Saturday, October 18, 2008

DARI BATAM, KEPULAUAN RIAU

“Mari menyusun seroja, bunga seroja
Hiasan sanggul remaja, puteri remaja”



Semangat aku membuak-buak kini setelah melihat semangat survival hidup 10 orang kanak-kanak serba kekurangan dan kepayahan di Sekolah Darul Muhammadiyah, Desa Gantung, wilayah Belitong Timur yang akhirnya menjadi laskar pelangi yang mewarnai dunia ini dengan keindahan tujuh warna sempurnanya...

Sekali lagi bilik gelap ni mengajar aku... Aku harus bikin filem!!!!



p/s : “Meski dunia kadang tak adil, namun cinta lengkapkan kita”- Laskar Pelangi/Riri Riza
(tapi aku tetap kata dunia ni adil, kita sbg manusia yang tak adil...)

Sunday, October 12, 2008

DISKUSI & KETERBUKAAN

Perkara yang ingin aku katakan ini mungkin sukar diterima oleh sesetengah orang.. Tapi aku hanya menyatakan pendapat aku… Terima atau tidak… Terpulang…

Beberapa hari lepas, aku sempat lepak berdua dengan Wak Dol di Bukit Jelutong…. Lama jugak kitorang lepak… Dari habis tengok preview Rasukan Ablasa, kitorg lepak sampai pukul 4.30 pagi…

Terlalu banyak yang kami bualkan… Dari tentang sejarah keturunan Jawa, perbualan kami menyimpang jauh kepada persoalan yang sangat besar… Mengenai Islam… Wak Dol yang aku kenal sejak sekian lama memang menjadi tempat rujukan aku bila berkait hal agama… Sebab latar belakang dia sebagai seorang bekas pelajar sekolah pondok dan dialah kawan aku yang aku rasa tak pernah jemu beri galakkan untuk aku kembali ke pangkal jalan (aku rasa aku dah jauh terpesong)… Tapi biasanya perbualan kami hanya sekadar sambil borak-borak santai…

Tapi perbualan kami kali ini berbeza… Mungkin boleh dikatakan serius… Malam itu aku belajar pelbagai perkara baru tentang ilmu Islam daripada dia… (kelakarkan seorang Islam yang dah 23 tahun menganuti Islam masih belum kenal apa itu Islam)… Antaranya tentang ilmu Usuluddin, Sirah, Tauhid dan sebagainya… Ya Allah, perbincangan itu buat aku sedar betapa naifnya aku tentang ilmu agama… Mungkin aku tak mampu untuk pelajari semua itu dalam hanya satu malam, tapi ia cukup untuk aku memahami konsep asasnya dan menyedarkan aku betapa jauhnya aku dari Allah… (Tapi ilmu tanpa amal nak buat apa??? Betul tak??)

Berkenaan blog ini pula, baru-baru ni seorang kawan lama aku hubungi aku semula… Ya, kami sangat rapat suatu ketika dulu.. Dia adalah rakan sebilik aku masa aku mula-mula masuk UiTM dulu… Sejak dari minggu orentasi lagi… Kitorang memang sangat rapat… Kami selalu menghabiskan masa bersembang bersama… Kami kalau bersembang jangan diganggu… Sebab ia akan jadi panjang berjela…. Masa duduk satu bilik dulu, selalu lepak2, kami berbual sampai ke subuh…Tentang pelbagai perkara dari politik, masyarakat, remaja, agama dan sebagainya (dan tentu sekali isu yang tak boleh lari dari diri remaja iaitu cinta…)…

Bagi aku, dia antara kawan aku paling terbuka… Kami boleh bicara tentang apa saja… Antara aku dan dia ketika itu sangat berbeza… Mungkin perbezaan latar aku dia sebagai budak bandar dan aku budak kampung…. Memang jarang sekali la kami sependapat…Kami biasanya akan bertekak mempertahankan idea dan pendapat masing-masing.. Kami bergaduh, bertekak dan sebagainya… Tapi aku paling suka dia sebab dia sangat terbuka… Kami bergaduh dan berdebat, tapi hanya bila dalam perbualan… Bila habis perbualan tu, kami kembali seperti biasa… Tapi kini, disebabkan oleh kehidupan yang sentiasa berubah, kami semakin jauh… (Perdebatan biasanya akan membuatkan kita berfikir sesuatu yang tak pernah kita fikirkan… Itulah peranannya kita berbeza pendapat…)

