Friday, November 28, 2008

SAHABAT SEJATI

Sahabat sejatiku
hilangkah dari ingatanmu
Di hari kita saling berbagi

Dengan kotak sejuta mimpi
aku datang menghampirimu
Kuperlihatkan semua hartaku

Kita selalu berpendapat
kita ini yang terhebat
Kesombongan di masa muda yang indah

Aku raja kau pun raja
Aku hitam kau pun hitam
Erti teman lebih dari sekedar materi

Pegang pundakku jangan pernah lepaskan
Bila kau mulai lelah
Lelah dan tak bersinar

Ramas sayapku jangan pernah lepaskan
Bila ku ingin terbang
Terbang meninggalkanmu

Ku selalu membanggakanmu
Kau pun selalu menyanjungku
Aku dan kamu darah abadi

Demi bermain bersama
kita duakan segalanya
Merdeka kita
kita merdekaa....


Tak pernah kita fikirkan hujung perjalanan ini
Tak pernah kita fikirkan hujung perjalanan ini
Dan tak usah kita fikirkan akhir perjalanan ini


- Sheila On 7


RASA YANG BODOH; DEPRESSION

Aduh....

Kenapa dengan aku....

Mungkin aku sudah biasa dengan kesibukan... Menyibukkan diri dan mengada2 nak sibuk... Tak ada masa untuk diri sendiri... Tak ada masa untuk berfikir yang bukan2...

Dan Allah tiba2 bagi aku demam.... Terlantar... Tak berdaya...

Dan akhirnya, dengan masa yang terlalu banyak begitu, aku mula berfikir yang bukan2...

Lalu aku sendiri yang rasa bebal.... Aku taktau apa yg aku fikir... Yang aku tau aku tension...

Demam selama seminggu yang lalu buat aku kosong... rasa bebal je.. Dah la shooting Wak Dol tak pegi...

Depression ini semakin kuat menguasai aku!!!! aku dah tak berdaya nak melawan!!!! sebab tu aku kuar rumah ni dan merayap2....

Kenapa aku depression begini teruk???? aduh.... ntah.... aku tak tahu apa2... aku tak tahu apa aku rasa....

Ni baru kat KL... Minggu depan nak balik Ipoh.... Minggu lagi satu nak ke JB... Mampus... Bak kata Wak Dol, Ipoh & JB tu bandar nostalgia...... mampus aku.... mesti depression aku lebih teruk kat sana.... Harapnya tak la... harapnya keje aku kat sana sibukkan aku nanti...

yang aku rasa sekarang, aku hanya nak kembali jadi budak sekolah menengah... banyak sangat hidup aku yg aku nak betulkan... =(

kenapa ni??? bukan ke aku manusia yang paling positif dalam hidup sebelum ni?????


p/s; yang ko tiba2 nak jadi macam Amin ni apa hal???? =p

Sunday, November 23, 2008

KOSONG

Kepala melayang, badan menggeletar kesejukan, batuk nak tercabut tekak, hingus meleleh ke bibir manis aku... Berjalan kena berpaut... Tapi sial jugak demam ni, main2... kejap ada, kejap takde.. macam chipsmore.. hahaha.... Ini dah masuk lima hari...

Baru sekejap tadi, doktor tu cucuk tangan aku & amik darah aku macam drakula.... takut suspek denggi katanya....sakit la doktor!!!! Rasa nak tinju2 je doktor tu....

Aduh, merengnya rasa... Tapi aku nak mengada kat siapa... Manjanya kalau nak mengadu kat emak... hahaha.... mengada-ngadanya kalau nak mengadu kat kawan2...

so, aku mengadu kat korang je la ek... (aku bukan tau pun sape yg baca, sapa yg tak baca blog ni... hahahaha)



Dah la, jangan dilayan sakit tu.... bye2.... aku nak siapkan beberapa lagi surat utk shooting wak dol ni.... esok dah nak shooting....!!!! Uwaaaa!!!!!

Tuesday, November 18, 2008

REPUBLIK SIAL 2

Aku taktau kenapa... Kenapa la aku tiba-tiba je ni rasa bebal... Sial betul la....Rasa nak marah jer..... Aku nak marah siapa ni???????


Aku marah kat diri aku sendiri je la..... =(





p/s; Ya Allah, kuatkan aku... Jika inilah ditakdirkan kelemahan aku, berikan aku kekuatan lain yang mampu untuk menutup dan melepaskan kelemahan aku ini....

