Wednesday, August 20, 2008
DARI KUCHING
Kuasa terhebat dalam galaksi biasanya lahir daripada bintang yang paling kecil…
Friday, August 15, 2008
PERIHAL JAM TANGAN AKU – EPISOD AKHIR
Entah la… Aku tengok cerita Tiga Hari Untuk Selamanya.. Patutnya aku terpesona…. Pada Riri Riza (aku mengenalnya seawal Petualangan Sherina), pada Nicholas Saputra (namun aku masih tak sanggup jadi gay..hahaha..), pada Adinia Wirasti (ya Allah, indahnya anugerah dunia bernama wanita… hehehe.. ) dan ceritanya yang sangat sweet (bak kata en Norman la…)..
Tapi aku tak boleh fokus menonton… Aku gelisah… Entah la…
Masa nak balik, aku tumbuk sekuat hati papan kenyataan kat tangga tu.. (tapi aku pilih yang lembut la…hehehe..) Bak kata daus sejak dia melihat hobi baru aku jadi ahli tinju sejak kebelakangan ni, bila tumbuk, kalau tangan kau sakit, maknanya kau sihat… Kalau tangan kau tak sakit, maknanya aku tak sihat…
Masa tu, tangan aku tak sakit… hahaha… Tapi hentaman kuat membuatkan tali jam tangan aku terputus dua… Dan ia jatuh ke lantai… Memecahkan cerminnya yang double layer (pecah kat dalam tapi lapisan luar masih ok)… Beberapa partikel di dalamnya tercabut lalu menghentikan detiknya..
Kini, aku tidak punya jam lagi… (padan muka aku.. Hahaha!) Tak ada lagi yang mengingat aku tentang waktu… Jika dulu jam aku cepat 15 minit untuk memastikan aku sentiasa di hadapan orang lain, adakah kini aku akan sentiasa ketinggalan…
Entah la… Bila aku nak beli jam baru? Entah la….
I will miss it… Pemberian seseorang yang aku sayang… Tapi… Entah la…
p/s: Aku nak ambik foto dan letaknya di sini, tapi tak ada kamera la pula… Tak apa, nanti aku bagi korang tengok ya..
Thursday, August 14, 2008
ANUGERAH AYAT PALING CELAKA
Sial betul… Aku ada bertimbun kerja yang nak dibuat… Kelas pulak banyak hari tu… Serius, aku tak mampu terus berfikir… Aku balik, makan dan tidur… Selepas sejam, aku bangun dan kelas pak Bambang di kandang.. Tugasannnya, mencari kisah-kisah kemanusiaan di kandang untuk dijadikan kisah dalam cerpen.. Serius aku tak mampu... Su yang banyak menulis dan berfikir... Aku? Aku melayan sakit kepala aku…. Dalam hati, sah aku demam!
Memang aku dah lama nak demam... Ya, aku nak sangat demam..Aku harap demam boleh buat aku baring, tidur dan tidak berfikir apa-apa... Jadi bodoh... Kadangkala kita perlu jadi bodoh dan tidak berfikir apa-apa....Tapi rupanya sangkaan aku salah, rasa tanggungjawab pada banyak perkara membuatkan aku melawan rasa demam tu... Dalam demam pun, aku harus ke kelas, fikir pasal assignment yang bertimbun (tapi tak buat pun), pasal kerja yang dah terlajak deadline, PTPTN yang tak selesai, emak aku kat hospital, banyak lagilah… So, walau dalam demam, aku harus terus bekerja.... Aduh...
Malam tu aku balik dan terus tidur... Keesokan paginya, emak aku telefon. Dia dipindahkan dari Hospital Besar Ipoh ke Hospital Selayang... Aduh, dah la seminggu dia kat Hospital Ipoh aku tak pergi jengok, takkan la dia dah kat Hospital Selayang pun aku tak boleh pergi sekejap... Habis je kelas, walau demam dan kepala yang masih melayang, aku gagahkan diri menjenguk dia... Aku tengok dia... Dia bercerita tentang nasib... Dia kata, dah nasib dia macam tu, terima je la... Banyak lagi orang yang lebih malang...