Kali terakhir aku lepak bersembang dengan dia waktu kami sama-sama pergi tengok filem Cinta di KLCC… Dekat 5 jam kitorang bersembang pasal filem tu lepas habis menonton…

Sejujurnya aku lebih suka kepada perbincangan dengan orang yang tak sehaluan dan tak sependapat dengan kita… Perdebatan itu akan lebih menarik… Dan sambil kita mencari idea untuk mematahkan hujahnya, kita akan bertemu dengan sesuatu yang kita tak pernah fikirkan sebelumnya… Kerana itu, kadangkala meskipun aku sependapat dengan mereka, sengaja aku mengajukan pelbagai provokasi… Sebab aku yakin cabaran itu aku lebih menggerakkan kita berfikir dari hanya pasif mengampu rasionalnya kata-kata mereka…

So, baru-baru ni, setelah dia membaca blog aku ni, kawan aku tu hubungi aku semula… Dia kata, bila baca blog aku, rindu pulak nak bersembang dengan aku… (blog ini mulakan memainkan peranannya merapatkan hubungan)

Sebagai contoh, bila teringat kat dia, satu perkara yang aku mesti ingat smpai sekarang… Kami dulu selalu aku bergaduh bila berbual tentang perkara ni… Ia tentang keterbukaannya dalam soal hubungan…

Dia kata, dia tak kisah kalau bakal isterinya nanti bukan lagi dara/ virgin… Dan bila suatu ketika nanti, jika isterinya ketika itu menyedari bahawa isterinya tidak lagi mencintai dirinya, dia lebih selesa untuk isterinya itu berterus terang… Dia lebih rela sakit hati mendengar pengakuan isterinya daripada isterinya menyimpan saja perasaannya itu untuk menjaga hati seorang suami….

Bila masuk isu itu, kami selalu bertingkah pendapat. Aku ketika itu sangat menolak penerimaannya itu..

Tapi itu semua lebih kurang 5 tahun lalu… Perjalanan hidup sepanjang 5 tahun ini sudah cukup untuk mengubah pendirian aku itu… Kita manusia yang langsung tak berhak menghukum manusia… Macam la kita tak pernah buat salah langsung… Aku sudah boleh menerima hakikat jika perempuan yang ditakdirkan aku nikahi bukan lagi dara/virgin... Dan aku rasa aku harus kuatkan diri untuk ke meja diskusi sekiranya setelah 10 tahun aku menyambut ijab utk dia, dia merasakan yang dia bukan lagi untuk aku... Meskipun aku tahu akan sakit sangat, tapi aku harus kuatkan diri... Aku harus paksa diri... Jangan lari dari kenyaataan... Hadapi ia... (Sambil berusaha mencari penyelesaian yang lebih baik sekiranya ada... Berfikir panjang sebelum mengambil keputusan...)

Ya, aku rasa aku kini menjadi sangat terbuka….Pengalaman sepanjang 5 tahun ini mengajar aku bahawa keterbukaan itu sangat penting… Bagi aku, setiap manusia pernah melakukan kesilapan.. Dan apa yang penting bagaimana mereka merubah masa kini dan masa depan.. Dan dalam hubungan, cara untuk memperbaikinya sudah tentu melalui diskusi dan perbincangan… (Tapi ingat bahawa perbincangan tanpa keterbukaan hanya akan menyukarkan lagi keadaan)…

Sekarang kita banyak melihat pergolakan dalam perkahwinan… Dan orang mula untuk menyalahkan itu dan itu… Ya, manusia selalu mencari kesalahan untuk ditudingkan dalam usaha menyelamatkan diri… tapi bagi aku, masalah utama perceraian adalah bukan disebabkan masalah kewangan, masalah seks, masalah orang ketiga dan sebagainya.. Segala persoalan itu sebenarnya bukan masalah dalam hubungan tetapi masalah sebenarnya tiadanya keterbukaan dalam komunikasi sesebuah perhubungan… Apabila kita terbuka, kita akan sedia menerima segala keburukan kita dan pasangan dan menganggap ia sebagai salah satu asam garam dalam hubungan, ada naik turunnya… Cinta itu adalah menerima seadanya, buruk baiknya.. (memang syaitan akan sentiasa mencari kesilapan kita yang lalu sebagai bahan untuk merosakkan kehidupan masa depan kita… jadi kita harus lawan mereka… bukan lawan sesama kita..)