Sunday, November 16, 2008

REVIEW 2008 – TAHUN PENUH KENANGAN

Sesetengah orang mengatakan bahawa hidup harus dinikmati sebebasnya… Apa saja yang datang, kita nikmati saja… Tak perlu merancang atau merangka hidup kita sebab semua itu hanya akan buat hidup kita kaku dan tak bebas..

Aku tak menafikan kebenaran kata-kata itu... Tapi aku masih berpegang pada hidup ini adalah soal pilihan... Kita berhak memilih jalan mana atau cara mana untuk menjalani hidup kita ini.. Tak ada cara yang salah....

Jadi, aku memilih untuk hidup dalam perancangan... Memang sejak sekolah menengah lagi, aku biasakan diri untuk merancang hidup aku... Memang aku sedar, jika aku mahu mengubah nasib keluarga aku, aku harus merancang dan berusaha memenuhinya.. Tiada jalan mudah...

Sebab aku tahu, jika mahu taraf hidup aku meningkat, aku harus merancang... Aku bukan lahir dalam sebuah keluarga yang mewariskan harta jutaan ringgit untuk aku belanjakan sepanjang hidup aku... Aku juga tidak dilahirkan dalam keluarga tokoh yang hanya boleh membuat duit dari pengaruh dan nama keluarga aku... Aku lahir dalam keluarga biasa yang mana bapak aku hanya seorang kakitangan kerajaan yang dibesarkan dari hasil menoreh getah...

Ya, famili aku bukan famili berada... Tak dinafikan bahawa moyang aku dulu memang agak kaya, namun atas kealpaan manusia yang dilakukan oleh arwah Datuk aku ketika zaman mudanya, segalanya hilang sekelip mata... Aku tak salahkan dia, setiap manusia pernah alpa dan melakukan kesilapan... Mungkin Tuhan sudah takdirkan bahawa bapak aku dan aku harus memulakannya dari bawah... Jika famili kaya sekarang, mungkin aku sekarang hanyalah seorang remaja yang hanya tahu membazirkan harta emak bapak... Ya, sekurangnya aku sekarang belajar untuk menghargai setiap yang aku ada... Aku dapat saksikan bagaimana arwah datuk aku meninggal dunia sehelai sepinggang walaupun aku mendengar cerita kehebatan dan kemewahan hidup zaman mudanya...

Ya, semua itu pinjaman... Kekayaan itu sementara.. Arwah Datuk aku hilang semua kekayaannya dalam sekelip mata... Akhirnya, bapak aku terpaksa dibesarkan dan disekolahkan hasil upah nenek aku yang terpaksa menoreh getah... Sesekali bapak aku turut pergi menoreh bersama... Dari hasil menoreh getah, dia membeli baju sekolahnya yang jarang berganti... Untuk mendapat duit belanja, bapak aku terpaksa bekerja di kantin sekolahnya pada waktu rehat... Hasilnya bekerja waktu rehat itu, dia mendapat upah untuk dijadikan duit belanja untuk makan pada hari itu... Sebab itu dia hanya boleh makan ketika waktu rehat sudah semakin hampir untuk tamat...

Akhirnya, dengan kelulusan SPM yang serba sederhana dan sedikit bakat melukis, bapak aku diterima bekerja sebagai pelukis pelan di JKR (Jabatan Kerja Raya)... Hasil gaji pertamanya yang tak sampai RM200 ketika itu (tahun 1973), sebahagiannya diserahkan kepada opah aku, sebagiannya untuk perbelanjaan diri bapak aku sendiri manakala sebahagian lagi digunakan untuk membeli sebentuk cincin suasa (yang mana cincin itu berada di jari aku sejak lima tahun yang lalu... bagi aku, cincin ni pemangkin semangat setiap kali aku tengok ia di jari aku...) Tak lama, dia dinaikkan pangkat menjadi Pelukis Pelan Kanan, jawatan yang bakal disandangnya hingga ke penghujung kerjayanya. Kerana dengan hanya kelulusan SPM, itulah jawatan tertinggi yang boleh dia perolehi...

Namun begitu, meskipun tidak bergaji terlalu besar, aku dan adik beradik aku tak pernah merasa kesusahan dalam hidup... (Tak pernah la kitorang kebulur tak makan... Cuma kalau nak makan KFC tiap-tiap bulan tu susah la sikit...)