Ya, menipu aku kalau aku kata aku tak sedih... Aku teringat lagi, ketika bapak aku masuk hospital, makcik aku pembedahan barah payu dara, atuk dan nenek aku yang beberapa kali masuk hospital, emak akulah yang menjaga mereka di hospital… Kadangkala hingga berminggu-minggu di hospital… Tapi bila dia yang masuk hospital, tak ada siapa nak jaga dia… Aku faham, semua ada tanggungjawab masing-masing… Tapi, entahlah…
Jadi, aku cadang nak temankan dia tidur di hospital. Sebenarnya dia bukanlah memerlukan sangat orang menjaganya sebab kesihatannya tidaklah terganggu, Cuma mata kanannya yang bermasalah. Tapi, aku sengaja rasa nak teman untuk menyedapkan hati aku. Nak meyakinkan diri aku sendiri bahawa aku bukanlah anak derhaka… Nak meyakinkan diri aku bahawa aku la anak paling soleh di muka bumi ni…
Ye la, walaupun aku demam dan banyak kerja yang tertangguh, aku nak juga merasa nikmatnya berkorban untuk orang yang kita amat sayang…. Mesti indah kan… Lagi pun, kelas esok pagi jam 9.30, sekitar 7.30 aku boleh bertolak dari hospital… Aku jugak harap suasana di hospital ni akan lebih indah daripada di luar... Sebab, dengan dikelilingi pesakit-pesakit (ada yang seakan sedang menunggu maut) membuatkan aku merasakan akulah manusia paling bertuah dan bahagia... Ya, aku lebih bertuah dan lebih bernasib baik daripada mereka...
Tapi malam tu aku tak jadi tunggu sebab jururawat tu kata lelaki tak boleh menunggu di wad wanita... Entahlah...
Beberapa hari lalu jugak aku menonton teater Ismail: The last Day di KLPAC. Ya, ini kali pertama aku menonton teater di KLPAC mahupun terbitan Actor Studio... Sebuah persembahan yang mendapat sokongan begitu hebat daripada pelbagai syarikat GLC terkenal. Malam itu pertama kali aku menyaksikan penonton yang hadir yang seimbang daripada kaum Melayu, Cina, India, Inggeris, dan sebagainya.. Dan persembahan malam itu turut dihadiri oleh Raja Permaisuri Perak bersama beberapa ahli keluarga dan kerabatnya. Mereka hadir bukan sebagai tetamu VVIP istimewa yang penuh protokol sebaliknya hanya sebagai tetamu jemputan biasa. Ya, mungkin kita boleh menyatakan kehadiran baginda atas faktor persahabatan dengan Datuk Faridah Merican, namun sokongan itu aku kira amat bermakna sekira turut dirasai oleh komuniti teater Melayu di tanah air ini.
Bercakap mengenai Ismail, sejujurnya sejak kecil aku hanya mengenali Tun Dr Ismail kerana terkenalnya Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Namun, setelah pertama kali membaca buku biografinya ”Bukan Kerana Pangkat: Tun Dr Ismail & Masanya” pada awal tahun yang lalu, aku menjadi.... Entahlah... Susah aku nak cakap!! Korang patut baca dan korang akan rasa apa yang aku rasa!!! Dan aku berfikir, Ya Allah, kenapalah aku tak kenal dia dari dulu.... Kenapalah hina sangat aku ni tak pernah mahu mengenali lelaki hebat ini... Lelaki yang menjadi tulang belakang dan berdiri disebalik kehebatan Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abdul Razak... Lelaki yang begitu sempurna bagi aku...
Sejujurnya, walau mungkin ramai tak setuju, aku menyanjung dia lebih dari barisan lima orang Perdana Menteri yang pernah memerintah negara. Sungguh!!! Mungkin dia tak mampu diangkat menjadi pemimpin nombor satu peringkat awal disebabkan dia tidak punya persona di mata rakyat. Dia seorang yang panas baran. Dia jujur dan akan berkata apa yang dia mahu kata!! Sikapnya itu mungkin membuatkan dia tidak sesuai jadi ahli politik yang hanya pandai menabur janji dan mengambil hati rakyat... Mungkin sikap tenang Tunku membuatkan dia lebih layak menjadi penyejuk hati rakyat ketika itu... Sedangkan banyak keputusan besar dalam kepimpinan negara ketika dibawah Tunku dan Tun Razak diputuskan oleh Ismail. Daripada wakil rundingan British hinggalah membuat keputusan besar ketika kejadian 13 Mei. (ramai tak tahu, tanpa Ismail, Malaysia kini mungkin sebuah negara yang diperintah oleh kerajaan tentera!!!)... Banyak lagilah...