Aku terdetik untuk menulis tentang kisah ini di blog bila melihat pergaulan bebas sudah menjadi begitu biasa dalam kehidupan remaja… Tapi kehidupan hari ini memang menuntut kita untuk bersosial dengan segala jenis golongan rakan-rakan… Dan aku percaya, keluarga yang terbuka akan melahirkan anak-anak yang terbuka serta tahu batas-batas hidupnya..

Bukan aku nak membenarkan yang salah atau menghalalkan yang haram… Cukup untuk aku katakan bahawa terjebaknya remaja dalam masalah-masalah ini antaranya adalah disebabkan oleh tiadanya keterbukaan dalam masyarakat terutamanya dikalangan ibu bapa dalam berdiskusi sesama mereka… (Mana aku tahu??? Aku tahulah… Aku kan remaja… hahaha..)

Anak-anak takut untuk mengakui kesilapan mereka kerana tahu yang hanya mereka akan disalahkan dan dihukum… Tanpa pertimbangan yang lebih toleran…Jadi mereka memendam rasa… lalu hadir rakan-rakan terbiar yang kononnya lebih memahami… lalu dibawalah mereka oleh rakan-rakan mereka ini ke dunia ciptaan mereka yang jauh lebih indah dari sebuah institusi keluarga…

Aku risau melihat betapa banyak perkahwinan yang roboh kerana tiada sifat terbuka antara suami isteri… Isteri takut untuk meluahkan sebarang ketidakpuasan kerana takutkan suami… Suami takut nak suarakan kekeliruan kerana takut isteri terasa hati…

Aku rasa sudah masa untuk masyarakat kita menjadi lebih terbuka tentang hal ini…



p/s : bukan mahu melawan agama… sekadar usaha ingin berdiri di bumi nyata… kalau aku salah, betulkan aku ya… pesan opah aku, kalau semakin keliru, kembalilah kepada Alif Ba Ta…

ADUH... SHA MASUK I.C.U.!!!

Minggu ni berjalan dengan macam-macam ketakpastian…. Aku menjadi semakin sensitif…. Aku menjadi semakin mudah untuk marah, semakin mudah untuk terasa, semakin mudah untuk sedih, semakin mudah memaki, semakin mudah untuk menangis... Entahlah... (Orang kata sensitiviti itu nadi seorang seniman... Semakin tinggi sensitivitinya kepada sekeliling, kesenimanannya semakin tinggi... Tapi, aku percaya aku bukan seniman... Masih terlalu jauh untuk itu... Hahahaha! =p)

Pertengahan minggu yang lepas, dalam kelas bahasa Jepun, aku terima SMS daripada emak aku... Dia kata “Emak dlm bas nak ke JB.... Sha masuk ICU”.... Ya Allah... Aku tak tahu nak kata apa....

Kalau korang nak tahu, Sha tu anak sedara aku... Aku ada dua orang anak sedara... Kedua-duanya baru berusia 2 tahun... Mereka lahir hanya selang 2 minggu... Dah macam kembar... Keduanya anak kakak sulung dan kakak kedua aku... Anak kakak sulung aku dinamakan Nur Dania Irdina Zairil Anuar (aku panggil dia budak gemuk @ Dina.. sebab dia sangat montel.. hahaha...) Anak kaknyah@kakngah aku pulak bernama Nur Shasha Sumaizi (aku panggil Sha)... Sejak lahir, Sha memang ada masalah kesihatan... Ada masalah pada hatinya... Tapi doktor kata pembedahan hanya boleh dilakukan setelah usianya mencapai satu tahap yang ditentukan...

Setakat ini, memang kedua anak sedara aku ni la penghibur hati aku.... Telatah mereka tak pernah kalah untuk buat aku ketawa... Dina duduk kat KL, jadi setiap minggu aku aku akan balik rumah kakak aku untuk mengadap muka dia... Sha pulak duduk kat Johor Bahru... Jadi jarang sekali dapat berjumpa... Kadang2 telefon untuk mendengar suaranya yang sedang berusaha belajar bercakap... Masa raya hari tempoh hari, walaupun bercakap pun tak berapa pandai, diorang tak habis bergaduh!!! (ni mesti terpengaruh dengan perangai orang dewasa yang tak habis2 nak bergaduh... =p) Si budak gemuk tu tak habis nak cari pasal dengan Sha... Tapi Sha biasanya akan diam dan beralah (sesuai la dia sebagai kakak yang tua dua minggu dari Dina).... Tapi lawak giler tengok perangai diorang masa bergaduh... Maklumlah, budak umur 2 tahun nak bergaduh... sangat cute...hahaha... =)

