan meluahkan pada kawan-kawan yang rapat dengan korang... Macam aku ni, aku tak boleh bercerita pada kawan-kawan... Banyak ruang yang harus dijaga.. So, aku pendam sendiri je la.. Mungkin blog ni saja ruang yang ada... Ntah la... (aku ni kadang-kadang memang poyo giler bila menulis...=( )

Sebagai contoh, kawan-kawan rapat aku kat puncak ni pun mesti ada sejarah macam ni, sejarah tewas kepada wanita... takyah la nak nafikan... Aku boleh buka cerita korang seorang demi seorang..hahaha... Tewas ni pun bukan hanya tewas dengan satu cara... Kita boleh tewas pada perempuan dalam banyak cara dan banyak situasi... Aku mengaku la, benda lain memang aku boleh handle... Tapi kalau pasal perempuan, aku kalah la... Itu kelemahan aku yg memang aku akui...

Memang dah janji Tuhan bahawa kelemahan seorang lelaki tu terletak pada seorang perempuan... (biasa la manusia, bila nak menangkan diri, baru la nak refer segala hadis dan sunnah...=( )Macam yang aku baru belajar dari Wak Dol, kata Allah salah satu fitnah terbesar selain fitnah dajal dan fitnah dunia adalah fitnah wanita... Lihatlah pada sejarah tamadun manusia... Berapa banyak tamadun-tamadun utama peradaban manusia lumpuh disebabkan kalahnya pemimpin-pemimpin mereka kepada wanita... Tamadun sehebat Tamadun Islam Moghul boleh diambil sebagai contohnya... Laksamana segagah Hang Tuah pun kalah pada desakan cinta Puteri Gunung Ledang... Nabi Adam sendiri meminta diwujudkan Hawa sebagai pelengkap hidupnya... So, mampu ke kita nak nafikan lagi yang memang kelemahan (atau mungkin boleh dianggap kelebihan) lelaki tu terletak pada wanita.. (ini membuktikan aku memang lelaki normal... bukan lelaki abnormal.. hahaha =p)

Tapi apapun, aku akan terus hargai wanita sebagai pelahir para rasul dan para sahabat... Juga sebagai pelahir aku ke dunia ni... Tanpa mereka, macam mana ya... Ntah la... Tak dapat nak bayang... Hawa diciptakan sebagai pelengkap Adam.. Kerana itu manusia diciptakan berpasangan... Perlukan benih lelaki dan benih wanita... Barulah boleh terbentuk kejadian manusia... tak boleh berdiri sendirian... Ya, mereka golongan mulia... Golongan yang harus aku hargai dengan sebaiknya... Peace... =p


p/s; tiba-tiba aku rindu pada emak aku... =(