Tu sebab aku tak boleh nafikan kalau soal financial management, bapak aku yang terbaik!!! Macam mana la dia menanngung hidup kami sekeluarga dan anak-anaknya yang hanya tahu nak hidup mewah sedangkan gajinya tidaklah sebesar mana.... Semakin aku membesar, semakin aku cuba memahami kemahirannya itu... Ya, sampai sekarang aku banyak belajar tentang pengurusan kewangan dari dia.... Terutamanya tentang menguruskan kewangan keluarga... (tapi aku ni boros... susah nak jadi macam dia...) Bapak aku sentiasa menekankan, bahawa dalam hidup ini, jangan pernah gagal merancang...

Harapan aku untuk hidup aku memang besar... Tapi, kalau aku tak dapat capai semua itu, cukuplah untuk aku dapat taraf hidup aku yang lebih sedikit dari bapak aku... Bapak aku dah ada tahap tu, takkan aku nak teruskan dengan tahap tu saja...

Ok, beralih kepada review tahun 2008 aku.... Walaupun rancangan aku hanya dapat dilaksanakan sekitar 60% hingga 70% sahaja, tapi aku rasa itu pencapaian yang agak baik... Aku memang selalu melakukan penilaian terhadap perjalanan aku pada sesuatu tahun tu pada bulan November atau awal Disember... Sebab bagi aku, bulan Disember tu mungkin dah boleh digunakan untuk merancang aktiviti tahun hadapan pula...

Suku Pertama
1) Suku pertama 2008 bermula dengan baik sekali apabila aku dapat melanjutkan pengajian ijazah aku sepertimana mana yang dirancang setelah terlewat 6 bulan akibat kesilapan aku mengisi borang... (bak kata Ridset, tak guna ada diploma kalau isi borang pun tak reti... hahaha)
2) Sekali lagi permulaan tahu yang baik apabila syarikat aku memenangi tender projek menerbitkan telemovie Gelanggang Impian untuk RTM dengan menggunakan lesen sebuah syarikat lain yang lebih kukuh. Kalau guna lesen syarikat aku, belum boleh dapat kot sebab aku takde kabel besar kat RTM. Hehehe... Dek bermacam kekurangan di peringkat persiapan, banyak kelemahan dan kecatatan dalam telemovie ini... Bagaimanapun, bagi aku itu sesuatu permulaan yang baik...
3) Beberapa tawaran video korporat dari beberapa buah syarikat terpaksa aku tolak sebab aku sibuk dengan studi... Tapi aku pas la kat company kawan aku... Dapat jugak aku komisen sikit...

Suku Kedua
1) Impian aku melawat Esplanade di Singapura tercapai juga akhirnya setelah banyak kali tertangguh...
2) Filem dokumentari aku `Aku, Filem & Kuala Lumpur` berjaya menjalani penggambaran hasil keluar duit poket dan tajaan daripada FINAS... Walaupun tidak berjaya disiapkan disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, aku masih menganggap ia satu latihan yang banyak mengajar..

Suku Ketiga
1) Waktu berat bagi aku... amat berat... Tak ada perancangan yang dapat dilaksanakan pada suku ketiga tahun 2008 selain hanya menghabiskan duit mencari diri ke Sarawak, Batam Indonesia dan Kuala Terengganu.

Suku Keempat
1) Menjadi penerbit untuk filem pendek Rumah Kecilku Ada Kelambu... Ini projek Wak Dol... Aku hanya menolong... =p
2) Aku teruskan impian nak buat jugak filem dokumentari... So, terpaksa keluar duit poket lagi... Hahaha... tajuknya masih belum diputuskan, tapi ia berkisar tentang feminisme...
3) Aku dah block jadual aku untuk dua minggu dalam Disember ini dan aku berkampung di Johor Bahru untuk menyiapkan skrip feature film... Aku nak buat cerita yang aku nak buat... Halanya ke mana skrip ni lantaklah.... janji aku nak buat apa aku nak buat..



p/s ; Malam kemarin aku nak sms wak dol, tapi tersilap hantar ke seorang kawan aku ni... Tiba-tiba dia marah aku sebab tersilap antar... Pelik aku, tersilap antar sms pun nak marah... Padahal dia pun pernah beberapa kali tersilap antar sms kat aku... Nak antar kat adik dia, terhantar kat aku... Nak antar kat boyfriend dia pun ada tersilap antar kat aku... Tapi aku buat bodo je la.... Bila aku tersilap, beriya-iya pulak dia nak marah... Pelik pulak aku... =(