Dah hampir lima hari, tapi aku langsung tak telefon kakak aku mahupun emak aku untuk mengetahui keadaan Sha di ICU... Bukan aku nak jadi derhaka mahupun pentingkan diri... Sengaja aku taknak telefon sebab aku tahu, kalau aku telefon, aku akan rasa sedih... Dari MMS yang kakak aku hantar, rasa nak menangis tengok seorang budak kecik berusia 2 tahun telantar di katil ICU... Betapa hebat Tuhan menguji dia ya... Mesti banyak pahala dia nanti... Seharusnya aku bersyukur sebab aku lebih bernasib baik berbanding dia...

Ya, aku taknak telefon sebab aku akan sedih dengar suara dia... Tambahan pula, sepanjang minggu ni aku sangat sensitif dan rasa serba tak kena... Rasa down giler... Ntah la... (Azmir memang macam ni.. Bila bg semangat kat orang, macam gempak sangat... Tapi hidup sendiri pun huru hara..)

Minggu ni saja dua kali aku ponteng kelas.... Dan buat pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku upah kawan untuk buat assignment bertulis aku... Ya, pertama kali sejak aku di UiTM semenjak lima tahun lalu... Kalau boleh memang aku, nak buat sendiri... Sebab aku ni bangsa yang tak yakin pada orang lain... Tapi, entah la... aku rasa tak semangat giler nak buat apa2... (jangan sesiapa berani report pada lecturer aku!!! Aku bunuh korang!!!)

Dalam semester ni, beberapa kali aku call emak aku, nak bagitahu yang aku nak extend je semester... Tapi bila telefon jer, bila dengar je suara dia, aku jadi kelu... Taktau nak cakap apa-apa.. Terus tukar topik lain.. So, aku layan jer la studi semester ni... Tapi setakat layan macam tu je la... Nak result gempak, mintak ampun je la... Kita tunggu je la... Aku harap ok la... Tapi aku rasa memang hancur la... (siapa yg nak fight result dgn aku, semester ni is the right time ya... =p)

Kalau ikut hati, memang aku nak buat keputusan sendiri je pasal extend ni (dah besar panjang kononnya)... Tapi bila pikir, tak patut aku buat macam tu... Lagi pun, tahun lepas masa dia suruh cari kerja tetap (dari mengerjakan company aku yg ntah apa2 tu), aku jugak yang janji dengan emak aku nak sambung studi... Takkan aku nak langgar janji pulak...

Bercakap pasal janji ni pun satu hal jugak... Aduh, aku tak habis dengan rasa bersalah... Sebab aku rasa aku banyak sangat dah langgar janji-janji yang aku buat sendiri... Aku janji nak studi elok2, aku tak buat... Aku janji taknak menulis blog dah, tapi aku tulis jugak... Aku janji nak tanggung adik aku studi, last2 aku yang pinjam duit dia... Ntah la... Betul buat aku rasa bebal dan down dowh.. Tahun lepas, masa sorang kawan baik aku, tanya kat aku, kenapa seorang demi seorang kawan yang baik dengan dia akan buat hal dan menjauh dari dia, aku yg rapat dgn dia masa tu dengan poyo berjanji yang aku tak akan buat macam tu... Sebab bagi aku takde apa yang boleh buatkan aku jauh dari dia... Tapi sekarang aku langgar janji tu... Ntah la... Memang rasa besalah giler... Banyak sangat janji yang dah aku langgar...

Semalam, aku bergaduh dengan seorang kawan yg aku baru je aku kenal.... Kenapa aku suka sangat cari pasal sekarang ni hah... Takde masalah, saja nak cari masalah.. Ntah la... Aku taknak komen... Tapi aku harap ia satu pengorbanan dari aku, bila aku sedia berkata apa yang aku rasa betul, dan aku sedia menerima apa saja kesan dari kata-kata aku itu...