Lelaki yang mengorbankan hidupnya... Daripada buku tersebut, kita dapat melihat, dalam hidupnya, betapa banyak sekali dia tidak mendapat apa yang dia inginkan... Betapa banyak dia mengorbankan dirinya... Termasuklah ketika begitu hampir dengan kematian pun, dia masih berkorban untuk orang lain... Untuk negaranya... Hingga isterinya Neno pernah beri kata dua “negara atau keluarga???” Dia juga pernah diberi kata dua oleh doktor peribadinya ”negara atau mati???” (keadaan kesihatannya sangat teruk)..Tapi, Ismail tetap bahagia untuk membuat pilihan dengan jalannya sendiri... Membuat pilihan untuk berkorban...
Dia buat aku percaya, pengorbanan dan rahsia adalah dua perkara yang saling bertaut... Susah untuk dipisahkan...
Jika pengorbanan seperti ini pun sukar untu kita hargai, bagaimana kita untuk menjadi seseorang yang sanggup berkorban... Percayalah, pengorbanan itu memang sakit, tapi suatu hari nanti, ia akan menjadi suatu kenangan dan pengalaman paling indah dalam kehidupan kita yang singkat ini... (Emak, korban emak memang takkan mampu dibalas, tapi ia akan bawa emak ke syurga...Kerana di sanalah letaknya kesenangan yang paling sempurna... Percayalah...)
Ok, aku berhenti sekejap berbicara tentang pengorbanan....Dari tema yang indah iaitu pengorbanan, kita beralih kepada sesuatu yang kontra.
Sejak beberapa masa kebelakangan, aku belajar untuk mengeja dan menyebut dengan intonasi yang betul beberapa perkataan yang asing dan janggal bagi aku (tapi aku yakin akan mempertingkatkan lagi penguasaan diksi Bahasa Melayu aku. Hahaha...). Perkataan-perkataan itu walaupun membawa maksud yang buruk, tapi aku percaya ada peranannya… Takkan sesuatu perkara itu dicipta tanpa tujuan.. Betul tak? Samalah seperti apabila Allah mencipta perasaan ego untuk manusia, pasti ada guna dan manfaatnya pada waktu tertentu.. Takkan Allah mencipta sesuatu hanya sekadar sia-sia...
Tapi, perkataan-perkataan buruk dan hodoh ini, walaupun ada manfaatnya pada waktu tertentu, ada antaranya sangat celaka kesannya terhadap aku ketika ini.. Jadi, dari itu, bersempena dengan Festival Filem Malaysia yang baru saja berlalu minggu lalu, serta bersempena demam filem Ayat-Ayat Cinta yang sedang melanda kawan-kawan aku, aku ingin wujudkan sebuah anugerah iaitu Anugerah Ayat Paling Celaka..
Dan calon-calonnya ialah:
a) H****m J***h
b) P*****k
c) S**l
d) Pergi Mampus
Dan pemenang Anugerah Ayat Paling Celaka jatuh kepada:
PERGI MAMPUS....
Ulasan Juri (Aku la tu...)
Naktau kenapa ayat ’pergi mampus’ ni menang anugerah ayat paling celaka... Sebab ayat ni celaka la... Dia buat aku tak tenang... Semua ni gara-gara terlepas cakap ayat ni pada seseorang... dan sekarang dia marah sangat pada aku... Aku tak sengaja!!! Serius aku tak sengaja... Aku menyesal sangat!! Serius aku menyesal!!!! MENYESAL!!!!
p/s : Mintak maaf sangat2... Takde niat nak berbahasa buruk pada sesiapa... Tapi sebagai manusia biasa, pada waktu2 biol dan gagal mengawal diri, kita seringkali melakukan atau mengucapkan sesuatu yang tak patut kita ucapkan... I’M VERY SORRY!!!!!SORI!!!!!
Saturday, August 9, 2008
I LOVE YOU!!!
Seumur hidup aku, seingat aku, aku tak pernah menyatakan `aku cinta padamu` pada emak bapak aku secara empat mata! Kenapa? Ntahla….