Monday, November 10, 2008

MUNGKIN BETUL…

Malam tadi aku membelek kembali koleksi majalah aku… Aku membelek kembali majalah Siasah aku.. Majalah Siasah adalah majalah pop politik + seni (terma aku sendiri, macam salah je... hehe)... Diterbitkan sekitar tahun 2002 dan awal 2003, iaitu kira-kira 6 tahun lalu... Majalah ni boleh dikata majalah paling aku suka dalam sejarah hidup aku... Tapi sayang majalah bulanan ni hanya bertahan 12 keluaran (setahun) dan akhirnya terkubur dan kemudian muncul semula menjadi akhbar tabloid politik berhaluan kiri yang aku tak minat nak baca... Antara tokoh yang sempat menghiasi kulit depan majalah itu masa tu adalah Dato Seri Abdullah Badawi, Hishamudin Rais, Uwei Shaari, Nurul Izzah... Antara penulis yang menulis dalam majalah itu antara SN Datuk A Samad Said, Loloq, Abror Rivai (1st batch FSP), Khalid Jaafar (Pengarah Eksekutif IKD), Helmi Hanafi, Fathi Aris Omar, Namron, Ellie Suriaty dan banyak lagi...

Aku selak balik satu persatu helaian setiap 11 keluaran majalah Siasah yang aku ada (sebab aku takde keluaran pertama). Aku tengok kembali bahan bacaan aku ketika aku yang ketika itu berusia 17 tahun... Ketika itu aku hanya budak tingkatan 5 yang bersekolah di sebuah sekolah kampung di Perak yang tiada bebanan, tiada tanggungjawab dan tiada kekangan lalu menghabiskan masa hanya dengan membaca majalah dan mengadap komputer (maaf, belajar untuk SPM itu bukan tugas saya... kerana itu saya pemimpin pelajar pada hari ini =p )

Dan membelek majalah itu mengingatkan aku ketika itu aku begitu asyik kisah-kisah yang aku rasa semakin hari semakin aku tinggalkan... Kisah tentang Rachel, seorang gadis Amerika yang mati dibunuh oleh Israel ketika mempertahankan sebuah keluarga Palestin.. Komik bersiri tentang hikayat Mahabrata... Catatan mencari Tuhan di kota teks... Satira penyelidikan saintis Eropah abad ke-18 tentang Platipus dan pemikiran orang Melayu... Kisah seorang anak gadis awal 20-an dari Sabah yang ke Jurusalem untuk berjuang bersama masyarakat di sana.. Kisah sejarah pengembaraan Rasyid Redha ke negara-negara Timur Tengah kira-kira beberapa ratus tahun yang lalu untuk membuka kejumudan pemikiran umat Islam ketika itu... Banyak lagi la...

Dari majalah itu juga aku mengenal tokoh-tokoh seni (seni halus, seni tampak, filem, muzik dan sebagainya).. Mengenal Fuad Osman, Syed Ahmad Jamal, Satyajit Ray, Raja Shahriman dan banyak lagi...


Itu semua amat berbeza dengan aku hari ini yang terlalu asyik membaca dan memikir macam mana nak dapat projek buat drama komedi kat Astro, macam mana nak buat cerita yang laku dan boleh dapat duit, macam mana nak kumpul duit beli Toyota Celica, asyik nak bercerita tentang kisah awek cun, mana nak shooting dokumentari yang nampak urban untuk bagi budak muda tengok, seluar apa yang sesuai dengan t-shirt radioactive dan sebagainya..

Mungkin aku terlalu mengejar untuk kelihatan cool, urban, stylo dan hebat dalam dunia hari ini..

Mungkin betul kata Zura... Aku semakin hari semakin berubah... Semakin mengejar dan mengikut arus moden dunia yang semakin hari semakin `kosong` dan sempit pengertiannya...

Entahlah.. Tapi aku harus survive... Aku perlukan semua itu untuk hidup aku dan keluarga aku...

Entahlah...

Semalam Wak Dol cerita buat kali ketiga kisah Perang Salib pada aku. Kisah bagaimana perang antara tentera Islam pimpinan Salahuddin Al-Ayubi dan tentera Eropah pimpinan Richard The Lion. Wak Dol selalu tekankan bagaimana dalam roh dan semangat perang yang membuak-buak, pertikaman dan pembunuhan jadi agenda, Salahuddin Al-Ayubi masih sempat melawat Richard The Lion yang sedang sakit ketika itu untuk bertanya khabar.. Begitulah besarnya pengertian toleransi dalam Islam...