Aktiviti malam aku sepanjang minggu ni penuh.... Hari Isnin aku berbuka di luar, hari Selasa aku tengok promosi filem Antoofighter, hari Rabu aku tengok promosi filem Rasukan Ablasa, jari Khamis aku tengok teater Atomic Jaya di Sunway University College, hari Jumaat aku tengok wayang cerita Flight Of The Dead....

Puasa enam aku tahun ni tinggal sehari lagi je nak habis... Tapi dah berapa hari tertangguh... Macam orang kata, semakin sampai ke penghujung, semakin banyak masalah yang mencabar kita... Kalau kita tak kuatkan hati, kita kalah....


(Apa aku nak cakap lagi... Ntah la.,... Tiba2 je otak jadi kosong... Apsal la aku selalu jadi macam ni kebelakangan ni... =( )





p/s ; kepada semua termasuklah rakan-rakan aku yang mana aku telah menyukarkan hidup kalian, maafkanlah aku... Mungkin sukar untuk mendengar maaf dari mulut aku kerana aku juga punya ego seorang manusia... Tapi percayalah, jauh di sudut hati, kemaafan itu yang aku pinta...

DARI SETIAWANGSA (UBAN PUTIHKU SEMAKIN MEMBIAK)

Wak Dol pernah cakap pada aku, antara pengorbanan terbesar adalah apabila kita sanggup dibenci kerana bercakap sesuatu yang kita senang dan yakin… Atau mungkin suatu kebenaran yang mungkin tidak disenangi orang lain...

Ya, aku sedang melakukannya kini… Sebab aku tahu, suatu hari nanti mereka akan sedar tentang kewajarannya aku berkata sebegitu… (perkara yang sama pernah berlaku dua tahun lalu… dan ganjarannya amat berharga bagi aku..)



p/s : Uban putih aku semakin membiak di atas kepala aku… Mungkin dunia semakin membingungkan aku… Entahlah…

Tuesday, October 7, 2008

DARI BLOG MENJADI BUKU : ELARTI



Ya, aku terkejut… Serius aku terkejut… Terkejut tak sangka...

Baru kejap ni tadi, aku check website-website yang menjual buku secara online… Sebab aku nak beli buku skrip Kami – The Movie…. Aku dah cari buku ni kat MPH Mid Valley, tapi tak ada… Aku SMS Amir Muhamad pulak, dia kat Pusan International Film Festival sebab filem Pungguk Rindukan Bulan yang dia produced bertanding kat sana… So, mana aku nak cari beli buku ni ya… Aku pun check la website jual buku online Kinibooks.com… Memang ada jual, tapi susah pulak aku nak beli… Aku mana pakai kredit kad… Hahahah…

Habis tu, aku saja la belek buku-buku lain yang ada dijual secara online kat situ…. Akhirnya, di antara koleksi buku-buku dalam ruangan `Buku Baru`, aku terjumpa buku Elarti 2: Penulisan Suara Baru Kontemporari…. (Baru diterbitkan tak sampai sebulan lepas kalau tak silap aku…)

Dan alangkah terkejutnya aku bila nama aku turut terpapar kat muka depan buku tu bersama nama-nama lain yang ada antaranya memang aku kagumi…

Ya Allah, memang aku ada beritahu mereka tentang beberapa artikel dalam blog ini sewaktu mula-mula aku buat blog ni dulu… Tapi tak sangka pulak diterima dan akan diterbitkan… Alhamdulillah… Bangga jugak la aku bila nama aku ada kat situ bersama beberapa penulis nama besar lain macam Bernice Chauly (kakak kepada Benard Chauly), Jerome Kugan (kolumnis untuk majalah KLue), dan beberapa lagi…

Aku sendiri tak tahu artikel aku yang mana satu yang dikompilasikan ni… Tapi yang pasti ia salah satu daripada artikel daripada blog ni… kalau korang nak tahu kena beli la… Alaa… RM15 je senaskah… Apalah nilai RM15 untuk menyokong hasil-hasil usaha kreatif sebegini… (Ruhayat-X kata nak bagi buku ni kat aku.. So, tak payah la aku beli… =p)

Kepada yang tak tahu, Elarti adalah sebuah buku bersiri yang diterbitkan dan diselenggarakan oleh penulis siber aktif, Ruhayat-X… Penerbitannya bersifat non-profit… Tujuan utamanya adalah untuk memperjuangkan karya-karya popkultur yang bersifat kontemporari dan lain daripada gaya penulisan biasa… Elarti 2: Penulisan Suara Baru Kontemporari ini adalah siri kedua dalam siri Elarti ini setelah yang pertama diterbitkan pada tahun 2007…