Kelmarin aku membelek kembali buku dan majalah aku di rak buku aku… Dan aku menjumpai satu artikel tulisan Saniboey kira-kira
Sudah jadi satu kelaziman bila filosofi dan penulis seluruh dunia seolah berebut mencipta madah berkaitan cinta… Jadi, sesiapa yang berangan jadi filosofi dan penulis juga akan terkejar-kejar mencari diksi paling indah dalam mencari definisi dan gambaran cinta. (termasuklah aku jugak kadang2… hahaha)
Socrates pernah menyatakan “ada satu perkataan yang membebaskan kita dari berat dan derita hidup dan perkataan itu adalah cinta”.
Khalil Gibran menyatakan “Cinta adalah sebuah dunia yang di dalamnya hanya ada kita berdua”
Jalaludin Rumi menyatakan “Kerana cinta, raja jadi hamba”
Suzana Murni menyatakan “ Dengan cinta, sakit bisa diubati”
Shahnon Ahmad menyatakan “ Cinta itu adalah petani dan cangkulnya”
Seorang penyair yang tak aku kenali menyatakan “ Cinta itu adalah apabila kita disakiti, kita akan tetap tersenyum”
Ntahla…. Banyak sangat madah cinta… Kadang2 aku seronok membacanya… Dan kadang2 dalam keadaan tertentu aku pun rasa loya dengan jiwangnya madah2 ni… Hahaha… Tapi apapun, aku tetap amat mengagungkan cinta!
Macam aku pernah kata dalam video pendek aku Selimut Fasihah, “kerana cinta aku hidup, tanpa cinta aku dah lama mati!”
Saniboey sediakan ayat-ayat cinta dibawah untuk pembacanya. Dan aku pulak rasa bertanggungjawab untuk menyebarkannya kepada kalian… Agar semua tahu dan mengerti, cinta itu nadi kita!
Walaupun punyai seribu satu bahasa, namun maknanya tetap sama… Meraikan cinta, salah satu anugerah terindah Allah kepada hamba-Nya.
English – I Love You
Afrika – Ek het jou life
Arab – Ana behibak (untuk lelaki)
Arab – Ana behibek (untuk wanita)
Belanda – Jeg elsker Dig
Cina Kantonis – Ngo oiy ney a
Crotia – Volim te
Filipina – Mahal kita
Perancis – Je t’aime, J t’adore
Jerman – Ich liebe dich
Greek – S’agapo
Hawai – Aloha wau ia oi
Hindi – Hum Tumhe Pyar Karte hae
Irish – Taim i’ngra leat
Itali – Ti amo
Jepun – Aishiteru
Kanada – Naanu ninna preetisuttene
Latin – Te amo
Malayalam – Njan Ninne Premikunnu
Cina Mandarin – Wo ai ni
Maghribi – Ana moajaba bik
Portugis – Eu te amo
Sepanyol – Te quiero / Te amo
Tagalog – Mahal kita
Tamil –
Turki – Seni Seviyorum
Ukrain – Ya tebe kahayu
Urdu – Mai aap say pyaar karta hoo
Jadi, kepada semua, dari puluhan bahasa ini, pilihlah satu dan ucapkan pada mereka yang anda sayangi selagi mereka ada bersama kita…
Pada yang mempunyai ibu bapa, ucapkan pada mereka… Pada yang mempunyai abang, kakak, adik, nyatakan pada mereka… Pada yang mempunyai sahabat, jelaskan pada mereka…Pada yang mempunyai pasangan, luahkan pada mereka…
Pada yang tidak mempunyai pasangan, tanamkan dalam hati kalian… Kerana, selain mencintai Allah, ibu bapa, keluarga dan sahabat, tiada cinta yang lebih sempurna daripada mencintai diri kita sendiri…
p/s : Bak kata Wak Dol, hati kita ni, Allah yang genggam… Bila-bila masa dia boleh `bolak-balik`kannya… Ketika itulah jika hati kita tak kuat, kita akan melakukan sesuatu yang tak patut kita lakukan…
Emak, Bapak, cinta dan kasih sayang pada kalian takkan pernah habis atau beralih! Percayalah!!!