Tapi aku minta maaf... Aku akui yang aku tak mampu untuk menjadi setoleran Salahuddin Al-Ayubi... Aku tak mampu... Maafkan aku...





p/s : Setiap penulisan yang ditafsir secara mudah dan straight forward hanya akan memperolehi tafsiran yang mudah dan jengkel... Aku rasa penulisan harus ditafsir maknanya lapisan demi lapisan dan fahaman semantiknya agar kita memperolehi makna hakikat di sebalik tulisan itu. Peace... =)

Sunday, November 9, 2008

AKU BENCI...

(post ini harus dibaca dengan poyo... tetapi ikhlas... kepoyoan yang ikhlas... ikhlas untuk menjadi poyo... dan poyo dengan penuh ikhlas... hahaha)

Kawan-kawan aku kata aku baik... (sampai sekarang aku tak dapat cari maksud baik yang sebenarnya...) mungkin yang diorang maksud aku skema kot....hahaha.. Semalam diorang ulang lagi kenyatan tu berkali-kali... tanpa diketahui apa niat sebenar mereka berkata sedemikian sama ada jujur atau saja nak perli aku sebab aku terlalu jahat... hahaha... aku tak boleh boleh baca perasaan diorang... bak kata orang, soal hati dan perasaan ni mana boleh diagak dan dikawal manusia... hahaha...

Ntah la...

Aku hanya menjadi diri aku... Takkan aku nak pergi membunuh semata-mata nak digelar budak jahat... Atau takkan aku nak pergi studi kat library semata-mata nak dipanggil budak baik.. Aku hanya menjadi diri aku.. Bertindak mengikut hati aku yang dirasakan rasional dan terbaik untuk diri aku dan orang2 disekeliling aku... Tapi tak semestinya rasional hati aku tu betul kan... aku manusia biasa la wei....

tapi, kalaulah benar apa yang dikata mereka itu, dan dengan apa yang aku lalui beberapa ketika ini, apa yang aku boleh katakan ialah....

AKU BENCI JADI BAIK!!!!!!!!!!!!!!!!!!



p/s ; tak Amerika la kawan dengan budak masjid....- Budak Kelantan (hahahaha...=p)

Friday, November 7, 2008

AKU SIBUK...

Aku sibukkan diri...

Aku sibukkan diri dengan menghadiri pelbagai tayangan, pementasan, preview atau apa-apa saja yang percuma (sebab poket agak nazak ni...)

Aku sibukkan diri berfikir, merangka, membuat kertas kerja, berdiskusi untuk membantu beberapa kawan aku termasuk Uda, Wakdol, Man Naga untuk mereka merealisasikan projek impian mereka... (moga ia juga memberi pengalaman kepada aku)

Aku sibukkan diri dengan menjadi pemandu rasmi kepada emak aku yang datang KL, kakak aku yang berkursus di KL, adik aku yang berulang-alik ke KL atau ke mana sahaja mereka mahu pergi.... (Hingga aku terpaksa berulang alik Shah Alam – KL)

Aku sibukkan diri dengan lepak bersama En Norman dan beberapa rakan berbicara dan berdiskusi tentang teori-teori filem dan teater yang membosankan dan memeningkan... (tapi aku tetap lakukan untuk menyibukkan diri)

Aku sibukkan diri dengan menulis cerita-cerita pendek yang sebelum ini telah lama bermain di kepala tetapi malas menulisnya... (mana tahu masterpiece ada di antara salah satu daripadanya... hahaha.... berangan aku...)

Aku sibukkan diri dengan `memaksa` diri aku menghadirkan diri ke acara rohani (yang tak perlu rasanya aku cerita di sini)

Aku sibukkan diri dengan bergaul, mengenali dan mendengar permasalahan sekumpulan budak-budak liar yang masih belasan tahun (supaya aku sedar aku lebih bernasib baik dari mereka)

Aku sibukkan diri dengan memerhati pelbagai gelagat manusia yang berlalu di sekeliling aku di mana sahaja aku berdiri sambil memikirkan watak-watak yang boleh dijelmakan darinya (tanpa aku sedari yang pada suatu petang aku juga diperhati oleh seseorang yang aku hormati)

Aku sibukkan diri dengan ke sana ke mari melakukan pra-produksi dan mendapat sumber kewangan untuk melaksanakan projek filem dokumentari kedua aku bulan depan... (Setelah filem dokumentari pertama aku yang shooting bulan Jun yang lalu tak mampu aku siapkan)