Dalam ruangan keterangan buku dalam website online tu, buku ini diklasifikasikan sebagai “Antologi Malaysiana Kontemporari 2008, Buku Kulturpop Frinjan Ini Adalah Hasil Produk D.E.B.” Ia diterbitkan dalam keluaran yang sangat terhad... (sebab Ruhayat tak banyak duit kot... buat banyak pun bukannya laku... hahaha)


So, apalagi… dapatkan buku keluaran terhad ini secara online di :

http://www.kinibooks.com/product_info.php?products_id=892




p/s : Alhamdulillah, anda sudah nampak hasilnya jika kita menggunakan kekacauan jiwa menjadi tenaga untuk menjana sesuatu yang positif dalam diri?? Di situlah letaknya peranan/ hikmah sebuah kegagalan dan penderitaan… Peace!!! =p

Sunday, October 5, 2008

TRIVIA HARI RAYA SEORANG BUDAK SOMBONG

1) Dua hari sebelum raya, baru aku teringat yang aku belum bayar zakat… Terus aku ke rumah amil di kampung aku (bekas cikgu mengaji aku) dan bayar di situ.. Baru aku tahu yang kadar zakat di Perak lebih tinggi daripada KL dan Selangor (sebab tahun2 sebelum ni aku bayar kat Shah Alam)…
FAKTA MENARIK : Orang kita memang terlalu ambil berat dengan kadar zakat yang dibayar setahun sekali berbanding setiap minggu mengeluarkan RM10 untuk menonton wayang ataupun RM37 sebagai cover charge Planet Hollywood..


2) Dua hari berturut-turut aku berulang ke pawagam di Ipoh untuk mendapat tiket menonton filem Kami – The Movie… Jarang sekali aku buat begitu….
FAKTA MENARIK : Anak muda zaman sekarang (macam aku la..) memang selalu tertarik dengan filem tentang kisah remaja urban, stylo, cool, ada awek hot, ada scene gigs, gaduh2 sikit dan yg sewaktu dengannya… Baru la nampak bad boy… (dengan memberikan komen; sebuah filem jujur tentang remaja… hahaha!!)


3) Pada malam hari raya, aku terjaga pukul 3 pagi sebab mimpikan suatu kejadian… Beberapa hari kemudian, dua malam berturut-turut aku mimpikan perkara yang sama… Banyak kali... Wei, aku basuh kaki la, tapi doa tidur aku dah lupa la… Mimpi itu buat aku jiwa kacau… Mimpi yang menguatkan ingatan aku pada sesuatu yang mahu aku lupakan… Shit!!!
FAKTA MENARIK : Orang tua2 kata mimpi itu mainan tidur… Tapi orang2 muda kata, mimpi itu juga mungkin disebabkan oleh kita terlalu memikirkan tentang sesuatu @ seseorang itu…


4) Tiba-tiba aku teringin nak pergi umrah… Bila dengar emak aku cerita tentang nikmat berkunjung ke rumah Allah di sana, pintu hati aku terbuka nak merasa pengalaman yang sama… Bapak aku cabar, kalau aku boleh travel jauh2, takkan nak pergi umrah tak boleh… Ya, aku nak pergi umrah… Aku mesti pergi… Tapi bila? Aku masih was-was… Sebab aku takut…. Yang wajib pun liat nak buat, yang sunat jangan mimpi la… Koleksi dosa pulak memang dapat markah tertinggi… Nanti pergi sana, balik jadi setan jugak… =(
FAKTA MENARIK : Orang kita memang malu atau takut sangat bila nak buat pahala… Tapi bila buat dosa, dibangga-bangga… (Bak kata Ebiet G Ade, “mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita, yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa…”)


5) Bapak aku belikan aku beg baru… Beg untuk travel backpacker… Kakak aku pulak belikan aku jam tangan baru… Tapi aku masih rindukan jam aku yang lama… Kenapa ya… Ntah la… Mungkin kerana itu jam termahal yang pernah aku ada… Atau mungkin itu pemberian seseorang bapak… Atau mungkin aku suka sangat pada design jam tu… Ntah la… Tapi aku rasa, itulah jam tangan paling sempurna pernah aku ada.. Dan kini ia telah tiada…
FAKTA MENARIK : Ni memang klise… Orang kita memang suka mengenang benda yang dah tak ada… Masa ada depan mata dulu buat bodo je… =( Sape suruh pegi tumbuk dinding sampai berderai jam tu... Ingat penumbuk ko tu kuat sangat?? bertulang besi???... Ke berangan nak jadi Superman??... Jawab la Azmir... Kenapa diam???