Thursday, August 7, 2008
KAWIN MUDA
Serius, sejak habis zaman sekolah lima tahun lepas, aku tak pernah mengikuti perkembangan drama bersiri kat TV… Tak kira drama Malaysia atau dari luar.. Dan Kawin Muda berjaya menarik aku menonton ceritanya hampir setiap hari…
Ceritanya sangat lawak bodoh! (bagi aku la..) hahaha…. Tapi aku layan giler… Nak tau sebab apa? Sebab ada Agnes Monica la… Fuh, cun siot minah ni…. Hahahaha… Sejak kawan aku yg perkenalkan Agnes pada aku dua tiga tahun lepas, memang la aku tepikat… Lagu pun best… Menari lagi la cun… Bila balik kampung, makcik aku pun layan cerita ni… So, buat pertama kalinya aku boleh duduk bersembang dengan makcik aku pasal drama tv… hahahaha
Mungkin aku dah penat kot asyik bersembang pasal Godard, Satyajit Ray, Tsai Ming Liang, Garin Nugroho dan lain-lain… Hahaha…
Bercerita pasal kawin muda, aku teringat yang bapak aku dulu kahwin dalam usia 21 tahun.. Ketika dia berusia seperti aku sekarang, dia dah seorang anak… Emak aku pulak empat tahun lebih tua dari dia… Fuh… Macam mana la dia boleh pikul tanggungjawab dalam usia macam tu… Kalau aku, serius aku tak sanggup… Tak mampu lagi rasanya…
Lusa, aku akan ke majlis perkahwinan seorang kawan sekolah aku…Aku sekolah dengan dia dari sekolah rendah sampai sekolah menengah walaupun dia beberapa kali pindah sekolah… Aku pernah jugak rapat dengan dia… Minggu lepas, aku telefon dia… Macam biasa, dia akan buat lawak “ Itu la kau, banyak kali aku bagi peluang, ko tak pernah nak masuk… Kan sekarang aku dah nak kahwin…” Hahaha… Aku gelak je la…
Aku rancang nak pergi bersama dengan beberapa kawan sekolah aku yang lain yang ada kat KL ni… Dekat Tun Rahah Grandhall kat Menara Yayasan Tun Razak… Aku harap, majlis dia ni takde la tradisi `single table`… kalu tak, memang la aku tak selesa… (dah macam watak Adam dalam Sepi pulak….) hahahah…
Kawan sekolah aku, yang aku tahu, tiga orang dah kahwin… Dua lelaki dan seorang perempuan… Itu yang aku tahu… yang aku tak tahu, ntahla… Hujung tahun ni pulak,22 Nov, kawan rapat aku masa diploma pulak nak kahwin… Seorang lagi kawan aku masa diploma dah nak masuk anak kedua dah…
Tiba-tiba aku teringat opah aku cerita, dia kahwin masa umur 16 tahun… Moyang aku pulak yang meninggal beberapa tahun lepas pernah cerita pada aku dia kahwin ketika umur 14 tahun… Fuh!!!!
Actually, aku pun tak tahu apa yang aku nak sampaikan sebenarnya dalam entri ni… Mungkin sekadar nak cerita tentang kisah kahwin muda…
p/s: Tomok kata, `syaitan & iblis akan sentiasa berusaha menolak kita melakukan kesilapan dengan merempuh tembok iman... Apabila tembok tu dah roboh, syaitan & iblis dah tak payah tolak kita lagi.. Kita yang akan tolak diri kita sendiri.. Diorang hanya tengok dan bertepuk tangan..`
EMAK AKU MASUK HOSPITAL!!!
Aduh… Emak aku masuk hospital… Ada masalah pada matanya… Dia masuk wad hari Rabu pagi… Tapi aku baru tahu malam harinya… Emak bapak aku kata, taknak bagitahu pada anak-anak… Risau kalau kerja anak-anak terganggu…
Aduh…. Aku ni anak derhaka ke??? Terlalu asyik dengan hidup sendiri sampai lupa pada emak bapak di kampung…. Rasa bersalahnya aku!!!!
Bila la aku boleh balik jengok dia… Kerja aku berlambak kena diselesaikan…. Untuk kertas kerja saja ada lebih kurang lima yang tertanguh.. Kertas kerja projek pertama Kristal Creative Publishing, kertas kerja kerja kerjasama program kerjasama pintar HezComm & Gabem (Gagasan Badan Ekonomi Melayu), kertas kerja Creative Study, dan beberapa lagi…
Sepatutnya, sejak sebulan lalu, banyak yang dah boleh selesai… Tapi siapa suruh tak fokus buat kerja… Padan muka!!!
Aduh, hujung minggu depan aku kena terlibat program alumni UiTM pulak… Bila masa nak balik… Aduh!!!! Derhakanya aku!!!!