Aku sibukkan diri dengan melancarkan kerja-kerja awal untuk projek impian aku yang insyAllah aku pastikan dilaksakan selewatnya penghujung tahun depan... (walaupun selama ini aku takut untuk melakukan kerana terlalu besar dan risikonya terlalu tinggi yang mungkin merosakkan seluruh hidup aku, tapi aku menyedari yang aku harus lakukan)

Ya, aku sibukkan diri dengan semua ini hingga aku sendiri pening dan sangat letih dengan jadual harian aku.... Tapi aku rasa itu lebih baik daripada memikirkan soal perasaan dan peribadi aku yang bodoh dan bangang!




p/s ; Setelah berjaya menyibukkan diri, tiba-tiba kelmarin, setelah kerja-kerja hari itu dapat diselesaikan lebih awal dari yg dijangka, aku punya waktu lapang beberapa jam... Di waktu beberapa jam itu, jentera otak aku sepantas kereta F1 segera membawa aku teringat dan terkenang kepada babak-babak flashback yang aku suka untuk menontonnya dalam filem tapi cukup benci untuk dialami dalam kehidupan realiti aku sendiri.... Aku benci masa lapang!!!! Aku benci!!!!


“Pembunuhan dan kesusahan bagai penyakit, ku perlukan doktor hati...” – Kluk Kluk Adventure

Wednesday, November 5, 2008

ADA

Ribut datang memperkosa
Sesak nyawa dalam jiwa
Bila roti kering
Jalan pulang
Yang kau fikirkan
Habis dilarikan
Habis dilarikan mergastua

Dalam kecewa
Dihimpit rasa
Lapar dan dahaga
Sajian susu ikan merah
Suara pengalaman
Mendamaikan
Panji gelora yang sempat singgah

Kau hilang pertimbangan untuk pastikan
Apakah kau sedar atau dilamun khayalan

Dalam hutan ada taman
Dan dalam taman ada puterinya
Dalam baju ada cinta
Dan dalam cinta ada segala-galanya

Dalam awan ada hujan
Dan dalam hujan ada lautan
Dalam aku ada dia
Dan dalam dia ada kita ada semua

- M. Nasir


p/s : Demi alam yang luas, bebaskan beta lepas.... =)

Monday, November 3, 2008

MENCARI DIRI YANG HILANG; PERJALANAN KE SELATAN

Aku dah jumpa plan baru aku…. Hahahaha...

Lepas balik dari Batam aritu, aku pikir panjang, mana aku nak pergi lagi lepas ni... Yang murah tapi best... Aku taknak semangat aku ni kaku lalu layu...

Akhirnya aku jumpa satu idea yang aku rasa best la.. Aku nak ke Bangkok naik keretapi... Yes... Aku dah check kat KTM... Aku boleh naik keretapi di KL Sentral ke Butterworth. Di Butterworth aku kena tukar naik express antarabangsa ke Bangkok... Tapi aku lupa pulak tanya berapa lama perjalanan... Tapi setahu aku mungkin ambik masa beberapa hari jugak baru sampai... Tapi mesti best kan..

Bila aku nak pergi??? Ntah la... Duit tengah kering ni... Kena kumpul duit dulu... Mungkin bulan 12... Mungkin juga bulan Januari.. Tapi bulan Januari mungkin kena Jakarta atas urusan kerja + berjimba .. Ntah la... Tengok la keadaan macam mana... Tapi aku nak jugak ke Bangkok naik keretapi...

”Tapi apapun Azmir, ko kena pergi renew lesen driving ko tu dulu..”. Ya Allah, macam mana la aku boleh tak perasan lesen driving aku dah dekat 4 bulan mampus... Tu la pasal, poyo sangat nak jiwa kacau... hahahah....




p/s : Aku setuju sangat dengan Memorandum 90/10 yang dikemuka Persatuan Karyawan kepada kerajaan tempoh hari... Kalu berfikir atas dasar kreativiti, mungkin kita akan rasa rugi... Tapi kita memang perlu buat pilihan... Harus melepaskan sesuatu, untuk mendapatkan sesuatu yang lain.. Kita takkan dapat semua... (Sekurangnya dgn cara ni dapat jugak aku elak dari dengar lagu Jason Mraz dalam radio lagi...Yes, seronoknya aku!!!! hahaha... =p)