6) Raya ni aku tak belikan apa2pun untuk keluarga aku (belikan sekotak kuih raya je)… Aku jugak tak bagi duit raya pada sepupu sepapat dan anak2 buah aku… Tak seperti tahun sebelumnya… Mungkin sebab duit aku yang ada ni dah ada plan untuk digunakan pada suatu kegunaan lain yang bagi aku lebih penting buat masa ini…
FAKTA MENARIK : Aku selalu kira duit aku, berapa peruntukan untuk belikan buah tangan untuk emak bapak aku… Tapi, kalau nak kira berapa peruntukan emak bapak aku untuk aku sejak aku lahir, mungkin lebih kurang dalam…Ermmm... Ntah la… Berapa ya? Korang boleh tolong kirakan???


7) Cuti raya ni boleh dikategori cuti yang sebenarnya bagi aku (walaupun sempat beberapa kali ke cyber cafĂ© kat pekan berdekatan untuk check e-mail penting)… Aku dah lama giler tak dapat cuti yang betul2 cuti… Kalu cuti kat kampung pun, masing mengusung fail dan laptop menyelesaikan kerja… Kali ni aku betul2 cuti… Tapi bosan jugak kalau macam ni…
FAKTA MENARIK : Tak ada fakta menarik pun… Sebab dalam hidup ni, tak semua menarik kan? Banyak perkara dalam hidup kita ni yang tak menarik… Tak menarik untuk dilalui dan diingati… Tapi, itulah hidup… Mahu atau tidak, kena hadapi… Kalau taknak hadapi, pergi la bunuh diri… Tak payah poyo nak menyusahkan orang dan menyesakkan dunia ni lagi dengan manusia yang tak bersemangat dan berfikir macam orang nak mati!!! Faham tak Azmir???




p/s : Barangkali ada benda yang kau tinggalkan dulu dan kau lupa untuk mengambilnya kembali... =(



Aku sangat rasa bersalah sekarang ni… Kenapa??? Ntah la… Tapi apapun, tolong maafkan aku!!! Maaf!!! =(

ANALOGI JIWA KACAU - REFORMASI DIRI

Kata awek cun pada aku, manusia sentiasa berubah… (begitu juga dengan hati & perasaan) Dan kita harus menerima perubahan itu seadanya… Sebab selagi kita lari dari perubahan, itu maknanya kita manusia penakut yang tak mahu menerima realiti… Ya, begitu juga dengan kehidupan… Kehidupan juga sentiasa berubah… (di situlah mulanya asimilasi budaya…)

Sejak sekian lama nama Anjung Seni Azmir sebati dengan diri aku… Ya, aku menggunakannya sejak sembilan tahun yang lalu ketika aku di sekolah menengah… Ia sudah sebati dengan aku… Hinggalah ia diletakkan sebagai nama blog ini... Tapi sudah masanya alam dan hidup aku berubah… (sepertimana reformasi politik kini)

Bermula hari ini, secara rasminya blog ini bernama Anologi Jiwa Kacau…

Analogi menurut kamus Dewan (yang diakui secara rasminya sebagai al-Quran kepada Bahasa Malaysia), analogi membawa maksudnya suatu perbandingan yang melihat persamaan….

Perubahan nama ini adalah kerana dirasakan buat masa ini, nama ini lebih sesuai dengan keadaan semasa… Sesuai dengan situasi… Dan sentiasa memangkin aku untuk terus menulis di sini…

Mungkin suatu masa nanti, jika hati aku berubah lagi (menurut teori dan hukum perubahan manusia oleh awek cun), mungkin nama blog ini akan berubah lagi… ya, mungkin juga… entahlah…



p/s : MAAF!!!… Tiada niat untuk membenci, tetapi aku terpaksa mem`benci`… Kerana selagi sayang itu ada, aku tak henti rasa bersalah dan menyumpah seranah marahkan diri sendiri…Itu dan ini… (jangan risau, kerana `benci` itu punya konotasi dan peranan tersendiri, TAK AKAN aku bawa hingga ke mati…)